Saturday 30 November 2013

Posted by Unknown On Saturday, November 30, 2013

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
Moga kita terus berada di bawah naungan rahmat Islam dan iman serta beroleh keredhaanNya. Hari ni just nak berkongsi tentang tajuk di atas. 

Bukan sengaja nak berkongsi tapi sekadar untuk betulkan salah anggap orang ramai terutamanya masyarakat Melayu Islam yang meletakkan sikap mereka tidak pada tempatnya. Pemikiran mereka agak terkebelakang dalam hal harta benda kekayaan ini walaupun Islam memandang tinggi kekayaan dan meletakkan orang-orang kaya yang beriman pada tempat yang teratas dari kaum muslimin yang lain.

Sabda Nabi SAW,"Tidak halal berdengki kecuali pada 2 keadaan iaitu terhadap seseorang yang Allah berikan harta kepadanya lalu dia pergunakan harta tersebut di jalan kebenaran dan seseorang yang Allah berikan dia ilmu/hikmah lalu dia mengamalkan dan mengajarkan kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

ZUHUD DENGAN MEMBUANG HARTA?!

Hal ini wujud kerana kesalahfahaman masyarakat terhadap apa yang diwasiatkan oleh para alim ulama tentang 'harta benda yang tidak boleh dibawa mati' ini. Akhirnya masyarakat Melayu Islam kita mengambil jalan mudah membuang harta dan menutup kemalasan sendiri dengan perkataan 'zuhud'.

"Takkan kami salah belajar ustaz? Itu yang dihurai oleh para ulama kan?" kata orang yang mengharap huraian. Jawabnya, hanya ulama sahaja yang memahami maksud ulama yang sebenarnya. Sebab itu, belajarlah dari ramai ulama dan biarlah lama pula masanya, baru kurang celupar sedikit mulut kita mengeluarkan sesuatu hukum yang tidak tepat yang akhirnya menconteng arang pada agama dan menghinakan umat Islam di mata dunia.


Zuhud adalah meletakkan harta di tangan bukan di hati. Itu takrif zuhud secara ringkas. Tak perlu hurai panjang-panjang pun, kita dah boleh faham maksudnya. Carilah harta sebanyak mungkin hingga tangan anda tidak mampu lagi mengiranya tapi jangan sekali hingga melekatkannya di hati hingga terlekat penyakit-penyakit mazmumah seperti riya', takbur, ujub, sum'ah dan lain-lain.

Betul tak?!

SEJAK BILA ISLAM MEMANDANG KEKAYAAN ITU MAKSIAT?!

Dari sudut dasar Islam:

1- Dalam Islam ada konsep 'wasatiyyah' yang diambil dari Quran tapi ramai yang mengatakan wasatiyyah itu pertengahan. Maka, ada suara yang kata pertengahan tu maksudnya sekadar cukup makan je, tak payah nak cari lebih-lebih sangat, sedangkan dalam tidak sedar mereka mentafsirkan dengan nafsu dan akal pendek mereka sahaja tanpa merujuk kepada tafsiran ulama yang sebenar.

Inilah yang paling ditakuti oleh para ulama sehingga mereka berkata, "Barangsiapa yang menafsirkan al-Quran dengan fikirannya nescaya tafsirannya adalah salah sekalipun betul"

Wasatiyyah maksudnya sederhana yang dimaksudkan dengan SEIMBANG. Maksudnya kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Ringkasnya, sederhana itu memerlukan umat Islam hebat dalam apa jua yang dilakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang. 


Itulah yang dinukilkan dan diperkukuhkan oleh hadis Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya Allah amat suka hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja, dia melakukan dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh".Riwayat al-Dailami.

2- Nak sentuh politik sikit boleh? Dalam kontroversi hudud, ada yang dinamakan maqasid syar'iyyah atau prinsip utama syariah. Ada 5 perkara yang ditekankan iaitu agama, nyawa, akal, maruah/keturunan dan harta. Anda dapat lihat bahawa prinsip terakhir adalah HARTA!!! Itu adalah sendi agama. Kerana itu, Malaysia sekarang belum lagi layak untuk memperuntukkan dan melaksanakan keseluruhan undang-undang hudud yang telah ditetapkan oleh agama.  

Bagaimana mungkin hudud dilaksanakan sedangkan masalah harta atau keperluan umum umat Islam masih lagi kritikal yang menyebabkan berlaku pelbagai kes jenayah di tanah air tercinta ini. Jika tak percaya, tanyalah rakan-rakan sebelah menyebelah anda di pejabat, sudah berapa orang yang mempunyai rumah sendiri dan berapa pula yang masih belum mampu memilikinya? Baru bab rumah, perkara lain jangan ditanya.

Dari sudut syariat Islam:

Kita mulakan dari rukun Islam. Kekuatan harta benda sangat diperlukan untuk mendukung pelaksanaan ibadah yang sempurna. Hakikatnya, hampir semua jenis ibadah memerlukan dukungan harta dan harta yang terkumpul itu dipanggil 'kekayaan'.

Sengaja nak tanya,"Zakat datang daripada mana?!", "Mampukah kita menjadi seorang pembayar zakat jika tidak memiliki harta?" dan "Berapa orang dari pembaca ni pernah keluarkan zakat?"

Sedangkan pihak yang memberi itu menurut Rasulullah SAW lebih utama jika dibandingkan dengan penerima. Bukankah zakat itu datang dari Islam bahkan ia menjadi antara tiang seri utama dalam menegakkan perjuangan agama ini? Adakah kita hanya mampu jadi umat yanng hanya menadah tangan untuk menerima tanpa memberi sesuatu kepada saudara Islam kita yang lain? Sampai bila kita hendak berada dalam golongan penerima zakat semata-mata.

49 tahun untuk tunaikan haji?! Nak tunggu duit cukup baru nak jejak kaki ke sana?!
Sempat ke umur kita ni?! 

Bolehkah kita naik haji tanpa harta? Walaupun memang benar bahawa apabila sudah sampai serunya, siapa saja boleh pergi sekalipun dia seorang yang miskin. Akan tetapi, hal itu tidak berlaku kepada umat Islam biasa ini.

Secara umum, umat ini yang berangkat pergi ke sana kerana mereka mempunyai pembiayaan sendiri. Hari ini, berapa ramai orang yang pergi haji ketika di akhir-akhir umur kerana duit baru cukup ketika itu? Hampir 80% berusia atas 50an.

Bayangkan jika umat Islam dan yang pergi ke sana adalah pemuda-pemudi Islam, tentu terserlah kehebatan Islam di sana. Negara-negara Islam yang lain juga begitu halnya. Jadi bagaimana Islam hendak dilihat mulia oleh dunia?! Bayangkan jika orang bukan Islam mendengar talbiah dari para pemuda Islam, tentu akan lebih kuat dan menggetarkan hati orang bukan Islam dari golongan tua kita yang hanya 'melepas' perkara sunat sahaja dengan talbiah tersebut.

Dari sudut sejarah dan sirah:

Sejarah tidak pernah menipu kita. Hadis Nabi SAW sendiri menyatakan,“4 perkara yang akan membahagiakan manusia adalah isteri yang solehah, rumah yang lapang, kendaraan yang selesa dan jiran tetangga yang baik.” 

Tiga perkara terakhir sangat berhubungan dengan kemampuan kewangan. Rumah, kenderaan, dan penempatan yang baik dapat diperoleh dengan kekayaan tersebut. Bahkan, Rasulullah SAW juga menegaskan bahwa “Kefakiran itu mendekatkan diri kepada kekufuran.”.

Orang lebih mengenal sosok Muhammad SAW sebagai seorang rasul yang hidup sangat bersederhana. Walhal sebelum menjadi utusan Allah, baginda merupakan entrepreneur (usahawan) yang berjaya. Bahkan kerjayanya adalah sebagai pedagang. Andapun mungkin terkejut bila sejarah ternyata mencatat Rasulullah SAW juga seorang kaya raya dengan harta berlimpah.


Kehidupan Rasulullah SAW sangat sederhana walaupun kekayaan di sisi baginda jika dihitung hak beliau dari ghanimah saja, sudah sangat-sangat berlimpah ruah. Namun, Nabi SAW menggunakannya semuanya untuk menolong orang-orang yang memerlukannya.

Rasulullah SAW bukan orang yang miskin tetapi baginda tidak membiarkan hartanya diam tanpa dimanfaatkan untuk dakwah dan membantu sesama muslim walaupun habis tak bersisa. Begitu juga para sahabat. Sebut sahaja nama Saidina Abu Bakar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf.

Para imam kita juga bermula dari Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ibn Hambal juga memiliki harata yang sangat banyak dan hampir semuanya adalah dengan usaha sendiri dan dipergunakan untuk tujuan agama Islam. Mereka menggunakan jubah dan serban yang beribu-ribu dinar harganya sebagai tanda takzim (membesarkan ) Allah taala. Adakah mereka tidak zuhud wahai sahabat?!

JOM UBAH

Saya harap daripada post ni dapat memberikan kita semangat baru dalam mencari harta benda dunia ini untuk tujuan akhirat. Jangan mengatakan anda zuhud jika anda yang memilih untuk hidup dalam kemiskinan dan jangan pula menyalahkan takdir jika ada kekurangan dalam hidup.

Tak salah untuk kita kaya, tapi kena tahu apa tujuan kita kaya tu, untuk siapa kita kaya dan kenapa Islam minta kita jadi kaya?


Jika anda kata cukuplah dengan apa yang ada, kenapa kini 80% daripada rakyat Malaysia kebanyakannya berhutang dan majoritinya pula adalah dari bangsa Melayu yang mengaku Islam tadi? Hutang isi rumah bangsa kita juga taklah terlalu banyak, hampir sama tinggi dengan perolehan hasil setengah tahun negara Malaysia! Banyak tak?!

