Wednesday 31 July 2013

Posted by Unknown On Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan datang dan pergi. Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuannya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.

“Apa perubahan yang kita nak buat tahun ni?” tanya isteri.
Saya termenung, banyak… tapi mampu kah.
“Kita teruskan berbuka bersama di masjid. Kemudian menunggu Isyak, baca Quran dan solat Terawih.”
“Perubahan yang sama sahaja,” kata isteri seakan merungut.
“Itu pun payah kita buat kan?” tingkah saya.

Teringat betapa ada ‘protes-protes’ yang terpaksa saya hadapi sewaktu melaksanakan program perubahan itu dua tahun lalu. Semua pihak terasa kehilangan rutin atau kebiasaan masing-masing dengan pelaksanaan program itu. Along, tak mahu berterusan di mesjid (dari sebelum maghrib hingga selepas terawih) kerana kehilangan rutinnya, nak ‘relaks-relaks’ selepas solat maghrib.

Angah pula akan terlepas berbuka dengan makanan kegemarannya – mee goreng mamak, tahu sumbat dan makanan yang pedas-pedas kegemarannya. Makan di masjid, menurut sahaja resipi yang disediakan. Begitu juga anak-anak yang lain, ada sahaja yang terpaksa ‘dikorbankan’ dengan pelaksanaan program sebelum maghrib hingga selesai solat terawih di rumah Allah.


“Awak masih ingat waktu kita mula berubah… daripada berbuka dengan makan nasi kepada berbuka hanya dengan air dan kurma?”
Isteri tersenyum. Sudah lapan tahun tradisi berbuka dengan kurma dan air kami pertahankan. Mulanya susah juga, tapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan. Perlahan-perlahan semuanya sudah terbiasa.
“Saya penat hanya mengubah rutin-rutin lahiriah…” keluh isteri.
“Awak rasa macam mana?”
“Saya nak sesuatu yang lebih berkesan… perubahan dalaman. Usia kita semakin senja, takut kita pergi tanpa mencapai tujuan.”
Saya akur. Kebimbangannya kebimbangan saya juga. Apakah puasa kita mencapai tujuan – bertakwa?

“Amal biar sedikit tapi berkekalan. Perubahan biar sederhana, tapi berkesan.”
“Apakah puasa kita telah mencapai takwa?”
“Lihat sahaja tanda-tanda orang bertakwa, apakah sudah ada pada diri kita?”
Sampai di situ, isteri saya terdiam. Bukan mudah mengubah hal-hal dalaman. Kalau hal-hal luaran pun payah untuk diubah.

“Orang bertakwa… mengawal marah.”
“Orang bertakwa… memberi dalam susah dan senang.”
“Orang bertakwa … jika terlanjur melakukan dosa, segera mengingati Allah dan bertaubat kepada-Nya.”
“Orang bertakwa… seorang yang pemaaf.”
Pengertian itu saya sebut berulang-ulang. Mengulang-ulang apa yang telah Allah tegaskan di dalam Al Quran.

Ah, jauhnya Ramadhan daripada kita bila diukur pada hasilnya. Saya masih gagal mengawal marah pada saat-saat yang kritikal. Padahnya, sewaktu itu terasa kita patut ‘melepaskan’ marah, sedangkan orang bertaqwa sentiasa mengawalnya. Pemaaf? Ya Allah! belum lagi. Kadang-kadang hanya kata-kata memberi maaf, tetapi rasa di dalam dada masih menyimpannya.

“Perubahan dalaman ni kita mulakan dalam diri masing-masing. Kita hanya boleh pesan memesan sahaja.”


Dulu di kampung, Ramadhan disambut penuh meriah. Ketika zaman kanak-kanak. Berbuka di surau bersama teman dan kemudian menunggu moreh sambil bermain kejar-kejar. Ketika itu fikiran kanak-kanak kita hanya dapat menjangkau – puasa tak boleh makan-minum, buka, bersahur, ada solat terawih, baca Quran dan kemudian hari raya! Alangkah indahnya. Tapi tahun demi tahun berlalu, kita digamit usia, pengertian makin mendalam… Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa?

Dulu, ketika Ramadhan datang, badan masih bertenaga, namun ilmu hanya setakat di permukaan… puasa hanya pada sah dan batal. Kini Ramadan datang, ilmu mula menyelam, namun tenaga semakin kurang. Kesihatan mula terjejas. Ingin bertindak, tapi terbatas. Ya, Allah… bagaimana Ramadhan ku kali ini?
“Buat apa tu bang?” tegur isteri, memintas lamunan saya.
“Tak, bila awak sebut-sebut tentang hal-hal dalaman tu, memaksa saya merenung dalam-dalam.”

