Sunday 29 June 2014

Posted by Unknown On Sunday, June 29, 2014

Assalamualaikum untuk semua pembaca.

Anda selalu ikuti seminar dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan anda?!
Atau adakah anda selalu melihat sahaja orang lain dihantar untuk ikuti seminar dan kursus tersebut?!

Jika selalu dihantar kursus, pasti anda merupakan warga kerja terpilih untuk cepat-cepat dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji. Kebiasaannya, hanya pekerja yang berpotensi sahaja yang sering mengikuti pelbagai kursus ni kerana mereka pekerja harapan jabatan. Iya kan?!

Syukur sangat kerana dalam Shaklee juga begitu. Unsur ilmu dan kemahiran sering dipertingkatkan, bukan hanya anjuran dari Shaklee, bahkan anjuran keluarga Shaklee juga tidak kurang banyaknya.

SEMINAR ADALAH LUBUK ORANG KAYA

Nak kenal ulama, pergilah ke pondok dan madarasah.
Nak kenal imam, pergilah ke masjid dan surau.
Nak kenal peniaga, pergilah ke pasar dan kedai.

Nak kenal jutawan, pergilah seminar. Mereka berkumpul di sana. Maka, inilah sebahagian cerita saya di seminar "Let's Together".

"GET TOGETHER" punya maksud mendalam.
Jam 9 pagi kelas telah bermula dengan saling menghubungkan silaturrahim. Semua diberi kesempatan untuk memperkenalkan diri. Hampir 50 orang yang kebanyakannya dari warga Kuantan, Terengganu dan hanya 2 orang sahaja dari Johor, saya dan pasanganlah maksudnya tu.

"Saya bermula dengan melihat FB si folan...si folan dan akhirnya JATUH CINTA dengan Shaklee kerana seronok membaca post pengedar-pengedar Shaklee yang POSITIF."

"Saya hanya pengguna biasa je, tapi bila tengok ramai rakan-rakan BERJAYA dalam Shaklee, tak boleh jadi ni, saya pun mula menjadi pengedar aktif."

"Saya seorang pengayuh basikal (ahli sukan) mula mencuba Performance Drink. Share pula dengan rakan-rakan basikal yang lain. Semua cakap,"BEST" dan order banyak-banyak. Maka nak tak nak saya TERPAKSA jadi ahli dan pengedar supaya senang nak ambil stok dan buat SIDE INCOME."

"Saya jadi ahli kerana jatuh cinta dengan produknya. Share pula kepada keluarga dan kawan-kawan. Semua dapat feedback positif. Akhirnya order dapat banyak, saya dapat FREE MEMBERSHIP dan terus jadi ahli. BEST"

Inilah antara ayat-ayat perkenalan sesama pengedar dalam seminar ni.

Bayangkan hampir semuanya menjadi ahli dan pengedar secara 'tidak sengaja' dan akhirnya 'terpaksa' pula berjaya apabila mereka mula membantu orang lain untuk mengenali Shaklee.

Antara tajuk yang dibentangkan adalah Kenali Shaklee, Law of Universal Attraction, cara kiraan bonus, Bonus Kereta, SEO untuk blog dan Branding.

Bila dah 'berkenan', masukalah meminang. Itu ibaratnya!

Pencapaian ini menceritakan sendiri tentang 'long term business' yang sangat stabil.

Semakin hari semakin ramai yang menjadi jutawan Shaklee. Kenaikan yang tidak pernah ada turunnya.

Sebenarnya selain tujuan untuk belajar pada hari tersebut, saya juga turun ke sana untuk melihat dan berjumpa dengan anak cucu bisnes yang selama ini hanya berhubung melalui 'online' sahaja.

Teknologi sekarang sangat advance. Berniaga pun boleh melalui online sahaja dan yang bestnya adalah mereka TERBUKTI BERJAYA walau tidak pernah bersua muka.

Si kecik bersama ibunya menuntut ilmu. Mereka tidak ditinggalkan kerana Shaklee adalah bisnes keluarga dan ia boleh diwarisi oleh anak-anak.

Atikah Jamaludin Alias sedang 'beraksi' di pentasnya sendiri.
Memberi input tentang bonus kereta kepada hadirin.

Teruja saya sebenarnya bila dapat melihat anak didik sendiri memberi sharing kepada hadirin. Dulu saya seorang je suka buat kerja ni. Sharing kan memberi. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak pula kita dapat! Itu janji yang pasti.

