Thursday 27 February 2014

Posted by Unknown On Thursday, February 27, 2014

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua? Tentu anda sihat-sihat hendaknya. Al-maklumlah sekarang ni musim panas lit-lit kata orang Kedah. Panas yang melampau macam ni juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang tidak kita ingini, jadi sila ambil berat terhadap kesihatan diri dan keluarga anda.

Bila sembang bab bisnes pasti ada ketika sukanya dan dukanya. Tapi yang saya nak share hari ni adalah tentang keseronokan sahaja.

Bukan apa, tak bestlah mengadu perkara-perkara duka dengan para pembaca, cukuplah Allah saja yang mengetahuinya. Bila cita-cita kita tinggi, maka segala kesusahan dan kedukaan hanya perlu dianggap remeh sahaja.

Jika itu yang menjadi pegangan anda, anda memang bakal JUTAWAN seterusnya. Jika tidak ada perasaan begitu, belajar-belajarlah menghargai dan bersyukur apa yang ada.

SUKANYA BISNES 

1. Saya tak pernah berbisnes sebenarnya walaupun menjual sebatang pen! Tapi saya memang gila. Bukan gila yang biasa tapi gila-gila. Saya suka buat sesuatu yang saya tak pernah buat, selalu rasa tercabar bila lihat orang itu ini dapat melakukan sesuatu yang jarang orang biasa dapat lakukan.

Saya suka melihat orang Melayu berniaga tapi malangnya tak ramai peniaga Melayu kerana bisnes adalah bidang yang sangat mencabar. So, saya decide untuk mula berbisnes!


2. Bila dah hampir 8 jam berada dalam pejabat dan asyik melihat desktop lappy jer, so saya mula mencari bisnes yang tidak menyusahkan saya sama ada dalam proses jualan atau pengurusan bisnes. Sementelahan lagi, modal juga tidak ada. So, gunakan medium pak cik google untuk mencari bisnes yang tidak memerlukan income yang kurang BESAR.

Godek punya godek akhirnya terjumpa dengan bisnes sekarang ni. Bila baca coretan ahli-ahlinya terus rasa 'wow'. Mana taknya, semua menggunakan medium online, bermula dari marketing hinggalah barang sampai depan pintu rumah dengan bermodalkan RM 75.

Apa tunggu lagi, grab the oppurtunity lah!

3. Ketika permulaan bisnes ni, kebetulan pula selepas itu Dr Azizan mula menggerakkan seminar beliau untuk tahun 2013, memang bertuah saya. Start je berniaga terus ada mentor yang mengajar. 

Adat berguru. Bila hendakkan ilmu mestilah dicari. Bermula dari hanya seminar percuma hinggalah berbayar, saya tetap mengikuti beliau dengan taatnya. Mana boleh lawan tok guru, tak berkat nanti ilmu.

Alhamdulillah, memang luar biasa ilmu yang diberikan. Banyak yang telah saya cuba dan sangat huru-hara hidup saya apabila satu persatu ilmu diubah menjadi tindakan praktikal luar biasa ketika itu. Mahu tak mahu, income pun 'terpaksa' huru-hara meningkatnya.

Prinsipnya mudah. Nak berjaya dalam bisnes, belajarlah dari orang yang telah berjaya dalam bisnes juga!

4. Saya bermula dengan kosong tapi alhamdulillah ramai dari rakan-rakan online mula menyertai saya dalam bisnes yang sangat mudah ini dengan tujuan yang satu,"Bantulah manusia sedaya upaya yang anda mampu". 


Mereka berjaya 'berubah' dari seorang yang penakut kepada orang yang berani, dari orang yang tak pandai bercakap kepada orang yang ramah santai, dari orang yang mulanya asyik berlapik,"Ustaz, tak pandailah" tapi kini berteriak girang,"Ustaz, alhamdulillah dapat bantu sorang lagi...Tengoklah testimoni ni".

Seronok tak jika kita yang dulunya bukan siapa-siapa dalam dunia bisnes tapi kini mampu berkongsi keseronokan dengan rakan-rakan kongsi yang lain dalam membantu ramai orang BERUBAH kepada satu personaliti yang di luar jangkaan tuan punya diri sendiri.

Pegang prinsip mudah,"Apa yang kita ada berikan. Apa yang kita beri mesti dapat semula berpuluh kali ganda pulangannya. Itu janji Allah".

5. Alhamdulillah dalam 6 bulan berbisnes ni kejayaan yang paling saya suka adalah bila setiap bulan pasti ada je ahli yang berhenti kerja. Alasannya mudah. Bonus sudah lebih 2-3 kali ganda dalam masa beberapa bulan dan lebih tinggi dari gaji dalam kerjaya sedia ada.

Tanpa tekanan kerja, punya banyak masa untuk keluarga, tak perlu modal masa dan tenaga yang banyak dan tak perlu mendengar tengkingan 'orang atas', maka ramai yang berpencen muda dengan Shaklee, syukur sangat-sangat.


Mereka sedar bahawa kerja 8-10 jam sehari tanpa rehat selama puluhan tahun belum tentu akan membahagiakan kehidupan sekeluarga tapi dengan hanya bekerja 12 jam sehari selama setahun yang pertama dan akhirnya boleh berehat untuk selamanya tentulah lebih membahagiakan mereka.

Ingat ye, tiada bisnes yang melabur bulan ni, bulan depan dapat 5-6 angka melainkan pasti ada masalah pada sistem pengurusan bonusnya yang lebih mirip kepada MLM (multilevel marketing) yang diasaskan atas konsep 'skim piramid' yang sangat zalim kepada orang lain!

6. Yang paling seronok adalah bagaimana dalam bisnes ni konsep hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia benar-benar dititkberatkan. Kami diajar supaya benar-benar bergantung hanya kepadaNya di samping menjaga customer seperti raja.

Yang perlu dinasihatkan, kita nasihatkan. Yang perlu ditegur, kita tegur dan begitulah seterusnya.

Cuma bab kerohanian itu bukan dibuat-buat, ia benar-benar wonderful! Bagaimana perasaan tu tak dapat digambarkan. Sangat MENGELIRUKAN untuk pertama kalinya.