Di luar bilik, anak-anak ketawa dengan gurau sendanya. Mereka belum mengerti perlumbaan usia dan amal. Di dalam kami berdua seakan-akan menangisi Ramadhan kami yang hilang… Sambil menunggu Ramadhan yang akan datang. Sempatkah?

Sumber

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Tuesday 30 July 2013

Posted by Unknown On Tuesday, July 30, 2013

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Ini adalah contoh orang kaya yang beriman yang dapat kita jadikan teladan.

Berikut adalah catatan yang menarik mengenai Sulaiman al-Rajhi.

Bagaimana Sulaiman al-Rajhi Bermula?

1. Bermula dengan bisnes money exchange dan melihat masih belum ada bank Islam yang wujud, kira-kira 30 tahun dahulu.

2. Berjumpa dengan CEO Bank of England dan juga pelbagai bank pusat tentang idea bank Islam, menyakinkan mereka bagaimana perbankan HALAL dapat mengukuhkan lagi ekonomi dunia kerana orang Islam dan Kristian tidak dapat berurusniaga dengan riba.

3. Bermula di London dan setelah berjaya kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.


Menjadi Miskin Semula Setelah Kaya

1. Beliau pernah jatuh sebanyak dua kali, dan ‘miskin’ kali ketiga ini merupakan kehendaknya sendiri dan ia memberikan ketenangan dalam diri. Hartanya telah diberikan kesemuanya kepada anak-anak dan projek-projek wakaf.

2. Sebahagian harta telah dibahagikan terlebih dahulu kepada anak-anaknya untuk mengelakkan isu perebutan harta yang merugikan syarikat, masyarakat dan negara.

3. Sebahagian yang lain digunakan untuk projek-projek wakaf SAAR Foundation dan kesemua ini dilakukan semasa masih hidup dan bukan efektif selepas mati seperti yang selalu dibuat ramai orang.

Bertindak, bukan Sekadar Komplen

Antaranya …

1. Beliau menyedari pada zamannya tidak wujud bank Islam, maka dengan usaha keras beliau bermula dari bawah.

2. Beliau melihat proses sembelihan yang tidak sempurna, lalu beliau menubuhkan syarikat yang mengatasi hal berkenaan; al-Watania Poultry. Kini menguasai 40% pasaran di Arab Saudi.

3. Beliau juga sedar terlalu banyak bahan kimia dalam makanan, maka al-Watania Agricultural terlibat pula menanam sayur secara organik untuk memastikan lebih ramai yang makan makanan yang bebas bahan kimia berbahaya.

Pendidikan Kewangan Anak-anak

1. Memastikan anak-anak pandai menguruskan bisnes dan pelaburan sendiri seperti anak-anak perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan duit. Tiada istilah dapat duit ‘in exchange of nothing’.

2. Menjadi mentor terbaik untuk semua anak-anaknya. 

3. Sesibuk mana pun menguruskan bisnes dan pelaburan, pastikan persaudaraan sesama keluarga dijaga dan juga kehidupan di akhirat. 

Lagi Yang Menarik 

1. Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma? 

2. Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya. 

3. Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi. 

4. Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut. 

5. Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman. 

6. Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali. 

7. Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.

Moga ada manfaatnya dari perkongsian ini.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".



Monday 29 July 2013

Posted by Unknown On Monday, July 29, 2013

Kadang kadang, bila kita tak sihat, demam ke selesema ke cepat je cari panadol atau paracetamol tu kan. Cepat je amek 2 biji then telan. Setuju tak. Memang cepat je baik tapi tak elok kan kalau dah terlalu banyak ambil panadol ni. Tinggalkan paracetamol dan panadol sekarang! Kerana ada sesuatu yang lebih baik daripada itu iaitu NUTRIFERON Shaklee.

SISTEM IMMUNITI

Sistem imun adalah seperti tentera dalam badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. 

Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit. Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanannya yang istimewa iaitu:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahka dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria

Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? 

Biasa tak dengar orang bercakap,“Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam....” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress. Apa lagi kalau benda-benda merapu selalu masuk dalam perut kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat:

1- Untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-      paru manusia. 
2- Untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah NUTRIFERON Shaklee.


NUTRIFERON

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.

2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.

3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.

5. Mereka yang sering stress.

6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.

