Wednesday 16 July 2014

Posted by Unknown On Wednesday, July 16, 2014

Siapa tidak pernah dengar tentang kecanggihan dan kemajuan pesat negara Jepun?
  • Tokyo adalah bandaraya tercanggih nombor 1 di Asia dan ke-4 di dunia. 
  • Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah pola makan seluruh penduduk dunia. 
  • Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Beribu produk baru setiap tahun.
  • Mereka mendominasi dalam banyak industri teknologi Amerika daripada kereta sehingga permainan video. 
  • Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan.

Tiada siapa yang melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu setengah abad lalu memberikan negara ini secebis harapan untuk ‘hidup semula’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali hari ini.


PRINSIP ORANG JEPUN

Sesebuah negara tidak akan sekali-kali mencapai kemajuan melainkan kerana digerakkan oleh rakyat negara tersebut. Negara maju maksudnya rakyatnya telah maju terlebih dahulu. Begitulah sebaliknya.


1- KAROSHI

Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah TERAMAT RAJIN. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama!

Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun. Satu angka yang sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!


Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.


2- PEMALU

Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat.

Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab.

Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut, biasanya kerana perasaan malu.

Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun!

Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

Hebat, bukan?


3- ANTI-KONSUMERISME

Kesan daripada sistem kapitalisme, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, tetapi tidak di Jepun.

Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan.

Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen.

Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Penduduknya pula suka berbelanja dihypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?


4- TIRUVASI (TIRU + INOVASI)

Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.


Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualannya mencecah angka 150 juta!

Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat tiruvasinya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun.

Siapa yang tak pernah memiliki Walkman kan?


5- SETIA

Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin!

Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampailah pencen.

Contoh lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu.

Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden.

Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara lain termasuk Malaysia.


6- PANTANG MENYERAH

Paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi.

Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri.

Tetapi, ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner.

Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945. Tapi ia masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini.


7- BERDIKARI

Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semula dengan cepat setelah berlaku kecelakaan.

Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi.

Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi.

Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri.

Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian.

Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian.


8- MEMBACA

Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca.


Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar.

Jika ada demand, mesti ada supply, bukan?

Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah.

Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat.

Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).


9- BERJEMAAH

Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan.


Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berjemaah atau berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka.

Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.

Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya.

Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan.

Itulah rahsia kejayaan orang Jepun.

Luar biasa hebatnya!

Luar biasa juga hasilnya jika kita boleh menerimanya juga!


Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Thursday 10 July 2014

Posted by Unknown On Thursday, July 10, 2014

Assalamualaikum semua...

Beberapa hari di awal Ramadhan, saya masih berkira-kira untuk menulis post ni. Takut sekali jika mencederakan emosi saudara seIslam saya yang besar kemungkinan pada sangkaan saya sangat susah mahu meninggalkan rokok dan racun asapnya sekalipun pada bulan mulia ini.

Sehinggalah semalam, apabila tiba berita serangan Israel ke atas Palestin semakin 'mengganas' dengan jumlah syahid di kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa semakin meningkat. Jika dicampur tolak dengan korban lelaki dan wanita yang lain, tentulah tidak cukup angka kita mahu mengiranya.

Berita ini mungkin tidak bermaksud apa-apa kepada orang bukan Islam, tapi realitinya adalah sebaliknya. Ramai orang bukan Islam sangat cakna dengan isu ini. Maka bagaimana kita boleh membiarkan diri kita seoalah-olah tidak terkesan dengan isu ini sedangkan kita adalah sebahagian daripada umat Islam?

Tidak perlu saya jelaskan betapa seronoknya kerajaan kutip cukai rokok atas derita penagihnya.

Tidak perlu saya ungkit betapa 'ngamnya' syarikat pengeluar rokok dengan Israel.

Tidak perlu juga saya nyatakan telah berapa ratus fatwa seluruh dunia yang telah keluar berkaitan haramnya merokok.

Tidak perlu lagi saya bentang ribuan kajian menunjukkan betapa berbahayanya segala chemical yang sangat berbahaya kepada kesihatan.

Cuma di sini saya ingin nyatakan, berhentilah merokok!

Jika tidak untuk orang lain pun, berhentilah untuk keluarga tersayang anda.

MY LIFE DECLARATION!