Bayangkan pula dari hutang tersebut, berapa ramai pula yang terpaksa bermain riba dari pinjaman tersebut sedangkan jelas dalam Islam, orang yang makan riba pasti menjadi makanan api neraka. Tak perlu lihat orang lain, lihat hutang sendiri.

Buka perjanjian yang telah anda tandatangani, berapa interest yang telah ditetapkan di sana? Jika ditukar perkataan interest kepada riba tu, tentu lebih ramai dari kalangan kita yang celik mata dan mengambil sikap untuk berusaha menjadi lebih kaya.

Inilah yang disebut di dalam hadis,"Akan sampai suatu zaman, umat Islam akan terkena debu-debu riba".


Saya tulis post ni kerana saya takut saya berdosa jika saya tak maklumkan inti sebenar Islam dan hanya meletakkan Islam hanya pada pandangan hina manusia yang beragama lain. Ingat, kita dituntut untuk kaya kerana agama, negara, bangsa, keluarga dan diri sendiri.

Bagi yang belajar agama atau baru mempelajari agama, ingatlah, jangan sekali-kali menakutkan umat Islam dengan harta kekayaan kerana hukum kekayaan adalah harus pada pandangan syarak, mengapa kita pula yang memandai meletakkan ia umpama najis yang dicalit pada pakaian zuhud seorang muslim?!

Saya doakan semua pembaca supaya berjaya memahami apa yang ingin saya sampaikan. Mudah-mudahan anda kaya dan berjaya sedikit waktu lagi dengan mengubah mindset anda terhadap erti kekayaan. Ubah mindset anda, hidup anda pasti turut berubah tapi jangan ubah agama, nanti hidup anda celaka!!


*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan penerangan yang jelas dan menghilangkan keraguan dari hati mereka. Bagi yang ingin bertukar pendapat, jangan malu dan segan untuk sharing pendapat anda pada ruangan komen di bawah. Jom kita lahirkan lebih ramai usahawan melayu yang kaya dan berjaya.

Wednesday 27 November 2013

Posted by Unknown On Wednesday, November 27, 2013

Assalamualaikum semua.
Semoga anda sihat hendaknya di samping keluarga tercinta. 

Hari ni nak bercerita sikit dengan penyakit yang menakutkan ini. Takut kerana ia datang bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja tak kira muda atau tua. Strok dalam Islam juga dikenali dengan nama yang cukup sinonim iaitu angin ahmar atau angin merah.

Saban tahun, kira-kira 15 juta individu di seluruh dunia menderita kerana strok. Dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun. Angka itu bermaksud secara purata, seorang diserang strok bagi setiap 10 minit.

Menjelang 2020, kadar kematian disebabkan strok di dunia akan meningkat hampir dua kali ganda. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2003 (WHO), punca utamanya ialah peningkatan jumlah warga emas dan kekurangan kawalan terhadap faktor risiko utama strok, terutama di negara kurang membangun.

Golongan muda juga tidak terlepas daripada risiko diserang angin ahmar atau strok memandangkan 15 peratus daripada 480 kes terdiri daripada golongan muda di bawah umur 50 tahun.

Strok adalah punca kematian ketiga di Malaysia. Strok adalah kerosakan fungsi otak secara tiba-tiba yang disebabkan sama ada kekurangan pengaliran darah ke otak atau pendarahan di dalam otak.



PUNCA STROK

Sebenarnya penyakit strok boleh dielakkan melalui pengawalan faktor risiko, iaitu tekanan darah tinggi atau hipertensi. Pesakit kencing manis berisiko empat kali ganda, manakala faktor risiko strok lain yang boleh dihindari ialah tabiat merokok, kandungan kolesterol tinggi dan mengalami masalah atrial fibrillation (AF) iaitu degupan jantung tidak tetap.

Perkara paling penting ialah memastikan paras gula dalam darah dalam keadaan baik dengan pengawalan dan pemantauan yang kerap. Pesakit kencing manis mesti mengawal diet, bersenam dan mencapai berat badan sesuai jika mereka berat badan berlebihan dan mengambil ubat untuk kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi dengan teliti mengikut arahan doktor.

HATI-HATI DENGAN DEGUPAN JANTUNG ANDA

Dengan atrial fibrillation (AF), risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung.

Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.

Antara simptom AF adalah berdebar, keletihan, sakit dada, pengsan, sukar bernafas, pening dan sebagainya. Pesakit yang menghidap AF juga berisiko lima kali ganda untuk mendapat strok ischaemic iaitu pengaliran darah ke otak berkurangan disebabkan arteri (saluran darah) sempit atau tersumbat.


AF boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdegup melebihi 200 hingga 300 kali dalam seminit. Satu ketika dulu, AF tidak dilihat sebagai masalah yang mengancam nyawa dan ia kerap dikesan pada orang tua.

Namun hari ini, AF turut dikesan pada golongan seawal usia 14 tahun. Selain itu, ia kerap terjadi di kalangan orang muda yang masih aktif bekerja, bersukan dan tiada masalah kesihatan (seperti diabetes atau tekanan darah tinggi).

Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko diserang AF. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas terdedah kepada penyakit ini, tetapi ia lebih banyak dihidapi individu berusia 60 tahun ke atas.

Individu atau pesakit yang terdedah kepada AF:
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Paru-paru
  • Tiroid
  • Buah pinggang
  • Sesak nafas
  • Obes

Faktor risiko AF
  • Usia: lazimnya semakin usia bertambah, risiko AF meningkat.
  • Gender: AF lebih banyak dihidapi lelaki berbanding wanita.
  • Keadaan jantung: Masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung berfungsi
  • Faktor lain: Diabetes dan darah tinggi

KESAN NEGATIF

Secara umumnya, penyakit ini bukan hanya memberi impak kepada kualiti kehidupan pesakit, malah ahli keluarga terdekat juga. 

Melalui data terkini ini juga, tidak menghairankan hari ini, jika kita berjumpa dengan terlalu banyak kes strok seperti ini, Jika dilihat pada kejiranan kita yang terdekat sekalipun, pasti ada seorang dua yang menghadapinya dan yang lebih teruk, pihak keluarga sudah tidak mahu mengubatinya lagi kerana beranggapan tiada ubat yang dapat mengubatinya seperti penyakit kritikal yang lain.

Hasil dari pengalaman saya sendiri dalam bidang kesihatan ni, ada anak-anak yang mengadu kepada saya betapa meneyesalnya mereka kerana tidak mengetahui bahawa penyakit ini mempunya rawatan alternatif menggunakan bahan yang diambil dari alam semulajadi. Ramai yang menyangka bahawa hanya ubatan hospital sahaja yang mampu membantunya.


Itu adalah satu anggapan yang sangat salah. Shaklee, satu jenama supplement antarabangsa telah memperkenalkan Vivix. Vivix sangat kaya dengan polifenol yg mempunyai fungsi anti oksidan. Ia membantu untuk membaiki sel-sel otak yg telah rosak, menyahkan Reactive Oxygen Species (ROS), meningkatkan keupayaan dan fungsi sel-sel tersebut.

Penyelidikan membuktikan segalanya

Di samping itu, saya juga bekalkan bersama doa menyembuhkan angin ahmar yang telah dikutip dari hadis Nabi SAW untuk amalan bersama ketika dalam tempoh pengambilan Vivix ini. 


Saya doakan agar kita dijauhkan dari cubaan penyakit yang berbahaya ini sehingga ke pengakhiran umur kita dan nasihat saya kepada yang masih belum mencuba Vivix ini dalam mengubati ahli keluarga tercinta, boleh dapatkannya sekarang sempena tawaran diskaun istimewa November '13 ini dengan penjimatan hampir RM 100 bagi setiap botol.

Hanya bulan ini sahaja tau. Dapatkan sebelum terlambat :) 

~Jika anda ingin membantu rakan-rakan anda di luar sana melalui tulisan saya ini atau anda ingin mengambil bahagian dalam 'memberi' sesuatu kepada masyarakat luar, silakan untuk menekan butang 'LIKE' di atas artikel ini dan share bersama semua. Saya doakan anda juga turut kaya dan berjaya dalan hidup.~

Saturday 23 November 2013

Posted by Unknown On Saturday, November 23, 2013
Musuh dalam bisnes: Ego & Alasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Semoga hari ini hidup anda lebih baik dari semalam dan untuk hari esok, tentunya anda mengimpikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini.

Hari ni, saya sengaja ingin berkongsi soalan yang agak sinikal dalam masyarakat Melayu kita hari ni. Soal kejayaan dan kegagalan, baik dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan dan juga kehidupan keseluruhannya.

'MENGAPA USAHAWAN BERJAYA TIDAK BERALASAN?!"

Ini pengalaman saya sendiri baik dalam pelajaran mahupun dalam perniagaan, cuma saya tumpukan dalam bidang perniagaan kerana saya lihat ramai usahawan Melayu sekarang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan akhirnya 'mati' seperti pohon kelapa dilanda badai.

1. IMPIAN MEREKA LEBIH BESAR DARIPADA ALASAN YANG ADA!

Pernah dengar tak kisah Muhammad al-Fateh membuka kota Constantinople? Bagi yang pernah mendengarnya, tentu terlompat dari mulut andaucapan ini,"Hebatnya, masyaallah". Yang paling hebat dalam kisah itu adalah bagaimana beliau bersama tenteranya menolak 70 buah kapal merentasi sebuah gunung yang besar dalam tempoh satu malam sahaja dan esoknya kota Constantinople telah tertawan dan 'dibuka' oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang masih muda belia ketika itu bersama tentera terbaiknya.

