Tuesday 28 January 2014

Posted by Unknown On Tuesday, January 28, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan dan kemampuan untuk jari-jari ini terus menulis sesuatu yang bermanfaat dan memberi inspirasi kepada ramai orang dan visitors tersayang.

Baru je selesai dari program Magic Aura Kuantan dengan tema utamanya,"Menjejak Jutawan Shaklee" yang bertempat di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang. 

Ramai orang bertanya saya,"Kenapa ustaz selalu pergi ke program-program macam ni? Bukannya ada apa sangat, perkara berulang-ulang juga yang diceritakan, ada manfaat ke?!".

Selalu saya tekankan, saya datang ke majlis-majlis ini adalah untuk duduk di majlis-majlis ilmu di samping menumpang aura positif dan doa orang lain. Kita tak tau doa siapa yang Allah pandang dan mustajabkan. 

Aura jangan cakaplah, sangat kuat! Aura luar biasa dari insan-insan luar biasa!

SHARING FROM EXPERT

Sempena bulan maulidur rasul ini, majlis dimulakan dengan lantunan selawat dan salam atas junjungan mulia SAW. Nasyid 'Ya Hanana' dinyanyikan untuk memperingati betapa bertuahnya punya Nabi yang bukan sahaja mahir dalam urusan akhirat bahkan beginda contoh terbaik juga dalam urusan dunia.

Teringat saya pesan Master Farihah selepas habis berselawat,"Siapa Nabi pada kita? Beliau utusan Allah dan pedagang yang ulung pada saya. Apa yang baginda buat untuk berjaya dalam perdagangan? 

Baginda sukakan Allah dengan ketaatan dan kepatuhan terhadap peraturan niaga dan baginda sukakan pelanggan dengan senyuman dan kejujuran". 


Jadi, kalau nak berjaya, ikutlah Nabi dan cara yang ditunjukkannya. Jangan pilih jalan yang lain dah.

Macam biasa, saya ingin kongsi sekilas tentang sharing mereka. Walaupun ia eksklusif kepada warga Jutawan yang hadir, tapi saya hanya ambil yang penting-penting saja untuk 'bakar' anda agar dapat hadir di belakang hari. Antara perkongsian menarik mereka:

1- Master Norliza - "Masa itu Emas". 

Tak cukup dengan itu sahaja. Masa adalah nyawa dan masa sentiasa ada bagi orang yang 'pandai' menguruskannya. Masa yang dipenuhi dengan amalan dan bisnes yang didasarkan atas iman dan takwa akan menyebabkan ia semakin panjang kerana keberkatan yang ada pada masa tersebut.

Jauhi pembunuh masa! Drama, games, anak kecil, kerjaya hakiki dan sebagainya bukanlah alasan sekiranya kita tidak pandai jadikan ia sebagai alasan. Kurangkan menunggu sudah cukup semua, sudah cukup modal, sudah cukup orang, baru kita nak bergerak dan berbisnes dengan sepenuh hati. 

Jadikan hari ini hari kita. Tak perlu ingati selalu hari-hari yang telah berlalu bersama penyesalannya dan tak perlu juga menunggu hari esok yang bakal datang bersama kerisauan dan ketakutannya.

2- Master Farawahida -  "Gila Pangkat dalam Shaklee"

Kisah ni sangat menyentap hati saya, bagaimana ramai yang diuji dengan duri sebelum mendapat bunga sebagai ganti. Kisah benar yang tidak dijual di dalam buku pelajaran, tetapi ada di dalam buku kehidupan.

Bermula dengan kisah bagaimana tersalah masuk dalam bisnes MLM yang menyebabkan beliau berhutang 5 angka sedangkan gaji hanya RM 2500 ketika itu. Kerja pula di KL sebagai nurse di IJN. kemudian berkahwin dengan businessman. Mulanya, hajat di hati bolehlah menumpang senang, rupa-rupanya suami pula bankrup kerana rakan kongsi lari membawa diri dan ketika itu pula sarat mengandung.

Sampai satu masa terpaksa korek duit hantaran untuk beli barangan bayi dan berazam untuk breastfeeding sendiri sebab tak mampu nak beli susu mahal di pasaraya. Mula membeli dan menggunakan set trial set breastfeeding dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee.

Mula terfikir nak berniaga tapi tiada wang di tangan. Apa yang termampu buat untuk tujuan mulia itu? Maka tiada pilihan, duit bayi hasil hadiah tetamu yang menjenguk diambil untuk mulakan perniagaan. Maka bermulalah bisnes, buat set trial dan rolling duit dari hasil keuntungan. Tiada masa untuk bermewah dengan masa dan tiada masa untuk bermewah dengan alasan!

Bukan speaker jer yang berkaca mata ketika ini, tetapi masa ni pun saya lihat ramai yang mula mengesat tisu di wajah masing-masing. Terkesan. Benar-benar menyentuh hati paling dalam. Walau sesusah mana, tetap ada jalan jika benar niat di hati dan diiringi pula dengan usaha kuat. Tiada kemewahan dalam sekelip mata. Itu hanya mimpi orang buta!

3- Master to be Farhana @ Nana Makarona - "Cita-citaku menjadi Orang Kaya"

Bermula dengan sebab nak kaya dengan Shaklee walaupun ada banyak bisnes lain lagi kerana matanya seperti helang, dapat melihat sistem Shaklee yang hebat dan mampu memberikan pulangan kepada diri sendiri mengikut berap yang kita nak. Menarik tak? Jangan tak tahu yang sistem bonus Shaklee antara yang terbaik ketika ini. 

Motivasi terbaik adalah datang dari diri sendiri. Alhamdulillah, beliau nak kaya atas kehendak sendiri untuk bantu orang lain, ibu bapa dan golongan yang memerlukan. Tak cukup dengan itu, beliau ingin jadi inspirasi kepada orang lain dan inginkan hidup selesa satu hari nanti dengan passive income dan punya ruang waktu dan kebebasan kewangan di hari muka.


Ketika ini juga my favorite master hadir, Master Iffah datang bersama wheelchair yang ditolak oleh suami yang sangat penyayang dan anak manja mereka, Faheem. Mungkin ada yang tertanya-tanya,"Kenapa nak juga hadir dalam keadaan uzur begitu? Duduklah kat rumah jer..income pun dah 6 angka, kenapa nak layan program semua ni?"

Saya tahu apa jawapannya kerana ia jawapan standart usahawan berjaya dan jutawan yang dermawan,"What we give we get back more". Sakit, penat, sibuk, itu semua bukan lagi alasan bila niat di hati ingin melahirkan lebih ramai orang kaya. Inilah kekayaan yang berkat. Bukan dihalang orang yang ingin kaya malahan jika boleh, mereka ingin juga turun tangan membantu mewujudkan lebih ramai orang kaya. the great leader create more leaders not followers.