Salah satu deklarasi hidup saya yang bermaksud janji saya sepanjang hidup yang pendek ini adalah saya tidak sekali-kali akan merokok sekalipun saya mampu.

Sejak di sekolah agama dahulu, dikelilingi rakan-rakan remaja yang telah berjinak menjadi perokok cilik, dikelilingi oleh bapa-bapa saudara yang merokok, saya telah memasang deklarasi ini di dalam diari hidup saya.

WHY?

Kerana saya SAYANG keluarga saya. Kerana sayang, saya perlu berkorban.

+ Ibu bapa yang telah membesarkan saya pasti tidak mahu melihat anak yang dibesarkan oleh tangannya mati sia-sia akibat rokok sedangkan mereka mengharapkan satu kematian yang membanggakan mereka bukan sebaliknya.

+ Jika punya isteri, saya tidak sanggup untuk biarkan dia mencium bau bususk di badan saya ini. Ia sangat memberi malu kepada pasangan saya dan merosakkan emosinya kerana mempunyai suami pengotor yang segala bau bermula dari mulut, kulit, pakaian sehinggalah rumah menjadi busuk.

Apatah lagi ketika bersama orang ramai jika bau busuk itu juga tercium sehingga mereka boleh mencercanya sebagai perempaun tak pandai jaga laki.

+ Jika ditakdirkan punya anak-anak. Allah, betapa berdosanya saya sebagai ayah yang telah merosakkan darah daging sendiri, baik dari segi jasad, rohani hinggalah emosi.

Mana mungkin zuriat yang baik datang dari ayah yang tidak menjaga mulut dan perutnya dari rokok yang haram itu.

Mana mungkin mulut anak mengulang-ulang tasbih, tahmid dan takbir sedangkan mulut ayahnya mengulang-ulang meletakkan perkara haram di mulutnya.

Bagaimana mungkin ketika anak saya dewasa satu masa kelak dan menjadi anak yang degil dan tidak beradab, saya mula menyalahkan orang itu dan ini. Sedangkan semua punca kesalahan itu bermula dari diri sendiri!


Tuan-tuan, saya bukanlah orang yang terlalu baik untuk semua orang. Tapi saya ingin sekurang-kurangnya menjadi orang yang baik untuk keluarga saya sendiri. Jika dengan keluarga sendiri saya tidak mampu berbbuat baik kepada mereka, maka apa gunanya anugerah keluarga ini?!

Bulan ini bulan Ramadhan, bulan di mana nafsu kian lemah, keinginan kian dhaif, maka berusahalah sedaya mungkin untuk hentikan tabiat dan ketagihan merokok itu tanpa sebarang alasan lagi.

Jika di bulan Ramadhan yang mana rohani kita menjadi kuat, kita masih tidak mampu menghentikannya, bagaimana mungkin kita hentikannya di bulan lain?!

JIKA PERLUKAN BANTUAN

Jika tuan puan adalah seorang penagih tegar dan telah mencuba beberapa kali untuk berhenti dari ketagihan rokok ini namun masih belum berjaya, saya tawarkan bantuan kepada tuan puan dengan pengambilan Vivix Shaklee.

Ia mampu menghapuskan keinginan ketagihan itu 100% dan secara langsung memperbaiki tahap kesihatan anda sekalipun anda penghidap penyakit tahap kronik akibat rokok. Syaratnya mesti mendapat konsultasi yang tepat daripada saya.

TAHUKAH ANDA?

Setiap satu sedutan dan hembusan daripada rokok menghasilkan beribu-ribu radikal bebas dalam tubuh badan manusia. Silakan tuan kira berapa sedutan dan hembusan pada satu batang rokok! Sangat mengerikan!


Radikal bebas adalah keadaan di mana ketidakstabilan ataupun kehilangan atom oksigen dalam pasangan elektronnya menyebabkan ia perlu mencuri atom daripada pasangan yang lain. Kecurian atas kecurian menyebabkan terjadinya radikal bebas.

Sebab itu sistem sel-sel kita takkan stabil disebabkan keadaan tersebut dan paling ketara kesannya adalah sel-sel terpaksa berkerja keras kerana menampung tugas sel yang telah rosak menyebabkan proses penuan berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya dan mewujudkan banyak penyakit dalam badan.


Vivix Shaklee ini bertindak untuk menggantikan sel-sel yang telah dirosakkan dengan sel-sel yang baru. 