Jika peperangan itu berlaku sekarang, adakah kita mampu mencontohi semangat juang jihad mereka?!

Kapal tu ibarat alat untuk mengecapi kejayaan di sebalik sebuah gunung alasan tersebut. Bagi golongan yang mencipta alasan terlalu banyak, tidak keterlaluan jika saya ibaratkan alasan itu seperti sebuah gunung. Jika kita berjaya menawannya maksudnya kita pasti berjaya selepas itu. Namun, tak ramai yang mampu menolak 'kapal' yang ada dalam diri masing-masing kerana impiannya yang tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.

Kapal tersebut adalah TINDAKAN. Bagaimana tindakan hendak berlaku sekiranya hati, akal, emosi masih belum dipenuhi dengan IMPIAN yang besar? 

Impian itu tercermin pada DIRI anda sendiri. Anda akan develop diri anda mengikut apa impian anda. Betul tak? Ingat tak waktu kecil dahulu, anda suka menonton cerita polis. Bila hendak lelapkan mata, anda terbayang wajah anda yang segak dengan pakaian polis. Di dalam kelas, bila ditanya, apa cita-cita anda? Anda dengan bangganya menjawab,"Saya hendak menjadi polis, cikgu!".

Bertahun-tahun setelah itu, anda develop diri anda untuk menjadi seorang polis walaupun penat dengan latihannya yang mencabar dan kemahiran yang diperlukan, anda tetap tidak kisah dan tidak memberi sebarang alasan. Why? Kerana diri anda, fikiran, hati dan emosi anda telah padat dengan impian tersebut hingga tiada lagi ruang untuk mengisi alasan di sela-sela itu. Anda dapat tempuh segalanya kerana impian tersebut telah sebati dengan diri anda. Impian anda telah membentuk diri anda. Well done!!

Sama juga dalam bisnes ini. Terapkan perkara yang sama. Hanya DIRI yang besar dengan IMPIANNYA mampu menolak KAPAL dengan kuasa TINDAKANNYA untuk merentasi sebuah GUNUNG yang dipenuhi ALASAN demi sebuah KEJAYAAN setelah itu.

YOU DECIDE WHAT YOU DREAM ABOUT YOURSELF!

2. RIGHT ATTITUDE

Ramai usahawan yang berjaya tidak membina produk yang hebat di awal perjalanan karier mereka tetapi mereka membina produk terdekat pada diri mereka, iaitu SIKAP atau attitude mereka sendiri.

Orang yang mempunyai sikap yang berani mencuba, berkeyakinan tinggi, peramah, rajin dan bersyukur biasanya tidak mempunyai ALASAN dalam hidup mereka. Bagaimana mungkin mereka beralasan jika perkaru baru yang ada di depan mata masih belum dicuba dan diteroka? Belum tahu lagi kesannya sama ada baik atau tidak untuk bisnes.


Mereka hanya try and adjust. Sekiranya terdapat kekurangan, mereka akan mencari jalan untuk menyempurnakannya. Tiada alasan untuk mereka menghentikan sesuatu tindakan hanya kerana sifat takut, malu, pemalas, dengki dan mengeluh 24 jam di samping usaha yang bertahan hanya 5 hingga 10 minit sahaja.

Usahawan seperti ini sebenarnya membina diri mereka sebagai 'modal insan' bukan dalam tempoh sehari dua, tapi realitinya, mereka membina right attitude ini bertahun lamanya. Ia tidak turun dari langit, tetapi ia dicipta dan dibina dari dalam diri dengan dilingkungi oleh persekitaran dan rakan-rakan yang positif.

"Nak belajar dari mana right attitude ini?", tanya jiwa yang meronta untuk berubah. Jawabnya, belajarlah dari kanak-kanak. Sifat-sifat baik ini ada dalam diri mereka dan terlihat dari tingkah laku mereka yang semulajadi. Sebab itulah kata bijak pandai Islam,"Jika hendak lihat diri kita yang sebenar-benarnya, lihatlah pada diri kanak-kanak yang kecil".


Jangan melihat kepada diri anda sekarang yang telah berumur 30an, 50an atau 90an sekalipun kerana diri sekarang adalah diri yang telah 'terbentuk' daripada persekitaran harian mengikut jangka masa umur tersebut. Tapi lihatlah diri anak-anak yang masih belum lagi terhakis sikap semulajadinya yang menjadi sikap asas seorang khalifah di muka bumi ini. Itulah sikap seorang manusia sejati. Mencuba dan mencuba tanpa ada istilah putus asa dan alasan dalam hidup.


JUTAWAN ITU BUKAN HANYA TAKDIR, TETAPI IA DICPTA

3. SENTIASA BERUSAHA

Sempena bulan hijrah ni, elok rasanya kita melihat contoh yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Lihat sahaja Abd Rahman bin Auf, bagaimana beliau tinggalkan semua hartanya di Mekah dan kemudian memulakan bisnes baru di pasar Madinah yang dikuasai oleh puak Yahudi ketika itu. Tidak kurang juga para sahabat yang lain seperti Saidina Usman dan Saidina Abu Bakar.

Kuat sungguh usaha mereka kerana itu yang diminta oleh agama. Mereka sentiasa berusaha sehingga tiada masa untuk memberi pelbagai alasan sedangkan jika diberi alasan sekalipun pasti Nabi SAW tidak menolaknya kerana kondisi ketika itu. Mengapa kita tidak mahu mengikut jejak langkah sahabat ini?!


Ironinya, lain pula sikap Muslim Melayu kini, mereka bukan hanya tidak mahu mengikut jejak langkah para sahabat mulia ini bahkan dilapik pula dengan alasan ingin meniru sifat zuhud para sahabat dalam mencari akhirat sehingga harta kekayaan dianggap 'najis' oleh kebanyakan dari kita. Saya sendiri tidak terelak dari sikap ini dahulu hinggalah saya bertemu dengan para ulama di Mesir yang menanam takrif zuhud yang sebenar di dalam diri ini.

Bukanlah zuhud itu dengan miskin atau menolak dunia dan hartanya, takde pun ulama pernah takrifkan seperti itu. Zuhud itu maksudnya hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Mengambil sekadar perlu sahaja dengan segala nikmatnya di samping mengagihkan lebihannya kepada yang lain serta sentiasa menganggap negeri akhirat sebagai tempat terbaik.

Saya suka melihat bagaimana orang-orang Cina berniaga. Mereka jarang sekali mempunyai masa untuk berehat, lihat sahaja makan minum mereka dan gerak langkah mereka, sentiasa cepat, seolah-olah berlari dari sesuatu yang sedang mengejar mereka dari belakang. Mereka sibuk berusaha hingga tidak tertinggal lagi masa untuk merungut dan memberi sebarang alasan atau menanam sifat dengki kepada peniaga lain. Walaupun ada juga sebenarnya tetapi sangat kurang jika hendak dibuat contoh sekalipun.

Cukuplah setakat 3 point utama ni untuk kita sentiasa meniru orang-orang berjaya yang tidak mempunyai ruang lagi dalam hidup mereka untuk merungut dan beralasan.


Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti penat lelah.
Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti putus asa.
Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti tiada masa.

Jom berusaha. Itu sahaja tiket kejayaan yang kita ada. Buang alasan, kerana itu sahaja penghalang utamanya.

*Saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata. Jika tidak keberatan, bolehlah share pandangan saya ini bersama rakan-rakan anda yang lain dengan hanya klik butang 'LIKE' di atas post ini. Bagi yang ingin bertukar pendapat, jangan malu dan segan untuk sharing pendapat anda pada ruangan komen di bawah. Jom saling berkongsi idea :)

Wednesday 20 November 2013

Posted by Unknown On Wednesday, November 20, 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 
Semoga anda sihat-sihat sahaja hendaknya dan diberikan keluasan rezeki olehNya.

Hari ni ingin berkongsi tentang salah satu penyakit jiwa masyarakat kita yang perlu kita ubah secepat mungkin terutamanya dalam bidang bisnes iaitu penyakit hasad dan dengki yang akhirnya membawa kepada berlakunya ilmu hitam atau dikenali sebagai sihir perniagaan.

Kisahnya bermula pada minggu lepas, ada seorang rakan yang sengaja saya sembunyikan namanya di sini, meminta agar saya dapat melawat ibunya yang sedang sakit tanpa diketahui punca penyakitnya setelah dibawa ke hospital untuk mendiagnosis penyakitnya. 

Untuk pengetahuan semua, ibu dan ayahnya adalah pengusaha sebuah restoran makanan yang sangat terkenal di tempat saya. Bukan hanya terkenal dengan kelazatan makanannya, bahkan keramahan, sikap ringan tangan dan menghormati orang lain merupakan 'bonus' dalam melariskan perniagaan mereka. 

Pada hari Sabtu yang lepas, sempat juga saya ke rumahnya. Memang sedari awal saya khabarkan, saya pergi bukan untuk mengubat tapi sekadar 'melihat' apa yang perlu sahaja. Anaknya juga meminta saya untuk melihat rumahnya jika ada yang mengganggu di sana. Maklumlah, tinggal bersama keluarga dan anak kecil, takut juga jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Saya sangat memahami kerisauannya.

Sebaik sampai, saya dijemput masuk dan bertemu 4 mata dengan ibunya. Terasa sedih di hati melihat keadaan beliau, kerana saya pun memang mengenali beliau secara peribadi. Kakinya yang sebelah kiri habis ditelan sihir. Telah seminggu ditahan-tahan sakitnya di samping berubat dengan beberapa orang bijak pandai.