Forum Wanita: Tangan yang menggegar buaian
mampu menggegarkan dunia

Program kemudian bersambung dengan forum wanita yang menampilkan beberapa nama hebat di kalangan ahli Jutawan sendiri, berkongsi sedikit sebanyak rempah ratus kejayaan bersama adunan pengalaman dan resepi kejayaan. Alhamdulillah, banyak kupasan yang menarik  dan menjawab persoalan para audien yang khusyuk mendengar. 

Majlis berhenti seketika untuk memberi ruang kepada peserta untuk makan tengah hari dan bersolat. Tak kurang juga yang mengumpul tenaga untuk rally sesi petang yang tentunya lebih hangat. Ops, sebelum terlupa, sempat juga bergambar dengan ratusan ahli yang hadir bersam di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Sesi bergambar oleh para hadirin. Serap aura sebanyak mungkin!

PETANG YANG 'PANAS'

Petang harinya dimulai dengan speaker yang hebat juga, cuma untuk speaker pertama, saya tak sempat dengar sebab badan kembali panas akibat demam lepas pulang dari Seminar Advance Marketing Power seminggu sebelum tu. Perut juga asyik memulas menyebabkan saya tertidur sekejap di surau hotel.

Dapat panggilan dari rakan saya, sampaikan pesan dari para master untuk saya share something kepada semua ahli Jutawan yang hadir. Setelah ditolak tambah, didarab bahagi, akhirnya saya terima dengan hati terbuka. Nak juga berkongsi pahala kan?!

Sempat dengar sharing dari Master Liyana yang happy to lucky dengan tajuk 'panasnya',"Keburukan Shaklee.....?". Tajuk yang sangat sinis untuk buka mata ramai ahli bahawa kesan sampingan Shaklee mampu menghuru-harakan hidup anda. Nak cantik, termengandung. Nak sihat, terkurus. Saipa tak mau kan??!

Sharing tentang Lelaki & Shaklee

Kemudian saya pula dijemput untuk forum lelaki cuma bezanya adalah saya seorang je berforum. Best juga dapat conquer stage walaupun tak berapa sihat. Bila kita buat apa yang kita suka, sakit itu seperti tidak rasa apa-apa. Tajuk yang diberikan adalah berkaitan kedudukan Shaklee sebagai bisnes patuh syariah. Ramai sebenarnya yang telah menulis tentang ini tapi saya telah diberi laluan untuk menerangkan isu ini dengan lebih terang dan jelas. Alhamdulillah saya dapat laksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Sesi soal jawab juga dibuka dan sempat juga berkongsi kisah perjalanan saya dalam Shaklee hingga ada terinspirasi untuk mula membantu isteri-isteri mereka bergerak bersama-sama. Seronok sangat dapat sentuh hati suami untuk berusaha berbisnes bersama isteri. Ada pula soalan nakal bertanya,"Bila ustaz nak berhenti kerja ni dan fulltime dengan Shaklee?". Aduh, soalan 'panas' betul petang-petang ni. Sharing tentang jawapan tu akan didedahkan bila tiba masanya nanti.


Setelah tamat masa saya, speaker seterusnya adalah Master Wan Muliani, pemegang rekod rank master tercepat dalam group Jutawan. Kali pertama berjumpa dengan insan hebat ni. Sebelumnya, hanya pernah bertegur sapa sekali saja dalam FB tapi akhirnya bertemu jua. Terpancar aura kehebatan dan kepimpinan dari beliau. Talk yang diberikan sangat hebat, terasa keihklasan di situ dan betapa sebenarnya jalan dalam bisnes sangat jelas dan lurus, asalkan kita tahu impian dan jalan kita untuk mencapainya.


Majlis 'panas' petang tersebut diakhiri dengan majlis memotong kek dan sesi ramah mesra antara semua yang hadir. Alhamdulillah, majlis berakhir dengan sungguh meriah dan sangat terasa kemesraan yang ditunjukkan oleh semua. Semoga program-program seperti ini menjadi rutin kepada group Jutawan Shaklee ni agar ukhuwwah di antara kita akan terus berkekalan.

Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
SMS/ Whatsapp: 019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage


Thursday 23 January 2014

Posted by Unknown On Thursday, January 23, 2014
Assalamualaikum semua. Semoga anda berada dalam keadaan sihat-sihat selalu.

Hari ni nak perturunkan sedikit ilmu. Cewah. Bukan perturunkan sangat pun, hanya sebagai satu perkongsian buat mereka yang benar-benar ingin terjun ke dunia bisnes. Sementelahan sekarang pun kerajaan dah mula membenarkan penjawat awam untuk mencari side income di luar waktu pekerjaannya. Benar-benar menunjukkan bahawa keadaan ekonomi bukan lagi berada dalam keadaan yang 'menyelesakan' rakyatnya.

BISNES BERPENCEN VS BISNES TANPA PENCEN

Kebanyakan orang yang terjun dalam bisnes biasanya tiada ilmu bisnes yang cukup untuk buatkan mereka survive dalam dunia tersebut. Banyaknya yang terjun tiruk kerana pada mereka, hanya dengan semangat pun sudah cukup untuk mereka berjaya. Itu mimpi namanya.

Kurang percaya??! Sila lihat di sekeliling anda, ramai sekali orang yang tinggalkan kerjayanya dan berniaga hingga mati, selama-lamanya dalam hidup mereka tanpa pencen. Sedangkan pekerja kerajaan dan swasta juga ada pencennya. So, rugi sangat kalau terjun tiruk gitu. Sini, saya pimpin tangan anda sedikit demi sedikit. Jika anda memahami bisnes sebenar, tentu anda tahu bahawa bisnes adalah untuk pencen muda atau pencen lebih awal dari pekerja biasa, bukan sebaliknya. Pendek kata,"Retire young, Retire Rich".

Jadi sebaiknya, fahami objektif bisnes tersebut, baru anda boleh dianggap sebagai usahawan sejati.

5 TIPS PENCEN MUDA

5 tips ni terletak dalam 5 perkatan iaitu FOCUS. Jika diuraikan akan terhasil Forget Other Commitment Until Success. Maksudnya adalah sila abaikan semua perkara negatif dan pelbagai komitmen lain hinggalah anda sampai ke tahap yang selesa di dalam bisnes.

Pernah tak berjumpa dengan orang yang ada 15 jenis perniagaan di permulaan bisnesnya?! Jika ya, itu memang cari penyakit namanya. Itu juga dikira sebagai tidak FOKUS. Sangat-sangat dinasihatkan untuk usahawan baru untuk menumpukan hanya satu bidang bisnes tertentu sahaja supaya ia lebih mudah memahami dunia perniagaan di samping memudahkan mereka mencapai kejayaan dalam bidang tersebut pada tahap paling maksimum sebelum berpindah ke bidang bisnes yang lain.

Ringkas katanya, satu-satu. Jangan terlalu nak cepat sangat kaya, takut derita yang menanti di depan nanti. Begitu juga dengan komitmen masa dan tenaga. 

Di awal perniagaan bertapak, sebolehnya berkhidmatlah sepenuh jiwa dengan biznes anda...jangan lari fokus bila tengok orang lain buat bisnes lain lebih laju darinya.

