Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Malam ini saya sajikan sesuatu untuk anda. Sangat berfaedah untuk semua terutamanya orang-orang Melayu. Sekiranya anda dapat bertahan selama 10 minit, saya jamin 10 minit itu adalah yg perkara paling bernilai anda lakukan malam ini....
Percaya atau tidak dengan video di atas, terpulang kepada anda. Tapi lihat sekeliling kita, betapa orang kita sebenarnya hidup dalam kesukaran dan kesempitan ekonomi tetapi ditutup dengan hilai ketawa di hadapan TV di malam hari untuk menutup duka di siang hari. Pada ketika itu juga bangsa lain sedang bermandi peluh untuk terus bekerja menghimpun kekayaan ekonomi untuk survival hidup mereka di masa hadapan di tanahair KITA SENDIRI.
Orang kita hari ini kalau diajak BERNIAGA, pelbagai alasan dilapik untuk menolaknya, tetapi jika diajak bergaduh, keluarlah pepatah, "Anak cucu Tuah pantang dicabar!!!". Disinsingnya lengan baju, dibuka tapak dan disusun langkah untuk menghentam bangsa sendiri, sedang orang lain bertepuk tangan gembira.
Kenapa mengaku keturunan Tuah kalau hanya seni persilatan sahaja diambil sedang seni perniagaan ditinggalkan. Beritahu saya jika anda tidak tahu bahawa nenek moyang Melayu kita merantau ke seluruh dunia berniaga. Semangat keberanian Tuah dibawa dan semangat kecekalan Jebat dijunjung hingga orang menggelar Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca, bukan begitukah?!
Kita yg Melayu ini juga mengaku muslim tapi mana peranan kita sebagai muslim dalam bidang perniagaan sedangkan Rasulullah SAW sendiri berniaga, kaya dan dengan kekayaan itu Baginda dapat membantu seberapa umatnya semampu mungkin. Adakah Islam hanya menghadkan ibadah hanya pada tikar sejadah semata-mata dan pakaian yg lusuh belaka?
Bukankah kita seringkali mendengar firman Allah pada setiap hari Jumaat,
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]".
Adakah hanya setakat ayat ini yg diturunkan oleh Allah dan dibacakan di dalam al-Quran?
Bukankah ayat seterusnya diterangkan,
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."
Nah, tidak jelas lagi pada penglihatan dan pemikiran anda, bahawa kita disuruh mencari rezeki sebanyak-banyaknya selepas beribadat kepadaNya dan itu sebagai isyarat supaya umat Islam terus memburu kejayaan baik di dunia dan akhirat.
Darah yg mengalir di dalam diri kita adalah darah pedagang dan pahlawan Melayu lama ditambah pula dengan darah keislaman dan kebijaksanaan Islam. Jadi buktikannya, kita kembalikan monopoli ekonomi Melayu di tanah Melayu ini. Bukan menafikan hak bangsa-bangsa lain tetapi untuk meningkatkan ekonomi bangsa kita.
Jom, cuba kaji bersama saya!
Cuba lihat apa yg jutawan bangsa lain lakukan apabila mereka kaya, adakah dengan kekayaan itu mereka tindas bangsa lain? Tidak!! Saya rasa anda juga setuju dengan saya bahkan merekalah yg banyak membantu menyelesaikan banyak masalah harian kita dengan khidmat yg baik dan jarang sekali mengecewakan hasilnya....
Cuba bandingkan dengan orang kita. Jika sudah bergelar jutawan, ditambah pula beberapa gelar utama negara, apa yg mereka lakukan? Mereka menindas bangsa lain? Tidak!!! Saya rasa anda juga setuju dengan saya tentang perkara ini. TETAPI kebanyakan mereka lebih teruk, mereka menindas bangsa mereka sendiri!!!!
Jika boleh digunakan hingga boleh diperah darah dan keringatnya, pasti itu yg dilakukan. Maka, konsep kapitalisme bermaharajalela,"Yang kaya semakin kaya, manakala yg miskin semakin miskin". So, nak berharap kepada siapa lagi, JOM BERNIAGA!!!! Tak kisah perniagaan apa yg anda lakukan. Berniagalah apa yg anda suka dan minat, itu lebih baik.......
Saya terbaca buku Rahsia Bisnes Orang Cina tulisan Tuan Ann Wan Seng, buku tersebut mengatakan, "Orang yg berniaga adalah manusia yg MATANG manakala orang yg makan gaji masih KANAK-KANAK, masih takut jika tiada ibu bapa yg memayunginya sentiasa".
Last but not a least, sila buka mata dan fikiran anda terhadap video yg saya sediakan. FAHAMKAN dan AMALKAN. NAK BERJAYA KITA KENA KUASAI MINDA KITA!!!!!!!!!
Salam sayang dari saya.
No comments:
Post a Comment