7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.

8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?

Nutriferon meningkatkan INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus menguatkan TINDAK BALAS imun badan. Anda kini dah tak perlu ubat-ubat yang banyak lagi!

Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:

  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.


6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?

1. Terbukti daripada 4 Kajian Klinikal pada Manusia

Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi

Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3. Dicipta Oleh Individu yang Menemui Interferon


Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5. 40 tahun kajian

Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini

Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Testimoni Pengguna





Ringkas cakapnya, NUTRIFERON adalah antara pilihan TERBAIK untuk meningkatkan imuniti tubuh anda dan memelihara kesihatan seluruh ahli keluarga TERCINTA.

Sumber : Shaklee Product Guide

Sekiranya, anda inginkan supplement TERBAIK Shaklee, sila hubungi saya sekarang:

Mohd Taufiq
019-2486694

"HIDUPKAN UNTUK BERSYUKUR"


Sunday 28 July 2013

Posted by Unknown On Sunday, July 28, 2013

Wanita mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Berpenampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.

Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai.

Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, malah tidak kurang juga yang mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Meskipun pelbagai andaian dilontarkan, namun ada segelintir wanita yang tidak tahu kesan negatif pemakaian kasut tumit tinggi terhadap diri mereka terutama membabitkan tulang.

Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.


“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

“Bayangkan, waktu kerja saja memakan masa lapan jam atau lebih sehari. Kaki terpaksa bekerja keras untuk berjalan tanpa henti ditambah menampung berat badan si pemakai.

“Tekanan berat badan pada hujung kaki juga akan menyebabkan jari ketiga dan keempat menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesakitan pada saraf.

Keadaan itu juga akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan betul kerana tersekat lalu menyebabkan kesakitan,” katanya.


Selain itu, masalah yang sering dihidapi mereka yang gemar berkasut tumit tinggi ialah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua lalu menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki.

“Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa timbul terutama ketika memakai kasut yang bertutup di bahagian hadapan dan runcing sehinggakan ada kes memerlukan pembedahan, bergantung kepada tahapnya.

“Kita faham ramai wanita hari ini yang berkerjaya dan mementingkan imej. Tapi perlu diingat juga aspek kesihatan. Jika kerja bagus tapi kaki sudah sakit tiada guna juga,” katanya.

Tambahnya, pemilihan saiz kasut yang tepat juga penting bagi mengelakkan memberi tekanan terhadap kaki. Selain bahagian kaki, masalah serius yang dihidapi oleh si pemakai kasut bertumit tinggi yang tegar ialah sakit bahagian tulang belakang. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menyebabkan pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.

“Bentuk kasut lelaki dan perempuan adalah berbeza. Lelaki lebar di bahagian hadapan manakala wanita pula kecil dan lebih tirus di bahagian sama. Keadaan itu akan menyebabkan jari kaki bengkok (claw hammer) dan ia akan kekal.


“Semakin tinggi tumit kasut seorang wanita, semakin teruk kesan yang akan dihidapi. Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma dan pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund),” katanya.

Berkasut tumit tinggi dalam tempoh lama juga akan menyebabkan tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Memakai kasut tumit tinggi juga boleh mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.

Beliau turut menjelaskan, jika seseorang wanita mahu memakai kasut tinggi, sebaiknya hanya pakai untuk tempoh beberapa jam saja dan untuk majlis tertentu.

“Lumrah wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik dan anggun setiap masa. Namun jangan pula hingga membawa padah pada diri sendiri. Sarungkan kasut tumit tinggi anda untuk majlis tertentu seperti makan malam atau korporat.

“Untuk tujuan kerja, adalah dinasihatkan supaya memakai kasut yang bertapak rata. Jangan memberi tekanan kepada kaki anda kerana ia akan digunakan untuk tempoh lama,” katanya.


Bahaya kasut tumit tinggi
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh. 
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
Sumber

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
Posted by Unknown On Sunday, July 28, 2013

“Saya tidak mahu guna istilah fitnah kerana perkataan itu terlalu kasar, tapi saya tidak tahu perkataan lebih sesuai. Perkara itu tidak betul dan saya terkilan kerana terus menjadi mangsa fitnah,” komen Ashraf Muslim, 32, apabila ditanya benarkan dia ada ke mahkamah untuk menfailkan tuntutan cerai pada hari diadakan sidang media, Khamis lalu.