Kita yang dulunya sangat-sangat takut 'derhaka' kepada bos tapi bila dah berbisnes, perasaan pergantungan kepada Allah sebagai Maha Pemberi Rezeki benar-benar dirasai hakikatnya bukan main-main. Yakin benar dengan Allah sebagai sumber kekuatan dan rezeki yang sebenar!

People always tell you be careful what you wish for. I never believed them. The lights always looked brighter across the river.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Thursday 20 February 2014

Posted by Unknown On Thursday, February 20, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Akhir-akhir ini, saya selalu mengikuti perkembangan ruangan mencari kerja dan mendengar cerita rakan-rakan yang sudah mula berhenti kerja, sama ada mencari kerja baru ataupun bekerja sendiri. Tahniah diucapkan untuk permulaan hidup baru. 

Di tempat kerja saya sendiri pun hampir setiap bulan ada sahaja yang berhenti kerja untuk plan hidup seterusnya. 

Itulah kehidupan bekerjaya, ada yang datang dan pergi. Masing-masing punya perancangan yang teliti dengan hidup mereka, jangan dipersalahkan atau dipandang serong.

Fenomena kini pun sangat membimbangkan majikan-majikan di Malaysia apabila fenomena graduan universiti yang semakin kurang mencari kerja tetapi semakin ramai pula pekerja mahirnya mula berhenti kerja!

Satu realiti kebangkitan bangsa Melayu dalam memperkukuhkan ekonomi dengan mula bekerja sendiri atau menggunakan kemahiran tersebut pada bidang yang selayaknya.

Jom tengok 7 alasan KUKUH untuk anda pertimbangkan untuk mula menulis surat resign anda sendiri.

1- Anda mula tidak suka hari Isnin.

Berasa sedih apabila weekend berakhir dan Isnin datang kembali itu perkara biasa. 

Tapi jika anda membayangkan masuk pejabat, bekerja, bertemu majikan, rakan kerja dan semua yang terjadi  pada hari Isnin menyebabkan anda muak dan tertekan, itu parah!



Maksudnya jika boleh, tentu anda tak ada 'hati' nak berada di sana. Mungkin anda hanya bertahan hanya demi sebuah pekerjaan? 

Tapi untuk apa menyeksa diri dan menghabiskan hidup di tempat yang anda kurang minat melaburkan hari anda di sana sedangkan orang lain dapat menikmati pekerjaan mereka?

2- Passionate anda semakin berkurangan.

Pekerjaan yang ideal adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita sukai. Walaupun tak semua orang seberuntung itu, tapi jika kita berjaya mencintai kerjaya sedia ada, maka segala aktiviti di pejabat tak akan terasa berat. 

Bahkan walaupun pekerjaan itu berat dan melelahkan, anda masih juga selesa di pejabat. Namun jika anda mulai rasa terpaksa dan mungkin juga benci dalam menyelesaikan tugas hingga mencari alasan untuk tak datang kerja, untuk apa diteruskan lagi?

Sangat baik jika anda dapat pupuk sifat suka dalam pekerjaan anda setelah anda graduate dari IPT tetapi jangan lama-lama. Selepas 2-3 tahun, mulalah cari kerjaya yang anda sukai. Bila anda sukai kerja anda, passion anda juga tinggi!

3- Masalah pengurusan atau kewangan syarikat

Jika pengurusan sesbuah syarikat penuh dengan birokrasi dan politik pejabat di samping permasalahan kewangan syarikat yang tidak kukuh, adalah sewajarnya anda perlu cepat-cepat menulis surat berhenti kerja.

Walaupun diakui ada sesetengah syarikat yang berjaya mendapatkan kepercayaan pekerjanya hingga ada yang sanggup bekerja dengan gaji yang tidak menentu, tetapi harus tunggu hingga bila jika pengurusan syarikat tidak berusaha untuk menyelamatkan syarikatnya?!



Malahan, akhir-akhir ini banyak sekali syarikat yang dilaporkan media tidak menjaga kebajikan para pekerja mereka, malahan ada juga yang sengaja tidak sensitif dengan beban kenaikan taraf hidup para pekerjanya, maka tunggu apa lagi, carilah pekerjaan lain yang lebih terjamin, baik dari segi kerjaya ataupun kewangan.

Tidak ada untungnya biarkan diri anda ‘diperah’, dibuli dan dipergunakan oleh majikan. Bukan RM yang dikejar tetapi kebajikan yang diharapkan!

4- Stress yang keterlaluan

Tekanan kerjaya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Betulkan?! 

Apabila akhir-akhir ini anda sering mengalami stress hingga mengalami kemurungan (depression), itu tandanya anda sudah bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. 

Hanya ada 2 pilihan sahaja, bercuti pendek (melancong) atau bercuti panjang (berhenti), anda pilih mana yang sesuai dengan diri anda.


Jangan biarkan hidup anda diselubungi STRESS!

Ramai yang memandang ringan kesan stress ini walaupun mereka tahu ia sangat berbahaya hingga dikategorikan sebagai punca hampir kebanyakan penyakit kronik di dunia. 

Stress mampu mengganggu kesihatan anda. Insomnia, nafsu makan bertambah atau semakin menurun, cepat emosi dan daya tahan tubuh terhadap penyakit pun menurun. 

Jangan biarkan ini terus terjadi karena kesannya sangat besar pada kesihatan dan kehidupan sosial anda. 

Bangkitlah dan cari pekerjaan baru yang sesuai dengan keinginan anda!

5- Hidup mati dengan kerja

Ini golongan workaholic yang hidup matinya hanya semata-mata untuk siapkan kerja. 

Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang tahu menyeimbangkan antara hidup dan kerjaya. 

Kerjaya yang hebat tidak menentukan kebahagiaan anda. Tapi kerjaya yang berkat pasti membahagiakan anda!



Nak kerjaya berkat selang-selilah dengan amalan kerohanian yang diajar oleh agama, jalinkan persahabatan, bentukkan konsep kekeluargaan di pejabat dan di rumah dan berikan hak yang sepatutnya kepada setiap manusia di sekeliling kita.