Saya pergi hanya untuk membantu apa yang patut sahaja dan memberi sedikir sebanyak nasihat yang perlu. Jika dibiarkan lebih lama lagi, tentu akan luruh dagingnya satu persatu dan tulang-belulangnya akan reput sedikit demi sedikit dan kematian bukanlah perkara yang mustahil dalam permainan ilmu hitam ini. 

Kufur apabila bertemu dukun, berhati-hatilah.

Maka, tidak hairanlah apabila Nabi menyatakan bahawa dosa terbesar setelah syirik dan membunuh adalah dosa orang yang melakukan sihir dan orang yang meminta dilakukan sihir kepada musuhnya. Dosa ketiga terbesar di dalam Islam yang kadang kala menjadi dosa terbesar yang pertama kerana kebanyakan orang yang melakukan sihir pasti syirik dengan Allah kerana meminta pertolongan jin dan jika hingga berlaku kematian, ia dikira sebagai satu bentuk pembunuhan dalam Islam.

SIHIR PERNIAGAAN: APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Pasti semua pembaca terasa gerunkan setelah membaca kesannya yang agak menakutkan. Kematian kerana sihir sangat menyeksakan. Ia bukan perkara main-main. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengetahui serba sedikit mengenai sihir perniagaan ini.

1. Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan di luar dari hukum alam bagi menjatuhkan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri. Dalam istilah dunia Melayu, sihir digelar ilmu hitam dan berkait rapat dengan pertolongan dan hubungan dengan jin.

Antara jenis wafak yang kadang-kala menjadi sihir kepada peniaga yang lain.

2. Sihir perniagaan biasanya digunakan pada 2 perkara atau salah satu daripadanya iaitu pada tempat perniagaan atau pada pemilik perniagaan. So, sentiasalah berhati-hati jika anda seorang peniaga. Diri sendiri mesti kuat dan sentiasalah memerhati tempat perniagaan anda.

3. Tanda terkena sihir perniagaan:
  • Pada pemilik perniagaaan: Sering sakit kepala, berasa malas bekerja tanpa sebab, kurang motivasi, pertelingkahan sering berlaku antara suami isteri tanpa sebab, sakit yang sukar dirawat cara pengubatan moden, selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, dan mimpi yang aneh-aneh.
  • Pada premis perniagaan: Pekerja-pekerja yang berkerja dalam sesebuah perniagaan sering bertengkar, bergaduh dan kerap berhenti,  terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan lembaga-lembaga yang menakutkan, sering terjumpa duit syling atau wang kertas tanpa diketahui sumbernya dan juga bungkusan-bungkusan yang aneh serta pasir atau kemenyan yang ditaburkan di lantai premis. Kadang kala premis anda menjadi ghaib dari pandangan pelangan dan kerap kali ada benda asing dalam periuk nasi atau di hidangan makan pelanggan.
4. Sihir perniagaan dan sihir-sihir yang lain apabila semakin dibiarkan akan semakin cepat merosakkan dan membinasakan anda. Sekiranya ada sahaja tanda-tanda ini, anda patut ragu dan mengambil tindakan pantas
untuk menghentikannya dengan jalan berubat secara Islam dan elakkan diri dari berjumpa bomoh, dukun atau pawang.

BAGAIMANA MENCEGAH & MENGUBATINYA

1. Cegah dan ubatilah dengan solat 5 waktu. Bagi peniaga, sibuk walau bagaimana sibuk pun, solat jangan diabaikan. Barangsiapa yang abaikan solatnya, Allah abaikan urusannya. Jangan kita hanya solat ikut waktu. Waktu senang, kita tinggalkan atau abaikan, waktu susah, baru kita mencari tikar sejadah yang telah lama ditinggalkan. Walaupun anda peniaga, tetapi jangan jadikan SOLAT sebagai bahan niaga antara anda dan Tuhan. Anda pasti menyesal jika melakukannya.

Firman Allah SWT."Dan mintalah oleh kamu akan  pertolongan (kepada Allah) melalui jalan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."

2. Bersedekahlah. Orang yang rajin bersedekah dengan keuntungan yang didapatinya, insyaallah akan dijauhkan dari segala perkara buruk yang tidak diingininya. Nabi menjanjikan bahawa tiada bala yang dapat turun kepada orang yang rajin bersedekah kerana Allah. Memberilah kepada anak yatim dan orang-orang susah, nescaya Allah lepaskan anda dari kesusahan di dunia ini lagi.

Sabda Nabi SAW,"Barangsiapa yang membantu saudaranya keluar dari kesusahan dan keluh-kesah, nescaya Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan dan keluh-kesahnya di Hari Akhirat".


3. Bacalah setiap kali setelah solat 5 waktu:
  • al-Fatihah ( 1 kali )
  • 3 Qul ( 1 kali )
  • Ayat Kursi ( 1 kali ) 
  • Ayat 1000 Dinar ( 1 kali )
  • Bacaan zikir harian: "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( 20 kali )
4. Jangan jadikan ayat al-Quran sebagai alat gantungan sahaja di premis perniagaan anda kerana itu adalah tanda penghinaan kepada ayat-ayat Allah SWT jika anda tidak mengamalkannya. Jika digantung dengan niat untuk mengamalkannya atau memperingatkan diri sendiri serta orang lain untuk mengamalkannya, maka diperbolehkan.

5. Sentiasa memperdengarkan bacaan al-Quran di premis perniagaan anda. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan perkara yang sia-sia sahaja daripada berlaku, bahkan dapat juga  memperingatkan diri kita bahawa kita beserta perniagaan kita merupakan hamba dan milik Allah semata-mata dan bisnes adalah antara tali penghubung antara kita dan DIA.

Hati-hati dengan gambar anda di dalam FB

Cukup sehingga ini dulu, mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat memberi panduan kepada para pembaca terutamanya yang bergelar peniaga atau bakal bergelar peniaga. Saya mohon perlindungan dari Allah SWT daripada ujian seumpama ini buat diri saya dan para pembaca semua. Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita yang bertujuan untuk membangunkan agama yang mulia ini melalui jalan ekonomi Islam yang sangat luas. Amin.

* Bagi sesiapa yang tidak keberatan untuk berkongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda atau untuk tujuan menyebarluaskan maklumat ini, silakan untuk menekan butang LIKE di atas artikel ini. Mudah-mudahan Allah membalas jasa baik anda dengan limpahan rezeki yang melimpah ruah. Amin.

Monday 18 November 2013

Posted by Unknown On Monday, November 18, 2013

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Alhamdulillah, masoh diberi ruang di sela kesibukan ini untuk membuat perkongsian hari ni bersama anda.

3 hari yang lalu, ada seorang teman lama bertanyakan 1 soalan yang agak penting dalam soal bisnes. Soalan yang palng basic dalam bisnes. Soalannya berbunyi,"Boleh tak ustaz ceritakan kepada saya, apa yang perlu saya buat untuk mula berbisnes? Saya blur, tak tau apa yang saya nak buat. Niat di hati tu dah ada dah, maklumlah sekarang semua benda tengah naik, saya pun kena naik jugalah, takkan nak tunggu rezeki turun dari langit je kan?"

Subhanallah, inilah juga perasaan saya dulu ketika mula-mula tercari langkah pertama saya dalam bisnes dahulu. Bila surf internet dan lihat orang ni buat ni berjaya, orang tu buat tu berjaya, kita pun terasa nak buat benda yang sama tanpa terfikir akan kemampuan dan kebolehan sendiri, yang ada depan mata hanyalah, AKU NAK BERJAYA MACAM DORANG JUGA. 

Namun akhirnya, lain pula yang berlaku setelah itu kerana tiada tips asas yang hendak saya ceritakan ni. Ada yang terpaksa berhutang bergadai, ada pula yang ditipu hidup-hidup dan ada pula yang terpaksa menanggung title muflis seumur hidup. Semuanya bermula dari langkah pertama itu.

Jadi, melihatkan kepada kesannya yang agak teruk tu dan memandangkan hari ini saya telah ada sedikit pengalaman tentang bisnes, so hari ni nak berkongsi tips yang 'eksklusif' ini bersama anda. Ini bukan tips Dr Azizan, bukan tips mana-mana motivator, ini tips yang dikutip dari rentetan pengalaman saya sendiri dalam dunia bisnes. So real ok. Tipsnya tidaklah sesusah mana yang difikirkan oleh kebanyakan orang sebenarnya. 

Jom buat checklist:

1. Apabila berbicara tentang bisnes, tiada yang tidak susah. Semuanya sulit sekali kerana bisnes adalah 9/10 rezeki, maka cabarannya tentulah 9/10 juga berbanding kerjaya yang lain. Cabarannya bermula dari awal hendak memilih bisnes yang bersesuaian hinggalah pengurusan kewangan setelah beroleh keuntungan kelak. Cumanya, orang yang 'hendak' berbisnes biasanya perlu mempunyai peribadi yang positif sehingga semua cabaran juga dilihat positif dan dari yang perkara yang dianggap impossible oleh orang lain menjadi possible bagi mereka.

Bagaimana nak bina peribadi positif ni? Tiada jalan lain melainkan anda kena menggunakan konsep mencuci gelas, buang kotoran-kotoran tersebut menggunakan kain atau lainnya. Setelah bersih, masukkan air bersih ke dalamnya.

Sifat negatif dan diri umpama semut dan gula.
Walaupun manis, ia tetap merosakkan.

Bunyi macam senang, tapi sebenarnya Tuhan je tau betapa susahnya nak cuci 'kotoran' yang telah bersarang di minda, emosi dan perasaan ini. Berdasarkan pengalaman saya, untuk mencucinya dengan lebih baik, sentallah kotoran tersebut dengan cecair pencucinya, jangan hanya berharapkan kainnya sahaja. Lagi kuat cecair pencucinya, itu lebih baik. 