Sebab itu seperti di dalam testimoni di atas, selepas beberapa hari mengambil sesudu teh, beliau merasakan seperti pahit bila mahu merokok. Seolah-olah seperti kali pertama mahu merokok. 

VIVIX membantu untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel tersebut dengan sangat cepat secara semulajadi, selamat dan berkesan.

Saya percaya, jumlah duit yang di'lebur'kan untuk membeli rokok lebih baik di'labur'kan dengan memperbaiki kesihatan dengan pengambilan Vivix Shaklee.


Sokongan moral para isteri untuk membantu suami, sokongan anak-anak untuk ibu bapa untuk menghentikan ketagihan rokok juga saya kira sangat membantu dan diperlukan oleh mereka.

Semoga para pembaca memilih untuk hidup secara sihat dan memilih untuk berkasih sayang tanpa asap rokok lagi.

Jalinkan kasih sayang baik sesama kita di Malaysia hinggalah ke Palestin tanpa rokok!

# You can contact me or placing your order NOW here!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ffc240fc1e1b0a7046828ca0e7877d9f


Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Thursday 3 July 2014

Posted by Unknown On Thursday, July 03, 2014

Assalamualaikum semua.

Sejak semalam saya terfikir untuk menulis entri ini walaupun sebenarnya saya tahu ia mungkin tidak akan sampai kepada artis berkenaan. Cuma saya berharap entri ini sampai kepada golongan yang seangkatan dengannya. Mulut merah bercalit sampah!

Sabda Nabi SAW,"Takwa itu ada di sini (sambil menunjuk dadanya). Seseorang cukup dianggap JAHAT apabila ia menghina saudaranya yang Muslim."

Maka atas nama hadis ini, saya mula menulis.

1. Semalam 2 Julai bersamaan 4 Ramdhan, Azwan Ali mengelurkan kenyataan yang sangat mengejutkan dan sangat mencederakan emosi ramai orang apabila makanan golongan penjaja di bazar Ramadhan dikategorikan sebagai 'sampah' dan pengunjung-pengunjungnya dikategorikan sebagai 'anak setan'. 

Malangnya ia berlaku pada bulan puasa yang mulia namun dicemarkan oleh mulut yang hina.

2. Apa yang kita cakap, apa yang kita tulis dan apa yang kita buat melambangkan siapakah kita.

Jika seperti itulah tulisan kita, maka tidak perlu menegak benang yang basah atau tiba-tiba keluar kenyataan media tiba-tiba,"Saya dirasuk ketika mengeluarkan tweet seperti itu". Ternyata sang penulisnya pasti lebih sampah dan lebih berhati syaitan daripada orang yang dilabelkannya.

Sabda Nabi yang membawa maksud barangsiapa yang mengatakan yang buruk kepada sesama muslim nescaya Allah kembalikan sifat buruk itu kepada dirinya sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah daripada orang beriman yang sempurna imannya orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut”.

3. Antara salah satu objektif puasa adalah tidak makan dan tidak minum. Tidak makan makanan berbentuk fizikal atau makanan yang tidak berbentuk fizikal seperti mencela, mengumpat, meroyan, meletakkan gelaran yang tak sepatutnya dan yang seerti dengannya yang membawa maksud penghinaan.


4. Larangan ini bukan hanya sesama muslim bahkan ia merangkumi juga terhadap non-muslim. Jika non muslim sendiri menghormati umat Islam yang berpuasa di samping berusaha mencari rezeki tanpa sedikitpun alasan penat, bagaimana tergamaknya seorang Islam melabelkan perkara seumpama ini kepada sesama muslim juga.

Adakah perlu disemak keIslaman sang celupar ini?

5. Masalah manoriti artis yang tidak begitu popular adalah suka mencari publisiti murahan seperti ini. Peliknya, publisiti tersebut pasti berbentuk provokasi atau tak pun hal pakaian dalam.

Cadangan saya kepada persatuan bertanggungjawab dalam industri seni hiburan tanah air untuk mewajibkan artis seperti ini menjalani ujian pemeriksaan kesihatan mental agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Penerimaan masyarakat terhadap kenyataan dari seorang yang disahkan 'penghidap sakit mental' tentulah berbeza jauh dari kenyataan dari seorang artis sejati. Iya tak?!