Jangan cuba menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan sentiasa tambahkan ilmu dalam bisnes, walau apa jua cabang sekalipun.

Kena sentiasa ingat bahawa rezeki kita lain-lain caranya. Bila anda fokus, sentiasa ingatkan diri, sentiasa komitmen dengan biz sendiri, insyaallah anda pasti kaya, berjaya dan bahagia di pengakhirannya.



Tuesday 21 January 2014

Posted by Unknown On Tuesday, January 21, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Apa khabar anda hari ni. Mudah-mudahan sentiasa di bawah lembayung hidayah dan taufiq-Nya.

Dah 2, 3 hari tak sempat update blog kesayangan untuk tatapan para pengunjung blog yang dihargai. Dah lama saya ingin melakar tajuk di atas, namun masih belum diberi 'kebenaran' oleh-Nya sehingga banyak kali tertangguh, tersadung dan tersimpan sahaja entry ini hingga ke hari ini.

Sebelum masuk my awesome story, jom kita berkenalan dulu sikit sebanyak. Nama penuh saya Mohd Taufiq Ismail. Saya adalah pakar kesihatan dan kejayaan Shaklee. Kepakaran saya adalah membantu golongan pekerja untuk menyemai sikap keusahawanan dan menjadikan bisnes Shaklee sebagai side income dengan pendapatan antara 100% hingga 300% lebih tinggi dari main income mereka. Ini adalah apa yang sedang saya lakukan sekarang.

Anda pernah tak mengalami cabaran ketidakcukupan pendapatan hingga terpaksa mengikat perut, bukan perut anda sahaja malahan mungkin isteri dan anak-anak juga terpaksa melakukannya?

Anda pernah tak terpaksa meminta dari ibu ayah apabila tiba setiap hujung bulan?

Anda pernah tak pulang ke kampung hanya 2 kali setahun kerana ketiadaan wang dan malu dengan keluarga dan rakan-rakan kerana tidak menjadi pemurah dengan duit yang ciput?

Anda pernah tak terlibat dengan mana-mana bisnes yang menjanjikan pulangan yang tinggi dengan modal yang juga tinggi tapi akhirnya baru anda sedar, anda tertipu sebenarnya?

Anda pernah tak meminjam dari mana-mana bank atau pusat pinjaman wang yang akhirnya menjadikan anda hamba kepada hutang?

Anda pernah tak rasa macam nak berhenti kerja, demi kebahagiaan diri dan keluarga anda tetapi takut untuk melepaskan jawatan yang ada kerana itu satu-satunya sumber pendapatan anda?


Bagaimana saya tahu? Sebab saya juga pernah mengalami cabaran dan masalah yang hampir sama dengan anda. Saya juga percaya sangat bahawa sebenarnya lebih ramai golongan pekerja yang menghadapi cabaran yang sulit ini, terutama di dalam dunia yang serba sulit dan mahal ini. Ini kisah saya juga.

Cara saya menyelesaikan masalah ini adalah dengan mengorek potensi diri anda, memperkenalkan sifat khalifah dalam diri, menyemai sikap keusahawanan sebagai golongan pekerja, memotivasi diri, membantu perancangan masa dan membantu menyusun strategi bisnes Shaklee bersama anda melalui medium online, offline, group coaching dan juga personal coaching.

Yang paling best adalah, semuanya adalah PERCUMA. Ini semua anda hanya dapat dengan saya. Belum ada yang mampu memberikan pakej penuh seumpama ini kepada anda melainkan secara BERBAYAR.

Sudah ramai yang bermula dari tiada asas atau pengalaman dalam bisnes tetapi kini memegang 3-4 angka sebulan. Walaupun pada mulanya mereka menghubungi saya dengan ketakutan kepada bisnes di samping menggunakan perkataan,"Tak pandailah berniaga" tapi kini lain ceritanya. Mereka pula yang lebih bersungguh-sungguh berniaga. Hidup lebih ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta. Ini adalah hasil yang ramai orang dapat dari saya. 


Kalau dulu orang kata bisnes ni susah dan berdepan dengan risiko kerugian yang tinggi tapi sebenarnya anda tersilap jika terus berfikiran begitu. Kerugian hanya berlaku dalam bisnes kerana ramai yang menghadapi risiko perniagaan tanpa ilmu yang mantap dan panduan mentor yang benar.

Ini apa yang boleh anda cuba untuk menambah nilai hidup orang lain di samping menjana ekonomi anda sendiri tanpa menjejaskan kerjaya anda sedia ada dengan tunjuk ajar yang betul dan pembahagian masa sebaiknya. Ditambah pula dengan modal yang rendah dan potensi diri yang tinggi, semuanya menjadi sempurna untuk menjadi usahawan bekerjaya.

Kesilapan ramai orang adalah TAKUT untuk mencuba dan kurang pula KEYAKINAN pada diri sendiri. Sementelahan lagi, rasa MALU yang menebal dan SEGAN untuk di'cop' usahawan merencatkan kemahuan sebenar mereka.

Ramai orang sanggup mati 'berhutang' dari hidup 'berniaga' kerana mereka kurang faham bahawa apabila diri terikat dengan hutang, itu bermaksud anda adalah 'hamba' orang. Bekerja untuk dapat gaji. Bila sudah dapat, diberikan dan diagihkan pula kepada tempat hutangnya yang akhirnya 3 hari selepas mendapat gaji, ia kembali 'miskin' serta-merta.


Apa yang patut anda lakukan sekarang? Sekiranya anda berminat untuk tahu dengan lebih mendalam atau anda kenal sesiapa yang benar-benar berminat untuk berniaga dalam bidang kesihatan, sila hubungi saya SEGERA. Saya benar-benar ingin membantu mereka yang benar-benar terdesak menambah nilai pendapatan mereka. 10 orang terawal akan menerima potongan harga hingga 100% untuk pakej permulaan*.

Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
SMS/ Whatspp: 019-2486694

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage

Wednesday 15 January 2014

Posted by Unknown On Wednesday, January 15, 2014

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua? Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berada di dalam lindungan inayah dan hidayahNya.

Amboi tajuk! Bukan main sentap nok. Bukan apa, saya ingin bercerita dengan anda semua tentang 2 peristiwa yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Memang sangat sentap bagi saya dan memberi pengajaran kepada saya untuk sentiasa hidup 'luar biasa'. Tak nak panjang cerita saya terus mulakan ye.

HIDUP JIKA TAK BERBAKTI TIDAK BERGUNA!

Semalam saya sempat menjalin ukhuwwah bersama seorang mentee biz saya yang sudah lama menghilang. Tiba-tiba semalam disapanya saya di dalam FB. Menangis meluahkan perasaannya yang tidak keruan kepada saya di samping meminta bantuan untuk menghadapi ujian yang telah diaturkan oleh Allah SWT buatnya.

Bekas pelajar saya ni dan juga sekarang mentee saya dalam biz saya ni diuji oleh Allah dengan penyakit kritikal setelah didiagnosis di hospital semalam kerana urusan wajib yang mewajibkan full medical check up. Menangis dia ketika itu juga kerana ia tahu apa kesan penyakitnya itu kepada kehidupannya yang akan datang. 