Kan Nabi SAW sudah lama bersabda,"Dan bagi setiap sesuatu itu ada haknya. Maka berilah hak tersebut kepada yang berhak menerimanya". 

Hadis ini adalah teguran kepada seorang 3 orang sahabat yang ingin berterusan beribadat kepada Allah hingga tanpa sedar telah mengabaikan hak orang lain dalam hidup mereka.

6- Merasa diri dipergunakan dan tidak dihargai.

Malangnya kita jika mendapat kerja seperti ini. Sudahlah dipergunakan untuk membuat 40 kerja dalam satu posisi jawatan yang lain, malahan anda juga tidak dihargai. 

Jika setelah bertahun-tahun kerja tetapi masih dipinggirkan untuk dinaikkan pangkat walaupun segala macam jenis kerja telah anda lakukan, maka mungkin masanya untuk anda sudah tidak membazirkan masa di sana.

Pergilah ke tempat lain yang lebih menghargai anda dan kelulusan atau kemahiran yang anda ada. Jangan menyesal untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik. 

Walaupun anda membawa diri ke tempat lain dengan 'tersentap' hati tapi buktikan semula bahawa bekas majikan akan akan tersentap juga setelah ketiadaan anda.



Lihat juga potensi pengembangan karier anda di pejabat tersebut. Jika kursus pun diadakan setahun sekali dengan alasan bajet tak mencukupi, nampak sangatlah bahawa itu bukan tujuan utama syarikat anda dalam menjadikan anda pekerja mahir dalam bidang tersebut.

Mungkin juga syarikat tidak ingin anda keluar dari kepompong mereka kerana ketiadaan kemahiran, pengalaman dan potensi yang diperlukan oleh industri ketika itu adalah sangat menyulitkan untuk anda berpindah kerja di tempat lain.

Jangan buang masa anda dan pergilah tempat yang boleh memberikan anda peluang-peluang tersebut sebelum umur anda menginjak ke usia 'tidak diterima bekerja'!

7. Suka merungut tentang kerja anda.

Saya sering berjumpa dengan rakan-rakan yang tidak gembira dengan kerjaya yang disandang sekarang. Hampir setiap kali berjumpa, asyik merungut jer. 

Di mana-mana je pasti cerita tentang masalah pejabat, maka penyakit 'trauma' pekerjaan ini hanya boleh dihilangkan dengan pekerjaan baru.

Kebanyakan yang merungut adalah tentang lambakan kerja dengan hasil gaji yang tidak lumayan atau bersesuaian dengan pekerjaan. 

Adalah sangat zalim jika majikan terus memberi gaji kepada para pekerja mengikut kelulusan mereka sedangkan dunia Barat telah lama membayar gaji mengikut prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerja mereka.



Inilah yang disebut oleh Muhammad Abduh,"Aku menjumpai Islam ketika aku di negara bukan Islam dan tidak aku temui Islam di dalam negara Islam".

Itulah yang diajar oleh Islam, beri upah berdasarkan prestasi kerja bukan semata-mata kelulusan. Hatta Nabi SAW bersabda,"Berilah upah kepada pekerjamu sebelum kering air peluhnya". 

Hadis yang ditafsirkan oleh para ulama tentang aras ketetapan gaji berdasarkan prestasi kerja dan tempoh pembayaran gaji yang jelas untuk panduan kita di akhir zaman ini.

Anda ada tak ciri-ciri ni? 

Kalau ada, bersiaplah untuk meninggalkan kerjaya anda sekarang dan pilihlah untuk bekerja dengan ikhlas dan diberkati, dihargai dan dirahmati. Hidup adalah PILIHAN. Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda!



Untuk mereka yang tersepit dengan keadaan pekerjaan ini, bolehlah download ebook tulisan saya ini secara PERCUMA.

Semoga anda dapat inspirasi dari ebook eksklusif ini. Klik SINI.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Wednesday 19 February 2014

Posted by Unknown On Wednesday, February 19, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Sudah 3-4 hari tidak mengupdate apa-apa berita di sini. Cewah, macam terkenal sangatkan!

Bukan apa, sekarang masa sangat mencemburui saya. Tak terkejar dek kaki dan tangan untuk selesaikan semuanya tanpa bantuan daripada-Nya.

Bagaimanapun alhamdulillah, Sabtu lepas, 15 Februari 2014, saya telah dijemput untuk menjadi krew kepada Richwork Sdn Bhd yang diasaskan oleh Dr Azizan Osman untuk satu program yang sangat hebat iaitu BANGKIT 2014. 


Jom saya ringkaskan dalam bentuk point je apa yang telah saya lalui sepanjang program tersebut. 

1. Berkumpul jam 6.30 pagi di Berjaya Waterfront Hotel bersebelahan The Zone, Johor Bahru. Pergi bersama rakan kongsi untuk berkongsi kegembiraan 'memberi' kepada masyarakat Melayu majoritinya. Perjalanan untuk berkongsi ilmu adalah perjalanan terbaik dalam hidup kita. Pemberian yang kekal pahala selamanya adalah pemberian ilmu dan khidmat kepada yang memerlukan.

2. Bertemu dengan hampir 52 orang yang secara rela hati berkhidmat bersama DAO. Sempat berkenalan di pagi hari. Pelbagai jenis bisnes yang mereka run dan tak sangka, saya dapat berjumpa 4-5 orang yang bergelar Jutawan juga berkhidmat pada hari yang sama. Pergh, memang terbaiklah pengalaman yang dikongsi bersama! Tak sempat nak buang masa gosip-gosip dalam majlis ilmu. Majlis ni tak sesuai untuk gosip-gosip yer.

Geng susun kerusi di awal pagi. We are rock!!!
3. Tiada sarapan disediakan untuk semua hadirin kerana program ini PERCUMA sepenuhnya dan majlis ni bukanlah untuk mengisi perut untuk kenyang tetapi lebih kepada 'mengisi' minda untuk berfikir secara LUAR BIASA.

4. Dalam jam 8.00 pagi, seminar ini pun bermula. Seperti biasa, 'bara bara bere bere' menjadi acara pembuka dan alangkah bertuahnya diri ini apabila turut ditugaskan untuk menjalankan aktiviti ini bersama para hadirin yang hadir. Hadirin yang dianggarkan antara 3000-4000 orang turut bersama menghidupkan suasana dan 'memanaskan' badan.

