Thursday 26 September 2013

Posted by Unknown On Thursday, September 26, 2013
Assalamualaikum semua.
Jom kita bincang-bincang bab pembaziran ni.


Menjauhi perbuatan berunsur pembaziran dalam segenap sudut adalah langkah bijak dan terpuji selari dengan agama yang mesti dipatuhi setiap Muslim. Bertepatan dengan pendapat Ibnu Kathir yang menyatakan, pembaziran perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara maksiat yang dimurkai-Nya.

Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat pemberian Allah dianggap sombong, lupa diri dan kufur. Mereka ini jarang mahu bersyukur jika mendapat rezeki yang sedikit bahkan luahan hati melalui keluhan dan alasan sangat suka sekali diberi. Begitu juga apabila mendapat rezeki yang banyak, bukan pujian yang singgah di bibir tetapi pujian terhadap diri sendiri yang terbit. Apa kita sudah lupa untuk bersyukur, sedangkan kita ini hanya insan yang hina?

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab.” (Riwayat Ahmad)

Menyentuh konsep pembaziran, saya percaya ramai daripada kita tersalah memberi tafsiran yang hanya nampak pembaziran itu seolah-olah terhad kepada soal wang ringgit dan harta saja. Skop pembaziran cukup luas termasuk material (benda) dan bukan material seperti usia, tenaga dan ilmu.

PEMBAZIRAN 


Secara umumnya,ramai kalangan umat Islam tidak suka memanfaatkan masa sebaliknya dihabiskan dengan perbuatan merugikan seperti berbual kosong di kedai kopi.

Menyedari kepentingan waktu mendorong umat Islam sentiasa bersegera melakukan ibadah serta amalan yang memberi faedah seperti membaca buku, menghadiri majlis ilmu atau berusaha demi meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Bagi menguruskan harta kita dinasihatkan supaya mengamalkan sikap berjimat cermat mengikut keperluan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak boros dan tidak pula bakhil dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian.” (Surah al-Furqan, ayat 68)

Ada juga segelintir masyarakat kita yang hanya tahu berjimat cermat apabila berada dalam keadaan miskin atau dilanda kesusahan. Pada hal kita disuruh berjimat cermat dalam semua perkara dan sepanjang masa.

Bazir air ketika wuduk Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas kerana terlalu boros dalam penggunaan air ketika berwuduk. Teguran itu mengejutkan Saad kerana pada fikirannya air adalah perkara kecil saja.

Lalu beliau bertanya Rasulullah SAW: “Apakah terhadap air juga dikatakan boros? Maka segera Rasulullah bersuara: Memang, hingga jikalau engkau berada dalam sungai yang mengalir (sekalipun).” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Apabila kita berjimat cermat dan bersederhana dalam mengurus harta, jiwa akan tenang, hidupnya mempunyai perancangan yang baik dan dapat menjamin kehidupan yang sempurna pada masa depan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Orang yang menghargai nikmat Allah SWT adalah golongan yang tidak meremehkan pemberian Allah SWT, tidak merungut dan sentiasa berpuas hati jika memperoleh rezeki yang sedikit. Beginilah perangai dan tindakan golongan yang bersyukur kepada Allah.

Orang yang bersyukur, disayangi Allah SWT dan tetap mendapat ganjaran pahala daripada-Nya seperti firmanNya yang bermaksud: “Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang yang bersyukur.” (Surah Ali-Imran, ayat 145)


7 TABIAT PEMBAZIRAN

1. Merokok


Aktiviti paling membazir sepanjang hayat! Merokok merupakan salah satu sikap yang sangat tidak mendatangkan faedah kepada kamu. Walaupun kerajaan giat membanteras gejala ini namun masih ramai lagi yang melakukannya. Kepada si kaki rokok sedarlah akan pelaburan sia-sia kamu itu. Bayangkan duit gaji dibakar begitu sahaja. Hanya perlu mengurangkan gian merokok dengan menetapkan jumlah tertentu sahaja mampu membantu kamu agar tidak terlalu membazir dengan tabiat ini.

2. Kaki Wayang

Setiap kali gaji, panggung wayang ialah lokasi wajib untuk dikunjungi. jangan bazirkan wang kamu hanya kerana perasaan bosan yang tidak tentu arah itu. Memadai hanya mengehadkan aktiviti ini dua kali dalam sebulan. Selain itu, kamu juga perlu bijak memilih tayangan untuk ditonton agar tidak berlaku pembaziran pada duit tiket.

3. Gilakan Barangan Baru


Seronoknya apabila gaji mula masuk ke dalam akaun tetapi itu hanya di awal bulan sahaja. Cuba kamu fi kirkan bagaimana harus kamu teruskan hari-hari mendatang sekiranya wang kamu sudah habis? janganlah asyik berbelanja pada barangan baru setiap bulan. Sebaiknya kamu perlu menyenaraikan barang keperluan bulanan kamu agar tidak melebihi bajet yang sepatutnya.

4. Kurangkan Kad Prabayar

Setiap hari kamu pasti bergayut dan bermesej di telefon bimbit. Disebabkan rutin inilah kamu terpaksa menambah kos kad prabayar kamu setiap bulan. Bayangkan jika setiap hari kamu bazirkan RM5, ini bermakna kamu telah habis RM150 sebulan untuk kad prabayar. Sebaliknya jika kamu mengawal penggunaan kad prabayar, ini bermakna kamu telah berjaya

5. Karaoke

Sememangnya ramai remaja suka pada aktiviti ini. Kononnya ia mampu menghilangkan stres tetapi sekiranya pergi setiap hari pasti akan mengundang pembaziran yang tidak terkawal. Aktiviti ini bukanlah suatu rutin yang murah terutama apabila menyanyi di ruang yang agak kondusif kerana ia memerlukan pelaburan yang tinggi. Tanpa disedari, duit yang dilaburkan itu boleh digunakan untuk membeli set karaoke di rumah. Nyanyilah sepuasnya tanpa berlaku sebarang pembaziran.


 6. Hadap Restoran Mewah

Kamu seorang yang gemar menikmati hidangan lazat di restoran mewah? Sekiranya ya, apa kata kamu kurangkan sedikit rutin high class kamu itu. Bukanlah untuk menghalang kamu daripada menikmati hidangan lazat bertaraf bintang tetapi sedarlah jika kamu bukan daripada golongan yang berkemampuan lebih baik gunakan wang yang ada dengan memasak makanan sendiri.