Penyakit yang agak sukar diubati sekiranya lewat bertindak. Terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata yang ditulisnya,"Saya rasa macam give up ustaz. Tak sangka saya ada penyakit ni. Selama ni tak tahu pun walaupun saya sendiri orang dalam bidang kesihatan".

Bila dengar macam tu, saya ambil jalan untuk tenangkan dia terlebih dahulu dan saya ingatkan dia dengan tegas untuk bina keyakinan dari hadis Nabi SAW bahawa Allah tidak menurunakan penyakit melainkan pasti ada ubat yang diturunkan bersamanya. Alhamdulillah, beliau semakin tenang dan saya pun mencadangkan beberapa supplement Shaklee yang mampu membantunya berdasarkan kajian dan testimoni ramai yang telah sihat setelah menggunakannya.

Selepas selesai sesi konsultasi tersebut, saya pun sempat berbincang dari hati ke hati bersama beliau. Kata saya,"Kamu kata kamu putus asa bila kamu tahu kamu sakit tadi dan kamu tercari-cari apa ubat yang mampu selesaikan masalah kesihatan kamu dengan selamat dan berkesan, betul tak?

Kamu terfikir tak, macam mana dengan ramai orang sakit dekat luar sana? Sebab tu, ingat tak masa kamu nak join buat bisnes ni dulu bersama saya. Saya gembira sebab kamu orang dalam bidang kesihatan. Kamu dah jumpa ramai orang sakit. Kamu dah jumpa ramai orang yang dah bosan dengan sakit yang dihadapinya dan dah ramai juga yang kamu jumpa ramai orang yang dah putus asa cari ubat untuk penyakit dia.

Sebab tu kita buat biz ni. Kita nak tolong ramai orang untuk sihat, bukan semata-mata duit. Jika kerana duit semata, tentulah kita jadikan mereka customer yang touch and go je, tak perlu nak konsultasi banyak-banyak, tak perlu tambah nilai pengetahuan kita dalam bidang kesihatan dari semasa ke semasa dan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata nak bantu customer kita.



Inilah yang kita tak nampak. Tapi bila sakit, baru kita sedar, betul rupanya bahawa ramai yang dah berhabis ribuan ringgit cari ubat tapi tak sembuh.Tapi kita sebagai pengedar shaklee yang ada supplement yang baik, proven clinical lagi tapi tak pernah ambil peluang untuk bantu orang, itu adalah satu yang sangat rugi.

Pegang, kemam, gigit, telan dan hadam betul-betul apa yg saya kata ni, kita berniaga bukan untuk cari duit semata-mata, tapi untuk bantu orang lain...duit akan terpaksa datang pada kita".

Panjang leteran saya agar beliau terbuka minda dan mata hatinya. Janganlah jadi makhluk yang pentingkan diri sendiri. Asal kita sihat, sudahlah, orang lain sakit bukan lagi urusannya. Kita manusia yang beragama Islam lagi. Ingat sabda Nabi SAW,"Barangsiapa yang melepaskan saudara muslimnya dari kesempitan hidup, nescaya Allah akan lepaskan kesulitannya pada hari Akhirat kelak".

Tak percayakah kita dengan janji tersebut?! Itu soal utamanya.


BUKANKAH BUMI ALLAH INI LUAS

Peristiwa kedua ini pernah saya rakamkan dalam tulisan FB saya dua tiga hari yang lalu. Peristiwa ini umpama hentaman kepada saya untuk lebih meningkatkan momentum saya pada bulan ini dan juga akan datang.

Benarlah kata orang-orang lama,"Jauh perjalanan, luas pemandangan". Peristiwa tersebut berlaku ketika saya sedang keluar dari sebuah pasaraya yang agak besar di tempat saya ini. Ketika itu, sebuah van tiba-tiba meluru laju di depan pintu utama pasaraya tersebut dan berhenti.

Si supervisor pasaraya yang berbangsa Melayu dan Islam pun menghampiri van tersebut dan membuka pintunya. Wah, terbentang di depan mata saya, susunan botol-botol dan tin-tin arak di dalamnya yang berjenama C***********.

Si supervisor muslim berpaling ke belakang dan memanggil anak-anak buah Melayu Islamnya tanpa sedikitpun rasa bersalah atau ragu-ragu dengan tindakannya,"Man, Mat, Siti, Lan sini jap, angkat barang ni. Letak dlm dan susun sekali".

Kalau anda sensitif, tentu anda tahu bahawa dosa yg paling banyak berkait adalah dosa ARAK. So, persoalannya jika anda berada dalam situasi 'DOSA' tersebut, apa yg anda akan lakukan???! Cer tolong saya jawabkan.


Inilah salah satu tujuan saya berbisnes sebenarnya. Sejak dari awal lagi. Sebab itu saya sangat fokus dengan apa yang saya buat kerana dengan sengaja saya telah meletakkan beban tanggungjawab tu atas bahu saya sendiri untuk membantu seramai mungkin manusia. Walau badai datang tak dijemput dan ujian datang bertimpa tapi jika kita telah pikul tanggungjawab ini sepertimana kita memikul tanggungjawab agama, tiada apa yang mampu menggoyahnya!

Penat sudah melihat ramai yang tertahan dari melakukan solat Dhuha ketika bekerja, yang terpaksa melakukan perkara haram kerana kerja, yang terpaksa suapkan rezeki dari skim piramid yang haram kepada anak isterinya hatta ada yang dilarang untuk tidur pun sewaktu bekerja hanya semata-mata untuk kayakan tauke yang tamak dan tidak berperikemanusiaan.

Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa tujuan saya adalah utk sediakan satu kerjaya alternatif kepada ramai manusia, Muslim khususnya yang tidak gembira dengan kerjayanya atau yang terpaksa melakukan dosa kerana kerjayanya atau yang ingin menambah nilai pendapatan di samping pahalanya dengan bisnes ini.


Saya rasa berdosa sangat jika saya tak membantu mereka melalui cara saya ini atau mensisa-siakan mereka dalam usaha mengubah hidup mereka ini. Jika anda rasakan, inilah yang anda cari selama ini, cepat-cepatlah PM saya untuk kita bersama bergerak dalam misi kemanusiaan ini. Kita ubah hidup ramai manusia setelah kita ubah hidup kita terlebih dahulu untuk menikmati hidup kaya, berjaya dan bahagia.

Alhamdulillah, sekarang pun dah lebih beratus orang bersama saya dalam biz ini dengan tujuan dan dimensi yang berbeza dari perniagaan biasa. Doakan semoga kami terus istiqamah dan semoga anda dapat bersama kami dalam jalan mulia ini.Amin, Ya Rabb.


*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage

Saturday 11 January 2014

Posted by Unknown On Saturday, January 11, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Semoga anda berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Jom kita gosip-gosip tentang makanan pula hari ini. Kadang-kala ia bertindak sebagai kawan dan pada kebanyakan masa sebagai 'musuh dalam selimut'. Menunggu masa je untuk meletup jika kita tidak pandai mengawalnya.

Banyak unsur buruk yang kita dengar jika makan makanan kurang sihat. Memang benar kerana ia penyebab pelbagai penyakit antaranya obesiti, diabetes dan bermacam-macam lagi penyakit ‘menyeramkan’. Yang penting kita perlu tahu kawal selera demi kehidupan yang lebih baik.

Ada kalanya kita sering salahkan makanan. Kita merasakan ia enak dan kita akan makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap tanpa menghiraukan kesihatan sendiri. Jom kurangkan 10 makanan kurang sihat seperti disenaraikan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO). 


BERGORENG

Makanan bergoreng mempunyai kandungan kalori tinggi, lemak, minyak dan oksida yang banyak. Makan secara kerap, kegemukan dan sakit jantung yang menanti di depan. Proses menggoreng akan mewujudkan zat karsiogenik iaitu zat yang membolehkan kita mendapat kanser. 

MAKANAN DALAM TIN

Makanan segera dalam tin kurang baik untuk kesihatan kerana kandungan aditif yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. 


Baik berupa buah atau daging, kandungan gizi dalam makanan di pek dalam tin sudah banyak yang rosak kerana lebihan kandungan vitamin merosakkannya. Disebabkan terlalu lama, protein juga mengalami perubahan sifat hingga proses penyerapannya menjadi lambat. 

Selain kandungan gizi berkurangan, buah di dalam tin dibekalkan dengan kandungan gula tinggi. Ia akan meresap ke dalam tubuh dalam bentuk cecair dengan sangat cepat. Dalam waktu singkat menyebabkan kadar gula darah meningkat selain memberatkan pankreas. Ia juga sama situasi di mana tingginya kalori, sekali gus mampu menyebabkan obesiti. 


MAKANAN MASIN 

Contohnya ikan masin, lobak masin dan seumpamanya. Dalam proses menjadikan produk itu masin, garam diperlukan dalam kuantiti yang banyak dan secara tak langsung kandungan garam digunakan melampaui kadar sepatutnya. Hal ini menambah beban kepada ginjal. 

Bagi penggemar makanan masin, mereka akan lebih terdedah kepada bahaya ‘hypertension’. Amonium nitrit akan ditambah ke dalam makanan hingga membolehkan kita berisiko mendapat kanser hidung. Kadar garam yang tinggi mampu merosakkan selaput usus dan bagi penggemarnya, risiko menghidap radang usus sangat tinggi. 


DAGING PROSES

Contohnya ham, sosej dan sebagainya. Dalam golongan makanan itu mengandungi garam nitrat yang dapat menyebabkan kanser, selain mengandungi pengawet dan pewarna berisiko memberi beban kepada hati. 

Dalam ham contohnya, mengandungi kadar natrium yang tinggi. Memakannya dalam kuantiti yang banyak dapat mengganggu tekanan darah dan ginjal. 

LEMAK DAN ORGAN DALAMAN

Walaupun kumpulan ini dikatakan mengandungi protein, vitamin dan mineral tetapi daging berlemak dan organ dalaman mengandungi lemak yang banyak dan kolesterol sebagai pencetus penyakit jantung. Makan organ dalaman haiwan dalam jumlah banyak dan waktu yang lama berpotensi menyebabkan penyakit kanser usus, kanser payudara dan sakit jantung. 


Kandungan bahan kimia contohnya dalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik dan teratogenik yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat manakala kesan karsinogen boleh menyebabkan kanser. 

KEJU DIOLAH

Menggemari keju yang diolah dapat menyebabkan penambahan berat badan dan kandungan gula tinggi dalam darah. Kek keju dan dicampur telur boleh kurangkan selera makan. Menggemari makanan berlemak dan gula yang tinggi boleh mengakibatkan perut kosong dan proses pencernaan terganggu. 

MEE SEGERA 

Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dulu. Perlu anda ketahui, terdapat 136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam sebungkus mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. 


Makanan ini tersenarai dalam kelompok makanan tinggi kandungan garam, kurang vitamin dan mineral. Seperti diketahui, kandungan garam tinggi menyebabkan masalah kepada ginjal, meningkatkan tekanan darah. Selain itu, ia juga mengandungi unsur penyebab kanser. 

MANIS DAN BEKU

Ais krim dan kek disejukkan tergolong dalam kelompok ini. Kumpulan ini mempunyai tiga masalah kerana mengandungi mentega tinggi yang menyebabkan obesiti, kurang nafsu makan dan kerana suhu yang rendah, ia boleh mempengaruhi usus.


*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage

Friday 10 January 2014

Posted by Unknown On Friday, January 10, 2014

Asslamualaikum semua.
Hari ni nak tulis tentang isu hot juga la sekarang. Tambah-tambah di tahun 2014 yang serba mencabar ini di samping nilai keperluan hidup yang mencanak tinggi akibat kerakusan sesetengah pihak yang tidak berhati perut di samping akal yang tidak panjang.

Bagi golongan remaja yang baru menjejak usia awal dewasa tentu terdetik hati mahu berumah tangga apatah lagi apabila tengok kawan sebaya mula dukung anak sendiri. Tapi apabila otak ligat memikirkan wang hantaran dan kos perbelanjaan kahwin yang mahal, hasrat mula terbantut ditambah pula dengan gaji bulanan ‘ciput’. Apa nak buat? Sudahnya pelan kahwin tertangguh lagi.

Selalu juga saya berborak dengan beberapa kenalan yang sudah berumah tangga dan yang masih belum berumahtangga, mereka menasihatkan jika belum cukup duit atau memang tidak pernah cukup wang untuk berkahwin, jalannya hanya satu. Perlu membuat perancangan rapi dan disiplin tinggi. 

Jom saya perturunkan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.


AWALKAN USAHA YANG BAIK 

Kepada pasangan muda, saya nasihatkan, semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda tidak akan berkahwin kelak, jadi jangan ambil mudah.

Rahsianya, awalkan dengan usaha yang baik. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu.

Kaedah menyimpan wang bermacam cara, yang utama adalah disiplin. Bab ni yang agak susah untuk diikuti ramai terutamanya anak muda kerana banyak keperluan hidup yang perlu dimiliki. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegunaannya. Jangan berhabis semasa kahwin, selepas kahwin banyak lagi tanggungjawab yang memerlukan wang. So, bersedia!

PEREMPUAN, JANGAN LEPAS TANGAN!

Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri. Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi.

Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak sikit sebanyak, jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’.

Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana. So, sendiri mau pikirla kalau nak kahwin.

KERJA 'PART-TIME'

Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin.

Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu. Tiada tekad, tiadalah segalanya!


MENABUNG BERSAMA

Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan.

Bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.

TAHAN 'NAFSU'

Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya beg tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin.


Pada zaman kecanggihan teknologi ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman. Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan.

