Friday 30 August 2013

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya just nak berkongsi dengan anda apa yang ditemui di dalam berita akhbar pagi ini. Izinkan saya 'penuhi' masa para pembaca saya dengan perkongsian menarik ini.

Tidak dinafikan bahawa kita seringkali membaca berita-berita seperti ini sebelumnya yang menunjukkan kadar pemilikan rumah yang sangat rendah dalam kalangan orang Melayu dan golongan terbanyaknya adalah golongan muda. 

Keadaan ini memaksa kerajaan untuk mengadakan program 'Rumah Pertamaku' khas untuk mereka yang tidak memiliki rumah dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000.

Hari ini, kurang lebih 6 bulan selepas dilancarkan, kini harga rumah semakin melambung naik sehingga golongan yang dahulunya dianggap mewah kini sama taraf dengan golongan sederhana sahaja. 

Apa tidaknya, harga tanah dan rumah semakin melambung tinggi di seluruh negara tanpa sesiapa pun dapat mengawalnya.

Jadi, sekarang jangan cuba menuding jari menyalahkan sesiapa. Nak salahkan kerajaan, kerajaan itu yang kita pilih dan mereka telah berusaha apa yang patut. Nak salahkan bangsa Cina yang memegang tampuk ekonomi negara, nampak tak masuk akal sebab kita sendiri yang MALAS BERUSAHA dan PANDAI BERALASAN. 

Nak salahkan majikan, kita sendiri yang pillih untuk bekerja di bawahnya. Jadi, hentikan sikap menyalahkan orang lain dan fikirkan penyelesaiannya pada peringkat diri anda.

Kata pujangga,"Orang yang mengubah dirinya akan mengubah dunia sekelilingnya". Itu yang pasti.


JOM FIKIRKAN....

Saya percaya perkara ini akan terus berlaku dan berlaku. Peningkatan harga rumah, barangan keperluan, minyak petrol hatta harga ayam pun akan turut naik. 

Mahu atau tidak mahu, percaya atau ragu-ragu, fenomena ini tetap berlaku kerana dunia, sifatnya akan begitu. 

Kebanyakan yang dapat memiliki rumah sendiri, sebenarnya mereka ini sudah 10 hingga 15 tahun bekerja. Itupun lokasi rumah yang mampu dimiliki hanya sekadar di pinggir bandar sahaja. 

Walaubagaimanapun, jika dengan gaji RM6,000 sebulan masih lagi berhajat memiliki sebuah rumah yang paling murah di sekitar bandar, nasihat saya LUPAKANLAH. 

Bukan tak nak benarkan anda bermimpi, tapi jika mimpi di siang hari, kata orang-orang tua, mimpi itu payah untuk menjadi.

Jadi jikalau dengan gaji RM6,000 pun masih tidak boleh, adakah kita semua perlu memperolehi gaji yang mencecah RM10,000 sebulan seorang untuk memiliki rumah di sekitar bandar ini?

Jawapannya belum tentu….jika anda melihat jadual harga rumah seperti di bawah ini. Ia menunjukkan kadar harga rumah sekitar 2011, jadi apa yang dipelikkan harga rumah 2013 sekarang?

Berita-berita hartanah di dada akhbar akhir-akhir ini kononnya menyatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin meningkat dan sebagainya.Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kenyataan di atas membuktikannya.

Jikalau ditanya pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negara jiran kita. 

Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk memiliki rumah sendiri.



ADAKAH KITA KEBAL EKONOMI?!

Sejujurnya saya berkongsi dengan anda. Jika anda 'berani' berdepan dengan kewangan anda, sila ambil kertas, pen dan kalkulator, jom kira bersama saya mengikut kiraan di bawah. 

Jawapannya tak perlu hantar pada saya, hanya diam dan renungkan sahaja. 

Jawapan yang sebenar akan datang dari hati anda,"Sampai bila aku hendak hidup begini, selesa di dalam ketidakselesaan"

Benarlah perkataan Nabi SAW,"Tanyalah hati kamu kerana di sana terdapat kebenaran"

Ask yourself.


Bayangkan ini hanya gaji pasangan suami isteri, sudah cukup menakutkan bukan? 

Bagaimana pula jika sudah beranak pinak. Hutang PTPTN, kereta, rumah, kad kredit dan lain-lain. Tak terjangkau dek akal saya untuk mengiranya.

PENYELESAIAN 

3 cara sahaja:

1- Potong perbelanjaan.
2- Tambah pendapatan.
3- Terus menyewa hingga akhir hayat.

Alah, gurau serius sikit pun tak boleh... Jom saya kongsikan solusinya di SINI.

Mohd Taufiq 
Motivator Kesihatan dan Kejayaan

Thursday 29 August 2013

Posted by Unknown On Thursday, August 29, 2013

Assalamualaikum semua.

Hari ini just nak ingatkan para pembaca agar sentiasa jaga pemakanan anda selama bulan Syawal ini. Maklumlah, akibat terlalu lama berpuasa, sedapnya makanan nampak lain macam sedikit. Biasalah, Malaysia kan diiktiraf sebagai syurga makanan Asia, jadi tentulah makanannya sangat mengiurkan. Jangan salah faham, bukan digalakkan agar menjauhkan makanan cuma untuk memilih makanan yang bersesuaian.

Kadang-kala tertanya juga, mampukah berdiet seminggu dapat menyelesaikan kesan pemakanan selama bulan Syawal ini? Perut membuncit tidak semudah itu untuk dikempiskan semula. Tapi jangan pula menangis dan meratap kegemukan yang berlaku. Dalam masalah perut ke depan ini, lelaki dan perempuan sebenarnya mengalami masalah yang sama dengan faktor yang sama, gagal menahan nafsu 'merasa' makanan. Setiap rumah 'merasa' makanan hingga tidak sedar sebenarnya sudah berlebihan.