7. Kaki Pusat Rawatan Kecantikan

Taasub terhadap kecantikan? Ramai remaja kini mudah terpedaya dengan agenda pusat kecantikan yang menjanjikan kecantikan luar biasa buat pengunjungnya. Tidak salah untuk tampil cantik, namun ia akan mengundang pembaziran apabila kamu terlalu kerap ke pusat kecantikan seperti spa dan salon. Pastinya ini akan menjejaskan sumber pendapatan bulanan. Dicadangkan agar kamu membuat satu jadual tepat dan asingkan sejumlah wang khusus untuk menjalankan aktiviti ini.

Sebaiknya, janganlah membazir pada sesuatu yang tidak bermanfaat untuk anda. Tambahan pula sekarang, segala bil dan barangan akan mula mencanak naik. Bukan kerajaan tiada duit tetapi mungkin kerana kita terlalu boros walaupun tiada apa-apa. Percaya atau tidak, itu pilihan anda. Kurangkan pembaziran dan tingkatkan pendapatan. Kurangkan sungutan dan tingkatkan kesyukuran. Mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yang sejati.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Wednesday 25 September 2013

Posted by Unknown On Wednesday, September 25, 2013

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak cerita mengenai penyakit 'mental' yang seringkali direkodkan akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. Pastinya, tiada sesiapa pun mahu hidupnya hancur di­sebabkan menghidap penyakit mental.

KEMURUNGAN

Masih ramai beranggapan kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa. Malah, ada pengamal kesihatan menganggap kemuru­ngan bukan isu besar kerana sesiapa saja pernah mengalami perasaan sedih. Disebabkan sikap sambil lewa ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius. 

Apakah?!
Lebih menghairankan apabila ada yang mengaitkan simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat, sekaligus menjadi faktor utama ramai pesakit awal enggan atau menangguh­kan rawatan kerana kita. Ya, kerana kita dan mulut yang tidak diinsuranskan itu. Mudah sekali bagi kita menuturkan dan melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa. 

Kesedihan yang berkaitan dengan rasa murung tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami keba­nyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi murung boleh berlarutan dan menyebabkan individu itu merasakan dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup.

REMAJA LEBIH BERISIKO

Kira-kira 3 juta penduduk negara ini yang mengalami masalah kesihatan mental berpotensi menghidap penyakit mental atau gila sekiranya tidak menerima rawatan dengan masalah murung menjadi punca utama penyakit berkenaan. 

Kajian Beban Penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan masalah kemurungan yang menjadi antara punca penyakit mental akan naik ke tangga kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia di seluruh dunia menjelang 2020. 

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-III pada 2006 menunjukkan kewujudan masalah kesihatan mental adalah 11.2 peratus dalam kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus dalam kelompok kanak-kanak dan remaja. 

Ini bermakna, remaja dan kanak-kanak berisiko untuk terdedah kepada pe­nyakit mental berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah. 

SEAWAL 25 TAHUN


Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Mental) Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Nurashikin Ibrahim berkata, kebanyakan kes dilapor membabitkan mereka berusia 25 hingga 34 tahun. 

Penyakit ini boleh dikesan melalui tanda awal seperti perubahan tingkah laku ketara, cepat marah, keresahan, sedih berpanjangan, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian. 

Katanya, individu yang mengalami masalah Neurosis cuma mengalami perubahan dalam pemikiran, perasaan menyebabkan gangguan dalam fungsi harian seperti kerap resah, murung dan bimbang, tetapi tidak menjejaskan kewarasan. 

LELAKI LEBIH RAMAI

Walaupun perempuan sering dikaitkan dengan kaum yang penuh emosi tetapi tahukah anda, dalam isu ini, bilangan pesakit lelaki lebih ramai daripada wanita. Menurut sumber, bilangan pesakit lelaki lebih ramai daripada wanita disebabkan kemungkinan lelaki lebih sukar dikawal di luar kemudahan kesihatan berbanding wanita. 



Lebih peka 

Bukan hanya diri sendiri, tetapi kita perlu peka terhadap orang sekeliling. Antara tanda kemurungan termasuklah kesedihan, rasa sepi dan jiwa kosong yang berpanjangan. Pola tidur terganggu kerana sukar tidur atau tidur berlebihan turut dikenal pasti sebagai simptom. 

Selera makan terganggu, ada antaranya hilang selera dan makan berlebihan boleh dikategorikan sebagai tanda penyakit mental. Apabila ditegur, individu ini akan menjadi amat sensitif, pendiam dan suka mengasingkan diri. 

Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan seperti aktiviti riadah dan hobi. Rasa bersalah atau menyalahkan diri atas peristiwa buruk yang berlaku. Rasa hidup tidak bermakna atau lebih baik mati (ini tidak semesti­nya bermaksud keinginan untuk bunuh diri, tetapi suka jika kematian berlaku pada diri menyebabkan pesakit cenderung untuk abaikan pengurusan diri dan membiarkan kesihatan dan keselamatan terganggu. Pemikiran dan tindakan percubaan bunuh diri boleh juga berlaku pada pesakit jika kemurungan berlarutan tanpa bantuan atau rawatan. 

Rawat sejak awal 


Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simptom. Jangan biarkan dalam jangka masa panjang kerana keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapis, kaunselor atau orang yang berkebolehan membantu. 

Jika anda merasakan diri tiada makna, elakkan bersendirian. Berhubung dengan rakan dan saudara-mara yang boleh kita harapkan. Berbual dan bincang apa yang mengganggu fikiran anda. 

Situasi di Malaysia tidak begitu membimbangkan kerana berdasarkan kes rawatan sejak 2008, jumlah pesakit mental yang dirawat akibat gangguan kes mental dan tingkah laku menurun 4.9 peratus (1,372 kes) pada 2010 dengan 26,186 kes berbanding tahun sebelumnya, 27,558 kes. Bagi 2007, jumlah pesakit direkodkan ialah 27,384 sebelum meningkat 174 kes pada 2008.


Difahamkan, penyakit ini masih terkawal sepenuhnya melalui pelbagai usaha kerajaan serta teknik rawatan ubatan moden memastikan proses pemulihan lancar seperti perkhidmatan psikiatri, sekali gus membantu pesakit kesihatan mental tidak merebak hingga menghidap penyakit mental. 

Meskipun peratusan kes dilaporkan semakin menurun tetapi kita perlu mengambil langkah sewajarnya dengan menjalani kehidupan lebih berkualiti.