Nak tau apa cecair pencucinya? Itulah namanya ibadat, itu pembersih sifat negatif dalam diri seorang insan. Kita ni insan yang penuh dengan sifat-sifat negatif seperti takut dan risau, low self-esteem, suka bersangka buruk dan lain-lain. Tiada yang mampu membersihkannya melainkan dengan menunaikan ibadat-ibadat harian yang telah ditetapkan oleh agama beserta ibadat tambahan yang lain. FYI, itulah yang saya lakukan dalam group bisnes saya. Kita akan dapat lihat perbezaan kesannya pada orang yang melakukannya dan yang tidak melakukannya.

So, the first step is build your positive attitude in yourself dan insyaallah orang yang positif akan dapat membuat keputusan secara waras dan menghasilkan impak yangpositif kelak.

2. Apabila anda hendak mula berbisnes, perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah passion dan bidang apa yang  anda yakin untuk terjun ke dalamnya berdasarkan kemahiran yang ada. Sebabnya anda perlu tahu bahawa berbisnes bukanlah untuk sehari dua tetapi setiap hari. 

Jika anda melakukan sesuatu tanpa minat yang tinggi, pasti tindakan anda berbisnes menjadi sia-sia dan hanya bertahan dalam satu jangka masa yang pendek, terutamanya bagi bisnes yang mempunyai risiko dan cabaran yang pelbagai.


Sekiranya anda berminat dalam industri kesihatan sebagai contoh, dalami lagi bidang kesihatan jenis mana yang anda punya kemahiran padanya seperti kesihatan minda atau kulit, jantung dan sebagainya. Jangan terjun ke dalam semua bidang kerana industri untuk sesuatu bisnes terlalu luas, anda takkan mampu untuk memenuhi kesemuanya dengan passion anda itu. Yang penting, sesuaikan bidang tersebut dengan kemahiran dan minat anda. 

Antara dosa besar hari ini, terutamanya apa yang saya lihat dalam kalangan peniaga Melayu adalah mereka berniaga ikut- ikutan dan .bermusim, semuanya kerana ingin kaya segera dan miskin selamanya. Kawannya jual selipar sempena hari raya yang bakal menjelang, dia juga akan jual selipar pada tempoh tersebut sedangkan hatinya tiada dalam bisnes tersebut. Akhirnya, mewah sekejap ketika berhari raya dan kembali papa setelah seminggu beraya. 

Maaf tau, ini hanya contoh semata-mata, tiada niat lain melainkan untuk memberi sedikit teguran dan penambahbaikan untuk bisnes anda. Motif?! Saya gembira jika anda berjaya dalam bisnes anda melalui tips saya ini sebagai jawapannya. Saya nak lihat anda kaya dan berjaya dengan bisnes anda, insyaallah.


So, find your passion and your great skill. Jangan hanya cari keuntungan RM sahaja tetapi cari juga 'hati' anda dalam bisnes tersebut. Itu lebih penting dari segalanya. Kepuasan dan kebahagiaan adalah segalanya.

3. Setelah anda kenalpasti bidang yang sesuai untuk anda, buatlah persediaan ilmu dan kemahiran sehingga anda menjadi pakar dalam bidang tersebut hatta sebelum anda menapak dalam tersebut lagi. Jangan ada penyakit 'hangat-hangat tahi ayam' dalam bisnes, anda perlu terus berusaha sehingga menjadi pakar rujuk dalam bidang tersebut apabila kaki telah mula melangkah. 


Pantang bagi orang berbisnes menarik kembali setelah sebelah kaki mula melangkah ke hadapan. Elakkan seboleh mungkin daripada menjadi sebuah komputer yang cuba menjadi pakar dalam semua bidang dalam industri yang anda pilih. Mungkin anda fikir, anda tahu segalanya dengan jalan itu, tetapi sebenarnya, you are master of nothing. Semuanya hanya menjadi agak-agakan sahaja di akhirnya. Tiada satu bidang pun yang anda dapat kuasai di penghujungnya.

So, mastering your field in industry not mastering in nothing.

4. Planning dan matlamat yang jelas. Anda wajib ada satu jadual planning supaya anda dapat bergerak dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain dengan objektif yang jelas. Jangan jadi salesman selamanya yang hanya menunggu gaji tetap dan bonus yang diikat dengan perkataan 'kalau dapatlah' kerana dalam kamus bisnes, tidak kira cetakan ke berapa, tiada istilah 'KALAU' kerana itu perkataan pekerja biasa bukan perkataan anda yang merupakan pekerja dan bos dalam bisnes anda.

Biasakan untuk anda mempunyai rancangan bulanan dan tahunan dengan target yang jelas. Jangan ada niat sedari awal untuk sekadar cukup sahaja.


"Alhamdulillah, cukuplah RM 5000 ni. Kalau dapat macam ni pun tiap-tiap bulan dah cukup sangat dah".... Ini ucapan syukur yang berbentuk kufur sebenarnya sebab golongan jenis ini hanya cari rezeki untuk diri dan keluarga sendiri. Diri umat Islam lain dan keluarga mereka bukan keutamaannnya. Betulkan matlamat anda, berbisnes bukan untuk suap rezeki semulut dua, tetapi untuk suap juga rezeki dalam mulut orang lain. 

Betul matlamat anda, betullah niat anda. Bila betul niat anda, anda akan 'terpaksa' jadi jutawan walaupun tiada sekelumit niat tersebut dalam hati anda di awal langkah yang dihayunkan.

5. Saya sedar bahawa ada sebahagian pembaca yang hanya faham point yang pertama. Bila masuk point kedua, ketiga dan keempat, otaknya terus blur sebab ramai lagi yang tidak tahu passionnya dalam bidang apa, right? 

Saya yakin, ada yang baca point kedua tadi terus garu kepala tertanya-tanya diri sendiri,"Apa ek passion aku? Kemahiran pun rasa macam tak tau apa-apa pasal menjual-jual ni?". Kalau ada rakan sebelah, mungkin orang sebelah juga menjadi 'mangsa' pertanyaannya. 

Bagaimana saya tahu? Tentulah saya tau, sebab ramai yang PM, mesej, emel dan telefon saya bertanyakan perkara yang sama. Bila diberi saja tips kedua tu, semua mengambil masa yang agak panjang untuk menjawabnya. Bukan kerana tidak yakin diri, tetapi kerana tidak pernah berfikir pun tentang kepuasan dan passionate sendiri. Yang ramai tahu, kerjanya hanya lapor diri pukul 8 pagi, mohon diri pada jam 5 petang kerana itu telah menjadi rutin hariannya sejak 28 tahun yang lalu. 

Sekadar selingan. Inilah juga kerja saya. Cari potensi diri dan kembangkannya. Free of charge kerana niat dan matlamat saya jelas untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu berjaya melalui jalan bisnes. Peluang kita masih sangat besar di Malaysia ini.


Sambung semula ye. Bila point kedua tidak ketemu jawapannya, maka point ketiga (master) dan keempat (planning & matlamat) hilang dipuput angin begitu sahaja. Jadi, apa yang perlu dibuat? 

Jawapan untuk point kedua hingga keempat dan kadang-kala termasuk point pertama adalah dengan mencari MENTOR atau dalam bahasa lebih mudah adalah GURU dalam bisnes. Jangan berasa pandai jika itu bukan bidang kita, menadah dan menadah hingga berjaya. Sama juga sewaktu kecil dahulu, kita mana tahu apa yang kita akan jadi bila besar nanti, jadi di sekolah, guru disediakan untuk menunjuk jalan dalam hidup anda. Begitu juga dunia bisnes anda. Jangan terjun tiruk, nanti patah remuk tulang belulang anda.!

Saya harap anda dapat faham 5 point mudah ini dan dapat mengamalkannya. Saya doakan sungguh-sungguh agar anda dapat memulakan langkah pertama anda dalam bidang bisnes ini sempena peristiwa Hijrah yang masih panas dalam bulan Muharram ini. Saya doakan anda kaya dan berjaya dalam apa jua bidang bisnes yang anda pilih.


Jika ada keraguan dan inginkan sebarang kepastian, jangan segan atau malu untuk menghubungi saya. Mohon juga doa anda untuk saya dan group Shaklee saya untuk terus berjaya dengan cemerlangnya. Amin.

*Jika tidak keberatan, bolehlah tekan butang LIKE di atas posting ini untuk tujuan sebaran kepada umum dengan niat untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu muncul di persada bisnes Malaysia ini. Mudah-mudahan Allah membalas segala usaha anda dengan kejayaan yang selayaknya.

Thursday 14 November 2013

Posted by Unknown On Thursday, November 14, 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu hendaknya.

Dalam seminggu dua ni, negara khatulistiwa seperti kita ni sudah mula menunjukkan musim ketidak ketentuan cuaca yang biasa kita hadapi pada hari-hari biasa. Ditambah pula dengan ancaman taufan yang kini melanda Filipina turut memberi kesan cuaca buruk kepada Malaysia.

Jadi tidak hairanlah kini musim demam, selsema, semput dan seangkatan dengannya muncul kembali. Tidak hanya orang dewasa yang mengalaminya, anak-anak kecil turut menghadapinya. Bahkan mungkin lebih kritikal dari orang yang dewasa. Untuk anak-anak yang dihantar ke taska tu tak payah cakap la. Kalau pagi hantar ok, balik pada sebelah petang mesti dah rasa badan panas sejuk nak demam sebab dikelilingi oleh anak-anak lain yang demam, selsema dan batuk.