Pertama sekali yang perlu diingatkan adalah rancang waktu pemakanan. Selepas berpuasa selama sebulan, sistem pencernaan perut sudah direhatkan. Bayangkan keadaan perut kita yang lama berehat dan secara mengejut diberi makanan banyak tanpa henti.

Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada perut kita kelak. Jadi, nasihat terbaik adalah merancang pemakanan kita dengan makan secara berperingkat. Sepatutnya pada hari raya pertama lalu kita jangan makan terlalu banyak bagi memberi masa untuk perut kita kembali beroperasi secara normal.

Tapi itu sudah terlewat. Justeru mulai hari ini, kurangkan kuantiti pemakanan kita agar proses secara berperingkat masih boleh dilakukan.

Khas buat yang berpenyakit seperti jantung, darah tinggi mahupun diabetis, pengawalan jenis makanan yang diambil amat penting! Elak makanan tinggi gula dan karbohidrat.


Makanan ringan seperti kerepek dan kuah rendang atau berlemak harus dielakkan bagi pengidap sakit darah tinggi. Kandungan garam dan bahan perasa di dalam masakan itu sangat tinggi dan mampu menjejaskan kesihatan anda. Bagi pesakit jantung pula, sebolehnya makanlah makanan yang dinasihatkan oleh doktor anda. Makanlah kuih raya yang sihat mengandungi oat berbanding kuih-kuih lain.

Bagaimanapun jika sudah terlewat dan memang puas rasanya anda melanggar segala pantang, pastikan mulai hari ini anda perlu kembali aktif menjaga pemakanan dan elakkan daripada melawan kata doktor.

Minum air kosong banyak bagi mengimbangi kembali segala macam air manis yang kita minum sepanjang seminggu beraya lalu. Elak daripada minum air yang bergas kerana minuman ini hampir tidak mempunyai walau sedikit khasiat pun kepada tubuh.


Malah kandungan gula di dalam air ini berada di paras sangat bahaya. Jadi, gantikan air ini dengan pengambilan air kosong dan juga jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

Paling mujarab

Seterusnya kawal saiz pemakanan dengan menggunakan pinggan kecil ketika mengambil makanan. Ini adalah cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan kita. Jika kita menggunakan pinggan yang besar pasti kuantiti makanan diambil juga bertambah banyak.

Paling mujarab dan rasanya semua dinasihatkan untuk melakukan senaman ringkas. Perkara ini adalah paling wajib untuk kekal sihat. Curi masa setidak-tidaknya 15 minit setiap hari untuk kita lakukan senaman ringkas di rumah. Lakukan senaman secara berjadual.


Mengikut satu kajian yang pernah dilakukan sebelum ini, berpuasa sunat enam atau ganti adalah langkah terbaik untuk mendapatkan semula bentuk badan asal. Selepas puas makan ketupat, rendang dan sebagainya, inilah masanya untuk kita ganti semula puasa-puasa tertinggal masa bulan Ramadan ataupun laksanakan puasa sunat enam.

Kebaikannya, badan kembali sihat dan kurus, pahala juga berganda.

Untuk mengempiskan kembali perut kita yang sudah sedia membuncit, apa kata lakukan senaman tekan tubi sebanyak mana yang kita mampu setiap malam. Kemudian sehari ke sehari naikkan lagi bilangan tekan tubi itu. Untuk dapatkan hasil lebih cepat, lakukan selepas bangun tidur sekali.

Selain menari dan memperbanyakkan gerak langkah bagi membakar kalori yang terkumpul, ‘skipping’ juga menyeronokkan untuk kita turunkan berat badan. Lebih seronok jika ajak kawan-kawan turut serta. 

Antara cara paling mudah untuk dilakukan adalah dengan perbanyak makan epal hijau. Buah epal hijau bukan saja bagus dan berkhasiat, ia juga dapat mengurangkan kolesterol dalam badan. 

Buah epal juga mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta sumber serat yang mudah larut. Untuk mendapatkan kesan yang baik, amalkan setiap pagi memakan atau jadikan epal hijau sebagai minuman harian kita.

Bagi yang mengambil supplement Shaklee, sila teruskan dengan pengambilan set diet dan sihat dengan teratur. 


Pengalaman saya sendiri menggunakan paduan lecithin, alfafa dan minuman Cinch Mix Shake sangat menggembirakan. Badan susut secara sihat dan tanpa sedikit pun terasa letih, penat atau tak bermaya seperti produk-produk yang lain.

Sebulan sahaja penggunaannya, berat turun hampir 8kg dan hanya naik 1 kg sahaja ketika dalam bulan Syawal ini. Apakan daya, tinggal di Johor, rayanya sebulan. Jadi, kenalah juga meraikan rakan-rakan yang menjemput rumah terbuka. Alhamdulillah, seronok sangat sebab kalau dulu tak masuk gym 2 minggu sahaja dah 2-3 kg naik tapi sekarang tidak lagi.

Rakan-rakan yang mengambil set diet secara sihat ini juga merasakan perkara yang sama. Sangat hebat produk Shaklee ini dalam mengatasi masalah perut buncit di samping mengekalkan imunisasi dan keperluan asas tubuh yang lain. Tak perlu risau ye, produk ini 100% halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jom kongsi cerita pahit manis anda 'menjaga' badan bersama saya dan insyallah anda pasti menemui jalan penyelesaiannya, sila hubungi saya melalui:

# PM : https://www.facebook.com/mohd.taufiq.3557 @
# Call/SMS : 019 2486694.

Wednesday 28 August 2013

Posted by Unknown On Wednesday, August 28, 2013
Sekadar hiasan: Antara seminar yang semakin rancak diadakan di seluruh negara.

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak berkongsi tentang tajuk di atas. 
Sukar untuk dibantah bahawa sebenarnya wanita sekarang dapat mengatasi lelaki dalam pelbagai bidang termasuk juga bidang kerjaya dan kekeluargaan.

Wanita sekarang tidak lagi terperuk di ceruk dapur kerana masing-masing memiliki kerjaya sendiri bagi membantu memantapkan ekonomi keluarga.