Artikel ini bukan sengaja ditulis, tetapi kerana saya sendiri telah berjumpa dengan orang yang mengalami masalah ini. Masalah jiwa yang sangat teruk dan kini masih bergelar pendidik. Sangat menakutkan sikapnya walaupun terselit juga sifat kasihan kepadanya. Semoga anda dapat menjaga diri dan keluarga dari penyakit berbahaya ini. Apa yang penting adalah sentiasa dekatkan diri kepadaNya.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
Posted by Unknown On Wednesday, September 25, 2013

“Milo ais satu bang”, pesanan biasa yang sering kita dengar apabila menikmati hidangan di warung atau restoran tempatan. Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.

Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya. Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang berlebihan. Jelasnya, sebahagian daripada kolesterol berkenaan datang daripada lemak pemakanan yang dihadam dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh mengaitkan minuman sejuk dengan penyakit jantung kerana secara logiknya, minum air sejuk boleh memperlahankan penghadaman yang secara langsung mengurangkan lemak dan kandungan kolesterol dalam darah. Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai masalah jika mengambil minuman sejuk.

RISIKO


“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk atau tidak. Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas sehari. Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang minum dua gelas atau kurang sehari. Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman. Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa. Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika muda remaja dan hanya mula dirasai apabila menginjak usia 40 tahun ke atas.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil.  Individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya dan perut mudah buncit.

PETUA
  • Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya. 
  • Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran.
  • Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah diserang demam. Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka.
  • Ramai ibu bapa merungut memberitahu anak mereka tidak suka minum air kosong sebaliknya hanya gemarkan air berperisa. Keadaan ini berlaku mungkin kerana anak tidak diperkenalkan kepada air kosong sejak dari kecil. Oleh itu, untuk memastikan anak-anak mendapat air yang mencukupi untuk kegunaan tubuhnya, ibu bapa perlu memperkenalkan air kosong kepada anak seawal yang mungkin. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat atau yang berperasa bagi mengelakkan dia daripada menolak untuk minum air kosong
Water Pitcher Shaklee


Izinkan saya memperkenalkan Water Pitcher Shaklee yang terkenal ini. Mungkin ramai lagi yang masih belum tahu mengenainya. Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Perkongsian ini adalah sebagai info tambahan kepada anda yang mencari-cari produk yang bersuaian untuk kegunaan diri dan keluarga. Tapi yang pasti, sekali anda mencubanya, anda pasti jatuh cinta dengan Shaklee. Semua orang berhak mendapat kesihatan yang baik, insyaallah.


Semoga perkongsian ini mampu membuka mata anda untuk memahami betapa pentingnya air kosong yang bersih dan selamat terhadap kesihatan masing-masing. 

Lama tak ingatkan. Hari ni nak beritahu semula, bukan apa, takut lupa je. Jika ingin memiliki produk ini boleh hubungi saya segera:

Mohd Taufiq,
Shaklee ID: 965318
Tel/ Msg/ Whatapss: 019 2486694

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".
Posted by Unknown On Wednesday, September 25, 2013

Assalamualaikum semua. Berita ini saya angkat dari akhbar Harian Metro, cerita seorang anak kecil yang berjaya kerana beliau BERANI BERMIMPI dan BERUSAHA. Nasib menyebelahinya kerana beliau ada CITA-CITA MURNI. Allah kabulkan doanya kerana dia seorang yang berharap KEBAIKAN kepada semua. Dengar dan lihat lirik lagunya, bukankah terdapat banyak manfaatnya di situ. 

Cuba ingat balik, bukankah kita juga pernah melalui zaman kecil itu? Bukankah ketika kecil pelbagai cita-cita ada dalam akal kita yang hebat ketika itu. Apa sahaja yang terlintas, pasti kita laksanakan. Kadang-kala teringat saja nak menyeberang sungai yang dalam, kita terus buat tanpa fikirkan bagaiman jika kita lemas di dalamnya. Kadang-kala pula, kita sanggup mendaki bukit tinggi semata-mata hendak membuktikankita anak jantan sesama rakan tanpa fikirkan bayaran yang perlu kita bayar jika terjatuh ketika itu. Tak cukup dengan itu, kadang-kala kita juga mampu menjadi 'hantu' di malam hari dengan alasan mengusik rakan yang pulang mengaji di malam hari tanpa sekelumit rasa takut di hati kita.  

Tetapi entah di mana silapnya, KEBERANIAN itu semakin lama semakin berkurang, bahkan KETAKUTAN kepada risiko semakin hari semakin bertambah pula. Di mana semangat anak kecil dulu, yang apabila jatuh ketika berlari, ia terduduk sebentar menangis sekejap ataupun mungkin hanya hadiah senyuman sahaja terukir indah di bibir ketika itu dan kemudiannya ia bangun berlari semula.

Bukan perlahan larian semula tersebut bahkan semakin laju dan laju buat ubatkan 'sakit' jatuh tadi. Secara tidak langsung, mengajar orang tuanya kata-kata,"Jika aku yang sekecil ini kudratnya jatuh mampu bangun semula tanpa sesalan, mengapa kamu pula tidak berani berlari langsung sedangkan kamu lebih hebat dariku".
Tiba-tiba teringat pesan Allah,"Demi sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian". 
Firmannya lagi,"Ingatlah ketika mana aku ingin menciptakan khalifah di muka bumi?"

Kita terlalu 'lemah' untuk menyerah semata kepada takdir tanpa sebarang usaha. Berusahalah secara luar biasa untuk menjadi lebih baik dari semalam dalam hidup kita dalam apa bidang sekalipun baik pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan selainnya.