Bermacam-macam lagi tip untuk pasangan muda bina mahligai impian tanpa perlu buat pinjaman. Sesiapa saja sebolehnya mahu elak untuk meminjam wang, tetapi keadaan ada kalanya memaksa. Mungkin dengan ubah cara hidup buat seketika, lebih berdisiplin dan menabung dengan aktif dapat merealisasikan hasrat anda. Apa salahnya tahan tekanan buat sementara, asalkan dapat senyum lebar di kemudian hari.


Semoga beroleh manfaat untuk semua terutamanya untuk pasangan muda yang ingin mengecapi bahagia di hari muka.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage

Thursday 9 January 2014

Posted by Unknown On Thursday, January 09, 2014

Assalamualaikum semua. 

Bila setiap hari kita berkonsultasi dengan puluhan customer yang inginkan pandangan dan nasihat tentang pelbagai jenis penyakit, tentulah kita akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang popular sekarang kan?! So, hari ni nak share something tentang satu penyakit yang sangat terkenal terutamanya kepada kanak-kanak dan tidak kurang bahayanya ke atas perkembangan diri mereka.

Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

SEKSANYA GATAL


Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khusus­nya kanak-kanak menderita.

Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema. 

Biasa kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi sebenarnya masalah itu adalah ekzema. Ia berlaku disebabkan jangkitan bakteria di kawasan berpeluh yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan berkerak. Ruam merah berkenaan kelihatan seperti kulit melecur. 

Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh, misalnya di lipatan leher, lengan, kaki, hidung, muka dan pelipat kaki. Komplikasi ekzema ialah gatal menyebabkan pesakit sering menggaru. Akibatnya, mereka terdedah kepada jangkitan kuman serta menyebabkan nanah. Ada pesakit yang mengalami ekzema daripada kepala hingga ke tubuh.

Laporan yang menghiris harapan ibu bapa?! Kuasa menyembuh milik Allah.

MASIH ADA HARAPANKAH?

Penyakit ini boleh pulih tetapi bergantung kepada ketahanan antibodi seseorang sama ada pada usia dua, enam atau 12 tahun. Dalam sesetengah kes, penyakit ini dihidapi pesakit hingga ke akhir hayat. 

Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk merawat masalah itu atau pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya. 

Ekzema pada asalnya bukanlah penyakit popular satu masa dulu, tetapi bilangan penghidapnya kini semakin meningkat disebabkan faktor persekitaran dan pemakanan yang tidak sihat. Semua orang terdedah kepada risiko mendapat ekzema tetapi risiko lebih tinggi kepada yang ada sejarah penyakit tertentu seperti asma, alergi dan ekzema dalam keluarga.

Menurutnya, disebabkan salah tanggapan ekzema boleh berjangkit, ada individu menjauhi pesakit ekzema. Bagaimanapun, penyakit radang kulit itu bukan penyakit berjangkit, sebaliknya berpunca daripada sistem imun yang lemah. 

Jangan buat kanak-kanak penghidap ekzema berasa tersisih. Emosi mereka terganggu kerana penyakit ini membataskan aktiviti mereka. Mereka tidak boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana penyakit ekzema menjadi lebih buruk apabila mereka berpeluh. 

Jangan macam ni ye...takmo...takmo

PENCEGAHAN

Sifat penyakit ini yang datang dan pergi menyebabkan pesakit harus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia berulang. 

Antara perkara yang perlu dihindarkan pesakit ialah:

1- Menggunakan sabun mandi yang mempunyai pewangi kerana ia mengandungi lebih banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit kering. 

2- Elakkan daripada berada di tempat panas kerana kulit mereka yang sensitif akan memberi kesan buruk apabila berpeluh. 

3- Hindarkan kulit daripada bahan atau perkara yang boleh mencetuskan ekzema seperti kosmetik, pakaian, sabun pencuci pakaian mahupun barang kemas. Elak juga pakaian tebal yang mudah membuatkan mereka berpeluh. 

4- Pesakit harus menyapu pelembap bagi mengelak kulit kering terutamanya selepas mengelap anak.

5- Letakkan anak di bilik selesa dan nyaman dan elakkan mandi air panas/suam, 

6- Awasi makanan yang menyebabkan alahan serta dapatkan nasihat doktor.



RAWATAN

Jika tidak ada masalah, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua rawatan yang saya kongsikan bersama para ibu semasa dalam tempoh konsultasi. Semoga ia boleh menjadi panduan untuk anda semua. Proses ini lebih melibatkan rawatan dalaman dan luaran mengikut peringkat umur untuk memastikan kesihatan total terutamanya buat si manja anda.

Bayi berumur kurang 1 tahun 
  • Ibu yang menyusukan anak yg mengalami masalah eczema boleh mengambil ESP dan Omega Guard. Selain bagus utk ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
  • Jika bayi mengalami ekzema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.
Basic H dan Herbal Blend

Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  • Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah ekzema. 
  • Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yang rosak dan berparut
  • Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.
ESP, Nutriferon dan ESP

Remaja dan dewasa
  • Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
  • Vitamin E berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. 
  • Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tahu, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. 
  • Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
  • Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak
  • Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.
Meal Shake dan Omega Guard

Tidak semestinya kena ambil semua apa yang saya cadangkan. Saya akan mencadangkan produk yang sesuai mengikut tahap ekzema yang dihidapi. Tapi alangkah bagusnya jika anda dapat mengamalkan semua produk vitamin ni. Maka dapatlah merawat ekzema dan sakit kulit ini dengan lebih optimum.

Sekian dulu untuk hari ini. Semoga anda dapat mengambil manfaat daripadanya.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi 
FREE tips 
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership 
FREE Postage

Tuesday 7 January 2014

Posted by Unknown On Tuesday, January 07, 2014

Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua di tahun baru ini? Semoga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang dari-Nya. Aminnnn.

Wah, ada yang baca tajuk posting ni terus ternganga mulutnya menguap panjang. Cepat-cepat tutup ye, tak baik untuk kesihatan anda dan mood indah anda di pagi yang hebat ni. Kurangkan aktiviti menguap kerana itu tanda orang mengantuk yang minta disorongkan bantal.

Setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya walaupun kadang-kala ia tidak mampu dikawal oleh anggota badan sendiri. Mengapa kita ada kalanya keluar air mata, mata berkelip, rasa gatal pada mana-mana bahagian badan dan kepala berdenyut?

Begitu juga dengan perbuatan menguap yang langsung tidak boleh dikawal ataupun sengaja kita lakukan kerana tindakan itu dianggap sesuatu yang berlaku disebabkan kesan dalaman. Pernahkah anda berada dalam situasi, apabila ada seseorang menguap, pasti akan ada orang lain juga menguap?  Ini banyak berlaku di dalam kelas bagi mereka yang menyandang jawatan dalam bidang perguruan dan pendidikan. Ini betul-betul menguji jiwa para guru.

Sebenarnya terdapat banyak spekulasi dan kajian yang dilakukan mengenai menguap. Antaranya, menguap dikatakan berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Namun memberikan lebih oksigen dalam badan tidak boleh menghentikan menguap. Ada pula yang menyatakan menguap membabitkan reaksi kimia, reaksi emosi dan reaksi tindakan.