6. Para ulama menggariskan 3 perkara besar yang memusnahkan seluruh amalan baik seseorang iaitu riya', ujub dan menghina saudara seislam yang lain. Tidak syak dari kenyatan tersebut betapa semua sifat ini telah lama bersarang dalam diri seperti ini.

Apakah kita selamanya di atas sehingga kita riya' dengan kelebihan yang kita ada?

Apakah kita memandang diri kita selamanya sempurna hingga menafikan bahawa semua itu adalah nikmat Allah yang dipinjamkan buat sementara waktu?

Apakah selamanya kita hidup bertongkat di langit dunia tanpa menemui musuh terbesar kita iaitu ajal kematian?


7. Sabda Nabi dalam satu hadis Qudsi,"Barangsiapa mencari-cari aib saudaranya sesama muslim lalu disebarkannya nescaya Aku bukakan kecelaannya walaupun ia lakukan kecelaan tersebut di dalam rumahnya sendiri".

Jika aib itu sekalipun benar ada pada seseorang pun kita tidak dibenarkan menyebarkannya selagimana tidak dilakukan secara terang-terangan, inikan pula jika ia bukan satu kecelaan.

Adakah tercela orang yang berpenat lelah mencari rezeki sekalipun berniaga di bazar?
Bahkan ia satu kemuliaan kerana perniagaan itu sunnah.

Adakah satu kecelaan juga kepada para pengunjung yang membeli di sana?
Bahkan ia satu juga kemuliaan kerana ia juga sunnah dalam membantu ekonomi para peniaga Muslim.

8. Saya setuju bahawa bukan semua makanan yang dijual menepati selera kita TAPI tidaklah ia setaraf sampah yang menjadi makanan haiwan yang berkeliaran.

Jika tidak sesuai pun dengan tekak kita, kenapa dilabelkan sebagai sampah?

Bersyukurlah sekurang-kurangnya masih ada juga rezeki anda berbanding orang miskin dan melarat yang hanya makan tanpa pernah bertanya selera tekak mereka. Inilah hikmah sebenar puasa! Merasai susah bukan menghina kesusahan!

Bagaimana jika AA menyelami suara hati mereka ini?
Tiada makanan atau sampah pun yang boleh mereka hadap.

9. Jika haiwan liar yang hanya mengutip sisa makanan sampah tidak pernah merungut dengan 'bahagian' rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka, kenapa anda sebagai manusia berakal bersikap lebih buruk dari haiwan tersebut.

Sekurang-kurangnya mereka redha dengan apa yang ada. Tapi anda sudahlah tidak redha, meroyan pula tu. Sila cakap kat kawan sebelah,"Kesian makhluk yang berakal, adabnya lebih buruk dari haiwan yang tidak berakal".

10. Saya doakan anda mendapat hidayah dari Allah taala sama ada hidayah tersebut berbentuk hukuman berat atau ringan kepada anda. Sesuailah dengan 'kecederaan emosi' yang telah anda lakukan kepada ramai orang.

Kadang-kala, nasihat dan tunjuk ajar tidak berguna kepada sesetengah golongan manusia, hanya hukuman sahaja sebagai pencelik minda. Kata orang, "Tiada akar, rotan pun berguna".

Jadilah seperti pokok padi, semakin berisi buahnya semakin menunduk atau pun boleh menjadi sang helang, setinggi mana pun ia terbang membelah langit tinggi, ia tetap kembali ke sarangnya.

Maksudnya, SILA SEDAR DIRI!

Yang benar,

_____________
Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

Wednesday 2 July 2014

Posted by Unknown On Wednesday, July 02, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni punya sedikit masa terluang untuk update sedikit sebanyak sharing bersama anda. Semoga banyak manfaat dapat diambil daripada perkongsian ringkas ini.

Saya ambil dari beberapa FB rakan jutawan saya untuk panduan kita tentang hidup sebenar seorang jutawan dan lihatlah prinsip mereka dalam menghadapi kekayaan yang majoriti masyarakat menghukum sebaliknya.