Kejayaan dalam bisnes, jika hanya diukur kepada kita secara individu, itu hanyalah mimpi dan bukan bisnes sebenar. Kejayaan bisnes diukur dengan melihat kepada rakan-rakan kongsi kita yang lain. Jika mereka berjaya duplicate kita, maka kita berjaya! Jika tidak, kejayaan kita pasti lompong.

Prinsip yang dipegang dalam group Jutawan Shaklee sangat mudah:

Teach others to teach others (TOTO)
Help others to help others (HOHO)
Lead others to lead others. (LOLO)

Prinsip inilah yang menyebabkan group Jutawan ini mengusai 60 - 70% jualan Shaklee Malaysia setiap bulan. Prinsip yang sangat mudah yang pastinya membantu ramai orang yang tidak pernah pun berbisnes menjadi jutawan kerana inilah prinsip KERJASAMA!

Setakat ini dahulu. Banyak lagi gambar tidak dapat dimasukkan atas beberapa kesulitan dan masalah teknikal. Kita sambung dalam posting FB pula selepas ni.

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Friday 27 June 2014

Posted by Unknown On Friday, June 27, 2014
Assalamualaikum kepada semua.
Semoga sihat-sihat hendaknya.

Alhamdulillah 3 hari lepas, 23 Jun 2014, kaki ini selamat menjejak semula bumi Johor setelah 3 hari di perantaun. Ececeh..... Bukanlah, hanya di Terengganu. Berjalan-jalan sambil coaching sikit sebanyak anak cucu bisnes di sana.

Bertolak dari Larkin Sentral pada jam 9.30 malam dan tiba jam 5.30 pagi di Hentian Bas Kuala Terengganu. Selamat sampai dan dijemput oleh anak bisnes Shaklee saya, Cik Marozini aka Ceq Jie. Untuk makluman, beliau menjadi tourist guide saya selama berada di Ganu Kite.

Jom layan sebahagian cerita 3 hari 2 malam di sana.

Selamat tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu jam 5.45 pagi.

Sarapan pagi di sini. Nasi Dagang yang best. Kelasssss...
Terima lawatan daripada slot rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu.

Dari hentian bas, terus je memandu kereta sewa khas ke Pantai Batu Burok. Tak jauh pun. Dalam 10 minit -15 minit dah sampai dan yang paling best, jalanraya pada hari Jumaat sangat lengang. Hinggakan terfikir juga di benak ni, ke mana semua penduduk Kuala Terengganu (KT) ni pergi pagi-pagi ni? Tidur ke? Ayakk.


Kebetulan sebelah tempat makan tersebut ada program kesihatan anjuran Jabatan Kesihtan Kuala Terengganu untuk memenuhi hari cuti umum beserta pelbagai aturcara menarik. 

Walaupun tak lama berada di tapak program tersebut, sempat juga la kami meronda gerai-gerai kesihatan yang ada. Dapat banyak ilmu baru mengenai kesihatan di sana tapi paling penting adalah nasihat kepada diri ini untuk turunkan lagi 13kg berat badan untuk fit dan bertambah hensem. Adushhh, sampai sana pun masih kena lecture tentang berat badan :)

Kempen dilancarkan adalah "Kempen Tidak Merokok".

Bukan di sini saya kena 'lecture'. Tempat kejadian di kaunter sebelahnya.
Itulah rajin sangat nak cuba ambil BMI kan?!

Sempat pula melihat produk-produk bahaya ni.
Ada beberapa produk terkenal juga disenaraihitamkan di sini.

Ni best. Dikir Barat,"Jauhi Roko". Real tu.

Hampir ke tengah hari, melawat pula Bukit Panorama yang dikatakan pernah menjadi tempat duduk berdirinya Sultan Terengganu satu masa dulu.

Bukit ini tidaklah terlalu tinggi tapi mungkin ramai yang masih 'berehat' di rumah sempena hari cuti umum maka hanya kami bertiga sahaja berada di atas sana. Semakin tinggi, semakin luas pemandangan.

Cantik! Hanya simpan di hati kecantikan alam ini.

Perkataan "KUBU" tu. Dalamnya ada singgahsana lagi.

Sila-sila baca.

Cantikkan? Banyak projek sedang dibangunkan. Alhamdulillah

Lawatan ke Pasar Payang pula.
Cenderamata pun ada.
Suasana belum panas lagi ni!

Bukit Panorama terletak di atas shopping complex ni.
Berhadapan dengan Pasar Payang.

Wah, setakat ini dulu. Sedang bersiap untuk berjalan-jalan ke Kuantan pula. Esok ada coaching dengan anak didik di Kuantan Pahang pula.