Jangan dipandang ringan apabila anak-anak anda demam kerana terdapat dua kesan demam yang tinggi, iaitu ia boleh menyebabkan jangkitan di bahagian tengah telinga hingga boleh menyebabkan pekak dan jangkitan air kencing yang boleh merosakkan buah pinggang.

Adakah sebagai ibu bapa, kita dapat duduk diam sekiranya anak kita ditimpa musibah yang tidak dijemput ini disebabkan kesalahan diri sendiri.

APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU?

Menjadi perkara biasa sekiranya anak mengalami masalah kesihatan berkenaan kerana ia sebahagian daripada proses membesar, tetapi ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang cukup bagi berhadapan dengan situasi itu.

Ini kerana, pengetahuan yang cukup mengenai penjagaan kesihatan anak-anak dapat menyelamatkan nyawa mereka selain membebaskan anak daripada kesakitan yang terlalu berat untuk ditanggung. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu bapa, antaranya:

1. Ibu bapa perlu tahu suhu badan kanak-kanak yang normal adalah antara 36.6 hingga 37.5 darjah Celsius. Sekiranya lebih daripada itu, ia menandakan anak mereka mengalami demam.

2. Suhu badan lebih rendah pada waktu pagi, tetapi meningkat pada penghujung hari dan memberi bacaan yang berbeza sekiranya suhu disukat pada telinga dan mulut dengan perbezaan 0.5 darjah Celsius.

3. Bagi suhu badan pada bacaan 37.5 darjah Celsius, ia sudah menandakan demam. Suhu 38.5 darjah Celsius pula menunjukkan demam yang lebih kuat.

Sangat penting bagi ibu bapa untuk menyediakan termometer di rumah demi anak-anak

4.  Ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor iaitu jika bayi berusia di bawah enam bulan, anak mengalami sawan, demam sudah berlarutan selama dua hari, jika demam ada kaitan dengan simptom lain, anak menjadi lemah dan tidak mahu makan atau minum, leher tegang, muntah dan menunjukkan sikap tidak keruan kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan jangkitan meningitis.

5. Perkara biasa bagi kanak-kanak untuk mengalami selesema sehingga sembilan kali dalam setahun terutama selepas memulakan persekolahan tadika atau dihantar ke nurseri.

6. Selesema dikenal pasti menerusi bersin, mata berair, demam rendah, batuk, keletihan dan hidung berair. 

7. Selain itu, kanak-kanak juga mudah terdedah kepada batuk dan batuk bersama hidung berair yang lazimnya berlaku apabila anak diserang selesema

8. Ada jenis batuk yang dinamakan nocturnal yang hanya berlaku pada malam hari dan ia dikaitkan dengan asma. Ad juga batuk dengan bunyi berdesing dikaitkan dengan serangan asma manakala batuk berserta pernafasan yang bising dikenali sebagai croup manakala batuk berserta demam dan nafas pendek dikaitkan dengan pneumonia.

9. Bagi kes asma di kalangan kanak-kanak, ia menyerang kira-kira 20 peratus kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tujuh tahun. Asma yang mempunyai kaitan dengan batuk berdesing pada malam hari menunjukkan berlaku jangkitan virus dan inhaler akan diberikan oleh doktor bagi melegakan kesukaran bernafas.

10. Ibu bapa perlu menjaga kesihatan kanak-kanak supaya mereka tidak terdedah dengan elemen yang mampu mencetuskan masalah pernafasan ini antaranya tidak merokok di rumah, tidak memelihara haiwan dan elak meletakkan permaidani di rumah.


PEMULIHAN SECARA NUETRAL

  1. Bagi Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu ibu,banyakkan meminum air suam
  2. Apabila mandikan anak,mandikan dengan air suam kecuali demam dengan suhu yang tinggi,mandikan atau lap dengan air sejuk untuk turunkan suhu.
  3. Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap.Cara nya ialah pasangkan air shower panas di dalam bilik air,pastikan pintu bilik air sentisa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap.Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi..Jika tiada shower,air panas yang dimasak di dapur,masukkan dalam baldi di bilik air juga pastikan menjadikan bilik air berwap.
  4. Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan.Tepuk secara perlahan dengan membuat lohong .maksudnya tapak tangan kita naik melengkung sedikit.Bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis atau muntah.Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU?

1. Nutriferon

Semua penyakit sebenarnya bermula akibat daripada antibodi yang lemah atau rosak keran diserang oleh virus dan sebagainya. Oleh itu, konsepnya mudah sahaja, anda berikan apa yang antibodi anda perlukan dan ia akan melawan sendiri penyakit tersebut dengan sendirinya dari dalam. Inilah rahsia hebat kejadian manusia yang telah Allah ciptakan.


Jom berkenalan dengan Nutriferon yang dicipta oleh saintis Jepun ini. Fungsi utamanya adalah untuk menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan T-sel, B-sel, dan macrophage.

Ia juga melindungi diri kanak-kanak terhadap influenza dan ia berfungsi mengimbangi reponses imun terhadap alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.


Nutriferon juga berperanan meringankan tekanan dan kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif. Kanak-kanak yang mengalami masalah demam, selesema dan athma sangatlah digalakkan untuk mengambil nutriferon ini kerana ia berfungsi membekalkan keperluan tubuh dalam menguatkan imunnya sendiri tanpa bergantung kepada perangsang tubuh dari ubatan yang berbahaya.

2. Meal Shake + Omega Guard


Diekstrak dari ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dgn produk omega dipasaran, Omega Guard Shaklee adalah yg paling tulen  didunia. Mengandungi asid lemak Omega 3  semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA  dan sebagainya.

Bila anak kerap demam, Meal Shakes Shaklee dan juga Omega Guard adalah jalan terbaik untuk diberikan kepada anak anak anda. Bukanlah maksudnya waktu demam baru berikan mereka supplement tersebut tapi pemberian secara berterusan boleh mengelakkan demam, selesema dan athma secara kerap.


Meal Shakes dan Omega Guard membantu sistem imun kanak kanak yang masih lemah kerana mereka masih kecil. Meal Shakes juga boleh menambah selera makan anak, mengelakkan sembelit, asma, eczema dan sebagainya.

3. Chewable Vita-C Plus (100mg)


Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan anak-anak. 100 mg Chewable Vita C bersamaan 1 biji setengah limau yang terbaik dan terdapat juga Bioflavonoids iaitu pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.

4. Basic H 


Selain makan vitamin, bila anak demam, sial mandikan anak-anak dengan Basic-H. Basic H ni sebenarnya pencuci serbaguna tanpa bahan-bahan kimia yang boleh penetrate thru skin. It’s organic based. Takde colour, takde bau, takde bahan kimia tapi sangat efektif.

Sebab Basic H ni menyerap haba 3 kali ganda dari air biasa. So, kalo anak demam, kita mandikan atau lap-lap kan badannya dengan Basic H, InshaALLAH boleh lega dan suhu akan turun. Basic H juga sesuai untuk yg ada masalah eczema, gatal2, alergi dan demam campak.


Bagi mereka yang sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak, saya nasihatkan agar menggunakan salah satu daripada produk di atas. Jika ada lebihan kemampuan, tentulah sebaiknya menggunakan keseluruhan produk-produk ini. Bukan untuk sesiapa pun, tetapi untuk keluarga sendiri juga.

Biasakan untuk tidak menggunakan ubatan kimia seperti panadol atau paracetamol yang bukan sahaja berbahaya untuk jangka masa pendek tetapi turut mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan pankreas dalam jangka masa yang panjang.

Semoga beroleh manfaat dari sedikit sebanyak perkongsian saya pada hari ini. Semoga kita mampu mengubahnya dan membuat pilihan yang bijak.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan khidmat kesihatan dan menjadi panduan untuk mereka dalam membina kelurga yang sihat dan bahagia.

Monday 11 November 2013

Posted by Unknown On Monday, November 11, 2013
Puteri Resort, Air Keroh, Melaka di malam hari. Happening kan?
Sama seperti program aura magic kami yang happening.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Apa khabar anda semua di hari yang bahagia ini?
Diharap anda semua sihat-sihat hendaknya dan gunakan malam ini untuk bersantai bersama keluarga tercinta.

Saya pula? Dah siap bersantai semalam bersama keluarga besar group jutawan Shaklee saya di Puteri Resort, Air Keroh, Melaka. So, hari ni bolehlah saya berkongsi dengan anda apa yang berlaku semalam. 3 perkataan dalam tajuk post di atas sudah menceritakannya secara keseluruhan hari semalam, HAPPENING, MAGIC & AURA.


WE ARE DIFFERENT!

Program Magic ini diadakan pada hari Sabtu, 9/11/13 dan Melaka menjadi tuan rumah untuk bulan November ini. Kehadiran adalah WAJIB bagi sesiapa yang terlalu ingin berjaya. Ringkasnya, sesiapa saja boleh menghadirinya tanpa paksaan.

Dalam keadaan tak terpaksa itu pun, kehadiran melebihi kuota yang ditetapkan, lebih 400 orang bersama ahli keluarga masing-masing.

"Apa yang best sangat dengan program Shaklee ni? Selalu sangat baca tulisan di FB pengedar-pengedarnya. Itu best, ini best...typical MLM, macam tu la," kata sesetengah orang yang anti MLM.

Jika anda salah seorang daripadanya, jom baca, then anda decide semula keputusan anda. Kata rakan kongsi saya semalam,"Biar kita tersalah memaafkan daripada tersalah menghukumkan".