Mungkin ramai orang tak tahu bahawa istilah 'bara bere' ni merujuk kepada aktiviti aerobik yang dipimpin oleh salah seorang staff Richwork. Tujuannya adalah untuk para peserta membina 'mood' kecergasan fizikal yang dijana untuk mencerdaskan akal untuk menimba ilmu sebanyaknya. Bukankah orang kata,"Otak yang cerdas bermula dari badan yang cergas". Nak jadi luar biasa kenalah belajar aktiviti luar biasa juga kan?!

'Denda' berdiri untuk hilangkan mengantuk dan menajamkan tumpuan, Belajar erti FOKUS!
5. Pengisian DAO bermula dengan kandungan yang terdapat dalam B.A.N.G.K.I.T itu sendiri. Gabungan perkataan 'Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan' benar-benar memberi impak yang berbeza kepada hadirin yang hadir. Tujuannya agar semua hadirin faham bahawa seminar ini bukanlah untuk orang biasa. Ia khusus kepada orang yang hendak mengubah hidup mereka melalui jalan bisnes yang LUAR BIASA.

6. Ketika program inilah, saya berada paling dekat dengan DAO, betul-betul di hadapan pentas. Teruja tengok secara berdepan orang yang telah membuka dan membersihkan minda ramai orang Melayu untuk keluar dari kepompong hidup biasa-biasa. Dalam diam, saya berterima kasih kepada DAO ketika itu. Jika bukan kerana usaha dan kesungguhan beliau, mungkinkah hari ini ramai anak Melayu yang bangkit dalam bidang perniagaan  dan keusahawanan ini. 

Jika bukan kerana beliau, tak ramai daripada kita yang tahu apa sebenarnya ilmu yang 'membezakan' seorang Jutawan daripada orang biasa. Hanya orang yang ikhlas membantu anak bangsanya yang akan berusaha mengajar anak bangsanya untuk menjadi kaya dan berjaya.

Gaji yang perlu ada untuk membeli tanah atau rumah sekarang!!!
Anda MAMPU jika tidak berubah sekarang?

7. Ramai warga Johor yang 'dikejutkan' oleh DAO apabila beliau nyatakan bahawa ketika mana DAO cakap,"Di ketika orang Melayu Johor bertempik dan berteriak apabila JDT menang bola, ketika itu juga tanah Melayu Johor tergadai sedikit demi sedikit.

Di ketika orang Melayu Johor laungkan 'Luaskan kuasamu Johor' di dalam stadium, ketika itu jugalah tanah Melayu Johor semakin mengecil di luar stadium".

Saya lihat ketika itu, ramai yang termenung jauh memikirkan kebenaran kata-kata tersebut. Ye lah, akhir-akhir ini kita sering dipesongkan dengan hiburan dan bola sehingga isu sebenar tentang ekonomi dan inflasi semakin kurang diperkatakan.

8. Kelemahan masyarakat Melayu Islam bermula sejak mereka mula mengenali istilah 'subsidi' dan 'selesa' di tanahair sendiri. Ini merupakan 2 jenis racun yang amat berbahaya kepada umat Islam. 2 racun inilah penyebab mengapa penguasaan ekonomi Melayu sangat sedikit walaupun mereka adalah pasaran terbesar di Malaysia. Malang yang teramat sangat kerana struktur ekonomi mereka tidak seimbang antara pengeluaran dan pendapatan.

9. Dalam seminar ni, DAO tekankan kenapa kita perlu BERILMU? Kerana dengan ilmulah kita dapat pecahkan 'MENTAL BLOCKING'. Sebab dengan adanya ilmu, baru kita tahu potensi diri kita dan apa yang perlu kita lakukan untuk membebaskan minda kita demi sebuah kejayaan dan kekayaan yang diidamkan. 

Doakan anak muda ini berjaya dan kaya yer!
Mengapa selama ni minda kita tersekat untuk menjadi Jutawan Muslim? Kerana kita tiada ilmu dan kita hadkan minda kita dnegan 'sangkaan' bahawa istilah Jutawan itu tidak mungkin dicapai oleh manusia biasa, hanya raja golongan tertentu sahaja yang ada kemahiran menghasilkan 'juta-juta' ni. 

Bila minda kena block dengan 'kebodohan' sendiri, maka usaha dan tindakan kita dalam hidup pun kena block secara automatik. Maka, lihat sahaja ramai orang Melayu yang rata-ratanya hanya buat kerja separuh jalan sahaja dan tidak memberi 100% usaha dalam setiap usaha mereka.

10. Jangan beritahu IMPIAN kita pada orang di sekeliling yang NEGATIF sebab mereka pasti akan sabotaj kita. Contohnya macam kita kata nak berhenti merokok.. Kita beritahu yang kita nak berhenti tapi SURE 'orang-orang' tersebut akan menghulur rokok PERCUMA pada anda tanpa 'PAKSAAN' betul tak?

Ramai dari kalangan Melayu kita sendiri yang kurang kesedaran. jika perkara yang ingin kita lakukan adalah baik, pasti mereka akan berusaha untuk menjadikannya tidak BERLAKU tetapi jika perkara yang ingin kita lakukan adalah sebaliknya, mereka pasti menyokong. Majoriti!


Setakat ini dulu tulisan saya untuk hari ni. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Percayalah, tiada orang yang berjaya melainkan mereka ubah CARA FIKIR mereka sebelum mereka mula mengubah TINDAKAN mereka menjadi LUAR BIASA.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Thursday 13 February 2014

Posted by Unknown On Thursday, February 13, 2014
Design SOHO idamanku suatu hari nanti! Yes, indeed!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagaimana prestasi kerja anda hari ini? Semoga Allah mudahkan segala urusan kita hari ini dan selamanya selagimana kita sentiasa memupuk keikhlasan kepadaNya.

Sengaja tanya bab bekerja tu sebenarnya sebab saya pasti setiap orang punya impian unutk mewujudkan pejabat sendiri di rumah, tak suka kerja menimbun, tak suka diarah-arah, tak suka terikat dengan pelbagai peraturan yang menyesakkan dada, tak suka dengan gaji yang tak setara dengan kerja dan macam-macam yang kita tak sukakan? 

