Thursday, 17 October 2013

:: JOBSTREET: 63% PEKERJA MALAYSIA TIADA MASA UNTUK KELUARGA ::

Assalamualaikum semua. Sebelum terlambat ada baiknya saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam, tidak kira di mana anda berada. Bukan perasan 'terkenal' ok, just saja je nak buat-buat 'dikenali' ramai. :)

Mungkin ramai di kalangan pembaca ini yang telah lama bekerja dan ada juga yang mungkin baru sehari dua bekerja, baik dalam sektor apa sekalipun. Tapi jarang atau ramai dari kita yang perasan bahawa ada macam satu kekurangan dalam diri kita ketika bekerja atau setelah usai melaksanakan kerja yang ditetapkan.

Mengikut kajian yang telah dibentangkan oleh satu laman carian kerja terkenal, Jobstreet bahawa 63% pekerja di Malaysia tiada masa bersama keluarga sendiri kerana terlalu obsesi dengan kerja dan terlalu menumpukan usaha, tenaga dan masa semata-mata untuk menyelesaikan kerja yang pastinya tidak pernah selesai hinggakan keluarga terabai kasih sayang dan perhatian.

Apatah lagi sekarang, bukan hanya suami yang bekerja, isteri pun turut sama membanting tulang dan kadang-kala lebih bersungguh-sungguh dalam arena pekerjaan di luar rumah sehingga medan pekerjaannya di rumah terabai.


FAKTA DARI JOBSTREET

Kaji selidik secara tidak rasmi dari laman Jobstreet menunjukkan:

  • 63% dari pekerja Malaysia tidak dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga kerana urusan kerja yang terlalu banyak.
  • 70% dari pekerja Malaysia manambah masa antara 2 hingga 5 jam bekerja melebihi temph bekerja yang telah ditetapkan.
  • 75% dari pekerja Malaysia memilih untuk terus berada di pejabat menghabiskan kerja yang 'overloaded' dan kebanyakannya tidak dibayar untuk lebihan masa tersebut.
  • 60% dari pekerja Malaysia melaporkan syarikat tempat mereka bekerja tidak mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem 'work-life balance' (keseimbangan kerja dan kehidupan)
Dari dapatan 965 orang respondan, terdapat juga satu lagi aspek yang diketengahkan:

  • 54% dari para pekerja yang mengambil cuti tahunan masih lagi menerima mesej kecemasan dari majikan masing-masing ketika berada di dalam tempoh cuti tersebut
  • Hanya 25% pekerja sahaja yang tidak mendapat sebarang gangguan dari majikan masing-masing ketika berada dalam tempoh percutian
  • 78% pekerja membenarkan majikan menghubungi mereka ketika dalam tempoh percutian


CADANGAN UNTUK MAJIKAN

Antara cadangan yang diutarakan untuk para majikan:

1. Menanamkan konsep 'FAMILY FIRST' atau 'WORK-LIFE BALANCE' kepada para pekerja. Sebaik-baiknya para majikan memberi peluang atau cuti khusus atau mengadakan program bersama keluarga para staff agar tali perhubungan tersebut sentiasa terpelihara.

2. Melaksanakan jadual kerja fleksibel kepada para pekerja dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam bidang-bidang tertentu. Keseronokan bekerja merupakan penyumbang terbesar dalam peningkatan prestasi kerja, kualiti hasil kerja dan produktiviti syarikat.

3. Memberikan bayaran atau elaun yang bersesuaian kepada para pekerja yang 'terpaksa' bekerja lebih masa dengan sebab 'overloaded task'. Jika majikan tersebut seorang Islam, tentulah ia mengetahui bahawa mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain merupakan satu dosa manakala memerah keringat pekerja tanpa memberi bayaran yang bersesuaian merupakan 'tanggungan' hutang di atas batang lehernya ketika bertemu Allah kelak.

4. Mewujudkan ruang kerja kondusif kepada para staff dengan mementingkan persekitaran berkonsepkan kekeluargaan dan alam semulajadi. Kajian menunjukkan manusia yang bekerja dalam suasana nyaman dan dikelilingi pohon hijau lebih efektif beberapa kali ganda dari pekerja yang terperap dalam syarikat.


CADANGAN UNTUK PEKERJA

1. Cuba seboleh mungkin untuk pulang awal untuk bersama keluarga. Kajian menunjukkan bahawa pekerja yang pulang awal sebenarnya adalah lebih efektif dari pekerja yang pulang lebih lewat dari masa yang telah ditetapkan.

2. Dapatkan cuti yang efektif untuk bersama keluarga dalam satu tempoh yang agak panjang (3-4 hari) tanpa sebarang gangguan pekerjaan. Dapatkan cuti yang baik dalam tempoh 3-4 bulan bekerja.

3.  Jika tidak dapat juga melakukan cadangan di atas atau terhalang oleh beberapa perkara, adalah dicadang agar anda BERHENTI kerja dan mulakan pekerjaan di rumah. Mungkin kelihatan kelakar bagi sesetengah orang tapi inilah jalan sebaiknya. Saya tekankan perkara ini kepada golongan wanita profesional yang bekerjaya sekarang tetapi mengalami masalah tekanan jiwa yang tinggi, masalah kekeluargaan yang tidak tahu di mana penghujungnya, masalah anak-anak yang terabai dan mengalami masalah disiplin anak yang kritikal dan sebagainya yang hampir dengan contoh-contoh yang diutarakan.