Pihak media difahamkan, peguam Ashraf datang ke mahkamah pagi itu untuk menfailkan tuntutan cerai. Terkejut mendengar pertanyaan itu, Ashraf menafikan mahu bercerai. 

Katanya, dia baru saja bercakap dengan peguamnya dan tiada perbincangan mengenai perkara itu. Pagi itu juga dia menghantar mentuanya ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah. 

Hakikatnya, memang benar peguam Ashraf ada ke mahkamah syariah untuk menfailkan tuntutan cerai pada hari itu, tapi bukan untuk Ashraf Muslim tetapi anak guamnya yang lain.

Malah, Ashraf mengakui tidak bersedia memberi komen kepada wartawan ketika di mahkamah minggu lalu kerana mahu berlaku adil dengan memberi kenyataan dalam satu sidang media dan ia hanya dapat diadakan pada hari itu. 


“Tujuan saya mengadakan sidang media hari ini untuk menjelaskan apa berlaku. Saya berkahwin di Selatan Thailand kerana bersebab. 

“Saya sudah buat keputusan untuk kahwin dengan Sakinah dan membuat permohonan untuk berpoligami di mahkamah pada April lalu. 

“Bagaimanapun selepas sebulan, dua bulan dan akhirnya selepas tiga bulan, masih belum ada keputusan. Sampai bila saya harus tunggu, saya tidak tahu. 

“Tekad saya sudah bulat untuk berkahwin dan akhirnya saya buat keputusan ini (berkahwin di Thailand secara rahsia tanpa pengetahuan isteri) kerana bimbang apa dirancang tidak berjalan seperti dirancangkan. 

“Ia bukan keputusan mudah dan saya lakukan selepas meminta pandangan beberapa pihak dan saya juga buat solat Istikharah,” katanya. 

Ashraf kesal apabila dia dan Sakinah serta keluarga dikecam bukan saja melalui laman sosial Facebook dan Twitter, malah menerusi kiriman SMS. 

“Saya tidak melakukan kesalahan kerana saya bukan kahwin lari, sebaliknya pernikahan saya dihadiri keluarga kedua pihak siap dengan kenduri kesyukuran selepas selamat dinikahkan. 

“Sakinah banyak bersabar dan saya kagum dengannya. Begitu juga keluarganya kerana terima saya seadanya dan memahami diri saya sebagai orang dikenali. Tipulah kalau Sakinah tidak sedih atau terkilan dengan apa yang orang kata. 

“Dayana juga kena kutuk, saya lagilah. Namun, saya perlu banyak-banyak bersabar kerana ini keputusan yang saya buat dan saya harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. 

“Saya terpaksa rahsiakan dengan isteri kerana mahu memaklumkan kepadanya selepas segala-galanya selesai tetapi Dayana tahu lebih dulu. 

“Saya berharap Dayana dapat terima kerana ini keputusan saya. Saya tahu hatinya terluka dan faham dengan perasaan perempuan yang tidak suka berkongsi,” katanya. 


Difahamkan, ketika sidang media berlangsung, Dayana dan Sakinah keluar bersama-sama di pusat beli-belah Sogo tidak jauh dari lokasi sidang media. Malah, Dayana juga menghubungi suaminya dan Ashraf memaklumkan majlis belum selesai. 

Kata Ashraf, dia dalam proses memujuk Dayana dan waktu sama mahu mereka berbaik-baik. Katanya, dia perlu bersabar dan sedar ia mengambil masa. 

“Alhamdulillah, Dayana dan Sakinah sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Namun, saya bimbang gangguan dari luar yang boleh mengeruhkan keadaan. 

“Saya beritahu Dayana, apakah dia mahu hidupnya bahagia atau terus menangisi takdir. Kalau mahu hidup bahagia di samping saya, terima perkara ini (bermadu) tapi saya tahu ia ambil masa". 

“Saya ada macam-macam perancangan untuk masa depan kami bersama dan harap sokongan dan kerjasama isteri, saya dapat melakukannya dengan berjaya,” katanya. 

Tegas Ashraf, dia tidak mahu bercerai dengan Dayana. Harapannya semoga isterinya dapat menerima apa yang berlaku dan mereka hidup bahagia bersama-sama.

Saturday 27 July 2013

Posted by Unknown On Saturday, July 27, 2013

Sambil menunggu berbuka pada hari ke-18 Ramadhan 1434H ini sambil ditemani bersama alunan zikrullah, lama saya termenung BERFIKIR. Bertafakur memikirkan hari-hari Ramadhan yang telah berlalu.  18 hari lamanya,apa yang telah saya LAKUKAN dan USAHAKAN. Mana yang terlopong, mana yang sempat ditimbus semula, mana yang belum diperbuat dan mana yang telah dilaksanakan.