Kerana secara nalurinya sebagai seorang KHALIFAH, kita akan berasa selesa dan santai untuk bekerja di rumah sendiri dengan kebebasan yang pasti. Bab ni tak termasuk rasa malas, rasa mengantuk dan bosan serta tidur yang berpanjangan ataupun unsur negatif lain, apa yang penting kerja dari rumah dan bebas.


RUMAH PEJABAT

Ia bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bahkan sekarang menjadi budaya yang semakin diterima masyarakat. Kini, di negara-negara Asia pun semakin dilanda 'demam' SOHO ini.

Perasan tak bahawa konsep ini muncul seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT). Tak percaya, cer tengok trand sekarang, semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri serta ada yang lebih tinggi, menjadi bos sendiri.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian terutamanya para muda-mudi sekarang yang semakin bijak untuk bekerja sendiri atau dengan orang lain dengan bayaran yang lebih tinggi, asalkan di rumah.

Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

Objektifnya, program terbabit memberi peluang kepada warga kerja untuk turut serta dan terus bekerja bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

LELAKI CURI PELUANG

Biasanya, kerja dari rumah sering dikaitkan dengan wanita khususnya suri rumah kerana golongan ini dikatakan boleh mengisi slot kerjaya sambil melakukan kerja rumah. Tetapi fenomena ini semakin berkembang dan mula diceburi oleh kaum Adam.

Tidak dinafikan wanita memonopoli bidang ini. Tinjauan JobStreet.com menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata.

Umur 32 tahun, saya dah tak nak kerja lagi. Start from zero to hero!
Meskipun wanita lebih menguasainya, namun konsep dan pegangannya sama, bekerja dari rumah banyak keuntungan kerana mereka boleh merancang secara fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih berkualiti, mudah mengatur rutin seharian dan boleh menumpukan perhatian hidup sendiri.

Elemen ini sekali gus menarik golongan lelaki untuk turut serta malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih berusaha keras, kreatif dan cuba sedaya upaya untuk ‘naik’ dalam tempoh yang singkat.

WANITA KURANG KESEDARAN

Walaupun peluang ini terbuka luas kepada semua tetapi saya melihat ramai wanita berkeluarga dan berkelulusan masih kurang mengambil bahagian dalam peluang kerjaya ini. Sedar atau tidak, kerjaya ini adalah kerjaya terbaik bagi seorang wanita kerana itulah yang dianjurkan oleh Islam.

Rumahku Syurgaku: Sudahkah terlaksana dalam rumah kita?!
Ramai wanita menginginkan keluarga yang bahagia dan ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil berada di bawah pantauannya tapi malang seribu kali malang, kerjaya lebih menjadi priority bagi mereka daripada keluarga dan anak-anak.

Bukan hanya kesedaran agama yang diketepikan malahan aspek sosial juga ditinggalkan. Saya tumpang sedih kepada anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah pengasuh dan bagi yang bersekolah pula, terpaksa membuat semuanya sendirian tanpa 'perhatian' dari ibu mereka.

Aspek inilah yang nantinya akan merosakkan anak-anak apabila mereka mula memeberontak ketika remaja akibat kekurangan kasih sayang dalam keluarga sendiri.

Lihat sahaja fenomena Cyber Cafe sekarang yang dipenuhi oleh anak-anak kecil dan juga remaja. Walaupun ada PS4 di rumah, tetapi mereka tetap mencari 'kasih sayang' di luar rumah bersama rakan-rakan yang kurang kasih sayang juga.

Inikah pengakhiran anak-anak yang kita tunggu?!
Jika anda sedar peranan seorang ibu dan isteri, sepatutnya anda sudah boleh merancang dari detik ini untuk mula membina kerjaya di rumah. Ingatlah pesanan orang-orang tua,"Jika tidak mahu ditinggalkan anak di hari tua, jangan sanggup tinggalkan mereka di hari muda mereka".

APA NAK BUAT?

Soalan ni sangat bagus jika ia terlontar dari minda atau mulut anda. Teringat pesan mentor saya,"Jangan kata saya tak pandailah nak buat, tapi katalah, macam mana nak buat ye?". Perkataan pertama menunjukkan penolakan secara langsung terhadap potensi diri manakala jawapan yang kedua menunjukkan minat kita untuk terus belajar dan melakukan.

Persoalan di atas adalah biasa bagi mereka yang mahu kerja sendiri tetapi tidak tahu nak memulakannya. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan di rumah cuma perlu ada persiapan dan maklumat terperinci sebelum langkah bermula. Apa saja yang ingin diketahui ada di hujung jari, boleh dicari di Internet dan bersembang dengan rakan siber yang aktif, pasti usaha anda akan membuahkan hasil.


Yang terbaik adalah pilih kerja yang kita suka dan minat. Oleh itu kepala tidak terbeban dan urat saraf juga tak kejang. Ada beberapa kerja sambilan dan sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah. Jom lihat apa yang sesuai dengan anda.

1. Kerja tangan misalnya. Hasil seni dihasilkan dengan tangan atau dipanggil kraftangan sudah menjadi minat. Tak kiralah aksesori, perabot, pakaian, kasut bahkan makanan atau masakan boleh dijual cara biasa atau melalui tempahan online.

2. Menjahit juga antara kerja sambilan yang menjadi pilihan wanita tapi jangan terkejut ada juga lelaki pandai buat rekaan baju sendiri. Jika ingin bekerja di rumah, hasilkan baju fesyen terkini, hijab ataupun terbuka untuk tempahan luar. Percayalah, boleh kaut keuntungan dengan mudah apabila anda telah mula dipercayai dan sudah tentu lumayan apabila tiba hari perayaan.

3. Jika mempunyai kemahiran dalam fotografi, gunalah sebaiknya kelebihan itu. Mulakan dengan membuka syarikat atau kumpulan jurugambar secara kecil-kecilan untuk penuhi permintaan majlis kahwin, pesta hari jadi, majlis bercukur, praperkahwinan dan sebagainya.