Ramai yang bekerja sepenuh masa di samping terikat dengan pelbagai peraturan syarikat dan jabatan hinggakan adakalanya mempengaruhi emosi dan tekanan perasaan malah terbawa-bawa pula dalam kehidupan rumah tangga.

Ada ketikanya suami atau anak jatuh sakit tetapi si isteri atau ibu terpaksa bekerja. Dalam keadaan ini, wanita mana yang tidak gelisah meskipun harus berhadapan dengan tugas seharian di tempat kerja.

Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tumpuan mereka terhadap kerja dan berasa serba salah kerana terpaksa meninggalkan buat sementara urusan rumah tangga.

Meninggalkan anak bersama pengasuh juga sememangnya ingin dihindari tetapi ternyata wanita berkerjaya biasanya tidak punya pilihan akibat tuntutan pekerjaan.

Malah, masalah menjadi lebih teruk apabila tiada pembantu yang sesuai atau tidak memiliki tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin untuk menjaga anak mereka.

Tuntutan di tempat kerja pula menjauhkan diri wanita daripada urusan rumah tangga sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Malah, kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak atas dasar kesibukan kerja di luar rumah sering dikaitkan dengan punca gejala sosial.

Apabila cerai menjadi trend, itu bukan sesuatu yang patut dibanggakan

Justeru, berikut antara panduan yang boleh direnung bagi memastikan kerjaya dan keluarga bergerak seiring:

1. Wanita menceburi bidang kerjaya yang memberikan lebih ruang dan masa untuk berdamping dengan suami dan anak.

2. Pastikan juga masa terluang digunakan sebaik mungkin supaya ia dapat memberi kesan positif dan bermanfaat untuk diri dan keluarga.

3. Wanita perlu sedar tugas menguruskan rumah tangga dan mendidik anak suatu tugas yang amat penting untuk mewujudkan keharmonian rumah tangga serta membina insan berakhlak mulia, jujur, rajin berusaha dan tabah.

4. Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan memberi asas pelajaran baik kepada anak yang masih kecil.


5. Tidak menyemaikan sikap dalam diri bekerja di pejabat sebagai langkah untuk melarikan diri daripada tugas rumah tangga yang dianggap membosankan.

6. Suami juga seharusnya mengubah sikap dan amalan mereka yang menyerahkan semua urusan rumah tangga hanya kepada wanita.

7. Sikap toleransi dan tolong menolong antara pasangan tentunya dapat mengatasi dilema ini dengan mudah.Cuba balik awal ke rumah walaupun sekali atau dua kali seminggu.

8. Selepas mandi baringkan badan dan rehatkan diri selama 10 minit. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi untuk persiapan keesokan hari yang lebih ceria dan bertenaga.

9. Memasak masakan yang ringkas dan mudah disediakan. Air tangan ibu berkesan dalam pendidikan anak, namun jika terlalu penat dan tidak sempat, boleh membeli makanan tetapi janganlah terlalu kerap.

10. Selain itu, wanita berkerjaya perlu memastikan pembahagian masa antara diri, keluarga dan kerjaya seimbang kerana tanpa pengurusan masa yang betul, ia boleh membebankan fizikal dan mencabar minda.

Antaranya:


Utamakan diri

Apabila bergelar isteri dan ibu, adakalanya wanita lupa mengenai hak ke atas diri kerana terlalu menumpukan perhatian menguruskan rumah tangga dan kerjaya.

Jika tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, mungkin aktiviti menguruskan anak, suami dan kerjaya tidak mampu dilakukan dengan sempurna.

Selain itu, pastikan makanan disediakan sihat dan amalkan gaya hidup sihat.

Tetapkan jadual kerja

Buatlah jadual dan buat senarai mengikut keutamaan. Walaupun senarainya panjang dengan disiplin yang ketat, ia pasti boleh dilaksanakan.

Agihan tugas

Dalam menguruskan rumah tangga, tidak salah jika meminta suami turut membantu serta memberikan kepercayaan kepada anak untuk meringankan beban.

Pasti kerja rumah akan menjadi lebih mudah dengan setiap pertolongan ahli keluarga.
Tinggalkan kerja pejabat di pejabat 

Kerja pejabat seharusnya diselesaikan di pejabat. Jika kerja yang tidak dapat diselesaikan itu diteruskan di rumah, ia akan mengurangkan masa bersama keluarga kerana terlalu sibuk menghabiskan kerja pejabat. 

Lupakan seketika masalah di rumah 

Apabila berada di pejabat lupakan seketika masalah di rumah. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan diri untuk lebih fokus bagi menghabiskan kerja di pejabat. 

Cuti 

Ketika bercuti bersama keluarga lupakan persoalan dan masalah kerja. Walaupun hanya untuk seketika, tanpa disedari ia boleh merapatkan lagi hubungan sekeluarga. 

SHAKLEE BUSSINESS ONLINE: KERJAYA PALING IDEAL UNTUK WANITA


Wanita yang mempunyai kelulusan tetapi dalam masa yang sama ingin menjaga dan menguruskan anak-anak sendiri kini mempunyai pilihan kerjaya secara maya atau dikenali sebagai bussiness online kerana tidak perlu meninggalkan rumah dan anak-anak.

Inilah yang group bisnes Shaklee ingin kongsikan bersama anda. Jom kita lihat apa KEISTIMEWAANNYA berbanding pekerjaan anda sekarang. Harapnya anda juga akan mengikut jejak langkah rakan-rakan saya yang 'terpaksa' resign dari pekerjaan asalnya sebagai pengorbanan untuk keluarga dan bisnes Shaklee yang semakin tak menang tangan mengurusnya.

# Paling utama kerjaya dalam Shaklee ini juga boleh melindungi wanita daripada fitnah kerana tidak perlu keluar rumah bertemu atau berurusan dengan bukan muhrim yang ada kalanya boleh menimbulkan pandangan atau syak wasangka daripada masyarakat sekeliling.