Saya mengaku saya sangat CINTAKAN Ramadhan, terutamanya ketika saya berada di luar negara dahulu. Suasananya, penduduknya, rakan-rakannya, budi bahasanya dan cara hidupnya. Ah! Mesir adalah negara TERBAIK yang pernah saya jejakkan kaki di sana terutama dalam soal ibadat kepada Allah di bulan Ramadhan yang diberkati.

Memikirkan apa yang telah saya lakukan sepanjang 18  hari di madrasah Ramadhan tahun ini. Jujurnya, saya masih rasa ada lagi yang perlu DITAMBAH BAIK dengan pencapaian ini walaupun saya tetap BERSYUKUR kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk MENGUSAHAKAN ibadah sebaik mungkin.


Separuh Ramadhan tahun ini diisi dengan bacaan al-Quran, bersedekah, solat Terawih, mendidik anak bangsa dan berbisnes. Setiap hari bekerja dari 8 pagi hingga 4 petang di kolej. Di sambung pula di rumah dari jam 5 petang hingga 1 pagi selama hampir 3 minggu.  Memang meletihkan tapi MEMBAHAGIAKAN. Bahagia kerana dapat menambah NILAI dalam hidup orang lain, baik dari segi kesihatan mahupun kekayaan. Dalam kolej saya mendidik anak bangsa, dalam bisnes saya mendidik bapa dan ibu kepada anak bangsa ini. Alhamdulillah.

Apa pun, saya telah mencuba apa yang termampu untuk menyeimbangkan antara kerja & tanggungjawab yang lain. Huru-hara juga hidup dibuatnya. Mujur juga DIRI ini memahami kesibukan tuannya yang hendak hidup luar biasa mulai tahun ini. Sahur ala kadar sahaja setiap hari. Cinch Mix Shake dan Performance Drink Shaklee ditambah sekotak kurma menjadi peneman berbuka dan bersahur setiap hari. Alhamdulillah, tak pernah terlepas sahur sepanjang Ramadhan kecuali hari ini. Terlajak tidur. Mungkin tubuh ini dah mula meminta haknya seperti hari-hari biasa sebelum Ramadhan. Hari ini saya KALAH dengan kamu, wahai nafsu, esok TIADA lagi peluang untukmu!

Saya gagahkan juga mencuri-curi masa ketika bekerja di kolej untuk bertilawah al-Quran. Walaupun speednya tak seberapa laju seperti tahun-tahun yang lalu, saya kira itu lebih baik dari tak buat langsung atau buat-buat tak SEMPAT. Pulang ke rumah jam 4 petang dalam keadaan tubuh yang sudah 'letih' fizikalnya tetapi rohani dan semangatnya masih 'perkasa'. Apa yang saya buat?! 

Solat Asar dilaksanakan dan bacaan al-Quran tidak ditinggalkan, mencuba sebanyak mana yang mampu dibaca dan difahami melalui tafsirannya setiap petang. Tutup al-Quran, buka FB dan blog untuk berbisnes dan berdakwah melalui laman sosial ini. Mungkin ada sedikit simpanan kubur untuk saya nanti melalui medium ini. Berbuka juga ala kadar, mana yang ada sahaja. Syukur sangat kerana disibukkan sehingga tidak lagi setiap hari menghayun tapak di bazar Ramadhan. Bukan apa, rimas sebenarnya sebab ramai lagi anak-anak gadis kita yang tak mampu menutup aurat dan laungan serta pekikan penjual memanggil pelanggan-pelanggannya. 


Malamnya, saya bertarawih di masjid-masjid berdekatan. Walaupun agak tidak berpuas hati dengan PENDEKATAN masjid di dalam usaha mengimarahkannya, tapi apakan daya, kita tiada KUASA untuk mengubahnya. Bertuahlah negeri yang diperintah oleh exco agama yang BERKALIBER dan BERPANDANGAN JAUH sehingga masjid-masjid mereka penuh dengan aktiviti yang bermanfaat kepada anak tempatan. Inilah perjalanann diari hidup saya sekarang. Berusaha yang TERBAIK untuk diri sendiri dan orang lain.