Semakin berpengalaman seseorang itu, semakin tinggi bayarannya. Kerja lain yang berkaitan termasuk perkhidmatan solekan, dandanan dan katering.

4. Malah program kerja ‘online’ bersepah di Internet. Anda boleh jana pendapatan dengan mudah tanpa perlu banyak bergerak. Boleh dilakukan sambil baring atas katil, cuma perlukan Internet, contohnya bisnes jual beli, forex dan macam-macam lagi. Banyak yang boleh dilakukan, cuma perlu berjaga-jaga, elakkan tertipu.

5. Saya memilih Shaklee sebagai platform untuk saya terjun dalam bidang  SOHO ini. yang bestnya adalah platform Shaklee sekarang 100% online. Bermula dari marketing, order barang, daftar keahlian hinggalah penghantaran barang, semuanya 100% online. Sangat mudah bukan?! Opsss lupa, bonus pun dapat dilihat dan diberi melalui online.

SOLO ATAU GENG?

Kerja di rumah boleh dilaksanakan mengikut kemahuan sama ada secara sendiri ataupun berkumpulan. Seperti suasana dalam pejabat, anda boleh aplikasikan konsep sama di rumah.

Individu - Anda bertindak selaku pengarah dalam menguruskan kerjaya sendiri. Wujudkan pejabat di rumah dan jalankan perniagaan atau apa saja secara berseorangan, kurang masalah dan kurang campur tangan orang lain.

Berkumpulan - Banyak idea boleh dikongsi sekiranya kekurangan bahan. Kreativiti membabitkan seorang individu agak terhad dan jika mempunyai ramai rakan kongsi, boleh bahagikan kerja jadi lebih mudah.


Dalam Shaklee, memang praktikal sangat untuk buat secara berkumpulan kerana kami memang bergerak sebagai team dengan pelbagai kemahiran yang digabungkan dengan strategi masing-masing yang mampu meletupkan pasaran setempat. Kerjaama dan hubungan yang sangat erat sesama ahli dapat memudahkan segalanya. Alhamdulillah.

Walau apapun pilihan anda, bidang kerjaya di rumah perlukan usaha lebih berbanding kerja makan gaji. Penulis buku Work From Home, Judy Heminsley menyatakan, dia mencintai kebebasan dan fleksibiliti bekerja di rumah.

Boleh merencanakan hari sendiri, kurang tekanan, tanpa arahan sesiapa dan menggabungkan kerja pejabat dengan rutin biasa di rumah adalah perkara yang mengagumkan.


Jom ramai-ramai kita bina SOHO di rumah masing-masing. Jadikan rumah anda sebagai sumber pendapatan utama anda mulai tahun ini. Ayuh, sahut cabaran dunia moden kini!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Monday 10 February 2014

Posted by Unknown On Monday, February 10, 2014
GOUT PERINGKAT KRONIK
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Semoga anda dalam keadaan sihat selalu dan dilimphakan pelbagai rezeki hari ini.
Hari ni nak share info tentang 'hadiah' yang sering kali didapati apabila seseorang melangkah ke hari tua selain beberapa 'hadiah besar' yang lain.

Dulu, hanya orang berumur 40 ke atas mendapat penyakit ini. Kini, semakin ramai orang dewasa yang berumur sekitar 20-an dan 30-an mula mendapat masalah 'orang tua' ini.

Penggemar pelbagai hidangan berasaskan daging merah dan pelbagai makanan laut dengan menu berbeza pasti terkejut jika tahu bahawa ia sangat berbahaya sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Tabiat pemakanan ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti gout terutama bagi lelaki, ramai tidak mengendahkannya. Malah, pemakanan tidak seimbang boleh memburukkan lagi keadaan sekiranya tidak diberikan perhatian sewajarnya.


DARI MANA ASID URIK DATANG?

Asid urik terjadi daripada uraian purin, bahan kumuhan berasal daripada sejenis protein yang terdapat dalam makanan seharian. Hampir semua makanan daging yang berprotein mengandungi paras purin yang tinggi. Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan bilis adalah pencetus serangan gout yang utama. Manakala isi ikan besar adalah mempunyai kandugan purin yang lebih rendah dan selamat untuk dimakan.

Daging merah seperti lembu dan kambing turut mengandungi tahap purin yang tinggi. Daging organ dalaman seperti hati dan usus adalah sangat tinggi dalam kandungan purin. Ini adalah kerana hati merupakan tapak pemprosesan di mana purin dipecahkan menjadi asid urik di dalam badan.


Selain daripada daging, kebanyakan makanan jenis kacang turut mempunyai kandungan protein dan purin yang tinggi, begitu juga dengan cendawan. 

Jadi, bagi yang terkena dengan penyakit gout ini, adalah dinasihat supaya kurangkan atau elakkan makanan di atas sehingga tahap asid urik di dalam badan kembali ke tahap normal.

BAGAIMANA GOUT TERJADI?

Penyakit ini berlaku akibat pengumpulan asid urik secara berlebihan dan asid urik terbabit itu pula tidak dibuang secara berkesan. Asid urik yang berlebihan inilah menyebabkan terbentuk jarum kristal pada sendi, malah mungkin terbentuk di tempat lain seperti terjadinya batu karang pada buah pinggang. 

Kebiasaannya ia dikumuhkan melalui air kencing dan najis manakala kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan ini boleh menyebabkan ia mendap dan berkumpul pada bahagian sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit. 

Gambaran yang amat jelas mengenai bengkak dan
sakit keterlaluan yang merupakan gejala penyakit ini.
Lazimnya 70 hingga 80 peratus penghidap penyakit ini akan merasainya buat pertama kali pada ibu jari kaki. Penyakit ini juga sering dialami golongan lelaki berusia 25 tahun hingga 40 tahun dan jarang sekali berlaku kepada wanita yang belum mengalami putus haid (menopaus). 

Namun, ia juga boleh dihidapi pesakit kencing manis, mereka yang mengalami obesiti, pesakit anemia, pesakit buah pinggang atau individu yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu proses perkumuhan. 

Ia menyerang sendi metatarsal phalangeal di bahagian ibu jari kaki. Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi lain seperti lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang. Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah menyebabkan rasa sakit khususnya pada waktu malam. 