BEKERJA DARI RUMAH

Saya memandang bahawa bekerja di rumah dapat mengelakkan beberapa perkara yang kini menjadi igauan kebanyakan wanita, antaranya:

1. Tekanan kerja yang memberi kesan jangka panjang kepada mereka terutamanya dari segi kesihatan. Dari sudut pandangan mata kasar saya, kebanyakan dari kita tidak mempunyai kesihatan yang baik bukanlah disebabkan tidak berduit atau bekerjaya tetapi faktor terbesar kepada gangguan kesihatan seperti sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya adalah keran TIDAK BAHAGIA. Mana mungkin kita bahagia jika kita sering diarah untuk melakukan kerja yang kita tidak minat dan mungkin bukan di bawah bidang kerja kita.

Teringat saya kepada kata orang-orang lama,"Tinggalkan kerja di tempat kerja, bawalah hati pulang ke rumah" mungkin tidak berlaku lagi pada masa kini. Bidang pekerjaan seperti pendidikan, kesihatan, penyelidikan dan sebagainya terpaksa juga dibawa pulang ke rumah dan hati tidak mungkin keruan jika belum berjaya menyelesaikannya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

2. Tekanan keluarga yang memberi kesan jangka panjang kepada rumahtangga dan anak-anak. Kebanyakan suri rumahtangga yang beralih angin untuk bekerja di luar rumah sebenarnya telah tertipu dengan keadaan sekeliling yang menuntut lebih ramai wanita menghiasi pinggir jalan dan menjadi 'fitnah' kepada lelaki-lelaki luar selain suaminya.


Bukanlah maksud saya Islam mengharamkan golongan wanita bekerja tetapi tindakan yang lebih layak bagi para wanita adalah 'berdiam' di dalam rumahnya. Jangan marah dulu ye, jom saya jelaskan. Cuba fikirkan, mungkin hari ni pekerjaan kita sebagai guru. Dipandang tinggi tugasnya dan dianggap mulia peribadinya kerana berjaya membantu ramai anak-anak untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Tetapi berapa ramai juga anak-anak guru tadi tidak mendapat 'didikan' yang sepatutnya dari seorang ibu yang bergelar guru di luar rumah itu?

Begitu juga seorang jururawat yang kerja merawat orang lain tetapi terkongkong dari mengambil cuti untuk menjaga ahli keluarga sendiri yang sakit pening. Mulia kerjanya di luar, tetapi bagaimana pula pandangan ahli keluarga di dalam rumah sendiri? (Ini tidak termasuk pekerjaan dharurat yang memerlukan wanita)

Saya mempersoalkan perkara ini kerana minda kita telah DIASUH sebegitu rupa sedari kecil. Apabila habis belajar tinggi, wajib bekerja sedangkan tempat seorang wanita dan isteri adalah di sisi suaminya dan di rumah yang telah dipilih oleh suaminya. Kisah ini masih lagi berlaku dalam dunia moden sekarang. Saya lebih suka peribahasa dulu yang tidak bermaksud untuk menghinakan golongan wanita, bahkan ia adalah isyarat kemuliaan seorang wanita di sisi suami, anak-anak, keluarga dan agama,"Setinggi mana pun belajar, akhirnya di ceruk dapur juga ia duduk".

Ramai orang yang membacanya dengan perasaan negatif sedangkan orang-orang tua dulu mengangkat darjat wanita berdasarkan aturan yang telah disusun baik oleh agama yang mulia ini. Pernah dengar kan pepatah Melayu yang lain,"Tangan yang menghayun buaian itu mampu menggegarkan dunia". Nampak tak?! Semuanya berkisarkan kepada tugas seorang ibu di rumahnya bukan di rumah atau pejabat orang lain!. Mendidik anak sejak lahir, membentuk peribadi anak melalui hayunan buaian dan membangunkan semangat anak-anak melalui makanan yang dimasukkan di dalam tubuh si anak yang bakal membentuk darah yang baik buatnya dan membentuk masa depan yang cerah untuknya. Itu harapan semua ibu bapa. Saya yakin dengan harapan itu. Namun, harap tanpa usaha tidak bererti apa-apa.

"So, apa nak buat kalau berhenti kerja dan duduk di rumah je?" tanya seorang teman. Saya jawab buatlah bisnes online. Malaysia merupakan negara yang paling aktif di DUNIA dari sudut hubungan sosial secara online ini kerana orang Malaysia antara masyarakat yang paling peramah di dunia. Ini fakta bukan auta. So, dari sini, para ibu dan suri rumah boleh mengambil kesempatan untuk membina bisnes sendiri secara online. Tanpa perlu kedai fizikal yang beribu ringgit sewanya, tanpa perlu modal beribu-ribu ringgit (ada yang hanya bermodalkan beberapa ratus untuk menyimpan stok dan ada yang percuma sahaja), tanpa perlukan pekerja dan tanpa perlu meninggalkan rumah, itu yang paling penting.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berbisnes online ye. Kalau tak jumpa bisnes yang sesuai, boleh inbox saya. Kita bersembang tentang peluang perniagaan Shaklee yang ringkas, mudah dan praktikal untuk lelaki atau wanita yang ingin mula mengubah corak hidup dan pemikirannya. Dengan bermodalkan sabar dan syukur, saya akan ajar anda bagaimana ingin menjadi peniaga yang hebat dan sekaligus mengubah corak pemikiran dan mentaliti anda tentang ilmu perniagaan. Bak kata Nabi SAW,"9/10 rezeki adalah dari perniagaan"

Mohd Taufiq 
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

2 comments:

  1. boleh saya thu jobstreet keluarkn statement yg menytakan 63% pekerja di malaysia tak ada masa bersama keluarga

    ReplyDelete
  2. betul ke tak statement jobsteet ni? sy tgh buat research

    ReplyDelete