BERJANGKIT

Atas faktor emosi dan kedekatan individu juga, satu kajian yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika mendapati yang tabiat menguap mempunyai kesan berantai yang boleh menyebabkan orang lain juga menguap.

Itulah sebab ada kalanya orang di sebelah kita menguap membuatkan kita juga terasa seperti ingin menguap sama walaupun tiada hubungan darah ataupun kenal antara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, jangkitan menguap adalah di antara individu yang mereka kenali seperti keluarga dan teman rapat serta orang asing atau baru dikenali.

Menariknya, kajian ini hanya menemui faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menyebarkan tabiat menguap adalah lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka dan bukan sebab lain.

Apabila melihat orang lain menguap, saraf seakan-akan meniru dan menyebabkan tubuh juga menguap. Ada sesetengah individu boleh menguap dengan hanya melihat gambar orang lain menguap manakala ada juga yang tidak menguap meskipun video aktiviti manusia menguap dipasang di hadapan mereka.

ADAT vs ADAB

Terdapat satu kepercayaan di Greek yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas daripada mulut. Itulah kepercayaan mereka di atas perbuatan menguap itu.

Akan tetapi bagi masyarakat kita khususnya beragama Islam, kita dididik agar menutup mulut ketika menguap dan sunat mengucapkan ‘astaghfirullah’ selepas menguap kerana banyak hadis yang menyentuh mengenai perbuatan menguap. Ucapan 'astaghfirullah' itu adalah adat, sedangkan adab yang diajar oleh Islam adalah mengucapkan 'Au'zubillahhi minasy syaitanir rajim' atau disebut isti'azah.


Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut, apatah lagi ketika solat. Rasulullah sendiri pernah bersabda,"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)".

Dalam hadis yang lain berbunyi,"Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila salah daripada kamu mengatakan 'huah', syaitan akan mentertawakannya".

Ada yang menganggap menguap adalah perbuatan normal, namun ada juga negara yang merasakan menguap itu satu perbuatan antisosial sehingga kita menutup mulut.

Normal atau tidak, kita mempunyai adab menguap yang perlu diikuti. Ia bukan saja mengelak daripada sebaran rantaian menguap ini kepada orang lain, malah kita juga mengikut hadis dan sunah serta berusaha melawan tipu daya syaitan.

Jadi kepada kawan-kawan semua, patuhilah adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan. Itu yang lebih utama. 


Selamat beramal!!!

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Friday 3 January 2014

Posted by Unknown On Friday, January 03, 2014

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar semua, Semoga anda sihat hendaknya. Kalau kurang sihat, boleh cuba-cuba menggunakan Shaklee, pasti anda akan mula jatuh cinta nanti. Tapi itu bukan tajukanya hari ni. Jom fokus....fokus.

Alhamdulillah, tarikh di atas adalah tarikh keramat bagi bandaraya Johor Bahru yang mula mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program terbaik di sisi Allah, program halaqat az-zikr. Program yang jarang negeri-negeri di Malaysia lakukan terutamanya pada tarikh awal tahun baru. 

Sekalung pujian dan tahniah untuk semua pihak yang terlibat yang menjayakannya. Semoga Allah memberkati program ini, orang yang menghadirinya dan rakyat negeri Johor yang cintakan kepada Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat yang mulia.

Jam besar menjadi saksi bisu di Dataran Johor Bahru

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Mungkin ada yang tidak tahu termasuk saya dulu ketika mula-mula bekerja di negeri Johor bahawa Johor tidak mengambil cuti umum pada tanggal 1 Januari setiap tahun, termasuk juga tahun ini. 

Jadi seperti hari biasa, siangnya kerja dari pagi hingga jam 5 petang. Kebetulan pula sekarang masih cuti semester untuk pelajar diploma, jadi tidaklah penat sangat. Hanya diisi masa terluang dengan membuat nota, tutorial, soalan akhir semester dan pelbagai lagi. Siapa kata jadi pensyarah tak banyak kerja kan?! Banyak juga kerja untuk orang 'malas' seperti saya ni.

Pulang je dari tempat kerja, terus menghalakan kenderaan ke Johor Bahru agar dapat bersama para pecinta Rasulullah SAW di samping mengisi masa dan ruang yang ada untuk bersama orang-orang soleh dan menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. 

Sepanjang perjalanan, hati terasa tenang, jalan pun tidak sesak seperti hari-hari biasa yang sepatutnya sesak teruk dan alhamdulillah, sampai di sana tepat jam 7 malam. Ajaibnya, seperti segalanya sangat mudah. Mungkin itulah pertolongan Allah yang pasti mengiringi sesiapa sahaja yang ingin bertemu denganNya atau bertemu kekasihNya. 

Orang ramai telah mengerumuni dataran seawal Maghrib lagi
Sampai sahaja di sana, hanya ucapan 'Masyaallah' je yang mampu terbit dari bibir. Ribuan orang telah ada di sana, menunggu program yang hanya akan bermula selepas maghrib itu. Hampir kebanyakan orang memakai pakaian putih dengan fesyen yang hampir sama. 

Ada yang berjubah, berserban, berkopiah dan sebagainya. Putih sahaja kumpulan ini jika dilihat dari kejauhan. Terselit di sudut hati sebuah bisikan,"Beginikah keadaan ketika berada di Arafah nanti?! Hebatnya, masyaallah". Sungguh hati ini rindu untuk ke rumah-Nya.

Pemandangan yang hebat ini tak mungkin dapat saya ceritakan melalui kata-kata paling indah sekalipun. Tidaklah mampu tangan yang bertulang ini menceritakan keindahan rasa hati yang tidak nampak di mata sifatnya. Rasa hati hanya dapat dihukum melalui pandangan mata sahaja.

SIFAT ORANG BERIMAN

Sifat pertama orang yang beriman tentulah mengerjakan solat hinggakan Allah berfirman,"Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31).

Perkara pertama dalam program tersebut adalah mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Satu aktiviti yang menarik dengan menyatupadukan manusia melalui solat berjemaah dan meletakkan taraf semua manusia pada satu takuk yang sama iaitu sebagai hamba Allah. Baik yang berjawatan ataupun tidak, semuanya berada di belakang seorang imam dan berada dalam saf yang sama bersama umat Islam yang ramai. 

Sedang bersedia untuk mendirikan solat Maghrib berjemaah
Tiada pangkat, darjat, kuasa dan perbezaan apa pun ketika itu melainkan hati. Hati yang sama, hati yang tunduk patuh kepada Allah SWT dan hati yang dipenuhi gelora cinta kepada RasulNya. Jika cinta sudah di hati, apa pun arahan akan diikuti. Betul tak?

Selesai solat Maghrib, semua mengambil tempat dan dihiburkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan jemputan. Nasyid yang berkisar tentang iman, islam dan jihad serta diselitkan dengan sajak mengenai Rasulullah SAW. Lantunan nasyid dari kanak-kanak yang masih lagi jernih hatinya mampu menggegarkan hati-hati golongan remaja dan dewasa hingga ramai yang terpaku mendengar pesanan yang disampaikan melalui bait-bait yang dikarang indah.