PERINGKAT GOUT

Gout mempunyai empat peringkat yang jelas:

1. Asimptomatik - Dalam peringkat ini, aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Dalam bahasa mudah, anda tidak tahu anda ada penyakit ini ketika peringkat ini.

2. Akut  - Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua ini. Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.

3. Interkritikal - Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Ketika peringkat ini, ramai yang mula tidak menjaga pemakanannya sementelahan lagi setelah serangan pertama, mereka tidak cepat-cepat berjumpa doktor untuk medical check-up.

4. Kronik - Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama. Gejala ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan terbabit mungkin berlaku lebih lama.


SERANGAN 'MAUT'

Jika ia tidak diubati, kesakitan itu mungkin akan kembali menyerang dan perlu juga diketahui kekerapan kesakitan pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya. Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. 

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan. 

Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun. 

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat. 

KALAU MASIH TAK BERSEDIA UNTUK 'DIJEMPUT', SILA PATUH!

1. KAWAL MAKAN - 

Hadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan. Bukanlah bermaksud pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang 'kaya' asid urik seperti organ dalaman, daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang. 

Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil. 

Elakkan jika benar-benar nak jaga pemakanan
Gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. 

2. KAWAL BERAT BADAN - 

Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika ada masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout. 

3. MINUM BANYAK AIR KOSONG -

Sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sebaiknya 3 liter. Anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ini tapi hikmahnya, ia adalah petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang. 

4. HADKAN GULA -

Terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.


5. PENGAMBILAN SUPPLEMENT -

Kebanyakan rakyat Malaysia yang bijak dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam bidang kesihatan banyak melaburkan gaji bulanan mereka dalam pengambilan supplement. Sebab itulah jika dilihat di hospital-hospital sendiri, wad kelas satu dan kelas dua jarang sekali didiami oleh golongan yang kaya dan berkesadaran ini berbanding wad-wad yang lain.




Seringkali kita salah faham bahawa orang yang senang atau kaya sentiasa sihat. Sangat salah sebenarnya. Bukanlah mereka punya wang yang banyak untuk membeli ubat yang mahal atau membeli kesembuhan dengan harta yang mereka ada, bahkan mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan makanan tambahan/supplement dalam kehidupan seharian.


Jadi kepada mereka yang sedar tentang kepentingan, "Mencegah lebih baik daripada merawat" dan bagi yang telah mengalami penyakit gout, ini saranan dan nasihat pengambilan supplemnet yang sesuai dengan mereka:

ALFALFA - Detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

PERFORMANCE DRINK - Memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET -  Ia mempunyai glukosamin di mana membantu memelihara rawan dan menyebabkan bergerak lebih bebas. Juga membekalkan zink, kuprum, manganase dan vitamin C untuk membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi serta membantu meningkatkan keselesaan sendi.

OMEGA GUARD – Mengelakkan keradangan sendi daripada terus membarah dalam anggota badan anda.


Semoga ada manfaat untuk semua pembaca. Sekiranya inginkan supplement terbaik Shaklee jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya segera dari saya. Saya doakan kesembuhan buat anda sekiranya anda mempunyai penyakit ini dan saya juga sentiasa mendoakan para pembaca agar terus sihat dan dapat berbakti dengan kesihatan tersebut untuk agama, negara dan bangsa.

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
SMS/WHATSAPP: 019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Friday 7 February 2014

Posted by Unknown On Friday, February 07, 2014

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Apa khabar anda di hari mulia ini? 

You know what? Hari ni saya nak bagi bonus perkongsian dari somebody yang hebat sumbangannya dalam bidang ekonomi bangsa Melayu dan juga sumbangannya dalam Islam.

Orangnya dah berusia 51 tahun tapi semangat beliau umpama anak muda berumur 21 tahun. Bukti bahawa umur bukan penghalang untuk berjaya bahakan ia jadi pendorong untuk berjaya jika niat kita benar untuk membantu menyelesaikan orang lain. Kerana ada juga rakan kongsi saya tanya,"Saya ni dah berumur, boleh ke nak berniaga, kaya dan berjaya ni. Maklumlah, hujung-hujung usia dah ni"

Sebenarnya, bila kita fikirkan kita telah lanjut usia, ketika itu jangan bagi suara 'budak kecil' dalam diri tu menghasut dan menggoyahkan semangat kita bahkan kalahkan dia dengan fikir dan cakap seorang diri,"Banyak mana dah pencen kubur dan saham akhirat aku. Jika aku tak bantu orang dengan berbisnes di hujung usia ni, agak-agak ada tak cara paling cepat untuk aku kumpul pencen kubur dan saham akhirat ni kalau asyik bertangguh-tangguh".


Saya sendiri tidak menyangka akan dapat berbalas mesej di FB dengan Pengasas dan  Jutawan Telekung jenama Siti Khadijah iaitu Pn Padzilah binti Enda Sulaiman. Bermula dengan hanya bertukar pendapat tentang isi blog kontroversi sebelum ni,"Kemusnahan Mekah Yang Disembunyikan" dan memikul rasa tanggungjawab yang besar dalam menyedarkan umat Islam, dalam semua bidang terutamanya ekonomi.

"Bila baca komen-komen tu, banyak lagi kerja kita terhadap Islam dan ummah sebenarnya," respon beliau. Saya hanya mengangguk dari jauh dengan doa di hati,"Ya Allah, pandanglah kami dan bantulah kami dalam membantu umatMu mengenali keagunganMu dan kemuliaan NabiMu dan para sahabat".

Setiap pertemuan yang diaturkan oleh Allah tentulah punya rahsia yang hanya diketahui olehNya. Yang penting, kita sebagai manusia biasa jangan melepaskan peluang tersebut untuk bersilaturrahim antara sesama kita.

Kepakaran beliau adalah membantu golongan muslimat khususnya untuk mendapatkan telekung yang bukan sahaja menepati kehendak syariat malahan lebih daripada itu, ia juga mempunyai rekaan kontemporari, cantik dan selesa terutamanya pada bahagian muka. Telekung selesa, aurat terpelihara dan ibadat terjaga.