Ini cerita yang saya dapat dari si TEGAR. Bagaimana pula dengan kisah anda, mungkin susatu hari nanti nama anda pula yang terukir kerana tindakan luar biasa anda.
Pada usia 12 tahun, anak-anak lain sibuk meneruskan pelajaran di sekolah selain me­lakukan pelbagai aktiviti riadah bersama rakan sebaya. Namun berbeza dengan Tegar Septian ini apabila zaman kanak-kanak dihabiskan di jalanan bagi mencari rezeki dengan menjadi pengamen (penyanyi jalanan) di Indonesia seawal usianya 9 tahun. 
Siapa sangka rezeki berpihak padanya apabila dia ditawarkan menjadi artis rakaman Harpa Records, sekali gus menjadikannya popular. Malah, dalam waktu tidak sampai setengah tahun, lagunya yang berjudul Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang mendapat tontonan tertinggi di YouTube iaitu sebanyak 8 juta pengunjung sejak ia ditayangkan Mei tahun lalu. 
Tidak pernah terfikir akan perubahan drastik yang dialaminya, Tegar yang berasal dari Subang, Jawa Barat mengakui semua yang diterimanya adalah kebetulan dan ketentuan Ilahi.
“Alhamdulillah impian untuk menjadi orang senang sudah dimakbulkan Allah. Memang saya tidak pernah menyangka popular secepat ini namun berharap lagu saya menjadi pedoman buat semua. Saya juga sangat gembira apabila impian untuk berduet dengan ramai artis popular di Indonesia sudah termakbul dan berharap jika dapat menya­nyi duet dengan kumpulan dari Malaysia iaitu Slam. 
“Malah, kehadiran ke Malaysia juga tidak diduga kerana ini kali pertama saya menjejakkan kaki di sini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album mini berjudul Tegar dan Sahabat di ibu kota, baru-baru ini. 
Album yang sudah terjual lebih 100,000 unit di Indonesia itu mula dipasarkan sejak April lalu dan atas sambutan serta permintaan peminat Malaysia, ia mula dipasarkan di sini pada pertengahan Ogos tahun ini. 
Lebih menarik, Tegar kini mampu membelikan keluarganya sebuah rumah berharga 200 juta rupiah (RM60,000) di kampung halamannya di Subang. Bukan itu saja, dia turut membelikan sebuah motosikal buat kegunaan keluarga dan berhasrat membeli sebuah lagi. 
“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya. Sejak menjadi artis rakaman, impian pertama saya untuk membelikan keluarga rumah sudah terlaksana dan banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan untuk menyenangkan mereka. 
“Selepas hampir empat tahun meninggalkan alam persekolahan, saya kini sedang perlahan-lahan belajar sendiri di rumah dengan dibantu guru yang datang mengajar seminggu dua kali. Saya berharap hasrat untuk belajar tinggi seperti orang lain terlaksana. Meskipun sudah popular pelajaran tetap saya utamakan, malah itulah yang menjadi antara impian saya ketika susah iaitu ingin mempunyai pelajaran di samping dapat memberi kesenangan kepada ahli keluarga,” katanya yang berada di ibu kota selama seminggu. 
Sementara itu, Alfas Herman­syah selaku pengurus juga orang pertama yang melihat kebolehan Tegar, mengakui memilih Tegar kerana pertama kali mendengar suara kanak-kanak itu dia terpaku dan teruja akan keunikan yang dimiliki. 
Selain lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang turut dimuatkan dalam album mini Tegar dan Sahabat ialah Sekolah, Rindu Ibu, Bengawan Solo, Sahabat Tegar, Ayah Ibu Malaikatku, YouTube Oh YouTube, Ulang Tahunku, Ke Mana Lagu Untukku, Kebun Binatang dan Libur Sekolah.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Monday 23 September 2013

Posted by Unknown On Monday, September 23, 2013

Bagi mereka yang se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan, ia mengganggu tugasan harian, apatah lagi jika berlarutan dalam tempoh lama.

Malah, mungkin ramai beranggapan sakit dialami itu disebabkan gastrik, tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.

Pesakit berasa senak dan kadangkala sakit di bahagian perut, disertai rasa mual, angin, kembung perut dan muntah. Ramai yang mengabaikan gejala berkenaan sehingga akhirnya kesan kesakitan dialami tidak lagi mampu ditanggung badan. Ketika ini mungkin jalan penyelesaian terbaik adalah untuk membuang organ berkenaan bagi mengelakkan ia berulang.

Seseorang individu boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

Ia berlaku apabila hempedu tidak memiliki bahan kimia seimbang dan membentuk partikel keras yang kemudian menjadi batu karang. Batuan terbabit akan terus berada dalam pundi hempedu dan bertambah jumlahnya sekiranya ia tidak dikesan lebih awal bagi me­ngurangkan masalah terbabit..

Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, proses pencernaan lemak dan kolesterol menjadi semakin kurang efektif. Ia menyebabkan cecair hempedu dan kolesterol memasuki sistem darah dan mengakibatkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salur darah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang dan usus.

Jika satu ketika dulu individu yang mengalami­nya berusia 40 tahun ke atas, tetapi kini golongan muda seawal usia 20 tahun sudah disahkan menghidapnya. Keadaan ini disebabkan perubahan cara hidup dan pengambilan diet harian yang semakin mudah dan semuanya berasaskan makanan segera.

Antara penyebab berlakunya masalah ini adalah cara ­hidup moden yang serba mudah, kurangnya aktiviti fizikal serta makanan me­ngandungi banyak kolesterol, lemak, bahan perasa dan pewarna sintetik di samping pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik me­ngandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok.


Pe­nyakit berpunca daripada masalah batu karang hempedu iaitu:

Kolik hempedu

Ia berlaku disebabkan satu daripada batu karang yang terhasil tersangkut di tengah pundi hempedu selepas makan membuatkan individu terbabit mengalami kekejangan. Rasa sakit terbabit bermula pada bahagian ulu hati dan membawa ke bahagian belakang. Jika kolik hempedu berlaku dalam masa singkat serta menyebabkan kekejangan dan jangkitan, ia akan menjadi radang (acute Cholecystitis).

Kronik Cholecyctitis

Keradangan kelenjar pankreas.

Gejala batu karang dalam hempedu:

  • Rasa senak kronik yang hadir dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian perut.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar ­teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas ­perut.
  • Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
  • Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
  • Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
  • Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas
  • Selain itu, ada ketika­nya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk ­melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus ­kecil (duktus hempedu biasa). 
  • Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebab­kan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Kaedah atau rawatan 

i- Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. 
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan meng­gunakan laparoskopi iaitu sejenis tiub nipis ­dengan sistem lampu dan kamera video kecil.

Beberapa insisi (menghiris tisu) kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. 
Pundi hempedu ­dikeluarkan melalui insisi besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati ­terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

ii- Bukan pembedahan

Batu karang terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, apabila pembedahan bukan pilihan utama pesakit, doktor akan mencadangkan:
  • Pil garam hempedu. 
Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh ditetapkan. 

Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu karang yang kecil.

PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi petua ini dengan semua. Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan batu karang ni dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).

  • Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam
  • Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
  • Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
  • Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
  • InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang                                                


• B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
                                           
• Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
                                          
• Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
                                               
• Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
                                              
• Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
                                                  
• Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
                                         
• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Untuk mendapatkan suplement Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsapp/SMS di talian, 0192486694

Saturday 21 September 2013

Posted by Unknown On Saturday, September 21, 2013
Isteri-isteri pemimpin dengan beg tangan masing-masing

Assalamualaikum semua.
Ceria-ceriakan wajah anda dengan senyuman. Cerdas-cerdaskan minda dengan bacaan. Jom baca dan bincang bersama.

Hari ni nak cerita pasal orang perempuan dengan aksesori yang tak kurang penting bagi mereka. Ni bukan aksesori pelengkap tetapi aksesori keperluan bagi setiap wanita terutama yang bekerjaya dalam bidang-bidang profesional tertentu. Semakin tinggi taraf seseorang, semakin 'mewah' dan 'berkilauan'lah stor kedua mereka ni.


Beg tangan!!! Jangan dilupa kadang-kala beg tangan juga mampu menjadi 'stor' buat nyawa anda juga jika anda kurang berhati-hati dan berwaspada dengan kelicikan mata dan kebusukan niat di sekeliling anda. Ini yang hendak dibincangkan pada pagi yang ceria ni.

Jenayah dan kes ragut di Malaysia semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kejadian ini, ada yang cedera parah, muka ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan pelbagai lagi.


Realitinya peragut tidak mengenal mangsa dan mereka jauh lebih kejam dan tidak punya hati perut. Manakan tidak, perut yang diisi dengan makanan dari sumber haram mana mungkin mempunyai belas ihsan terhadap orang lain. Kalau dinamakan peragut, beg tangan peniaga runcit pun boleh diragut kerana itu memang kerja mereka sehari-hari. Walaupun kaum lelaki juga menjadi mangsa, tetapi jumlahnya sedikit dibandingkan wanita. 

Tindakan paling tepat dan selamat apabila diragut, biarkan saja barang-barang diambil. Jangan sesekali cuba untuk melawan kerana ia lebih membahayakan diri sendiri. Pilih antara 2, yang penting sekarang ini, nyawa atau beg tangan anda?! Jangan pula dijawab,"Beg tangan tu 'nyawa' saya". Inilah kebanyakan jawapan wanita yang akhirnya kedua-dua nyawanya, beg tangan dan nyawanya melayang dalam seretan di atas jalan tar yang tajam atau tikaman bertalu-talu sebagai 'hadiah' atas jawapan tersebut.

Kita banyak mendengar mengenai pelbagai penyelesaian yang diberikan kepada jenayah ini yang rata-rata­nya hanya bersifat menyalahkan si mangsa dengan nasihat agar lebih berhati-hati, tidak berjalan seorang diri, membawa beg tangan bertentangan dengan sebelah jalan dan sebagainya.

Namun, ini semua tetap tidak mampu untuk menghalang peragut daripada meneruskan aktiviti mereka. Natijahnya, menurut statistik kes ragut pada 2009 di Kuala Lumpur saja setakat Mac tahun itu, terdapat 1,915 kes ragut dilaporkan iaitu secara puratanya 21 kes sehari! 


Letak segala statistik atau laporan sekali pun, ia bukan jaminan jenayah ini mampu diselesaikan. Namun, sebagai orang awam yang boleh dijadikan sasaran selaku mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab ini, mungkin kita harus pertimbangkan beberapa langkah ini. 

1. Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

2. Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

3. Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.


4. Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

5. Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

6. Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

7. Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

8. Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

9. Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

10. Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Semoga ada manfaatnya untuk semua.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Friday 20 September 2013

Posted by Unknown On Friday, September 20, 2013
Sejak dunia didominasi oleh teknologi dan istilah globalisasi dipertemukan, penggunaan laman web sosial semakin mendapat perhatian setiap golongan, muda mahupun tua. Laman sosial dilihat sebagai pengganti terkini  kepada medium lain seperti telefon dan surat sebagai tali penghubung antara sesama manusia dengan sekelip mata walau di benua mana mereka berada.

Rata-rata pengguna mengetahui akan kewujudannya tak kiralah sama ada yang tinggal di luar bandar apatah lagi di tengah kota raya. Pada asalnya, penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan blog bertujuan untuk berhubung dan merapatkan hubungan di antara satu sama lain namun makin hari, ramai yang menjadikan laman sosial sebagai medan untuk meluahkan perasaan dan menyebarkan berita yang belum tentu benar hujung pangkalnya. 

LAGI BANYAK, LAGI TERUK

Menurut sumber, sehingga kini, sebanyak 170 rangkaian sosial interaktif aktif digunakan di seluruh dunia antara­nya Facebook, Twitter, blog dan Friendster yang memberi peluang membentuk interaksi sosial dan pergaulan maya tanpa sempadan.


Statistik pengguna yang tinggi menunjukkan kegilaan terhadap aktiviti melayari laman sosial kini ibarat satu budaya dan rutin kemestian dalam kehidupan. Tetapi jika difikirkan secara relevan, meskipun semakin banyak laman sosial yang wujud memberi kemudahan kepada manusia tetapi makin banyak jugalah masalah lain yang timbul seiring dengan kepesatan teknologi ini.

Fungsi terkini laman sosial yang disalahgunakan:

1- Menjadi tempat luahan perasaan

Ini adalah sebahagian dari aktiviti kebanyakan dari remaja kita yang hilang 'kesedaran' dirinya. Bahkan, tidak kurang juga dari golongan dewasa yang mencari 'pucuk muda' untuk dibuat hiburan semata. Berhati-hatilah, itu pesanan yang paling utama. Jangan kerana hendak dikatakan 'sporting' dan friendly akhirnya membawa ke kancah maksiat dan hina.

Bagi pasangan yang ingin bercinta di laman sosial, sangatlah dinasihatkan agar dapat menjaga maruah diri anda dan ibu bapa masing-masing. Jangan hendak menunjuk sangat anda dicintai oleh si dia, sedangkan sebenarnya anda sedang menconteng arang di muka kedua ibu bapa anda secara tidak sedar dan umpama memalit tahi ayam ke muka sendiri. Jijik sekali perbuatan anda memperlihatkan 'nilai' kasih sayang anda di sana terutamanya yang masih belum berkahwin. Mungkin ada yang memujinya sedang yang mencacinya tidak kurang sikitnya. Behave yourself ok!!!