Saya sampai di sana tepat pada jam 7.30 pagi, sedangkan program bermula jam 9 pagi. Pengarah program pun masih bersiap waktu tu, pekerja hotel pun baru bertukar shift dan penjaga pintu dewan baru bersarapan ketika itu tapi saya dah terpacak di sana. Nampak tak betapa gila kentangnya semangatku ini.

Haisy, kenalah semangat, program ni macam reunion keluarga sendiri tau dan sebagai businessman, ketepatan masa perlu sentiasa menjadi keutamaan. Al-kisahnya, saya bertolak pada tengah malam Sabtu tu dari Johor sebab tak nak rushing pada pagi harinya. Itulah sebabnya saya sampai 'terlajak' awal. Sambil-sambil mencari jalan ke sana. Ramai juga yang saya lihat tiba lebih awal dari waktunya. Semuanya bersemangat untuk berjaya tanpa dipaksa-paksa. We are different.

Sesi pendaftaran bermula. Abang yang sedang 'sibuk' tu datang menemani isterinya dari Ulu Tiram, Johor

Jam 8 pagi, pendaftaran bermula dan tidak seperti kebiasaannya ketika kita pergi ke pejabat pada hari cuti hujung minggu, semuanya CERIA dan RAMAH-TAMAH, saling menyapa antara ahli 'keluarga' sendiri. Semasa pendaftaran, semua dapat cenderamata khusus. Nak cuba teka tak?! Cer teka....cer teka...

Tasbih cincin. Biasa dapat saguhati macam ni?
Bisnes tak berTuhan pasti mati!

Tengok gambar di atas dan renung dalam-dalam, jangan sampai pecah skrin laptop atau telefon anda sudah. Anda pernah dapat benda ni di program-program syarikat anda?! Jika kali pertama anda hadir ke program group Jutawan Shaklee saya ni, mungkin 'situasi' ini agak janggal untuk dipercayai. Tetapi bagi kami yang selalu hadir, ini adalah BIASA kerana banyak lagi yang kami buat benda yang LUAR BIASA. Anda percaya atau tak, anda kena percaya, mata anda tidak menipu anda sekarang. We are really different right?

Ini pula hadiah untuk anak-anak Shaklee kami

HAPPENING

Setelah selesai pendaftaran, kami dihidangkan dengan sedikit tarian Arabic style dan nyanyian dari seorang penyanyi terkenal tanah air serta tak lupa beberapa games yang bertujuan untuk ahli lelaki dan wanita saling 'berkenalan' dengan lebih mesra dan lebih sporting. 

"Yes, akhirnya, dapat juga point typical MLM untuk dihighlightkan," kata sebahagian manusia yang mempunyai 'penyakit' dalam hati mereka.

Sabar bro, acah je tu. Siapa berani, cubalah buat. Memang nak kena rotanla dengan para Master** dalam group kami ni kalau ada tentatif macam tu. Silap-silap program boleh dibatalkan serta-merta tanpa perlu notis dari sesiapa. Bunyi macam main-main tapi hakikatnya begitulah. Tidak mungkinlah group yang ditekankan dengan pelbagai amalan kerohanian akan melakukan perkara-perkara begini.

Sebelum program bermula. Semua sibuk dengan handset masing-masing. Layan customer ok!






Ok....ok, serius balik...nak melawak pun tak boleh.

Kenapa happening sangat program ni? Sebabnya adalah Grand Master dan para Master seramai 12 orang turun ke Melaka untuk berkongsi ilmu dan memberi input sebanyaknya serta menyelesaikan sebanyak mungkin permasalahan para rakan kongsinya. Best tak dengar? Orang yang dah berjaya turun pula untuk bantu rakan-rakan kongsi yang lain tanpa meminta sebarang balasan keculai KEJAYAAN masing-masing di masa hadapan.


Antara Master yang sempat di'snap' oleh kamera saya. Ada gaya 'orang kaya baru' tak?
Pakaian ala kadar dengan pendpatan 5-6 angka. Indahnya bila bisnes berTuhan.

"Bukan ke mereka yang 5,6 angka tu turun sebab nanti bila korang buat sales banyak, dorang lagi kaya?" timbul lagi soalan cepu mas. Jawapannya 'YA', jika itu bos anda, utilize anda betul-betul dengan bayaran elaun 'air liur' sebagai tambahannya,"Kalau U ikhlas, Allah tahu, nanti dia balas melalui cara lain..Gaji tu bukan segalanya. Yang penting hati U, U bantu I, U dapat pahala banyak akhirat nanti". 

Biasa anda dengar perkataan ini dan biasa tak dapat elaun ni, inilah HIPOKRIT dan PERHAMBAAN zaman moden. Kapitalisme yang bertopengkan agama. Kalau dah alang-alang macam tu, daripada U bantu orang lain (bos, syarikat etc), baik U bantu diri U dengan bisnes Shaklee ni, ye tak? Bukan pahala di akhirat je, kekayaan di dunia juga dapat.

Tetapi dalam Shaklee, saya tolong berikan jawapan,'TIDAK'. Sebabnya dalam group Ini, prinsip yang ditanam dalam benak kepala kami adalah,"Leader don't create followers, leader create more leaders". Saya tau mana?! Banyak soal pula....sebab saya pun leader, Presidental Master-to-be, Mohd Taufiq, insyaallah.

"Kenapa perlu hidup biasa-biasa jika kita mampu hidup luar biasa"

Majlis diserikan juga dengan beberapa pemandangan LUAR BIASA lagi. Bisnes ni bisnes keluarga. Lihat sahaja suami, isteri dan anak-anak turut hadir. Prinsip yang dibina adalah,"Family first and business not the second" menjadi amalan group jutawan Shaklee ni.

Anak-anak menjayakan program mereka sendiri di belakang dewan 
bersama asuhan kaum bapa.

Lihat sahaja pemandangan ini, pasti anda tak jumpa di mana-mana kecuali di internet dan dalam Shaklee. Si bapa bersama menjaga anak ketika si ibu sedang sibuk menyiap diri untuk berniaga. Si bapa menumpahkan sepenuh kasih sayang untuk si kecil, layan bermain dan mewarna bersama anak-anak di belakang dewan sedang ibu sibuk study di depan dewan demi keluarga. 

Buat para wanita, tak terlintaskah bisikan di hati anda,"Inilah pemandangan yang selama ini aku cari dalam hidupku. Inilah anugerah terindah dalam hidupku, punya suami dan anak-anak sentiasa di depan mata. Inilah kebahagian yang telah lama aku tidak merasainya kerana kesibukanku bekerja untuk bisnes 'keluarga' orang lain. Alangkah kesalnya aku, sedangkan inilah impianku ketika berakad nikah dahulu. Aku terlupa akibat sibuk menjaga anak orang lain, sedang anak sendiri semakin jauh dari diri sendiri".


PENGISIAN PROGRAM

Bagi ahli-ahli yang tak dapat hadir atau yang hadir semalam tapi tak tau nak buat apa sebab banyak sangat ilmu yang diberi secara happening semalam, mai ceq cerita balik ye, ikut slang Master Farihah. Tak semua saya ceritakan, sengaja buat teaser supaya lepas ni anda terasa panas punggung bila dengar program magik diadakan di kawasan anda. Pesanan penaja untuk ahli dan ramaiiiiiii bakal ahli.

1. Master Farawaheda - Tajuknya: 5 lampu ajaib 

Seorang bekas jururawat di IJN 4 tahun yang lepas, senior kepada salah seorang pensyarah kejururawatan di kolej saya yang kini mengambil langkah bijak, menjadi ahli Shaklee dan mentee saya. Master ni ketika mana meletak jawatan, beliau kata,"Separuh jiwaku telah hilang ketika ini". Kerana passion yang sangat tinggi dalam bidang kesihatan, ungkapan ini diluahkan. Tetapi tak terhenti di situ, terus bergiat dengan bidang kesihatan bersama produk terbaik Shaklee, tak lama pun, setahun 6 bulan, kini bergelar Master. Ungkapan baru pula diluahkan,"Kini, sepenuh jiwaku bersama Shaklee".

"5 lampu ajaib?! Pula dah, khurafat je dorang ni belajar....," kata lidah yang tidak bertulang.

Sabar, jangan cepat melatah. 5 lampu ajaib ni adalah perasaan manusia iaitu takut, rasa bersalah, ego, tamak dan eksklusif. Hanya dengan 5 ni sahaja bisnes online Shaklee anda akan 'boomm'. Nak tahu? Kena daftar dulu la. Ada cop Distributor group jutawan Shaklee, baru best sembang... Amacam, ada berani ke takde berani? (Ikut slang mamak).

2. Master Hafsah - Tajuk: From Zero to Heroin

Tajuknya agak bias :) Maaf nanny. Tau kenapa? Heroin je ditekankan, heronya dah dipuput angin...hilang dalam kesepian. Sebabnya, saya boleh katakan 98% ahli group dan pengedar aktif group Shaklee ni adalah wanita, 2% je lelaki. Jangan pelik kalau saya tau sebabnya, kerana saya salah seorang dari pengedar dan leader aktif lelaki tu. 

Master Iffah kata pada saya semalam,"Untunglah kamu Taufiq, pasaran ahli dan pengedar lelaki FRESH lagi, tu yang kamu 'naik' laju tu dengan group kamu". Faham-faham maksudnya wahai para lelaki? BTW, ahli lelaki dalam group saya tak kurang dari 20 orang dan selebihnya adalah wanita dari jumlah hampir 100 orang dalam 4 bulan ni.