3C YANG SANGAT PATUT DIBUANG

Saya macam biasa dengan tak malunya minta tips atau nasihat dari beliau. Sebagai orang baru dalam 'dunia' ekonomi dan perniagaan, saya sedar yang saya perlu banyak meminta panduan dan semangat dari 'otai-otai' bisnes. Merendah diri itu tentunya lebih baik bagi budak baru belajar kan?


Dengan lebih rendah dirinya beliau menjawab,"Nak dikatakan tips tak juga, cuma saya share pengalaman sikit."

Mulanya saya sendiri rasa tersentap kerana dah ramai anak murid Dr Azizan yang saya jumpa dan kebiasaannya memang begitu sikapanya, very humble. Saya lebih teruja nak tahu. Tentu anda juga rasa macam tu kan?! Letih juga nak teka 3C tu.

Saya sensitif dengan 3C yang diberikan olah Shaklee iaitu Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus, mesti nak capai semuanya, baru terasa puas.

Tapi bila Jutawan ni sebut,"Dulu saya cukup sempurna dengan sifat 3C. Apabila saya buang ketiga-tiga sifat 3C itu kehidupan saya mula berubah." Lagi tertanya-tanyakan, apakah 3C itu?

"COMPLAIN, CONDEMN AND COMPARE"

"Maknanya dulu sifat negatif tu semua saya ada. Cara melihat dulu lain, sekarang lain. Bila buang semua tu baru rasa dunia ni indah, dulu rasa dunia ni sempit snagat. Dulu rasa Allah tu jauh, sekarang dah rasa Allah tu dekat sangat. Dulu suka complain, suka compare dan suka condemn, alhamdulillah sekarang tidak lagi," sambung beliau.

Anda dapat faham tak apa yang cuba saya kongsikan?








Sebenarnya, kita ni selalu ditanam sifat-sifat negatif di dalam diri kita sama ada sedar ataupun tidak. Kita banyak complain tanpa sebarang usaha untuk memperbetulkannya. Complain kita hanya jadi mengumpat di waktu kerja dan waktu lapang.

Tak kurang juga yang suka condemn orang kerana dirasakannya terlalu perfect. Suka melihat orang lain dipenuhi kekurangan walaupun sebenarnya diri sendirilah yang dipenuhi dengan kekurangan tersebut. Semata-mata untuk menutup kekurangan diri, maka dicondemn kekurangan orang lain.

Susah mahu dibawa berbincang dan keras kepala. Jika ada 10 orang yang bersikap sebegini pasti 'kecoh' setiap kali mesyuarat sedangkan keputusan terbaik tidak juga ditemui. Sia-sia bersikap begini terutama dalam berbisnes. Sisi negatif condemn ini akan menyebabkan kita stuck dalam bisnes kerana pastinya kita hanya akan melihat kepada masalah bukan mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Ramai juga yang suka compare dan membanding apa dimilikinya dengan orang lain. Maka setiap hari mereka hidup dalam persaingan dan akhirnya secara tidak sedar, penyakit 'tidak cukup' sentiasa mengganggu hati. 


Dalam Islam, kita diajar untuk qanaah atau berasa cukup dengan apa yang telah kita usahakan. Bukanlah ia bermaksud hingga tidak berusaha tetapi janganlah sehingga membandingkan jalan hidup kita dengan jalan hidup orang lain. Bukanlah yang penting itu jalan hidup ini sendiri tetapi yang penting adalah bagaimana kita ketika melalui jalan hidup tersebut. Redha, syukur dan istiqamah dalam berusaha, itu kunci kejayaan!

Bagi saya, perkongsian ini sebenarnya sangat benar. Ia benar-benar berlaku pada saya sendiri. Banyak sangat 3C tu dulu, sekarang sedang belajar dan berlatih untuk buang kesemuanya. Buat apa hendak dinafikan sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita jika ia benar ada pada kita. Lebih baik kita akui dan perbetulkan kerana perubahan mesti didahului oleh pengakuan!


So, mengaku salah dan berubah, itu lebih baik. Jika kita faham intipati taubat, tentu kita faham bahawa dengan bertaubat kita sebenarnya telah mengaku salah kita, menyesali segala kesalan kita dan disusuli dengan perubahan dan pembaikpulihan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,"Macam mana perkongsian ni boleh ada kaitan dengan saya dan seolah-olah Jutawan ni dapat baca je peribadi saya ni walau hanya berhubung dari jauh?". 

Ingin saya kongsi satu tips lagi iaitu jika hendakkan nasihat, mintalah daripada hati yang ikhlas dan ingin berubah, insyaallah, Allah berikan jawapan melalui orang yang kita pinta nasihat itu yang bersesuaian dengan sikap kita. Nasihat yang dipinta dari hati, pasti akan keluar dari hati jua.

Siapa yang memegang hati manusia kecuali Allah? Dialah pemberi petunjuk buat kita melalui lidah orang lain.

APA YANG DILAKUKAN SEKARANG?

Beliau kini sedang mengembangkan lagi pasaran telekung jenama Siti Khadijah yang di ambil nama dari isteri Baginda SAW. Sekarang, telekung ini menjadi pilihan kebanyakan orang yang mengerjakan haji dan umrah kerana keselesaannya dan kainnya yang sangat sesuai dengan kulit wanita. Tabung Haji juga menjadi pelanggan utama beliau di samping syarikat-syarikat korporat yang lain serta individu yang inginkan gaya yang menawan dan eksklusif tambahan lagi ketika berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil setiap hari.

Saya juga dapat tahu hasil perkongsian petang tadi bahawa beliau sedang menyiapkan buku bibliografi beliau sendiri dengan tujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang yang masih ragu-ragu untuk bekerja sendiri dan menjadi usahawan berjaya tanpa dihalang oleh faktor keturunan dan usia. Jom dapatkannya apabila dilancarkan tidak lama lagi.


Terima kasih kepada Jutawan Telekung Pn Padzilah binti Enda Sulaiman  atas perkongsian yang hebat ini. Sesiapa yang berhajat, boleh dapatkan koleksi telekung terbaik dan eksklusif ini daripada Laman Web Rasmi  atau Page Rasmi Telekung Siti Khadijah ini.

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...