# Insyaallah akan disambung berdasarkan kerajinan si penulis ini.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 


Thursday 19 June 2014

Posted by Unknown On Thursday, June 19, 2014

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak sharing tentang bola dan cempedak. Tajuk ni bukan berkaitan FIFA sekarang tapi berkaitan sikap kita dalam menghadapi rejection sama ada dalam hidup ataupun dalam bisnes.

Masalah manusia sebenarnya kita tak mampu nak menerima rejection sebenarnya walaupun bahasa yang digunakan adalah paling lembut. Manusia yang paling banyak menerima rejection adalah peniaga.

Jika kurang percaya, pergilah ke pasar. Lihat sahaja para peniaga memanggil anda ke kedai-kedai mereka. Adakah anda menolaknya? Adakah salah anda menolaknya? Adakah anda telah melukakan hati peniaga tersebut?

Jangan rasa bersalah ye. Tak salah pun anda menolak dan peniaga yang berdarah niaga sebenar takkan terasa dengan rejection atau penolakan anda itu.


MASALAH SEBENAR

Namun sebenarnya bagi sesetengah peniaga, penolakan daripada seseorang terutamanya orang yang diharapkan menjadi pelanggannya yang terdiri daripada orang terdekat seperti keluarga dan rakan taulan akan memberi tamparan yang agak besar bagi mereka.

Namun, masalah ini biasanya dihadapi oleh newbie dalam bisnes. Baru nak bermula, biasalah. Cabaran kecik akan terasa beratnya.

Ini juga cabaran yang diutarakan oleh anak didik biz saya ketika coaching tempoh hari.

ANDA SIAPA YANG ANDA FIKIRKAN!

Apabila kita ditimpa masalah, jadilah seperti bola. Jangan jadi cempedak!

Bola itu sifatnya bulat, penuh dengan udara di dalamnya dan apabila ia jatuh, sekuatmana ia jatuh, setinggi itu juga ia akan melantun tinggi.

Elakkan dari jadi cempedak masak. Jatuh menggegar bumi dan menakutkan orang lain tapi isinya pecah dan busuk tak dapat memberi manfaat kepada manusia lain.

Maksudnya seraplah sifat bola dalam diri apabila berhadapan dengan rejection. Penuhkan dada dengan dengan 'udara' ilmu dan kesedaran tentang hakikat niaga dan rezeki. Allah yang gerakkan hati manusia untuk terima atau tolak. Jika mereka terima, itu rezeki dari Allah, jika sebaliknya, ia satu pelajaran dari Allah.

Bila 'jatuh' akibat ditolak, 'lantunlah' semangat dan tindakan anda lebih tinggi. Jangan dilayan perasaan negatif itu dan elakkan dari main biola lama-lama. Bukan kata telinga orang lain, telinga sendiri pun sakit mendengarnya alunan rentaknya yang tidak berirama tu.

Jadilah katak pekak dengan mulut orang yang bukan sahaja menolak bisnes anda bahkan ditambah pula dengan kata-kata nista sebagai penambah rasa. Jika anda benarkan hati anda melayannya, pasti emosi menjadi tidak stabil dan bisnes anda pun hancur dalam diam.

Elakkan daripada bersifat cempedak busuk, ia jatuh bukan kerana orang lain yang memangkasnya tapi ia jatuh menyembam tanah hanya kerana sifat buahnya yang telah 'membusuk' sendiri.

Cempedak busuk dari dalam, bukan dari luar. Jadi, hati-hati dengan apa yang anda isi dalam diri anda.

Hanya dengan 'angin' sindiran atau penolakan yang terlalu sedikit, sudah cukup untuk menjatuhkannya. Kulitnya sudah ditebuk dengan gigitan tupai 'busuk'. Walhasilnya pun memang buah yang 'busuk' akan menarik binatang yang busuk juga memakannya.

FIKIRKANLAH!

Setiap hari yang kita lalui adakah kita laburkannya hanya kerana seseorang yang pernah menolak kita, mengumpat kita atau mencela kita?!

Sangat berbaloikah jika ada sebahagian dari hidup kita musnah hanya kerana orang lain?! Apatah lagi jika keseluruhannya?!

Sepatutnya bagi seorang yang berakal untuk sentiasa 'bangun' daripada jatuhnya'. Kerana kita manusia yang hebat. Ya, kita hebat kerana kita punya akal dan agama.

Ingat lagi firmanNya,"Sesungguhnya kami ciptakan manusia itu dalam sebaik-baik kejadian!".

Jadilah mukmin yang sejati. Mukmin yang Nabi SAW sifatkan,"Alangkah ajaibnya urusan orang yang beriman. Jika ia dianugerahkan kenikmatan, ia bersyukur. Jika ia ditimpa musibah, ia sabar".

