Monday 18 November 2013

:: 5 TIPS MUDAH MEMULAKAN BISNES ::


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Alhamdulillah, masoh diberi ruang di sela kesibukan ini untuk membuat perkongsian hari ni bersama anda.

3 hari yang lalu, ada seorang teman lama bertanyakan 1 soalan yang agak penting dalam soal bisnes. Soalan yang palng basic dalam bisnes. Soalannya berbunyi,"Boleh tak ustaz ceritakan kepada saya, apa yang perlu saya buat untuk mula berbisnes? Saya blur, tak tau apa yang saya nak buat. Niat di hati tu dah ada dah, maklumlah sekarang semua benda tengah naik, saya pun kena naik jugalah, takkan nak tunggu rezeki turun dari langit je kan?"

Subhanallah, inilah juga perasaan saya dulu ketika mula-mula tercari langkah pertama saya dalam bisnes dahulu. Bila surf internet dan lihat orang ni buat ni berjaya, orang tu buat tu berjaya, kita pun terasa nak buat benda yang sama tanpa terfikir akan kemampuan dan kebolehan sendiri, yang ada depan mata hanyalah, AKU NAK BERJAYA MACAM DORANG JUGA. 

Namun akhirnya, lain pula yang berlaku setelah itu kerana tiada tips asas yang hendak saya ceritakan ni. Ada yang terpaksa berhutang bergadai, ada pula yang ditipu hidup-hidup dan ada pula yang terpaksa menanggung title muflis seumur hidup. Semuanya bermula dari langkah pertama itu.

Jadi, melihatkan kepada kesannya yang agak teruk tu dan memandangkan hari ini saya telah ada sedikit pengalaman tentang bisnes, so hari ni nak berkongsi tips yang 'eksklusif' ini bersama anda. Ini bukan tips Dr Azizan, bukan tips mana-mana motivator, ini tips yang dikutip dari rentetan pengalaman saya sendiri dalam dunia bisnes. So real ok. Tipsnya tidaklah sesusah mana yang difikirkan oleh kebanyakan orang sebenarnya. 

Jom buat checklist:

1. Apabila berbicara tentang bisnes, tiada yang tidak susah. Semuanya sulit sekali kerana bisnes adalah 9/10 rezeki, maka cabarannya tentulah 9/10 juga berbanding kerjaya yang lain. Cabarannya bermula dari awal hendak memilih bisnes yang bersesuaian hinggalah pengurusan kewangan setelah beroleh keuntungan kelak. Cumanya, orang yang 'hendak' berbisnes biasanya perlu mempunyai peribadi yang positif sehingga semua cabaran juga dilihat positif dan dari yang perkara yang dianggap impossible oleh orang lain menjadi possible bagi mereka.

Bagaimana nak bina peribadi positif ni? Tiada jalan lain melainkan anda kena menggunakan konsep mencuci gelas, buang kotoran-kotoran tersebut menggunakan kain atau lainnya. Setelah bersih, masukkan air bersih ke dalamnya.

Sifat negatif dan diri umpama semut dan gula.
Walaupun manis, ia tetap merosakkan.

Bunyi macam senang, tapi sebenarnya Tuhan je tau betapa susahnya nak cuci 'kotoran' yang telah bersarang di minda, emosi dan perasaan ini. Berdasarkan pengalaman saya, untuk mencucinya dengan lebih baik, sentallah kotoran tersebut dengan cecair pencucinya, jangan hanya berharapkan kainnya sahaja. Lagi kuat cecair pencucinya, itu lebih baik. 

Nak tau apa cecair pencucinya? Itulah namanya ibadat, itu pembersih sifat negatif dalam diri seorang insan. Kita ni insan yang penuh dengan sifat-sifat negatif seperti takut dan risau, low self-esteem, suka bersangka buruk dan lain-lain. Tiada yang mampu membersihkannya melainkan dengan menunaikan ibadat-ibadat harian yang telah ditetapkan oleh agama beserta ibadat tambahan yang lain. FYI, itulah yang saya lakukan dalam group bisnes saya. Kita akan dapat lihat perbezaan kesannya pada orang yang melakukannya dan yang tidak melakukannya.

So, the first step is build your positive attitude in yourself dan insyaallah orang yang positif akan dapat membuat keputusan secara waras dan menghasilkan impak yangpositif kelak.