# Bekerja dari rumah juga bermakna, mereka tidak perlu mengabaikan dan menjejaskan urusan anak-anak. Rumah tangga boleh diuruskan dan dalam masa yang sama urusan kerja boleh diselesaikan mengikut waktu yang dipersetujui di antara mereka dengan pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka.

# Islam adalah agama yang hebat, membenarkan penganutnya melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan ia halal dan jujur. Banyak hadis meriwayatkan mengenai perkara ini dan antaranya:

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” 

Sehubungan itu, tidak salah seorang wanita bekerja secara maya asalkan dia tahu apa yang dilakukan dan berlaku jujur walaupun berurusan dengan pelanggan yang tidak ditemui secara bersemuka.

# Selain itu, bekerja dari rumah juga menjimatkan wang atau kos kerana tidak perlu menyewa ruang pejabat dan menjadi bos sendiri. Anda boleh menguruskan perniagaan anda sendiri tanpa sebarang tekanan dari sesiapa dan suami tercinta pasti lebih suka dan tenang apabila isterinya berada di depan matanya.


# Di samping itu, Islam memang menghalalkan usaha perdagangan, perniagaan dan atau jual beli. Dalam bisnes Shaklee ini, saya melihat ramai sekali yang baru mula mempelajari bidang 'Muamalat' atau perniagaan secara terperinci. Alhamdulillah melalui cara ini, sunnah pekerjaan paling utama dalam Islam dapat ditegakkan dalam masyarakat.

# Dalam menjalankan bisnes Shaklee ini, ibadat dan pergantungan kepada Allah menjadi paling agung dan utama dan anda akan lebih yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki kepada para hambaNya.

Berbeza jika kita bekerja di bawah orang lain. Kadang-kala iman kita pun turut terpesong, takut sangat-sangat dengan boss sehingga menganggap merekalah yang memberi rezeki kepada kita setiap awal atau hujung bulan. Maafkan saya ye, tapi ini realitinya.

Jaga hati, jaga iman, jaga amal dan jaga ikhlas dengan Allah kerana hati pelanggan-pelanggan kita di dalam tangannya. Dekatkan diri dengannya dan rezeki anda akan makin hampir. Sekian dulu perkongsian kali ini.

Untuk maklumat lanjut, sila:

# PM saya di https://www.facebook.com/mohd.taufiq.3557 @
# Call/SMS pada no 019 2486694.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
Posted by Unknown On Wednesday, August 28, 2013

Assalamualaikum semua. 
Apa khabar anda semua? Hari ni just nak berkongsi info dengan anda.

Sebenarnya, masih ramai lelaki dan wanita tidak tahu perihal kuantiti air mani. Sejak kebelakangan ini banyak e-mel yang saya terima bertanya mengenai ketidaksuburan dan air mani. Baik suami mahupun isteri menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin.

Dalam pelbagai soalan, saya tertarik kepada individu yang bertanya mengenai ubat dan makanan yang boleh menambah kuantiti air mani dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.


Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak. Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani. Ini tidak mengira faktor ghairah atau terangsang seseorang lelaki.

Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah.

Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit.


Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik.

PUNCA KETIDAKSUBURAN

Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu hormon, sperma dan penis.
Masalah hormon berlaku jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.

Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut. Jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon lelaki.

Masalah sperma berlaku pada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon. Ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat. Bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.

Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis. Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.


Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.“Ramai yang tidak tahu dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan.

“Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma. “Selain itu, ada ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat. Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan secara semulajadi menggugurkannya.

Jika bukan hormon atau sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca daripada penis yang bermasalah.

Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan. Selain itu, jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.

Masalah lain seperti kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.


PENYELESAIAN

1- Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari.

2- Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

3- Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

4- Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

5- Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

6- Sebagai ikhtiar, saya juga mencadangkan kepada pasangan yang mengalami masalah ini untuk menggunakan set Shaklee yang terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Vitamin E dan Zinc Complex pasti dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang 'mencalarkan' reputasi anda ini.



ZINC COMPLEX

Zinc digunakan untuk kesuburan kerana ia berperanan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zink juga merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

VITAMIN E 


Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Vita-E complex mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium dan membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Dr Hamid Arshad, pakar perbidanan turut menitik beratkan Vitamin E
dan selenium untuk meningkatkan kesuburan kepada kaum lelaki
.

7- Doa: Jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya yang Maha Berkuasa dan Berkehendak. mohonlah pada waktu-waktu istijabah (mustajab). Barangsiapa yang berikhtiar tanpa berdoa, sesungguhnya dia sombong kepada Allah. Allah SWT berfirman,"Mintalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan".

Jadi, jangan sekali-kali berputus asa berdoa dan berusaha.


Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan dan kesuburan lelaki. Sekian

Untuk maklumat lanjut dan konsultasi percuma, sila:
# PM saya di https://www.facebook.com/mohd.taufiq.3557 @
# Call/SMS pada no 019 2486694.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".


Monday 26 August 2013

Posted by Unknown On Monday, August 26, 2013

Assalamualaikum kepada semua. 

Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.

SOALANNYA


Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.


9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

# Jika ada sebarang persoalan terhadap sebarang persoalan, sila PM saya di FB atau letakkan pertanyaan anda di ruang soalan di bahagian tepi blog ini. 

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Friday 23 August 2013

Posted by Unknown On Friday, August 23, 2013

Assalamualaikum semua.

Sihatkah anda di luar sana?! Semoga anda sihat selalu dan menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah untuk berbakti buat agama, negara dan bangsa.

Bercakap tentang bisnes, itu merupakan suatu istilah yang sangat DITAKUTI oleh kebanyakan dari bangsa kita, bangsa Melayu. Mereka bukan takut berniaga, tetapi mereka takut GAGAL dan takut menanggung RISIKO yang lain.