Hidup memang tak akan pernah ideal, kerana kita hidup dia alam realiti. Tapi selagi mampu, cubalah untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup. Kita selalu fikir, kalaulah aku bercuti sepanjang Ramadhan bolehlah aku beribadah sebanyak-banyaknya. Tapi realitinya tak akan begitu. Lebih banyak masa lapang, lebih banyaklah kita membuang masa. Bukankah kerja itu juga ibadah? Setiap ibadah kita akan dilipat gandakan pahalanya di bulan Ramadhan.  Maka seharusnya kita bekerja lebih gigih lagi.


Jika dahulu, sepanjang hidup saya 11 tahun dahulu ditolak dari umur sebelum baligh, segala usaha IBADAT adalah untuk diri sendiri. Tetapi KINI tidak lagi. Setiap hari, selaku seorang PENDIDIK, saya mendidik BERATUS orang anak murid di kelas dan selaku MENTOR bisnes, saya membantu puluhan orang untuk mengubah carta hidup mereka. Semuanya membahagiakan saya kerana saya mula melakukan 'SESUATU' untuk orang lain. Tidak hairan apabila Nabi bersabda,"Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak memberi MANFAAT kepada manusia yang lain"

Tak banyak hari dan masa berbaki sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Jangan kita tinggalkan Ramadhan hanya dengan panggilan potongan harga di pasaraya dan panggilan rakan-rakan syaitan dari kalangan manusia yang berusaha untuk melambatkan gerakan kita menuju Allah. Jom manfaatkan hingga minit terakhir!!!

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye dan 'share'lah sebanyak mungkin, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Thursday 25 July 2013

Posted by Unknown On Thursday, July 25, 2013

Para isteri sebenarnya adalah anugerah TERBESAR kepada insan bergelar suami. Tak percaya?! Tanyalah sang suami masing-masing. Lautan berapi sanggup direnangi, curam gunung sanggup dijejaki dan gunung tinggi sanggup didaki untuk menyunting si 'bunga larangan', buah hati pengarang jantung.

TETAPI...bagi si isteri pula,anda harus beringat apabila suami telah mula menggunakan ayat ini,
"Sayang, nampak tak anak gadis Cik Milah tu, dah besar panjang pun. CANTIK betul orangnya"
"Sayang, tu sapa ye jiran baru kita tu, RAMPING betul pinggangnya"
"Lepas bersalin ni, abang tengok BERAT sayang makin naik je?!"
"Sayang ni cuba JAGA sikit badan tu, abang tengok isteri orang lain tak macam u pun"

Siapa yang biasa terkena soalan cepu mas macam ni mesti terasa kan?! Yelah dah la PENAT si isteri KUMPULKAN anak untuk suami dan uruskan rumahtangga sampai tak sempat BELAI diri sendiri, tiba-tiba je boleh ajukan soalan macam ni. 

Tambahan pula dekat-dekat raya ni. Tentu ramai yang akan mengunjungi rumah kita bersama pakaian yang cantik-cantik dan fesyen yang 'MENGGEGAR' jiwa suami. Ingat, bagi lelaki,"The most dangerous place is the most SAFEST place!". So, hati-hati ye. Ni bukan pesan saya tapi pesan Nabi,"Saudara ipar itu adalah pembawa kematian/kerosakan". Jadi, jaga aurat ye para wanita semua. Keluarga dan raya bukan LESEN untuk membuat 'pendedahan' badan pada hari raya nanti!

Ini alasan yang selalu diberi oleh segelintir suami kepada isterinya kadang-kala sebagai sendiri dan yang TAKUTNYA ia sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar, isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap mereka juga!

Tahukah anda?

1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur.

Ini akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita dari GEMUK dan KURANG cantik. Tapi  para isteri terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami pula selamba saja sambung makan, bukan SENGAJA tetapi memang dasar lelaki yang 'sabar' mendengar tangisan dan rengekan anaknya. 

Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab  tak sempat nak hadam makanan  betul-betul. Bila dah gemuk, mulalah penyakit-penyakit lain mula merayap dan yang paling ditakutkan adalah nampak TUA.

2. Wanita tidak suka MEMBAZIR makanan.

Ini juga faktor mudah gemuk kerana sifat mereka ini. Sebenarnya isteri seringkali RIMAS dan rasa tak secure kalau suami asyik ajak makan di luar sahaja. Jadi pendekatannya adalah lebih baik dia masak sendiri. Setiap hari cari resepi baru untuk 'gemukkan' kasih sayang suami kepadanya dan pengikat kasih dengan anak-anak. 