Itu gelagat yang bercinta, bagaimana pula agaknya yang putus cinta atau bahasa kasarnya gila talak. Sebahagian besar mereka ini adalah dari golongan di atas, yang sering mengagungkan cinta mereka pada awalnya. Bila kecundang di tengah jalan, tengah jalan jugalah mereka meroyan. Pelbagai tuduhan dan luahan rasa hati dipaparkan untuk tatapan orang lain. Mungkin mohon simpati agaknya. Tetapi mungkin anda terlupa, golongan yang tidak kurang sikitnya tadi akan mengatakan,"Padan muka, kan dah makan ubatnya...tau pula derita selepas bahagia".
Teringat kata guru saya dahulu,"Jika kamu suka seseorang, doakanlah dia dalam DIAM dan TERANGKANLAH depan ibu ayahnya. Jangan TERANGKAN depan orang dan DIAM depan keluarganya". 
Faham tak?! Berdoa agar dia jadi milik anda dan mulakan langkah gentleman untuk sambut tangannya dengan halal, itu adalah lebih baik dan lebih berkat.

2- Tempat perdebatan dan rujukan agama

Akhir-akhir ini, ramai sekali para 'lebai' dan 'agamawan' muncul di laman-laman sosial dan alahamdulillah, medium ini adalah antara jalan terbaik untuk mereka mendekatkan seberapa ramai manusia ke jalan yang benar. Ironinya, ramai juga lebai-lebai buruk seumpama lawyer buruk yang sembangnya melangit tetapi ilmunya tidak ke mana menjadi parasit dalam menjauhkan orang lain dari agama.


Mungkin disebabkan ramai yang berstatus graduan universiti sekian...sekian atau mahasiswa sekian...sekian...akhirnya membawa mereka dengan beraninya berdebat dengan orang yang terbukti keilmuannya dalam bidang agama. Yang lebih teruk lagi, ada yang mengaku keturunan ulama sekian...sekian, wali sekian...sekian serta membawa pelbagai nas dari hadis, al-Quran atau pendapat ulama untuk menyokong cakap-cakap kosong mereka tanpa kefahaman mereka sendiri terhadap dalil yang dibawakan mereka.

Semuanya terlupa atau secara tidak sengaja terlupa dengan:
Sabda Rasulullah SAW,"Barangsiapa berdusta atas namaku secara sengaja, maka sesunggunya dia telah menempah tempat di dalam neraka" 
Pesan ulama,"Barangsiapa yang menafsirkan al-Quran dengan akalnya, sesungguhnya dia telah sesat dan tersalah walaupun betul"
Pesan mereka lagi,"Jangan anda sangka anda dapat fahami kitab yang dikarang oleh para ulama. Hanya ulama sahaja yang memahami karangan ulama. Maka, berguru itu lebih utama"
Jika tidak cukup dengan dalil di atas, silakan bertanya para ulama yang tinggal berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing. 4 tahun berada di universiti dan keluar bercakap dalam soal agama seperti telah belajar 40 tahun, itu sangat menuntut sesiapa yang melakukannya untuk bermuhasabah diri.

3- Jadi penghasut

Kebanyakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan laman sosial untuk menghina atau membuat fitnah terhadap orang lain apatah lagi apabila mengetahui statusnya itu dapat dilihat ramai orang.

Ini adalah contoh yang baik dalam mengelakkan hasutan
Meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara adalah kebebasan setiap pemilik akaun laman sosial tetapi jika status itu berkaitan dengan pihak kedua dan ketiga yang teraniaya atau bahasa mudahnya 'batu api', mereka boleh dianggap penghasut dan menyalahgunakan laman sosial.

Individu yang sering melakukan perkara ini tidak akan sedar kesalahan mereka sehinggalah dikenakan tindakan sewajarnya. Mereka mungkin tidak sedar setiap bait perkataan yang ditulis boleh menjatuhkan reputasi seseorang ataupun memporak-perandakan keluarga dan persahabatan orang lain.

4- Burukkan syarikat

Luahan rasa tidak puas hati terhadap syarikat antara status paling banyak dimuat naik di laman sosial. Bengang dengan majikan, kerja menimbun, bergaduh dengan rakan sekerja antara isu yang sering dilontarkan di laman sosial. 

Kemampuan mengakses tanpa batasan juga menjadikan laman sosial sebagai punca berlakunya masalah sosial lain. Terpekik terlolong memaki hamun majikan sendiri boleh membuatkan orang lain memandang rendah kredibiliti anda dan syarikat. Mungkin bagi mereka, berkongsi rasa tidak puas hati dengan orang lain di laman sosial boleh mengurangkan tekanan tetapi mereka lupa bahawa tindakan itu mampu menjejaskan reputasi syarikat dan rekod kerja mereka. 

Logiknya, memburukkan seseorang ataupun sesebuah organisasi bukanlah sikap yang baik apatah lagi ia berkaitan dengan tempat anda mencari rezeki seharian. Akibat terlalu taasub dengan laman sosial, perkara asas seperti ini diabaikan. Tiada sebarang tindakan dikenakan secara tak langsung membuatkan golongan ini semakin lantang dan bilangan bertambah ramai.

SEDAR DIRI

Pengendali laman sosial seperti Facebook dan Twitter seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat tepat dan bukan merosakkan nilai kemanusiaan. Apa yang boleh dilakukan ialah pengawalan menerusi kehendak diri sendiri yang akan menentukan sama ada berjaya mengekang nafsu daripada bertindak melebihi batasan atau sebaliknya.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Thursday 19 September 2013

Posted by Unknown On Thursday, September 19, 2013

Menyusukan bayi cara paling cepat terutama bagi wanita yang baru melahirkan anak. Namun, ia tidak mudah bagi semua wanita terutama di awal penyusuan apatah lagi ia pengalaman pertama menyusukan bayi.

Sejak dulu lagi, susu ibu memang diakui mempunyai pelbagai nutrien penting diperlukan bayi untuk melindunginya daripada sebarang jangkitan dan penyakit. Antara kebaikan di dalam susu ibu termasuk antibodi, hormon, antivirus, antialahan dan antiparasit selain nutrien lain. 

Susu ibu dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada bayi walaupun ketika itu ibu sedang sakit.Walaupun ibu sedang sakit, mereka masih perlu menyusukan bayi dan jangan gusar sekiranya penyakit akan menjangkiti si kecil.