Sedangkan tahukah anda? Kebanyakan orang yang berbisnes sebenarnya tidak pernah tahu tentang ilmu bisnes. Mereka hanya mengikut kata IMPIAN mereka sahaja. Berfikir, bertindak dan terus melangkah ke hadapan sambil diselangi dengan mempelajari sedikit-sebanyak ilmu marketing sehingga BERJAYA di suatu masa nanti. Mereka mengiplikasikan konsep TRY& ERROR, kadang-kala menjadi, di lain masa pula, sebaliknya yang berlaku.

Sejak akhir-akhir ini, dengan pembacaan dan tunjuk ajar dari mentor-mentor yang hebat di dalam group Shaklee ini, saya telah BERJAYA mengetahui apa yang dikatakan TEKNIK MARKETING POWER. Tak perlu cari pelanggan dan ahli tetapi mereka yang akan mencari anda. Tak perlu mengetuk pintu rumah orang, mereka yang akan datang mengetuk pintu rumah anda, baik siang atau pun malam. Jangan salahkan saya pula jika selepas ini anda belajar daripada saya, hidup anda pula yang HURU-HARA seperti saya.


Sebenarnya agak susah untuk menjelaskannya melalui tulisan sebab biasanya saya akan membuat group coaching atau personal coaching kepada insan bertuah untuk menjelaskannya secara mendalam dan akhirnya beberapa rakan seperjuangan yang dulunya tiada side income kini dah mampu memegang 3 angka dalam tangan dan bulan ini insyallah jika tiada aral melintang, mereka akan menggenggam 4 angka pula. Amin.


By the way, saya ingin kongsikan penglaman saya ketika menghadiri Program Special Magic Zon Selatan Jutawan Shaklee. Bertempat di Hotel Selesa yang sangat selesa pada hari Ahad yang lalu dengan kehadiran mencecah 150 orang peserta.

BERMULA TANGGUNGJAWAB

Saya menadah tangan bersukur kepada Allah kerana dianugerahkan kepercayaan dari Grand Master kami dalam group Jutawan iaitu Presidential Master Shareeza untuk menganjurkan majlis ini di JB dari awal hingga ke akhir program. Tak disangka betul, baru 2 bulan masuk dalam keluarga besar Jutawan ini sudah diberi amanah besar seumpama ini. Inilah group kami yang sentiasa mengkehadapankan sesiapa yang berpotensi tanpa mengira cepat atau lambat ia menjadi ahlinya.

Peluang diberi saya ambil sebaik mungkin seumpama menjaga tetamu dari luar. Sebolehnya dibuat sesempurna mungkin. Jika ada yang terkurang,mohon dimaafkan yer :) 

FAMILY SPIRIT

Jangan hairan yer melihat situasi di bawah. Saya dimaklumkan sedari awal bahawa inilah group Jutawan Shaklee yang sangat mementingkan semangat kekeluargaan, suami, isteri dan anak-anak dibawa bersama, tiada seorang pun ditinggalkan kerana bisnes ini mendahulukan keluarga. Tahu tak kenapa?! Sebab matlamat awal dan akhir bisnes ini adalah KESENANGAN & KEBAHAGIAN  KELUARGA. Fullstop.


Inilah bisnes keluarga yang saya cari. Suami tidak lepas tangan terhadap isteri dan isteri tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak. Masing-masing saling membahu dalam menguruskan bisnes ini. Tahu tak?! Para suami ini juga bekerja seperti orang biasa dan apabila bisnes ini stabil dan mencecah 5 angka hingga 6 angka, mereka pula berhenti kerja dan menjadi orang kanan para isteri dalam sama-sama memajukan bisnes ini.

Cuba bayangkan anda sekeluarga bebas masa untuk bersama dan bebas kewangan untuk berbelanja. Jika keluarga yang menduduki tempat pertama dalam hidup kita dan wang yang kedua, alangkah bahagianya kan?!


RAHSIA IBU KEJAYAAN

Bukan menjadi rahsia dalam group ini bahawa ibu  kejayaan dalam group ini adalah sejauh mana anda dekat kepadaNya melalui ibadat-ibadat wajib dan sunat. Kami diberikan tanggungjawab untuk beribadat kepadaNya tanpa banyak soal. Jika bisnes dirasakan lembap dan tidak bergerak, perkara awal yang ditanya oleh leader masing-masing adalah,"Cukup tak amalan anda sekian...sekian..?!".

Allahuakbar, bisnes apakah  ini hingga ibadat menjadi ibu dan kepala segala kejayaan?! Inilah bisnes kami, bisnes keluarga kami, bisnes group kami, BISNES SHAKLEE.



SPEAKER

Ramai sebenarnya yang menjadi speaker pada hari tersebut. Hanya beberapa orang sahaja yang saya masukkan. Nak tahu semua, kenalah hadiri majlis seperti ini lagi tahun depan. Sharing from heart dari setiap speaker benar-benar memberi impak kepada hati-hati yang hadir dengan tujuan yang sama, mencari redha Allah melalui perniagaan.


Pn Nitra kini sedang memburu car bonusnya pada bulan ini. Insyaallah jika tiada aral melintang, bulan depan bolehlah saya tumpang jalan-jalan :) Perkongsian beliau sangat menarik mengenai PELUANG yang diberikan oleh Shaklee dan group ini kepada semua pengedarnya. Lembut orangnya tapi  snagat TEGAS ingin melihat orang lain berjaya BERSAMA.


Ini pula saya. Teruja sangat dapat berkenalan dan berkongsi dengan ramai orang. Kali pertama, menggigil juga mulanya. Bukan takut nak kongsikan pengetahuan dan pengalaman tetapi gementar kerana baru 2 bulan 'terpaksa rela' berkongsi tajuk,"Jual Diri dan Jual Shaklee". Lebih menjurus ke arah teknik marketing yang betul dan berkesan.

Antara soalan yang popular. Bagaimana nak yakinkan pelanggan bahawa MLM Shaklee halal dari sudut syarak.
Alhamdulillah dapat berjalan lancar dan 'dimeriahkan' dengan pelbagai soalan. Gembira saya kerana dapat menyelesaikan beberapa persoalan yang sering mengikat ahli-ahli lain untuk bergerak sebelumnya. Syukur sangat.