Cuma masalahnya apabila makanan TIDAK HABIS dimakan?! Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya dan suami, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya dan takut membazir. Membazir kan amalan syaitan. Si suami pula dengan selambanya berkata, “Awak ni kuat makan betullah, dulu makan sepinggan pun tak habis!”. Kalau sehari dua takpe lah tapi kalau dah kahwin 5-6 tahun, anak pula dah 2-3 orang, tak ke makin gemuk dan hodoh kita.

3. Menyusu anak.

Bila anak menangis tengah malam berhajatkan susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Tapi janganlah salahkan lelaki, sebab Tuhan memang bagi mereka instinct kebapaan begitu, anak menangis tu maksudnya si kecil nakkan ibunya, bila ketawa tu bermaksud si kecil perlukan bapanya. Jangan marah saya ye wanita di luar sana. Saya cuma mempertahankan benang yang TIDAK basah.

Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak TUA. Kedut-kedut pun mula timbul.  Masa tu kalau guna produk kecantikan apa pun dah tak guna. 

4. Wanita yang BEKERJAYA.

Wanita bekerjaya pula, dah lah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak dan ditambah pula karenah bapa anak. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah. Kesannya, cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana SAYANG. Marah kerana AMBIL BERAT katanya. Tapi semakin kurang CERIA di wajah suami dan anak-anak kerana ibunya telah jadi NENEK baik wajahnya atau pun mulutnya.

So yang salah sebenarnya bila wanita cepat tua dan cepat gemuk adalah disebabkan segelintir  LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.  Kalau sehari  je isteri anda takde dan andaperlu memikul  tanggungjawabnya, nescaya hidup anda akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab gilakan perempuan muda remaja, ramping,seksi dan 'seksa'. 

Beauty consciousness adalah sangat tidak boleh lari dari sisi perempuan. Sikit sebanyak, para wanita dan isteri adalah sangat aware dengan kecantikan merekakan cuma ada juga sebahagiannya yang tidak begitu ambil kisah. Hanya bila suami bawa 'teman' lain balik rumah, baru melopong seribu bahasa.


Kepada wanita-wanita kategori di atas, ada beberapa PETUA untuk kekalkan KECANTIKAN dan KEREMAJAAN antaranya:

1- Sentiasa mengekalkan wudhu' kerana wudhu' adalah cahaya orang beriman. Muka orang yang sentiasa berwudhu' pasti lebih MANIS dan BERSERI.

2- Banyakkan minum air suam yang dicampur madu kerana madu adalah ibu segala ubat. Inilah yang selalu diamalkan oleh ahli keluarga Rasulullah dan para sahabat.

3- Tidur secukupnya antara 6-8 jam. Jangan lebih pula, nanti bertambah 'hodoh' pula sikapnya.

4- Urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali setiap kali selepas bangun tidur. Amalkan setiap hari.Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas ke bawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.

5- Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf atau surah Maryam, kemudian minum air suam yang telah dibacakan ayat tadi. Niat untuk pikat hati suami dengan wajah yang menarik. Jangan niat nak tarik 'orang lain' pula. Amalkan dengan jujur dan ikhlas ye.

6-Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Doanya,“Segala puji bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan dirikucantikkanlah juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari azab neraka".

Pesan para ulama,"Barangan kecantikan adalah sebahagian daripada NAFKAH yang diwajibkan ke atas para suami untuk memenuhinya". So, bagi para lelaki dan suami, jangan hanya tahu komplen tetapi tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada isteri anda.

Untuk itu, saya cadangkan anda menggunakan produk Shaklee yang terbukti selamat, halal dan berkesan dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri dan mengembalikan KEMESRAAN antara kedua-duanya. Jom kita TINJAU, apa yang best sangat Shaklee ni?!

1. Set Kecantikan Kulit.


Jom kita lihat set basic khas untuk kecantikan kulit anda yang KUSAM dan menghasilkan MURAM pada wajah suami. Terdiri daripada Vitamin B, Vitamin C & Vitamin E yang bertindak:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri



2. Collagen Powder Shaklee.


Bagi yang inginkan kulit yang anjal dan cantik dan serta anti-aging/melambatkan penuaan dalam HANYA satu produk sahaja, Collagen Powder Shaklee adalah jawapannya. Fungsinya:

a) Anti Penuaan-Liang pori semakin mengecil dan berkurangan dan garis-garis halus juga dapat dikurangkan

b) Menghidratkan-Kulit semakin menjadi lembap dan halus, mengurangkan kulit mengelupas ataupun kering

c) Kulit lebih Anjal dan Tegang

d) Kulit akan licin dan berseri berbanding sebelum pengambilan 

e) Menyuburkan kulit, kuku dan rambut akan kelihatan bersinar dan kilat, kuat dan tebal

f) Mencerahkan dan mencantikkan kulit dan menghilangkan pigmentasi, jeragat dan jerawat. Tompokan bulat dibawah mata juga tidak akan kelihatan



Kesan pengambilannya amat cepat iaitu dalam tempoh seawal 7 hingga 8 minggu. Untuk bacaan lanjut sila klik di sini.