2. Apabila anda hendak mula berbisnes, perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah passion dan bidang apa yang  anda yakin untuk terjun ke dalamnya berdasarkan kemahiran yang ada. Sebabnya anda perlu tahu bahawa berbisnes bukanlah untuk sehari dua tetapi setiap hari. 

Jika anda melakukan sesuatu tanpa minat yang tinggi, pasti tindakan anda berbisnes menjadi sia-sia dan hanya bertahan dalam satu jangka masa yang pendek, terutamanya bagi bisnes yang mempunyai risiko dan cabaran yang pelbagai.


Sekiranya anda berminat dalam industri kesihatan sebagai contoh, dalami lagi bidang kesihatan jenis mana yang anda punya kemahiran padanya seperti kesihatan minda atau kulit, jantung dan sebagainya. Jangan terjun ke dalam semua bidang kerana industri untuk sesuatu bisnes terlalu luas, anda takkan mampu untuk memenuhi kesemuanya dengan passion anda itu. Yang penting, sesuaikan bidang tersebut dengan kemahiran dan minat anda. 

Antara dosa besar hari ini, terutamanya apa yang saya lihat dalam kalangan peniaga Melayu adalah mereka berniaga ikut- ikutan dan .bermusim, semuanya kerana ingin kaya segera dan miskin selamanya. Kawannya jual selipar sempena hari raya yang bakal menjelang, dia juga akan jual selipar pada tempoh tersebut sedangkan hatinya tiada dalam bisnes tersebut. Akhirnya, mewah sekejap ketika berhari raya dan kembali papa setelah seminggu beraya. 

Maaf tau, ini hanya contoh semata-mata, tiada niat lain melainkan untuk memberi sedikit teguran dan penambahbaikan untuk bisnes anda. Motif?! Saya gembira jika anda berjaya dalam bisnes anda melalui tips saya ini sebagai jawapannya. Saya nak lihat anda kaya dan berjaya dengan bisnes anda, insyaallah.


So, find your passion and your great skill. Jangan hanya cari keuntungan RM sahaja tetapi cari juga 'hati' anda dalam bisnes tersebut. Itu lebih penting dari segalanya. Kepuasan dan kebahagiaan adalah segalanya.

3. Setelah anda kenalpasti bidang yang sesuai untuk anda, buatlah persediaan ilmu dan kemahiran sehingga anda menjadi pakar dalam bidang tersebut hatta sebelum anda menapak dalam tersebut lagi. Jangan ada penyakit 'hangat-hangat tahi ayam' dalam bisnes, anda perlu terus berusaha sehingga menjadi pakar rujuk dalam bidang tersebut apabila kaki telah mula melangkah. 


Pantang bagi orang berbisnes menarik kembali setelah sebelah kaki mula melangkah ke hadapan. Elakkan seboleh mungkin daripada menjadi sebuah komputer yang cuba menjadi pakar dalam semua bidang dalam industri yang anda pilih. Mungkin anda fikir, anda tahu segalanya dengan jalan itu, tetapi sebenarnya, you are master of nothing. Semuanya hanya menjadi agak-agakan sahaja di akhirnya. Tiada satu bidang pun yang anda dapat kuasai di penghujungnya.

So, mastering your field in industry not mastering in nothing.

4. Planning dan matlamat yang jelas. Anda wajib ada satu jadual planning supaya anda dapat bergerak dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain dengan objektif yang jelas. Jangan jadi salesman selamanya yang hanya menunggu gaji tetap dan bonus yang diikat dengan perkataan 'kalau dapatlah' kerana dalam kamus bisnes, tidak kira cetakan ke berapa, tiada istilah 'KALAU' kerana itu perkataan pekerja biasa bukan perkataan anda yang merupakan pekerja dan bos dalam bisnes anda.

Biasakan untuk anda mempunyai rancangan bulanan dan tahunan dengan target yang jelas. Jangan ada niat sedari awal untuk sekadar cukup sahaja.


"Alhamdulillah, cukuplah RM 5000 ni. Kalau dapat macam ni pun tiap-tiap bulan dah cukup sangat dah".... Ini ucapan syukur yang berbentuk kufur sebenarnya sebab golongan jenis ini hanya cari rezeki untuk diri dan keluarga sendiri. Diri umat Islam lain dan keluarga mereka bukan keutamaannnya. Betulkan matlamat anda, berbisnes bukan untuk suap rezeki semulut dua, tetapi untuk suap juga rezeki dalam mulut orang lain. 