Siapa pula ni? Inilah Master Iffah. Sangat sopan dan cantik dengan purdahnya. Dalam group ni tak perlu bersolek bagai ye. Kita nak jual produk kerana kelebihan produk itu sendiri bukan untuk menjual produk dengan helah 'kecantikan diri'.


Alhamdulillah sangat terjaga adabnya dan perkongsian beliau bertajuk, "From Zero to Heroin" dengan gambaran kitaran hidup rama-rama benar-benar membuka mata untuk melihat lebih luas tentang hakikat hidup ini.

Sayu je dengar kisah hidup beliau dan sangat termotivasi. Tiada alasan untuk PUTUS ASA dalam hidup. Tak hairanlah pendapatan beliau sekarang adalah 6 angka sebulan. Inilah yang Nabi maksudkan di dalam hadisnya,"Wahai pemuda, jagalah Allah, Allah pasti menjaga anda!!!"


Perkongsian seterusnya diikuti oleh suami Master Iffah yang berkongsi tajuk dengan para audien,"Peranan Suami dalam Membantu Para Isteri". Perkongsian yang sangat menyentuh hati para suami yang hadir betapa RESTU sang suami sangat berpengaruh pada emosi dan tindakan isteri. Walaupun restu, tetapi jarang ambil tahu dan akhirnya 'terpaksa' berhenti kerja apabila sudah betul-betul ambil tahu.

So, kalau anda ambil tahu lepas ni, mungkin anda pula yang perlu berkata kepada bos anda, "Sory bos, saya terpaksa berhenti kerja untuk uruskan bisnes online Shaklee saya pula".


Perongsian ini yang ditunggu, iaitu perkongsian dari Grand Master Shareeza aka Mama Cery. Siapa yang kenal dengannya pasti anda terasa seperti keluarganya. Anda dilayan benar-benar seperti keluarganya sendiri. Walaupun memegang income hampir setengah juta setelah 3 tahun aktif dalam perniagaan ini, tiada satu pun yang berbeza dengan orang biasa. Lihatlah sendiri, di mana kekayaannya. Pada pakaian atau rupa paras?! Tiada langsung.

Sangat humble, tak lokek berkongsi ilmunya dan sangat peramah. Benar-benar LEADER yang hebat dan patut dicontohi. Alangkah bertuahnya saya berada dalam keluarga besar ini. Tanpa orang hebat seperti ini mana mungkin kami orang yang biasa-biasa ini menjadi LUAR BIASA. Dari menjana pendapatan biasa-biasa beralih kepada menjana pendapatan LUAR BIASA. Yang paling penting, berubah dari memberi biasa-biasa kepada orang lain menjadi pemberian LUAR BIASA, semakin bertambah dan bernilai.

Pernah suatu ketika, tepatnya pada awal Ogos lepas, saya dirisaukan oleh suatu perasaan yang saya sendiri tidak tahu nak menerangkannya. Terus PM dengan Mama Cery, berkongsikan masalah dengannya. Walaupun mempunyai 7000 orang anak buah, saya tetap dilayannya.

Jawapannya sangat mudah,"Perasaan tu datang kerana kamu dah keluar dari Comfort Zone dan mula menjadi manusia LUAR BIASA, TAHNIAH!". Perkataan ini sudah cukup untuk menenangkan hati saya yang gundah-gulana ketika itu. Group support yang sangat kuat seperti ini benar-benar memberi kesan POSITIF kepada saya dan ahli-ahli yang lain.


Ini pula suami kepada Mama Cery yang pada mulanya memandang kecil usaha isterinya, tetapi kini beliau terpaksa berhenti kerja untuk membantu isterinya menguruskan group yang hebat ini. Dulu, beliau gelakkan isterinya membungkus supplement di malam hari tetapi kini beliau yakin bahawa bisnes kesihatan adalah bisnes yang terbaik sepanjang masa dan paling memberi nilai kepada hidup orang ramai.

Gaji beliau di dek petroleum bernilai RM 30 000 telah 'dikalahkan' dengan bisnes isteri beliau di dalam rumah dan di hadapan komputer yang mencecah setengah juta sebulan. Sebulan ye, baca betul-betul dan jumlah ini tidak pernah menurun.

Para isteri bergambar dengan anak-ank di dalam dukungan manakala para suami tolong mengambil gambar. Tengok gambar pun dah terasa bahagia, apatah lagi bagi yang menyertainya...
Inilah moto,"Keluarga Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Program ini bukan sahaja berjaya membuka mata para peserta tentang potensi diri dan kelebihan yang disediakan oleh Shaklee malahan memberi pencerahan bahawa bisnes akan menjadi mudah apabila anda tahu matlamat anda, mempunyai mentor dan leader yang benar-benar ikhlas membantu serta mengetahui teknik bisnes yang tepat. Semuanya ada di dalam group ini. Alhamdulillah, pencarian saya dalam mencari bisnes yang benar dimakbulakan oleh Allah.

Sekian.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".


Wednesday 21 August 2013

Posted by Unknown On Wednesday, August 21, 2013

Assalamualaikum semua. Salam lebaran buat anda. Masih berbaki 17 hari lagi sebelum Syawal menutup tirainya. Semoga anda dapat melaksanakan puasa enam dengan jayanya.

Hari ini sengaja saya pilih tajuk di atas. Ramai ibu bapa yang sering mengucapkan ayat,"Kalau hantaran pun tak mampu nak bagi, macam mana nak jaga anak perempuan saya?".Ini kerana mereka menyangka tanpa hantaran yang tinggi, mana mungkin si lelaki dapat menjaga anak mereka setelah kahwin. Jom kita kongsi bersama, moga ada baiknya buat panduan bakal pengantin dan juga ibu bapa dari kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan laporan terkini mengenai harga atau jumlah hantaran yang lazimnya diletakkan oleh kedua belah pihak dari keluarga lelaki dan keluarga perempuan dengan hanya berdasarkan kepada taraf pendidikan seseorang anak perempuan itu. Semakin tinggi tingkat pendidikan yang didakinya semakin jauh melambunglah hantarannya bak hantaran artis ternama atau berasal dari keluarga perniagaan BUAYA.