Ini kerana apabila ibu sakit, badan akan mengeluarkan antibodi untuk melindungi ibu daripada terus sakit. Antibodi yang dikeluarkan tubuh si ibu akan mula meresap ke dalam susu yang juga baik untuk melindungi bayi daripada dijangkiti penyakit sama.

Selain itu, lazimnya selepas tempoh melahirkan bayi hingga tiga hari, ibu perlu memeluk si kecil untuk merasai sentuhan antara kulit ke kulit di samping terus menyusukannya sebagai satu bentuk pembelajaran kepada anak. 

Bagi memastikan bayi dapat menyusu sejak hari dilahirkan, suami harus membantu isteri memberitahu pihak hospital supaya mereka tidak memberikan susu formula menggunakan botol. Ia bagi mengelakkan bayi menolak untuk menyusu susu badan kerana lebih selesa dengan puting botol. 

Tambahnya, menyusukan bayi bukan hanya memberi kebaikan kepada si kecil malah ia turut melindungi kesihatan ibu, menggalakkan hubungan lebih erat antara mereka, cara merancang keluarga dan jangan tidak percaya, ia juga membantu mengurangkan berat badan. 

Apabila menyentuh perbelanjaan isi rumah pula, pemberian susu ibu juga dapat membantu menjimatkan kos malah bayi juga boleh menyusu di mana saja tanpa menyukarkan ibu bapa menyediakan keperluan mereka.  


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menggalakkan setiap ibu untuk memberi susu badan terutama pada enam bulan pertama secara eksklusif tanpa memberi susu formula dan air. Ia tidak bermakna tidak boleh memberi anak minum air langsung namun hanya jumlah yang sedikit.

Susu ibu saja sudah mencukupi kerana ia mengandungi 88.1 peratus air (susu), 3.8 peratus lemak, tujuh peratus laktosa, 0.9 peratus protein dan 0.2 lain-lain. Setiap ibu perlu tahu, air yang berlebihan pada bayi boleh mengundang bahaya dan sebaiknya elakkan memberi air selepas penyusuan. 

Perbezaan susu formula dengan susu ibu 

Sesetengah wanita menganggap susu formula lebih selamat dan baik jika diberi kepada bayi terutama bagi mereka yang menganggap payudara tidak dapat mengeluarkan susu badan mencukupi untuk anak kecil. Namun, ramai juga yang tidak mengambil kira beberapa perkara membabitkan susu formula yang tidak diketahui asal usulnya, kaedah pemprosesannya dan tempoh ia disimpan selepas diperah sebelum dijual di pasaran. 

Ia mungkin mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dipasarkan manakala kos yang perlu dibelanjakan ibu bapa juga agak besar setiap bulan. Bertambah buruk apabila bayi mempunyai masalah alahan terhadap susu formula. 

Ada juga suami yang tidak mahu melihat isteri sakit ketika menyusukan bayi dan mengambil keputusan untuk menggalakkan anak diberi susu formula. Sebagai suami, mereka sepatutnya bertindak dan berperanan memberi sokongan kepada isteri untuk meneruskan pemberian susu badan kepada bayi, bukan melemahkan semangat mereka. 

Misalnya, wujud kebimbangan bersabit keselamatan penggunaan hormon rekaan untuk meningkatkan hasil susu daripada lembu (bovine growth hormone) selain disuntik dengan antibodi bagi mengelakkan sebarang jangkitan. 

Malah, kebersihan lembu juga tidak dapat dipastikan berbanding ibu yang membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Disebabkan itu, mungkin ada sesetengah bayi yang mendapat alahan protein susu lembu (CMPA) sehingga boleh menyebabkan berlakunya anafilaksis iaitu reaksi alahan teruk dan boleh meragut nyawa. 

Bukan semua ibu tidak boleh mengeluarkan susu namun hanya satu hingga dua peratus saja daripada ibu yang tidak dapat menyusukan bayi disebabkan mereka mempunyai masalah berkaitan payudara. 


Justeru, kita perlu menggunakan kelebihan yang diberi kerana dapat mengeluarkan susu kepada bayi dengan secukupnya. Berbeza antara wanita, pengeluaran susu juga berlainan di kedua bahagian payudara. Susu ibu menyihatkan malah menariknya ia akan berubah menjadi lebih cair pada cuaca panas dan rasanya sedikit berkrim apabila cuaca sejuk bagi menunjukkan ia sesuai diberi pada bayi bila-bila masa tanpa air tambahan. 

Ini kerana, tubuh badan ibu akan mengeluarkan jumlah susu yang betul untuk bayi mengikut kesesuaian keadaan cuaca ketika itu. Tidak perlu risau mengenainya sedangkan perut bayi hanya sebesar sebiji ceri itu dapat diisi dengan lima hingga tujuh mililiter (ml) susu pada hari pertama. 

Pada hari ketiga ke atas pula, untuk memenuhkan perut bayi mereka hanya memerlukan susu sebanyak 20ml hingga 27ml manakala hari ke-10 pula 60ml hingga 80ml. Ia jelas menunjukkan susu ibu hanya diperlukan mengikut saiz besarnya perut bayi itu sendiri dan jumlahnya juga tidak banyak bagi mengenyangkan si kecil. 

Masa terbaik untuk menyusukan bayi apabila diperlukan atau lapan hingga 12 kali dalam 24 jam pada minggu pertama kelahiran. Pada malamnya pula, sekurang-kurangnya setiap empat jam ibu perlu menyusukan bayi dan jangan tunggu si kecil menangis baru hendak disusukan. 

Kenali payudara 

Pelbagai jenis puting payudara sama ada ia normal, rata atau sedikit ke dalam yang membuatkan ibu berasa sukar untuk menyusukan bayi. Sebelum memberi bayi susu badan, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenai payudara sebagai maklumat tambahan. 

Saluran susu dianggap sebagai tempat pengilangan kerana ia memiliki banyak saluran yang boleh menyimpan antara 30ml (sejam) hingga 60ml dalam tempat penyimpanan atau ‘tangki’. Disebabkan itu, ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka setiap dua jam sekali. 

Terdapat dua hormon penting yang menggalakkan pengeluaran susu ibu iaitu oxytocin dan prolaktin. Oxytocin adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang uterus bagi mempengaruhi kelahiran dan pengeluaran susu pada kelenjar mamari. 