Bukankah seorang Islam yang hebat itu adalah orang yang mampu memberi manfaat terbanyak kepada orang lain?!


Jadi kenapa engkau bersedih dengan sedikit penolakan daripada manusia yang tidak dapat melakukan apa-apa. Buatlah apa yang ingin engkau lakukan asalkan ia memberi manfaat kepada manusia ramai. Yang menolak manfaat tersebut, abaikan. Masih ramai yang bersedia mendapat manfaat yang engkau tawarkan.

Lapkan air matamu, kuatkan semangatmu. Sesungguhnya, mukmin yang kuat itu lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah.

Sekian dulu coretan buat jiwa-jiwa yang masih lemah. Semoga anda kaya dan berjaya. Dunia dan akhirat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Monday 16 June 2014

Posted by Unknown On Monday, June 16, 2014

Assalamualaikum semua.

Semoga anda sihat-sihat hendaknya dan dianugerahkan kebahagiaan hidup untuk setiap hari yang anda lalui di dunia ini. Pasti berguna segala harta benda jika hati juga tenang dan bahagia.

Hari ni nak berkongsi satu pengisian yang saya share dalam FB 3 hari yang lalu dengan tajuk,"Siapa Mentor Anda?!". 

Saya kongsikan sekali lagi beserta jawapan lengkapnya. Mudah-mudahan, makin ramai yang faham apa pentingnya mentor dalam membina kejayaan dan kekayaan hidup, dunia dan akhirat. 

AL-KISAH

Pernah satu kali saya sesat ketika dalam perjalanan mahu ke bandaraya Johor Bahru. Kerana satu urusan penting ketika itu, maka konsep 'hentam sajalah' digunakan. Bergerak dan bertolak dahulu ke sana. Kalau jumpa, syukur. Kalau tak jumpa, tanyalah.

Jawapannya tentulah, takkan jumpa punya. Sebab namanya pun 'hentam sajalah' kan?! 

Maka dengan muka 'tak malunya' saya berhentikan motor yang bernombor plat JMC (Johor) dan bertanya di stesen Petronas berdekatan,"Di mana hotel sekian...sekian di JB kerana saya ada urusan penting di sana?"

Kata si pengepam minyak itu, "Ikut jalan sekian, belok kanan, jalan dalam 500 meter dan seterusnya sampai di sana. Hotelnya di tingkat 2. Bawahnya kedai gunting rambut!".

Erkkk....betulkah hotel ini serupa itu gambarannya?!

Dengan separuh yakin, saya 'menurut perintah'. Tapi akhirnya malang tidak berbau, panduan tidak bertanda, jalan tidak kena. Tiada hotel yang disebut, terjumpa rumah tumpangan sahaja di hujung jalan sana.

Fikir punya fikir, di mana tempat bertanya seterusnya, maka seakan terlintas di hujung mata, ada kawasan sewaan teksi di tepi sebelah kiri jalan. Jaraknya hanya 300 meter di bekanag saya. 

Saya berhenti pula di kawasan itu. Tuan-tuan teksi sedang bersidai. Rokok daun digulung dan diperasapkan. Mungkin menghilang penat, detik hati saya. Salam dihulur dan tujuan dinyatakan. Saya tanyakan mereka mengenai hotel yang saya cari, sebenar-benarnya di mana?!.

Ramai yang tahu dan menerangkan jalan dengan sangat rumitnya. Dengan sedikit malu saya memberitahu,"Sebenarnya saya tak pernah datang JB, saya tak tahu jalannya, bolehkah kiranya ada yang berkenan untuk menunjuk jalan".

Hening tiba-tiba seolah-olah ada malaikat yang lalu. Lalu seorang lelaki menapak ke depan dan katanya,"Jom saya tunjukkan jalan. Ikutlah di belakang teksi saya". Moga pencen kubur tuan pemilik teksi itu bertambah kerana kekayaan hatinya.

Akhirnya tak sampai pun 10 minit, saya tiba di hotel tersebut dengan selamat dan dengan kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Kepuasan dari usaha dan berani bertanya!

Soalan yang saya lontarkan kepada pembaca di FB saya adalah,
SAYA NAK ANDA JELASKAN KEPADA SAYA APA YANG ANDA FAHAM DARIPADA CERITA RINGKAS INI YG BERKAITAN DENGAN BISNES - MENTOR - KAYA - BERJAYA.

Antara jawapan bernas dan matang yang diberikan oleh rakan-rakan FB!

TELADANNYA

1. Jika kita baru sahaja berbisnes atau baru nak mengenali hidup, mulakan bertanya,"Macam mana?", elakkan bertanya,"Boleh ke?". 