Dada ini terasa sempit apabila mengenangkan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang rata-ratanya mengakui bahawa mereka MEMAHAMI Islam sebaiknya, tambahan pula dikelilingi oleh alim ulama dan Islam sebagai agama rasmi negaranya. Sayangnya, orang Islam kini hanya tercatat Islamnya di kad pengenalan dirinya semasa hidup dan kemudian setelah matinya diabadikan di atas batu nisan  sahaja. Pada amalan, tiada satu pun yang nak diikutnya.


Pandangan Si Gadis

Pada hari Jumaat minggu lepas, soalan ini ada saya utarakan kepada para pelajar untuk perbincangan bersama. Apa lagi, riuh-rendah kelas mengembalikan jawapan yang mereka sangat BERSETUJU dengan statement tersebut, hanya ada 2-3 orang sahaja yang diam dan apabila ditanya, rupanya tidak tahu bahawa isu ini sedang panas di Malaysia sekarang. Yang paling pelik, jawapannya hanya dari sebelah pihak, perempuan sahaja,. Pelajar lelaki diam tidak berkutik. Alahai kesiannya....

Hendak atau tidak saya terpaksa bantu para pelajar lelaki ini agar mereka dapat melangsungkan perkahwinan dengan selesa nanti setelah tamat belajar. Beberapa pandangan saya berdasarkan sirah dan fakta akhirnya benar-benar memerangkap mereka (pelajar wanita). Giliran mereka pula yang senyap tak berani lagi membela diri. Nak tau apa hujahnya. Jom...layan.


Layak ker?


Perkara yang pertama perlu ditanya adalah layak ke tak?! Untuk menerima hantaran sebanyak itu, adakah pengantin perempuan faham beberapa perkara:

1- Siapa yang kahwin?

Seorang bakal pengantin perempuan perlu bertanya diri sendiri, siapa yang nak kahwin sebenarnya? Bukankah aku yang nak kahwin bukan keluarga aku, bukan ibu ayah aku. Akukan yang nak kahwin, kenapa perlu sebanyak ini hantarannya? Bukankah akhirnya SUAMI aku sendiri yang terpaksa menebal muka meminta hutang dari ahli keluarga yang lain, bank dan mungkin pejabat ceti juga dipanjatnya.

Akhirnya anda suami isteri juga yang terpaksa menanggung hutang akibat diri anda sendiri. Keluarga anda tidak akan membantu membayarnya dan mungkin meminta lagi daripada anda setelah itu. Tidak kesiankah anda terhadap suami yang anda akui sebahagian dari jiwa anda. So, fikirkan tentang perkara ini sebelum anda mengiyakan. Ianya seperti meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Suatu tindakan yang tidak cerdik dan memalukan walaupun anda pemegang PhD.

2- Siapa aku?

Sebelum meletak hantaran yang tinggi, saya minta para pelajar perempuan saya untuk bandingkan antara diri mereka dengan anak-anak perempuan dan isteri-isteri Rasulullah dari semua sudut. Fatimah, anak perempuan Nabi, orang pertama akan masuk syurga hanya bermaharkan kurang dari 500 dirham. Begitu juga dengan hantaran isteri-isteri Rasulullah SAW.

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepada Aisyah,"Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyah menjawab,"Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluh dirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?" Aku menjawab, "Tidak."Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham."
(HR. Muslim)

Nilai satu dirham kini adalah sebanyak RM 25. Jadi setelah didarab dengan 500 dirham, maka jumlah mas kahwinnya adalah RM 12 500. Itulah nilai tertinggi yang diberikan oleh Nabi kepada isteri dan anak-anaknya yang solehah. Jadi, nilai diri sendiri,"Aku sebaik Aisyah ke atau Fatimah?!" Jika anda layak, Islam juga membenarkannya TETAPI ketahuilah nilai mahar dan hantaran adalah berdasarkan TAQWA bukan TARAF AKADEMIK semata!!!

3- Mas kahwin adalah WAJIB dan hantaran adalah SUNAT

Mas kahwin adalah milik pengantin perempuan dan hukumnya adalah wajib dan penggunaan mahar tersebut adalah mutlak oleh isteri, tidak boleh dipersoalkan. Manakala hantaran adalah sunat dan dikira sebagai hebah atau hadiah kepada isteri, bukan keluarga isteri atau dipanggil 'belanja hangus' oleh orang Utara.

Duit hantaran tak sepatutnya digunakan untuk menampung majlis perkahwinan yang diadakan sehingga semata-mata untuk gah, puluhan ribu dilaburkan pada majlis perkahwinan tetapi akhirnya pasangan mempelai tersebut yang terpaksa menanggung hutangnya. Ia hanya boleh digunakan dengan KEIZINAN bakal pengantin perempuan kerana itu adalah MILIKNYA!!

Cuba kita bersoal jawab dengan pihak lelaki mengenai kemampuan mereka dalam menyediakan hantaran ini. Bukan senang bagi pasangan muda yang baru habis belajar dengan menanggung hutang PTPTN puluhan ribu, hutang kenderaan, hutang rumah dan sebagainya terpaksa pula menambah lagi hutangnya semata-mata untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya. Adakah berbaloi berjanji sehidup semati dan susah senang bersama tetapi akhirnya yang ditekan adalah bakal suami sendiri?!

4- Ibu ATAU bapa yang menentukan nilai mahar dan hantaran?

Perkara ini sering berlaku di Malaysia dan ia merupakan suatu yang bukan sunnah dan tidak pernah diamalkan oleh para ulama sebelum ini. Inilah bidaah masa kini yang dipandang baik oleh sebahagian besar masyarakat iaitu IBU sering campur tangan dalam urusan penetapan mahar dan hantaran ini.