Betul matlamat anda, betullah niat anda. Bila betul niat anda, anda akan 'terpaksa' jadi jutawan walaupun tiada sekelumit niat tersebut dalam hati anda di awal langkah yang dihayunkan.

5. Saya sedar bahawa ada sebahagian pembaca yang hanya faham point yang pertama. Bila masuk point kedua, ketiga dan keempat, otaknya terus blur sebab ramai lagi yang tidak tahu passionnya dalam bidang apa, right? 

Saya yakin, ada yang baca point kedua tadi terus garu kepala tertanya-tanya diri sendiri,"Apa ek passion aku? Kemahiran pun rasa macam tak tau apa-apa pasal menjual-jual ni?". Kalau ada rakan sebelah, mungkin orang sebelah juga menjadi 'mangsa' pertanyaannya. 

Bagaimana saya tahu? Tentulah saya tau, sebab ramai yang PM, mesej, emel dan telefon saya bertanyakan perkara yang sama. Bila diberi saja tips kedua tu, semua mengambil masa yang agak panjang untuk menjawabnya. Bukan kerana tidak yakin diri, tetapi kerana tidak pernah berfikir pun tentang kepuasan dan passionate sendiri. Yang ramai tahu, kerjanya hanya lapor diri pukul 8 pagi, mohon diri pada jam 5 petang kerana itu telah menjadi rutin hariannya sejak 28 tahun yang lalu. 

Sekadar selingan. Inilah juga kerja saya. Cari potensi diri dan kembangkannya. Free of charge kerana niat dan matlamat saya jelas untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu berjaya melalui jalan bisnes. Peluang kita masih sangat besar di Malaysia ini.


Sambung semula ye. Bila point kedua tidak ketemu jawapannya, maka point ketiga (master) dan keempat (planning & matlamat) hilang dipuput angin begitu sahaja. Jadi, apa yang perlu dibuat? 

Jawapan untuk point kedua hingga keempat dan kadang-kala termasuk point pertama adalah dengan mencari MENTOR atau dalam bahasa lebih mudah adalah GURU dalam bisnes. Jangan berasa pandai jika itu bukan bidang kita, menadah dan menadah hingga berjaya. Sama juga sewaktu kecil dahulu, kita mana tahu apa yang kita akan jadi bila besar nanti, jadi di sekolah, guru disediakan untuk menunjuk jalan dalam hidup anda. Begitu juga dunia bisnes anda. Jangan terjun tiruk, nanti patah remuk tulang belulang anda.!

Saya harap anda dapat faham 5 point mudah ini dan dapat mengamalkannya. Saya doakan sungguh-sungguh agar anda dapat memulakan langkah pertama anda dalam bidang bisnes ini sempena peristiwa Hijrah yang masih panas dalam bulan Muharram ini. Saya doakan anda kaya dan berjaya dalam apa jua bidang bisnes yang anda pilih.


Jika ada keraguan dan inginkan sebarang kepastian, jangan segan atau malu untuk menghubungi saya. Mohon juga doa anda untuk saya dan group Shaklee saya untuk terus berjaya dengan cemerlangnya. Amin.

*Jika tidak keberatan, bolehlah tekan butang LIKE di atas posting ini untuk tujuan sebaran kepada umum dengan niat untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu muncul di persada bisnes Malaysia ini. Mudah-mudahan Allah membalas segala usaha anda dengan kejayaan yang selayaknya.

5 comments:

  1. tips yang menarik, kena kuat kerja lepas ni, tabah

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya tuan....hidup mesti kerja kuat sebelum lama berehat :)

    ReplyDelete
  3. Artikel-artikel cikgu mat memang memotivasikan

    ReplyDelete
  4. saya berminat nak berbual lebih dekat dan mendalam lagi.saya tak tahu bagai mana nak hubungi admin tapi saya harap dengan meniggalkan number fon dapan admin contact saya 01137892724. Fuad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan fuad kerana berminat untuk berbual dengan saya. Saya pun berbesar hati jika dapat berkongsi dengan tuan satu dua panduan. Boleh hubungi saya di talian. 019 248 6694 Cikgu mat aka Ahmad Taufiq :)

      Delete