Bersama my leader, Master Hafsah Mardhiah

Ok, tu selingan jer. Ni nanny I dalam Shaklee dan antara mentor terbaik saya dalam bisnes ni. Tajuknya dikupas dengan sangat baik dengan ilustri sebuah rumah. Bermula dari tapak yang kosong dalam Shaklee hingga bergelar master. Jangan sangka bila saya panggil nanny, tu maksudnya orang kampung, no.....no....pekerjaannya takla segah sehebat kita ni, orang biasa ja, BEKAS engineer Petronas. Hambik kau!!!

Kalau anda masih takut untuk join ahli dan takut kehilangan kerja anda ataupun masih memberikan alasan sibuk jika buat part time Shaklee, saya rasa anda patut contact saya untuk saya bersihkan otak anda kembali. Biar suci bersih seperti kanak-kanak yang tak pandai bagi alasan lagi.

3. Master Farihah - Tajuk: Mudahnya menjadi Master.

Saya memang terpana kejap bila jumpa anak jati Kodiang ni, selamba je dia cakap loghat Kedah semalam. Memang semua fokus pasang telinga dengar, perlukan pendengaran yang tajam dan otak yang geliga untuk terjemahan spontan ke bahasa standart Melaka. Lawak je kak :)  Tajuk yang dibawakannya cukup mudah kerana selama ni ramai yang ingat mesti susah nak jadi Master ni, rupanya kacang jer,"Ingat 15, ingat Master". Yang datang semalam ingat tak?!

Dan ramai lagi master-master yang lain. Insyaallah kalau berkesempatan nanti saya cuba kupas satu persatu di lain tempat.

MAGIC

Di tengah-tengah program, pihak urusetia membuat MAGIC khas yang tidak diketahui oleh para audien. Jemputan serta-merta untuk memenuhi 'hot seats' bagi perkongsian rahsia kejayaan bersama yang hadir. Hot seats ni menampilkan orang-orang yang mempunyai potensi besar untuk berjaya, bukan saja-saja diadakan tetapi adalah untuk membakar orang lain yang masih beku kesejukan dan membangunkan orang yang lena akibat bermimpi terlalu lama.

Ada forum lelaki bertajuk,"Peranan suami dalam membantu isteri menjalankan bisnes Shaklee" dan forum wanita yang lebih banyak mengupas elemen cabaran dan motivasi diri.

Forum lelaki menampilkan Bro Onoff, Bro Sulaiman dan.......saya sendiri. Memang MAGIC betul la, tak bersedia apa-apa. Jadi, berkongsi pengalaman sahaja bersama para audien. BTW, saya belum jadi suami orang dan saya juga tak dibantu 'bakal isteri' tapi saya run bisnes sendiri dengan tunjuk ajar dari leader-leader saya yang semuanya wanita.

Dari kanan: Bro Firdaus (Moderator). Saya, Bro Sulaiman (ada darah dr Azizan Osman) dan
Bro Onoff  (bapa mithali) bersama anaknya. 

Memang penuh kasih sayang mereka mendidik saya dalam bisnes ni tapi apa-apa pun layan, itu satu penghormatan bagi 'budak besar' dalam bisnes ni yang baru jejak 4 bulan, kali kedua pula tu setelah kali pertamanya di program magic, Johor Bahru. Alhamdulillah.

Forum wanita pula menampilkan Pn Ainul, Pn. Shahrizan dan Pn. Haslinda untuk mengupas beberapa elemen penting dalam bisnes ni. Alhamdulillah, semua ahli forum menyampaikan ilmu mereka dari hati. Terbaikkkk.

AURA 

Di sebelah kanan master Iffah (berpurdah), itulah insan kesayangan kami, Presidental Master Shareeza.
Sebelah kiri M. Iffah, Master Ruziah, Pengarah Program Magic Melaka.

Ada banyak aura sebenarnya bagi yang memerhatikan semalam. Pertama sekali tentulah kemunculan Grand Master atau Super Duper Mommy group Jutawan kami, Pn Shareeza bersama ucapan suntikan auranya yang tinggi. Siap kena ingatkan lagi semalam,"Anda dah puas dengan 4,5 angka anda atau belum? Kalau dah puas, berapa orang rakan kongsi U all yang U all dah jadikan leader seperti U all dengan pendapatan 5 angka sebulan? Kalau belum, teruskan, jangan berhenti di tengah jalan. Kalau sudah pun, teruskan lagi kerana ramai lagi masih belum kita hulurkan bantuan untuk atasi masalah ekonomi mereka". 

Kan saya dah cakap sebelum ni, itu prinsip kami sebagai leader, not create followers but create more leaders.

Keduanya adalah acara meraikan para Master yang datang dengan sedikit cenderahati dan majlis potongan kek beramai-ramai. Auranya bertambah apabila tarikh tersebut merupakan tarikh hari lahir ke-30 Master Farihah. Anda faham apa maksud yang tersirat di situ. Retire young, retire rich. 

Semua master telah mengambil tempat. Ada beza tak dengan kita?
Semua manusia macam kita, cuma tindakannya luar biasa.

Excited semua nak 'merasa' kek  penuh aura yang datang jauh dari Batu Pahat.

Semua master-master ini hanya bekerja suri rumah sepenuh masa SEKARANG. 'Terpaksa' berhenti kerja demi menguruskan bisnes ni dan enjoy freedom life bersama keluarga. Bukan alang-alang rendah pekerjaannya. Ada engineer, doktor, nurse, cikgu, pensyarah, akauntan dan kerjaya profesional lain. Nampak tak? Mereka bukan orang kampung yang tidak berpelajaran dan tiada pilihan lain melainkan menjalankan bisnes ini. Bahkan sebaliknya, ada sijil yang tinggi dan kerjaya yang hebat, tetapi beralih arah kerana tiada 'KEPUASAN' dalam kerja tersebut.

Kebiasaan ramai suri rumah, apa je yang ada, duit pun kena minta suami kata sesetengah anak muda sekarang. Takde freedom la nak beli pakaian dan aksesori sendiri. Gaji suami berapa la sangat kalau nak belanja je semua. Ditambah pula dengan sikap suka mengukur shopping complex. Mana nak cukup kan?!

Para master ni macam tu juga, mereka ni malas nak jadi suri rumah yang beralasan macam tu. So, mereka ambil langkah bijak, join Shaklee dan kerja 2 jam sehari, depan laptop sahaja. Saya ulang, dengan laptop sahaja selama kurang 20 tahun, opsss, tidak...tidak...2 tahun je.

Sambil boleh jaga anak sendiri, tak perlu takut pengasuh ketuk kepala anaknya, tak perlu risau suami bosan rumah kosong sebab isteri hanya 'layan' bos di pejabat yang bayar gajinya lebih mahal dari mas kahwin suami sendiri, so, 'bos' di rumah tiada maknanya lagi. 2 tahun dan mencapai rank Master dengan pendapatan BULANAN 5 hingga 6 ANGKA  (baca kuat-kuat BULANAN tu kat kawan sebelah).

Anda masih nak beralasan lagi atau anda nak mula jejak langkah bersama kami dari hari ini. Anda decide...sebab saya yakin semua yang membaca post ni sama bijak dengan kami semua. Cuma yang membezakan kita adalah TINDAKAN. Anda LEWAT bertindak seminit, ada orang akan LAJU bertindak setiap saat.

Nampak tak betapa ramainya yang datang?!

Sesi wajib, bergambar bersama untuk sedut aura magic bersama.
Kami berkongsi impian yang sama dengan sistem mudah yang sama je.

Ada 3 je niat saya bila buat posting ni.

1. Saya just nak jelaskan sejelas-jelasnya tentang MLM yang patuh syariah ni berbeza dari yang lain baik sistemnya, produknya, programnya dan keseluruhannya pasti tidak sama.

2. Bukanlah niat saya cerita 'berangka-angka' ni dan disulami sedikit jentikan nakal pada hati anda untuk tujuan menjatuhkan self-esteem anda, bahkan niat saya adalah sebaliknya. 

Izinkan untuk saya nak tiup sifat TAKUT dalam hati anda dan bisikkan sifat BERANI BERUBAH dalam hati dan akal anda.

3. Sedikit selingan tentang diri saya dalam Shaklee ni bukanlah untuk riya' atau ta'jub pada diri tapi hanya sebagai INSPIRASI untuk anda kerana saya pun bermula dari zero tentang bisnes. Now, I prove it that I can success also like others even I don't have a scroll that written there, Master in Business Administration.

Gambar terakhir sebelum pulang ke JB pada malamnya.
Saya tukang tangkap gambar je, wakil saya ada dalam gambar tu.
Sekiranya anda terasa juga, saya pohon maaf sebanyak-banyaknya kepada anda. Moga posting ini dapat memberi sedikit sebanyak INSPIRASI kepada anda. Satu usikan nakal dari saya yang terakhir, jika anda masih tak dapat apa-apa atau tak sanggup baca hingga tamat, tolong minta kawan sebelah anda ucapkan kepada anda,"Kesiannnnnnn....".

Saya tinggalkan anda dengan satu quote,"Your life, your choice, choose consciously, choose wisely and choose honestly". Saya doakan anda berjaya dunia akhirat dengan pilihan anda. Hanya itu sahaja saya mampu lakukan jika anda masih belum tergerak hati untuk bertanya saya SEKARANG,"Macam mana saya BOLEH BERJAYA dalam bisnes ni ye, ustaz?".

Semoga Allah bukakan hati anda, luruskan niat anda dan izinkan keazaman dan tindakan luar biasa dari anda berlaku SEKARANG! Amin.




Salam sayang dari saya,

____________________
Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee

*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan penerangan yang jelas dan menghilangkan keraguan dari hati mereka. Jom kita lahirkan lebih ramai usahawan melayu yang kaya dan berjaya.

** Master adalah rank ketujuh dan tertinggi di dalam Shaklee. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...