Ia boleh dirangsang menerusi emosi atau mental ibu yang akan melancarkan pengeluaran susu ibu seperti kasih sayang yang terbit ketika menyusukan bayi. Apabila si ibu berasa sakit atau tertekan, secara tidak langsung ia akan menyebabkan hormon penting itu menurun. Disebabkan itu, ibu perlu tahu mengawal masalah atau suasana negatif yang berlaku di sekeliling mereka selepas bersalin. 

Suami juga boleh membantu isteri dengan memberi keceriaan kepada mereka bagi meningkatkan hormon berkenaan sekali gus membantu pengeluaran susu dengan secukupnya kepada bayi. Selain itu, untuk meningkatkan pengeluaran hormon berkenaan ibu juga boleh mendapatkan urutan bagi menenangkan diri sendiri. 

Selepas lima hingga 10 minit atau kurang tempoh penyusuan, penghasilan hormon prolaktin yang menggalakkan pengeluaran susu pula dirembeskan. Apabila bayi menghisap puting payudara, kelenjar pituitari akan menghasilkan lebih banyak prolaktin di dalam darah sekali gus meningkatkan pengeluaran susu. 

Ia membantu payudara menghasilkan lebih banyak susu untuk penyusuan berikutnya dan biasanya hormon berkenaan akan meningkat di dalam darah antara 30 minit selepas penyusuan. Hormon berkenaan akan kembali pada keadaan normal selepas melahirkan bayi sekiranya si ibu tidak menyusukan bayi mereka. 


Bukan itu saja, malah ibu juga perlu tahu kategori susu dikeluarkan pada payudara agar ia tidak disia-siakan begitu saja. Lazimnya, ibu akan mengalami tiga perubahan jenis susu badan yang dikeluarkan iaitu kolostrum atau susu awal dalam tempoh antara satu hingga tiga hari selepas melahirkan bayi. 

Kolostrum iaitu susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan saja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit. 

Kedua, tempoh peralihan pengeluaran susu berlaku pada satu hingga dua minggu yang akan menunjukkan teksturnya agak cair berbanding di awal penyusuan manakala susu matang lebih pekat.


Cadangan Penyusuan

Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama anda tentang bagaimana supplement Shaklee dapat membantu anda. Ibu-ibu terutamanya yang masih lagi keliru mengenai penyususan secara semulajadi ini.

Terdapat 4 jenis set penyusuan popular, di bawah ini saya sertakan penerangan untuk memudahkan ibu-ibu membuat pilihan berdasarkan keperluan.


1. Set B

Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C dan Alfalfa
Nota : Alfalfa membantu membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.

Untuk Siapa ?
  • Ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan (sekali pam dapat 3oz lebih)
  • Ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Ibu yang mahu kekal sihat dan cantik
  • Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu
Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan atau sedang berpantang disebabkan ada sesetengah bayi yang mengalami jaundice dan sesetengah bayi mengalami cirit birit

2. Set Eu Four Pack

Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C dan Kalsium
Nota : Kalsium Shaklee di kenali dengan nama Ostematrix yang dilengkapi dengan kalsium, magnesium dan vitamin D

Untuk Siapa?
  • Ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur.
  • Ibu yang hamil tetapi masih mampu menyusukan bayi
  • Ibu yang selalu cramp dan sakit belakang
3. Set E

Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
Nota: Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.

Untuk Siapa ?
  • Ibu yang sering keletihan melampau.
  • Ibu yang alah dengan susu lembu.
  • Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium
  • Ibu yang stress dengan kerja seharian.
4. Set 3M

Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
Nota : ESP membantu pengeluaran susuibu dengan lebih cepat

Untuk Siapa ?
Untuk ibu yang ada mengalami masalah penyusuan,maksud masalah penyusuan adalah :-
  • Tiada peningkatan pada kuantiti susuibu walau ibu telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum ai sekurang-kurangnya 3 litter sehari 
  • Masalah hasil perahan lambat keluar
  • Peranan set ini adalah untuk membantu membaiki kekurangan zat dari pemakanan yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Mempunyai stok susu yang sedikit
  • Untuk ibu yang baru mula nak menyimpan stok
  • Untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation
  • Ibu yang punya anak kembar

Semoga artikel ini mampu membuka mata kebanyakan daripada kita untuk kembali breastfeeding sepenuhnya tanpa bergantung kepada susu formula dan lainnya yang pasti tidak dapat menandingi susu ciptaan Tuhan ini.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

Wednesday 18 September 2013

Posted by Unknown On Wednesday, September 18, 2013
Maha suci Allah yang telah menjadikan alam seindah ini.
Tidak puas mata memandang, tidak lekang juga mulut memuji.
Dengar saja pantai, tentu ada yang membayangkan kedalaman laut, kegelapan malam, kesunyian, kehijauan hutan, keindahan pantai dan pelbagai kejadian aneh. Banyak juga cerita yang tak sedap didengar berkaitan tempat-tempat seperti ini terutamanya dari aspek negatifnya.

Bagaimanapun ia bukan halangan buat peserta dan fasilitator kem Kemahiran Insaniah (KI) untuk mengadakan aktiviti di kawasan-kawasan seperti ini. Kem Kemahiran Insaniah merupakan antara kem yang sering dinanti-nantikan, baik oleh para peserta dari kalangan pelajar usahasama UiTM mahupun para fasilitator yang terdiri daripada para pensyarah yang telah mendapat certificate khas dari UiTM dalam merancang, menyusun dan melaksanakan kem yang berkonsep riadah, berdisiplin dan kali ini memilih aktiviti penerokaan alam semulajadi setelah beberapa kali gunung dan hutan paya menjadi destinasinya.

Perjalanan pada 14 September lalu mengambil masa 3 jam dari Bandar Penawar ke Pantai Pasir Lanun yang terletak di Mersing, sedikit meletihkan, tetapi geng KI tetap teruja untuk memulakan aktiviti mereka. 

Objektif utama adalah untuk membuka peluang kepada para peserta untuk merasai cabaran dan aktiviti lasak sambil meneroka alam semulajadi di samping memupuk semangat setiakawan, bekerjasama dan nilai-nilai murni yang lain.

Jom layan gambaran-gambaran yang sempat dirakamkan sepanjang kem ini berlangsung.













Setakat ini dahulu untuk tatapan semua. Semoga semua peserta terlibat dapat menjadi contoh dalam kalangan pelajar dan berubah menjadi warganegara yang baik dan pelajar yang cemerlang dan gemilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...