Maaf ye kepada para ibu dan bapa. Sebagai seorang pemimpin dalam rumahtangga bapalah yang sepatutnya terkehadapan dalam bidang ini dengan cuba 'mengecilkan' permintaan dari kaum ibu. Ibu biasanya hendakkan perkahwinan yang perfect dan selalunya keluarga atau jiran terdekat yang menjadi aras piawaiannya. Semakin tinggi keluarga dan jiran terdekat melaksanakan kenduri kahwin anak beranak mereka, semakin tinggi juga mereka meletakkan hantaran untuk anak perempuannya. Nafsu mereka sukar dikalahkan.

Jadi, kepada para ayah, sila ingat semula bagaimana anda berkahwin dulu? Jika murah hantarannya dan anda bahagia sehingga kini, mengapa perlu anda letakkan hantaran yang tinggi kepada anak lelaki orang lain? dan jika dahulu anda sendiri perlu membayar hantaran yang tingi dan telah merasai susah-payah membayarnya semula, mengapa diulangi lagi perbuatan tersebut? Jangan dipatuk ular di dalam lubang yang sama, bak kata hadis Nabi. Sudah tahu itu salah, TINGGALKANLAH!

5- Perceraian

Data pada tahun 2011, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin. Pada Jun 2013 pula, jumlah kes perceraian pasangan beragama Islam di negara ini pada tahun lepas menurun kepada 27,355 kes berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan sebanyak 28,035 kes.


Jumlah itu mewakili 19 peratus daripada jumlah pendaftaran nikah yang direkodkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 140,529. Ini bermakna setiap bulan terdapat 2,280 pasangan akan bercerai setelah perkahwinan mereka mengalami kegagalan.

Walaupun jodoh itu milik Allah tetapi kita juga perlu berusaha untuk menjaganya. Jadi jagalah dari awal sebelum perkahwinan bermula. Sukakah anda jika setiap hujung atau awal bulan anda bermasam muka dengan pasangan hanya kerana bank menghantar statement hutang yang perlu dibayar setiap bulan?! Tahu tak hadis Nabi yang berbunyi,"Berhati-hatilah dengan hutang kerana hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di malam hari".

Kenapa mudah sekali bercerai kerana hutang ini? Kerana nikah itu adalah ibadat, jika berhutang untuk melakukan ibadat, itu dikira TIDAK MAMPU tetapi kerana hendak kahwin punya pasal, terpaksa jugalah. INGAT!!! Jika wang yang dicari maka keberkatan perkahwinan lari, jika berkat perkahwinan yang dicari, maka rezeki harta akan bertambah di kemudian hari.

Tepuk dada tanya selera, yang mana aku cari sebenarnya di dalam perkahwinan ini: BERKAT atau WANG?!



Solusi

Saya rasa tidak perlu saya senaraikan panjang lebar kerana anda PASTI mengetahuinya melalui pembacaan di atas.

Peranan pihak wanita:

1- Kurangkan nilai mas kahwin dan mahar mengikut KEMAMPUAN LELAKI, bukan KEINGINAN WANITA.

2- PERMUDAHKANLAH kerana Islam itu agama yang mudah, jangan dipersulitkan.

3- Bantulah pihak lelaki sekiranya ia tidak mempunyai keperluan perkahwinan yang cukup.

Peranan pihak lelaki

1- Pilih wanita yang FAHAM agama bukan hanya menggunakan agama untuk kepentingan diri mereka.

2- Belajarlah untuk menabung dan perancangan ekonomi yang baik. Kerana anda adalah pemberi MAHAR dan hantaran sebelum perkahwinan dan pemikul NAFKAH setelahnya.

3- Cubalah mencari side income dari jalan perniagaan, jangan melalui makan gaji di bawah orang lain lagi kerana sabda Nabi,"9/10 rezeki adalah dari perniagaan". Cukuplah makan gaji menjadi main income anda. Gunakan perniagaan sebagai landasan untuk dapatkan side income.

Secara telus, dengan jawatan sebagai pendidik yang mempunyai gaji stabil 4 angka, saya masih melihat ramai rakan-rakan sejawatan yang  'terpaksa' berhutang untuk perkahwinan mereka. KASIHAN!!! Saya sangat kasihan tetapi apa boleh buat, itu PILIHAN masing-masing. TETAPI ini tidak berlaku kepada orang yang mempunyai side income yang lain seperti menjahit, menulis novel, makalah, memperbaiki komputer dan sebagainya.

Bagi saya pula yang berkecimpung dengan Shaklee, sudah tentulah Shaklee memberikan side income terbaik kepada saya, alhamdulillah. Tak cukup dengan bonus besar melimpah-limpah, ada pula car bonus dan percutian di dalam dan luar negara. Hanya perlu duduk di depan PC atau laptop 2-3 jam sahaja sehari untuk sharing kebaikan Shaklee dengan orang ramai dan membantu menambah NILAI hidup orang lain. Mudahkan?! Yang penting anda RAJIN dan ingin menjadi manusia LUAR BIASA dari sudut kerjanya kerana kerja itu IBADAH.

Terpulang kepada semua pihak untuk meningkatkan status ekonomi masing-masing, tetapi fenomena sekarang yang semuanya semakin MAHAL tidak mungkin memudahkan hidup seharian kita yang BIASA ini. Hantaran dan mahar semakin tinggi, harga ayam juga melambung setiap minggu, segala bil bagai dah mula dijenguk oleh pemerintah untuk dinaikkan, minyak kenderaan sentiasa meninggi, jarang sekali menurun.

Ini semua yang berlaku sekarang di Malaysia dan seluruh dunia. Pahit untuk ditelan atau diluahkan. Mahu tak mahu kita akan terasa penangannya. So, sediakan ekonomi anda sestabil mungkin untuk hidup pada masa kini agar HIDUP LEBIH TENANG TANPA HUTANG.

Sekian.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...