Saturday, 22 June 2013

::JEREBU:MALAYSIA TIDAK CERDIK?::

Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog saya.
Jom baca berita mutakhir petang ni.

MUAR: Kualiti udara di daerah Muar kini berada pada tahap sangat berbahaya dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 453 pada jam 4 petang hari ini.

Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7 pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi), 360 (10 pagi) dan 373 (pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari). 
"Keadaan jerebu di Muar semakin buruk hari ini. Bagi mencegah dan memastikan kesan jerebu dapat dikurangkan, Bilik Gerakan Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) akan merangka pelan tindakan dan melakukan pemantauan melibatkan lapan agensi kerajaan di sini," katanya ketika dihubungi di sini. 

Abdul Rahman yang juga Pegawai Daerah Muar, berkata agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Muar (MPM), pejabat tanah, polis, pejabat pendidikan daerah, bomba, pejabat kesihatan, pejabat pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bilangan pesakit di empat kawasan di Johor meningkat 70% (radang paru2) dan 20% (lelah)

Beliau berkata MPM akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka termasuk tapak pelupusan, pembuangan sampah, tapak pembinaan, tepi jalan dan taman-taman perumahan sebelum memaklumkan kepada bomba untuk tujuan pemadaman.

Katanya pejabat tanah pula akan mengarahkan kuari dan lombong untuk menghadkan aktiviti bagi mengurangkan kesan jerebu manakala polis meronda bagi memantau kegiatan pembakaran terbuka.

"Pejabat Pendidikan Daerah pula memberi nasihat mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah apabila sekolah dibuka semula selain mengenal pasti sekolah-sekolah yang perlu dibekal dengan penutup hidung dan mulut," katanya.

Menurutnya bomba juga akan melakukan rondaan dan pemantauan kebakaran terbuka serta menghantar laporan setiap dua jam jika berlaku pembakaran terbuka manakala pejabat kesihatan daerah perlu menasihati orang ramai mengenai langkah penjagaan kesihatan. 

Pejabat pertanian daerah akan memantau kawasan pertanian bagi mencegah petani atau pekebun melakukan pembakaran terbuka manakala JPJ memantau kenderaan yang mengeluarkan asap hitam. 

Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Alam Sekitar ketika dihubungi berkata bacaan IPU di Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama tidak banyak berubah setakat jam 4 petang. 

Jurucakap itu berkata IPU di Pasir Gudang mencatatkan bacaan 190, Kota Tinggi (192) manakala Larkin Lama (170), yang kesemuanya pada paras tidak sihat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata keputusan untuk membuka semula sekolah pada Isnin ini di beberapa daerah yang ditutup berikutan masalah jerebu akan diketahui esok. 

Beliau berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk memantau keadaan petang esok sebelum menentukan sama ada sesi persekolahan dapat dijalankan. 

"Jabatan Pendidikan Johor akan menggunakan budi bicara mereka dalam membuat keputusan terbaik dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara dalam menjamin keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian program Kenali Asean 2013, di sini, hari ini. 

Sebanyak 211 sekolah di Muar dan Pasir Gudang mula ditutup sejak dua hari lepas ekoran peningkatan bacaan IPU, diikuti sekolah-sekolah di Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang, semalam. - Bernama

*********************************************************************************
Saya cuba memahami berita ini dari sudut kesihatan dan keselamatan kerana tentulah itu yg paling utama difikirkan oleh sesebuah kerajaan. Tetapi malangnya walaupun dah melebihi had bahaya yg boleh menjejaskan kesihatan dengan teruk tetapi kerajaan Malaysia khususnya masih belum mengisytiharkan darurat. Tidak seperti jiran kita, Singapura yg bukan sahaja mengisytiharkan darurat bahkan perintah berkurung dikeluarkan demi keselamatan dan kesihatan rakyat mereka terjamin. Segala aktiviti ekonomi dihentikan serta-merta tanpa alasan.


Malangnya Malaysia dan kerajaan Johor hanya memberi cuti kepada pelajar sekolah sahaja sedangkan rakyat dewasa lainnya tetap diarahkan bekerja. Seolah-olahnya kerajaan Singapura lebih mementingkan keselamatan semua lapisan rakyatnya dari bidang ekonomi tetapi Malaysia menganggap ekonomi adalah lebih penting berbanding keselamatan rakyatnya. Mana slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"? Sedangkan bukankah rakyat itu adalah modal insan sesebuah negara. Jika rakyatnya tidak sihat, manakan pula negara mendapat hasil ekonomi yg berkualiti....Fikir-fikirkan.

Salam sayang dari saya.

1 comment: