Wednesday, 14 August 2013

::CARCA MARBA::


Assalamualaikum semua.

Semoga anda beraya dengan penuh kegembiraan dan keredhaan daripadaNya.
Mudah-mudahan perasaaan gembira itu merupakan suatu lontaran dari Allah dengan penerimaanNya terhadap segala aktivit kita dalam memuliakan Ramadhan sebelumnya. Amin.

Sebetulnya dalam 'mood' raya hari ini, saya tiada 'mood' bergembira kerana saudara-mara saya sekarang di Mesir, Syria dan Palestin menyambut lebaran dengan sepak terajang dan pertumpahan darah dengan golongan yang dilaknat oleh Allah, baik mereka kaum Zionis Yahudi, regim kafir Basyar al-Asad dan regim as-Sisi.

Berita terkini dari Mesir yang didapati dai FB dan laman web-laman web bertanggungjawab menyatakan bahawa sudah 500 orang maut di tangan saudara muslim sendiri dan ribuan lagi cedera. Ratusan wartawan dibunuh dan ribuan doktor dan pekerja kesihatan dikurung serta bekalan elektrik diputuskan.

Tujuan apakah ini, jika bukan untuk membunuh umat Islam dengan sengaja?! Siapa pembunuhnya?! Tangan kita sendiri jawabnya. Sikap kita sendiri. Tindakan kita sendiri. Kitalah PEMBUNUH SEBENAR mereka. Ya, kita!!! 


KITA PEMBUNUHNYA

Kita bunuh mereka dengan sikap acuh tak acuh kita sedangkan Nabi SAW bersabda,"Barangsiapa yang tidak mengambil hal ehwal umatku, nescaya mereka bukan dari umatku". 

Sedangkan perkara ini bukan perkara yang baru berlaku, dari sebuah negara ke sebuah negara dan mungkin suatu hari nanti negara kita pula yang akan mengalaminya. Sila jangan terkejut jika ketika suatu hari nanti kita berada di tapak kaki mereka sekarang, mungkin tiada sedikit pun bantuan untuk kita. Balasan setimpal buat kita.

Sungguh saya amat sedih apabila wall-wall FB telah diupdate dengan perkara-perkara ini, TETAPI masih ramai lagi para remaja dan ibu bapa yang bersorak gembira di stadium kerana pasukan kegemarannya sedang berebut sebuah bola hingga dipermainkan akal mereka tanpa perlu berfikir apa-apa tentang umat Islam. Begitu pula ibu-ibu dan anak-anak remaja di rumah yang sedang berkikik ketawa kerana menonton rancangan filem yang kena dengan jiwanya. Hanya sebuah bola dan sebuah filem sudah cukup berjaya memusnahkan umat ini..Tanpa rasa sedih atau marah, kecewa atau pasrah. Tiada lagi perasaan terhadap sesama umat ini.


Sabda Rasullah SAW,"Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kalian, sebagaimana orang lapar mengepung tempat makanan. Berkata seorang sahabat, “Apakah karena kita sedikit pada saat itu? Rasul SAW bersabda,"Bahkan kalian pada saat itu banyak, tetapi kalian seperti buih, seperti buih lautan. Allah akan mencabut dari hati musuh kalian rasa takut pada kalian dan Allah memasukkan ke dalam hati kalian Wahn. Berkata seorang sahabat,” Apakah Wahn itu wahai Rasulullah SAW? Rasul SAW, bersabda, “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud)


SUKARKAH UNTUK MARAH

Hari ni juga ada post di wall FB tentang surau yang hendak dirobohkan di Tanjung Sedili. Bertitik-tolak dari penggunaan surau tersebut oleh orang beragama Buddha yang melakukan meditasi di dalamnya.

Ada yang telah memanjangkan ke YAB Menteri Besar Johor untuk renungan bersama dan tindakan dari YAB. Sebahagiannya pula hanya membaca dari jauh tanpa sebarang komen. Saya faham, mereka tidak terasa apa-apa kerana mungkin mereka tidak tahu tentang berita ini. Maklumlah, masih terasa bahang Aidilfitrinya. Bersangka baiklah dengan manusia.

Ada pula yang memicingkan mata dan menjuihkan mulut, "Tengok tu, emo tak bertempat, rilek la, bukannya rumah ko yang runtuh". Saya PASTI perasaan itu ada. 

Kita biasa marah kerana ada orang umpat ibu bapa kita,
kita biasa marah kerana ada orang sakiti hati kita,
kita biasa marah kerana ada orang ambil harta kita,
kita biasa marah kerana ada orang dengkikan kita,

Kita selalu marah kerana  KITA/DIRI SENDIRI, jarang sekali kita marah untuk AGAMA. Salahkah emo dan marah untuk agama?! Salahkah kita memanjangkan perkara yang BIDAAH seperti ini hingga dengan tanpa bersalahnya ada yang menyatakan ia tidak patut dikongsi bersama umat Islam?!


Bukankah Nabi SAW bersabda,"Sebaik-baik marah adalah marahnya Umar al-Khattab kerana ia marah untuk agama kamu (untuk Allah)".

Saya bukanlah sebaik Nabi tetapi saya segarang Saidina Umar dalam urusan akhirat dan umat. Jika Saidina Umar tidak patut dijadikan ikutan, pada siapa lagi kita hendak bersandar. Bukankah sabda Nabi,"Para sahabatku seumpama bintang, ikutilah sesiapa sahaja di antara mereka, tentu kamu akan akan mendapat petunjuk".


ILMU: HAKIKAT & KEPALSUAN

Hari ini juga saya terpaksa mencelah dalam sebuah post bekas anak murid saya yang inginkan kepastian tentang 2 mazhab dalam Islam. Melihatkan ada jawapan yang tidak kena pada wallnya, saya menyampuk sedikit dengan pesanan Imam Syafie.

Tak lama kemudian, ada jawapan balas dari individu ini sehingga menimbulkan marah lagi di dalam dada ini. Saya sejukkan dengan istighfar dan 2 biji B Complex Shaklee..Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, menjadi sejuk semula.

Tahu tak kenapa saya marah? Saya marah kerana orang yang tidak pernah mengetahui selok-belok agama menolak pendapat para ulama seolah-olahnya ingin menyatakan bahawa mereka lebih pandai dari para ulama sehingga akhirnya mereka tersesat kebegongan. Wahai umat, walaupun anda pemegang phD, Master atau Ijazah dan ulama terdahulu tiada apa-apa ijazah dari mana-mana universiti, jangan disangka anda lebih bijak dari mereka. 

Hakikat ilmu yang sebenar membawa anda ke jalan kebenaran manakala ilmu yang palsu hanya membawa kepada kesesatan dan keegoaan. Maaf sangat-sangat. Kita tak layak pun untuk mendapat Islam jika bukan dari jasa mereka.


Ada pula yang menasihatkan saya untuk meninggalkan mereka. Tak perlu berhujjah dengan golongan ini. Maaf ye, cadangan ini saya tolak. Saya akan cuba berdakwah kepada mereka untuk mereka kenal Islam yang sebenar. Saya hanya akan tinggalkan mereka setelah dakwah diselesaikan. Syurga bukan untuk kita semata-mata. Syurga untuk semua umat Islam. Jom usaha bersama-sama untuk sedarkan umat Islam.

No comments:

Post a Comment