Bila kita bertanya macam mana nak buat sesuatu atau macam mana nak berbisnes, sebenarnya kita telah buka satu peluang kepada diri kita untuk belajar. Apa-apa pun nak buat, biar ilmu di depan. 

Jika kita terus bertanya, "Boleh ke?", biasanya itu merujuk kepada tindakan terus tanpa ilmu. Tambahan lagi jika ada penambahan "Boleh ke tak?", memang itu tandanya anda hendak bertindak tanpa ilmu dan jawapannya, memang tak la!


2. Konsep 'hentam sajalah' dalam bisnes bukan tidak boleh malah digalakkan untuk usahawan terutamanya yang baru bermula untuk mengumpul seberapa banyak pengalaman jatuh bangun dunia bisnes.

Tapi pernah tak terfikir yang sebenar semua 'jalan' ada shortcutnya. Jalanraya yang terlalu panjang kan membosankan? Kenapa tak lalu short cut jer? Rugi ke kalau kena bayar tol sikit sedangkan masa untuk sampai ke destinasi dan tenaga yang terbuang dapat dijimatkan berkali-kali ganda?

Bisnes adalah perjalanan. Sama ada panjang atau pendek jalannya terpulang kepada ILMU usahawan itu. Kenapa nak buang masa melalui jalan panjang tu sedangkan ada orang yang telah melaluinya dan telah 'berjumpa' jalan shortcutnya?

Ceduk je ilmu daripadanya. Cari mentor yang telah jadi jutawan, belajar daripadanya. Minta jalan short cut, jangan tanyakan jalan panjangnya. Jika berbayar pun, itukan berbaloi. Jika mentor anda jadi jutawan selepas 3 tahun, dengan ilmu shortcutnya, anda mampu menjadi jutawan dalam setahun, bukankah itu berbaloi!

Ringkasnya, jika anda rasakan, "Takpelah, saya nak lalu juga jalan 'hentam sajalah' ni. Apa-apa pun saya tanggung". Fikirkan dahulu, adakah anda mahu mengulangi kesilapan dan kegagalan orang lain sedangkan mereka telah sedia jatuh ke dalamnya dan mereka pula sedia memberi jalan agar anda tak merasainya. kemudian fikirkan juga, adakah anda sekuat orang lain sekiranya anda jatuh dalam lubang kesilapan dan kegagalan itu. 

Hanya 10% orang yang pernah jatuh dapat bangun kembali sebagai JUARA. Ia tak semudah seperti dijangkakan.

3. Cari mentor yang bukan hanya sekadar anda boleh bertanya, tapi carilah yang boleh menunjukkan.

Jika hanya sekadar boleh memberitahu sahaja, itu belum cukup, tapi carilah yang bersedia memimpin tangan anda untuk melalui jalan itu bersamanya. 

Mentor yang baik dan bertanggungjawab pasti dengan rela hatinya membantu anda kerana mereka tahu RAHSIA JUTAWAN. What you give, you get more back! Simple right! :)

4. Usaha dan berani bertanya, pasti anda berjumpa dengan mentor terbaik untuk anda.

Percayalah bahawa setiap orang mempunyai mentor yang berbeza. pasti tidak sama kerana sifat mentor itu sendiri sebagai manusia pasti ada kekurangannya. Kekurangan paling mudah adalah semua mentor tak terlibat dengan semua bisnes.

Mentor hartanah hanya terlibat dengan hartanah. Mentor saham hanya terlibat dengan saham dan begitulah seterusnya. Mungkin ada juga yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan tapi yang pastinya adalah tak semua bidang bisnes dan keusahawanan mereka terlibat.

WHY? Sebab mereka ada FORMULA JUTAWAN. Fokus.

Begitu juga anda, fokus ke mana hendak anda tuju?! Satu tujuan dahulu. Jika telah berjaya sampai ke tujuan pertama, barulah merancang untuk tujuan seterusnya.

Jika anda mula berbisnes dengan 3 jenis hingga tidak terkira jenis bisnes yang anda hendak fokuskan, anda MASTER OF NOTHING! Tidak ada satu jenis pun nanti yang akan menjadikan anda master. Sebabnya anda hilang fokus.


So, jangan malu bertanya. Beranikan diri untuk minta tunjuk ajar dari orang-orang yang telah berjaya!

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.
Bertindak yang baik-baik.
Pasti hidup anda terbaik.

Itu sahaja tips mentor mentee kehidupan dan kejayaan hari ini. Semoga anda kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Tuesday 10 June 2014

Posted by Unknown On Tuesday, June 10, 2014

Assalamualaikum semua.