STUDY CASE 1 (Sumber FB: Ainon Mohd)


  • Lelaki penunggang motor kapcai ini memiliki 4 buah kilang makanan beku, dengan nilai eksport lebih RM400 juta setahun, sebuah ladang di Vietnam dan sebuah kilang kain di India.
  • Kereta mewah Jaguar disediakan untuk kegunaan tetamu bisnesnya. 
  • Semua pengurusnya dibelikan BMW.
  • Gaji beliau lebih rendah daripada gaji pengurus-pengurusnya.
  • Pak Arab Teluk menghantar jet peribadi bagi mengambil beliau di KL untuk hadir meeting bisnes.

STUDY CASE 2 (Fb: Liyana Akmal)



  • Lelaki penunggang motor ini mula berniaga percetakan baju sejak tahun pertama di universiti.
  • Motor ini digunakan untuk menghantar order customer, tiada kenderaan yang lain
  • Jualan mencecah RM 1 juta dalam masa 7 bulan sahaja
  • Menjadi jutawan pada usia 24 tahun
  • Miliki 7 buah sayarikat dalam masa kurang setahun
  • Aktif dalam bidang percetakan, pelaburan, makanan, training and consultacy dan sebagainya.
Amacam, ada gaya seorang jutawan seperti yang anda sangkakan sebelum ini. Untuk study case pertama, saya cuba menjejak siapakah beliau tapi hingga kini saya belum dapat mengenalpasti siapakah gerangan jutawan ini.

Study case kedua merujuk kepada Tn Haji Abdul Basit, seorang jutawan muda yang telah lama menempuh susah payah dalam dunia bisnes tapi kini segala jerih perihnya telah berbayar.

Bukankah ini gambaran prinsip bisnes berTuhan?

1. Mereka ketika di depan tabir mahupun di belakang tabir tetap begitu juga, sangat MERENDAH DIRI dan QANAAH dengan keperluan yang ada. Tidak berlebih-lebihan dan tidak juga menunjuk-nunjuk.

2. Itulah sikap yang patut ada pada diri usahawan beriman.

Jika semuanya disandarkan kepada Allah, maka jika berjaya, SYUKUR dan jika sebaliknya SABAR dan usaha lagi. Kejayaan bukan untuk ditunjukkan melalui harta benda zahir. Tetapi kejayaan sebenar dibuktikan melalui kesyukuran HATI!

3. Jika di awal perjalanan telah bersama Allah, insyaallaH di akhir perjalanan juga bersama denganNya. Kesedaran bahawa REZEKI datang dari Allah sangatlah sedikit sekarang dalam kalangan masyarakat kita. Ramainya beranggapan rezeki saya dari tangan majikan, dari kuasa sebuah kerajaan, maka hilang sifat tawakkal bersemi pula sifat pergantungan kepada sesama makhluk.


4. Sebaik-baik usaha adalah ketika di usia MUDA. Elakkan menunggu sehingga wang di bank matang atau menunggu usia tua menjelang. Bila muda ni, usaha takkan kenal penat lelah, tidak banyak alasan dan tidak pula kenal putus asa.

5. Kedua-dua jutawan muda ni menunjukkan contoh terbaik bahawa hendak berbisnes, carilah MENTOR. Seorang bermentorkan Pn Ainon Mohd, seorang lagi bermentorkan Dr Azizan Osman. Maksudnya ada SIFU yang sering menunjuk ajar. Jangan memandai-mandai. Takut nanti bak kata orang-orang tua, "Sudah jatuh ditimpa tangga".

6. Mulakan bisnes pertama anda dengan MODAL yang ada di tangan sahaja. Kata mentor saya, bawah RM 100, itu yang terbaik! Elakkan terpengaruh dengan bisikan jahat dari ahli perniagaan yang menggunakan skrip best dihiasi janji palsu,"Bisnes yang modal tinggi, hasilnya pun tinggi".

Perkataan ini sudah tidak terpakai pada zaman sekarang ni. Usah dipedulikan perangkap samar tu. Nanti binasa badan

Jadi, tunggu apa lagi. Jom kita bergerak bersama. Kita mulakan bisnes dengan apa sahaja nilai modal yang ada di tangan tanpa berhutang tanpa meminjam. Mulakan jejak langkah jutawan. Tuhan jangan dilupa, usaha jangan ditinggal.

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ni. Wassalam.

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
019-2486694

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 


Ingin mendapatkan konsultasi kesihatan dan produk Shaklee,
hubungi saya sekarang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...