3. Vivix
Sirap Vivix Shaklee adalah set paling lengkap dalam produk Shaklee menggabungkan Kecantikan + Kesihatan + Anti Penuaan. Fungsinya:

  • Sesuai dimabil oleh orang yang inginkan kesihatan OPTIMUM
  • Sesuai diambil oleh wanita yang mempunyai penyakit berangkai berisiko tinggi dan dalam masa yang sama inginkan kecantikan alami
  • Sesuai diambil oleh para wanita yang mementingkan kecantikan dan melewatkan penuaan
  • Sesuai diambil oleh orang-orang tua yang tidak suka untuk mengambil pelbagai pil untuk penyakit-penyakit mereka
  • Sesuai untuk orang yang kurang imuniti badan
  • Untuk bacaan lanjut, sila klik sini.

Semuanya terletak pada TANGAN anda untuk memilih antara 3 set di atas menurut kondisi masing-masing. Saya pasti anda akan memilih yang TERBAIK untuk diri anda! Untuk pengetahuan anda, supplement Shaklee adalah jenama kesihatan no. 1 di Malaysia dan kini kedudukan no 2 ranking dunia untuk supplement terbaik dunia.

Kini semua orang boleh sihat dan cantik dengan Shaklee. Sila hubungi saya SEKARANG:

Mohd Taufiq
Call/SMS: 011-27819827
Email: cikgumat86@yahoo.com

"HIDUPKAN UNTUK BERSYUKUR"

Wednesday 24 July 2013

Posted by Unknown On Wednesday, July 24, 2013

Sering saya terdengar kawan-kawan perempuan cakap, “Aku dah 2 bulan tak datang period ni, maybe hormon tak stabil kot”. 

Pernah tak anda terdengar kenyataan seperti ini. Memang ada di kalangan kawan dan pelajar saya yang berbulan tak datang period bahkan ada yang 5 tahun sekali baru ada. 

Kalau dah berkahwin, mungkin kita tak kisah sangat. Sebab kalau breastfeed anak, memang normal kalau tak datang period. Tapi kalau anak dara yang mengadu tak datang period sampai 5 bulan, apa sebabnya tu yer. 

Jom berkongsi!

Bagaimana Ketidakseimbangan Hormon Terjadi??


Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke 10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. 

Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. 

Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Kebanyakan masalah kesihatan berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. 

Sebarang perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. 

Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Justeru, pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan/menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. 

Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, adalah estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. 

Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.

Simptom Ketidakseimbangan Hormon 

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut


Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur ataupun dipanggil Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), punca lazim yang menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS."

Jadi di sini, saya ingin BERKONGSI satu product Shaklee yang insyaAllah dapat merawat ketidakseimbangan hormon dalam badan,sekaligus menyelesaikan masalah tentang kitaran haid yang tidak teratur ni.

Apakah Keistimewaan GLA COMPLEX ini?


GLA – Gamma Linolenic Acid.GLA digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. 

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 (Omega-6 Fatty Acid) yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel*.

Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*

Menyokong sistem imun


Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid lemak utama daripada campuran minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semula jadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya.


So boleh dikatakan GLA ni dapat membantu menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.

Sumber : Shaklee Product Guide

Sila hubungi saya sekarang:

Mohd Taufiq
011-27819827

"HIDUPKAN UNTUK BERSYUKUR"

Tuesday 23 July 2013

Posted by Unknown On Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum semua, malam ni sengaja nak kongsi pesanan ulama terkenal Malaysia kini, da'i sejuta umat Malaysia ni. Jom kita tengok dan hayati, mudah-mudahan ada manfaatnya buat yang masih MENCARI.

Yang dah ada jangan MENCARI lagi ye, nanti 'mereka' marah saya pula. Hargai apa yang kita ada dan betulkan apa yang kurang, itu lebih AFDHAL.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...