Semalam saya sempat menyediakan ruangan masa untuk seorang wanita yang telah beberapa kali ingin berjumpa. Tentunya atas urusan bisnes. Elakkan kontroversi yer.

Bersua muka di sela waktu rehatnya pada jam 5-6 petang. Banyak yang dibual dan dibincangkan. Bermula dari urusan bisnes hinggalah ke urusan rumahtangga. Kerana bisnes biasanya tetap berkait dengan rumahtangga. Tak mahulah bisnes berjaya tapi rumahtangga sebaliknya.

Mujur cik tunang dibawa bersama. Jadi taklah segan sangat bila masuk bab rumahtangga ni. Rupa-rupanya di sebalik wajah yang tenang itu benar-benar punya kisah yang tersendiri.

KISAH SUAMI

Sebenarnya saya sendiri kurang senang bila orang menceritakan sesuatu yang tidak baik tentang orang lain. Bagi saya, biarlah bagaimana pun orang berfikir tentang seseorang tapi jangan diumpat atau dikata di belakangnya. Konsepnya mudah,"Jika kita mengata seseorang di belakangnya,  ada pula orang lain yang akan mengata kita di belakang kita"

Tapi akak seorang ni sangat lembut raut wajahnya, tersusun sebut katanya dan berlapik kisahnya. Berumur lingkungan akhir 40-an. Hajatnya hendak mendapat nasihat dan panduan daripada saya sebagai seorang ustaz dan mentornya yang dipercayai. Lagipun katanya, sudah 2,3 kali ke pejabat Qadi tpai masalah tak juga selesai. Nak bercerai, kesian pada anak-anak. Nak bersama tapi sudah tidak ada keserasian.

Suaminya seorang pemandu treler. Hidup dan banyak masanya hanya di atas jalan raya. Telah berpuluh tahun begitu. Jarang sekali ada di rumah hatta jika cuti pun, lebih suka merayap di rumah kawan-kawan daripada rumah sendiri.

Nafkah anak isteri juga tidak dilaksanakan hinggakan isteri perlu buat 2-3 kerja setiap hari untuk membantu meringankan beban anak dan keluarga.

Jika sewaktu muda, bolehlah bersabar sementelahan kudrat masih kuat, azam masih tinggi dan masa masih panjang. Tapi apabila telah masuk umur 40-an, kesabaran makin tipis, kudrat makin lemah dan harapan untuk bahagia semakin pudar.


NASIHAT

Di akhir penceritaannya, sempat saya nukilkan beberapa nasihat yang saya kira berguna juga buat para pembaca, baik yang telah mengalami masalah seumpama ini atau lainnya.

1. Kita perlu faham bahawa masalah itu hanya datang dengan izin Allah SWT. Maka, jika kita telah tahu punca masalahnya, lebih senang kita berjumpa solusinya. Itulah yang kita selalu sebut apabila ditimpa musibah,"Inna lillah wa inna ilaihi raaji'un". Bukankah dari Allah masalah itu datang, maka kepada Allah jugalah masalah itu kembali.

2. Sifat Allah SWT adalah tidak zalim sama sekali kepada hambaNya. Ia akan sedarkan hambaNya tentang kesalahan dan kelalaian diri sendiri melalui pelbagai cubaan dan dugaan hidup di dunia ini. Mungkin telah lama kita tidak pernah sujud dengan maksud sesungguhnya atau sudah lama kita tidak mendirikan solat dengan setepatnya.

Percayalah, Allah akan terus menegur kita, bermula dari musibah yang kecil sehinggalah musibah yang terbesar. Ujian itu hanya terhenti setelah kita sedar bahawa itu semua adalah teguran keras Allah kepada kita.


3. Banyakkan bertaubat dan bercerita kepada Allah di tengah malam.

Dalam hadis Nabi dan al-Quran banyak sekali kelebihan bangun di tengah malam. Ketika itu suasana sangat sepi. Kala itulah, Allah menunggu hambaNya yang ingin mengadu dan memohon ampun kepadaNya. Tapi masalah kebanyakan daripada manusia, ia suka mengadu sesama manusia taapi tak sanggup nak mengadu kepada Tuhan yang menyayanginya lebih daripada ibunya sendiri!

Jika ada masalah, kembali kepadanya. Ingatlah, jika semua manusia berhimpun untuk selesaikan masalah kita tapi Allah tidak izinkan, ia tidak akan selesai juga. Maka penyelesaian yang paling utama adalah mengadu kepadaNya dahulu sebelum mengadu kepada orang lain.