Kumpulan nasyid 'Khalif' dari Batu Pahat
Program ditangguhkan sementara apabila azan isya' berkumandang membelah langit JB ketika itu. Solat Isya' kemudian didirikan tanpa bertangguh-tangguh dan alhamdulillah kehadiran ketika itu semakin ramai sehingga jalan besar di hadapan padang program sesak teruk dan padang penuh dengan kumpulan orang ramai.

Mengambil berkat daripada firman Allah yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring." maka majlis diteruskan dengan ketibaan Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf bersama rombongannya. Ramai, sangat ramai.

Semuanya datang dengan satu tujuan, untuk memperingati dan membesarkan Rasulullah SAW serta mengisi ruang kerinduan di hati terhadap baginda. Hati siapa yang tiada cinta kepada Nabi, nescaya kelam kabutlah hidupnya, lesulah imannya, hilanglah sinar dari wajahnya dan pudarlah kebahagiannya di dunia apalagi di akhirat sana.

Habib Syech dan Dr Azizan Osman bersama para rombongan beliau
Bertambah besarnya hati saya melihat di celahan rombongan itu, terselit mentor saya di sana, Dr Azizan Osman, berkhidmat pada para habaib keturunan Rasulullah SAW dan merendah diri dalam majlis yang besar itu kerana ingin menggapai cita-citanya untuk bukan sahaja kaya dan berjaya di dunia, bahkan hingga ke akhirat sana.

Betapa ramai orang mengatakan bahawa harta mampu menjadikan manusia makin kufur sehingga menakutkan ramai dari kita dengan harta kekayaan. Tapi jarang sekali kita dengar cakap-cakap orang yang mengatakan harta mampu menjadikan manusia semakin bersyukur. Sedikit pesanan buat pembaca,"Biasakan yang betul, betulkan yang biasa". 

SUASANA & PERSOALAN


Pengisian lagu-lagu qasidah yang dialunkan oleh Habib Syech benar-benar punya auranya yang tersendiri, tidak sama dengan lantunan orang lain. Sudah ratusan majlis qasidah yang saya pernah hadiri tapi majlis Habib ini berbeza. Sangat berbeza. Auranya terlalu kuat dan lantunannya benar-benar menghentam hati. hati yang keras mampu bergegar dan pecah kerana momentum hentaman tersebut, apa lagi hati yang lembut.

Titisan air mata sempat saya rakamkan dalam memori akal dan pandangan saya daripada para hadirin terutamanya ibu ayah yang telah berusia. Sungguh mereka rindu kepada baginda di dunia ini. Mudah-mudahan rindu mereka berbalas ketika sakratul maut nanti. Jika tidak pun, di hari akhirat nanti Rasulullah jua yang menanti kehadiran mereka.


Beruntung betul anak-anak yang membawa ibu ayah mereka ke majlis seperti ini. Tak perlu ke program lawak jenaka untuk mengisi hati tua yang telah bosan dengan hidup dan hanya ditutupi dengan ketawa yang sementara dan dibuat-buat, tetapi dalam majlis ini semuanya membiarkan air mata mereka gugur kerana itulah ubat hati yang rindu sebenarnya.

Anda pernah bercinta atau kasihkan seseorang?! Jika pernah, ingin saya tanyakan satu soalan,"Apabila kita mengingati seseorang yang kita sayang, adakah ketawa yang mendahului air mata atau air mata yang mendahului ketawa?!". Bukankah bila kita rindukan seseorang, air mata yang mengalir dahulu buat membasahi hati yang gersang kerinduan itu dan apabila telinga menangkap suaranya, mata melihat rupanya dan mulut dapat berbecira dengannya, gelak ketawa pula yang mengiringinya? 

Jika begitu, sila semak, adakah pernah air mata kita gugur untuk nabi tercinta ini?! Ini soal penting. Soal yang perlu kita selesaikan sebelum mati dan bertemu dengannya kerana sampai masa kita perlu bertemu dengannya jua.


Bila dah selesai yang tu, tanya pula diri,"Jika benar aku kasih Rasulullah, kenapa aku tak berusaha untuk menghadirinya? Dalam kerjaya, bisnes, belajar dan sebagainya, anda berpegang kepada prinsip,"Jangan beralasan" tetapi kenapa untuk hadir ke majlis yang mengingati nabi, kita punya banyak list alasan. "Saya kerja", "Alah, sesaklah nanti kalau saya pergi, mesti ramai nanti", "Esok, anak sekolah la", "Alah, bukan takde dah majlis macam tu bila-bila nanti".

Hurm, banyakkan alasan kita. Ye, banyak sangat bila hati kata tidak, bila hati kering dari cinta, bila hati berkarat dengan pelbagai dosa dan paling menakutkan adalah bila hati dah diambil alih oleh dunia. 


Jika kita kata,"Saya nak jadi kaya kerana agama", jadi di mana kita ketika majlis agama berlangsung?
Jika kita kata,"Saya kerja la, nanti tak kerja nak makan apa?", jadi kenapa tak sanggup cuti jap dari kerja untuk nak makan di akhirat yang tentunya lebih lama?
Jika kita kata,"Alah, ramai sangat, saya tak boleh ramai-ramai ni, migrain, sakit perut, senggugut dan segala macam jadi nanti", jadi anda ingat di padang mahsyar nanti anda seorang diri di sana. Lebih sesak daripada dunia dan lebih banyak penyakit yang anda rasa.
Jika kita kata,"Esok anak saya sekolahla", jadi fikirkan apa tujuan anda anda bersekolah? Adakah untuk penuhkan akalnya dengan kecerdikan sedangkan hatinya gersang dari hikmah dan kebijaksanaan?

Saya tidaklah berniat buruk terhadap mereka yang tidak hadir, hanya saya ingin mengingatkan apa itu cinta dan rindu sebenarnya. Saya malu lihat orang India penuh di tengah jalanraya pada perayaan mereka, orang Kristian ramai pula di biara-biara mereka ketika raya walaupun mereka sesat. Bagaimana pula kita yang mendabik dada mengatakan kita benar sedangkan kita sendiri yang tidak berusaha untuk menunjukkan keizzahan dan keagungan Islam itu sendiri?!


Semoga sedikit coretan pengalaman saya dan sedikit teguran ini dapat menjentik rindu di hati kita terhadap baginda SAW dan para sahabat yang telah banyak berkorban memastikan Islam tiba di hati kita sekarang.

Tiada air mata pada hati yang tiada rindu. 
Tiada rindu pada hati yang tiada cinta.
Tiada cinta pada hati yang tiada kenal.
Tiada kenal pada akal yang tiada berilmu.
Tiada ilmu pada diri yang tidak belajar.

Belajarlah...belajarlah....belajarlah untuk rindu kepadanya kerana sesungguhNya ia adalah kekasih Allah.


*Bagi yang tidak keberatan untuk share kecintaan dan kerinduan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...