Wallahua'lam. Semoga ada manfaat untuk perkongsian ringkas ini.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 


Friday 6 June 2014

Posted by Unknown On Friday, June 06, 2014
Assalamualaikum readers jutawan semua.

Pernahkah anda lihat pemimpin anda diiringi oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan mengawasi beliau apabila berjumpa rakyat di jalanan?

Pernahkah anda lihat pemimpin anda 'dikepung' oleh puluhan bahkan hingga ratusan anggota keselamatan ketika beliau dalam perjalannya ke sana ke mari?

Pernahkah anda lihat pemimpin yang dikatakan disokong oleh majoriti ramai ternyata takut dalam sendirian hingga terpaksa anggota keselamatan menjadi benteng buat dirinya di mana sahaja dia berada?!

# # # 

Beberapa hari ini sebenarnya, saya agak terkejut ketika secara tidak sengaja terbaca berita kemenangan As-Sisi dalam pilihanraya Presiden di Mesir. Saya hanya meninjau dari jauh sahaja. Beberapa maklumat underground yang saya dapat adalah majoriti rakyat Mesir memulau pilihanraya yang dianggap tidak bertamadun ini.


Seorang bebas di kerusi pemerintahan yang dikuasai melalui anggota bersenjata sedangkan seorang lagi (Mursi) sedang meringkok di dalam penjara hasil caturan politik yang pastinya tidak membabi-buta.

Tapi apabila diisytiharkan kemenangan dengan peratusan yang sangat tinggi pula menyebelahinya, ia sudah cukup menjadi bukti kegagalan demokrasi kini.

Rata-rata perkara ini berlaku hanya di negara Islam. Ramai pemimpin-pemimpinnya menang dengan peratusan di luar jangkauan akal tapi di mana bukti kegagalan dan penyelewengan pilihanraya ini?!

Tidak perlu lihat di sebalik pilihanraya itu sendiri. Tak perlu melantik diri menjadi pemerhati politik yang tidak bertauliah. Tapi lihatlah kemudian harinya, pasti ada perkara yang tidak kena.


Jika dikatakan menang dengan bermaruah, mengapa perlu anggota keselamatan melindunginya di sekeliling arah apabila turun bertemu rakyat? Melainkan ia telah menjadi bukti betapa penyelewengan itu berlaku di sana sini.

# # #

Adakah perkara ini berlaku di Malaysia? Hanya orang yang mempunyai mata dan jujur sahaja yang akan mengakuinya dengan sebal. Tanda demokrasi yang dijunjung selama ini sebenarnya telah mati sejak awal lagi. Cuma mungkin adat orang Tanah Melayu, segala yang datang dari luar itu lebih baik dari yang sedia ada.

Adakah pengganti kepada sistem yang dikatakan menjadi nadi kepada sistem pemerintahan kini?! 

Sejujurnya jawapannya telah lama ada di dalam Islam. Ia adalah sistem syura yang diperkenalkan oleh Nabi dan diteruskan pula oleh para sahabat yang hebat.

Sistemnya pasti lebih unggul daripada sistem demokrasi sedia ada kerana ia turun dari Tuhan, pencipta segala sistem di dunia ini.

# # #

Lihat bagaimana Abu Bakar dan Umar. Ketika mana Islam telah pun menjadi kuasa besar dunia, tiada seorang pun pengawal berada di depan pintu rumah mereka.

Bahkan Saidina Umar r.a dan Saidina Abu Bakar mampu tidur di kebun-kebun kurma tanpa pantauan sesiapa kerana sistem syura melahirkan pemimpin yang takutkan Allah dan sayangkan rakyat sedangkan demokrasi melahirkan pemimpin yang dibenci Allah dan takut kepada rakyat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Sunday 1 June 2014

Posted by Unknown On Sunday, June 01, 2014

Assalamualaikum semua pembaca dan visitor jutawan.

Beberapa hari kebelakangan ni, ada 4-5 orang yang PM saya di FB meminta tips sebarang dua untuk diamalkan. Tekanan dan kebosanan yang menimpa mereka mungkin agak berat kerana biasalah, lain padang lain belalangnya.

Dulu saya bekerja di pejabat dengan mengamalkan tips mudah ni dan sekarang ia menjadi seakan 'tabiat' yang dibawa pulang bersama apabila bekerja dari rumah. 

Serius best dan menenangkan, kerja pun jadi mudahkan bila hati senang, kualiti kerja juga bertambah. Bos jangan cakaplah, sudah tentu sayangnya berlebihan untuk kita tanpa perlu dipinta atau dibodek.


1. Halwa Telinga 

Tidak kisah rentak jenis apa pun, asalkan sedap didengar, lembut untuk hati dan tidak mengganggu tumpuan kerja. Jika boleh, elakkan suara muzik terlalu kuat hingga mengganggu rakan yang lain. Guna headspeaker pun dah cukup bagus. Asal telinga dapat menagkap rentak bunyinya atau suaru lantunan penyanyinya.


Saya pernah terjumpa kajian saintifik membuktikan muzik dapat meningkatkan tahap fokus semasa bekerja dan untuk mengurangkan tekanan. Muzik klasik terbukti menunjukkan peningkatan yang paling tinggi untuk mereka yang gemar bekerja serta pelajar berbanding muzik rentak lain.


2. Gerakkan Mulut Anda

Tumpuan sepenuhnya pada komputer tanpa henti pasti akan menimbulkan rasa bosan. Saya lah tu. Jarang dapat berlama-lama memandang lappy. Rasa bosan pasti bertandang walau tanpa dipinta.

Satu caranya adalah gerakkan mulut dengan berkunyah. Dapatkan makanan ringan seperti cip kentang, kacang, chewing gum atau lain-lain. 

Tapi perlu diingat, jangan pula beli snek berlebihan kerana penyakit mengantuk dan malas akan mula berjangkit di tempat kerja seterusnya menghilangkan fokus kerja.

Berat badan naik, jangan salahkan saya ye. Saya dah pesan awal-awal.:) 


3. Cakap....cakap.

Sungguhpun anda sangat sibuk menyiapkan kerja, jangan habiskan masa sepenuhnya melakukan semua itu, sebaliknya cuba bercakap dengan rakan sekerja. 

Buka sedikit tajuk yang ringan seperti teka-teki atau filem terbaru di pawagam. Dengan cara ini, sedikit sebanyak rasa bermotivasi meningkat dan kurang tekanan ketika bekerja. Pasti hari bekerja anda menjadi lebih ceria setiap hari.

Cakap ye tapi elakkan dari terus mengumpat!


4. Cipta cabaran!

Melakukan perkara yang sama dalam kerjaya pasti bosan kan ?! Seolah-olah cabaran ketika baru bekerja sudah lama hilang dibawa arus rutin harian. 

Jika selama ini kita sering mendapat tugasan daripada orang lain, cuba cari idea untuk mencabar diri sendiri melakukan tugasan baru dan kemukakan idea itu kepada ketua atau bos anda. 

Tak perlu risau ditolak, apa-apa pun mencuba juga adalah satu cabaran. 


Selain itu, atur objektif yang realistik di tempat kerja. Contohnya, anda adalah seorang yang malas mengemas dan ingin berubah menjadi 'ringan tangan'. Lakukan tugasan secara berterusan dan jangan mengaku kalah kerana lambat-laun anda pasti dapat mengubahnya.


5. Tunaikan Hobi

Jika ada masa rehat atau terluang di tempat kerja, jangan takut-takut untuk melakukan hobi anda. Tapi sebelum tu, pastikan hobi anda bermanfaat ye. Misalnya, anda adalah seorang yang suka menyimpan resepi makanan atau membaca komik atau selainnya.


Apabila ada saja masa lapang atau kerja sudah siap, lakukan hobi anda dengan segera. Hobi dapat mengurangkan tekanan untuk seketika tapi awas, jangan lakukan ia secara keterlaluan kerana anda mungkin berisiko dibuang kerja.


6. Kuasai Kemahiran

Setiap orang pasti ada kemahiran tersendiri. Untuk menjadikan kerja lebih seronok, cuba perbaiki kemahiran anda yang belum sempurna. Contohnya, anda suka menggunakan aplikasi Photoshop atau Adobe Indesign, tetapi tidak terlalu mahir.

Cuba belajar untuk meningkatkan kemahiran anda dalam aplikasi itu kerana cara ini boleh memberi anda peluang untuk memilih kerjaya baru. Jika anda berminat dalam bidang itu, teruskan kerjaya anda di peringkat lebih jauh ataupun tubuhkan syarikat sendiri. :) :) :)


7. Ambil cuti dalam beberapa hari

Jika semua cara di atas tidak memberikan kegembiraan dan ketenangan kepada anda, maka jangan teragak-agak mengambil tindakan akhir ni.

Mungkin tekanan dan gangguan semasa kerja yang berterusan menjadikan hidup anda tidak ceria dan dalam dilema. Cuba ambil cuti selama beberapa ketika untuk menenangkan diri anda. Pergi bercuti di tempat menarik ataupun adakan aktiviti riadah bersama teman sekerja dan ahli keluarga.


Sekian dulu tips dari saya. Any comment?! Please drop it in comment box :)

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...