Saturday, 23 November 2013

:: MENGAPA USAHAWAN BERJAYA TIDAK BERALASAN?! ::

Musuh dalam bisnes: Ego & Alasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Semoga hari ini hidup anda lebih baik dari semalam dan untuk hari esok, tentunya anda mengimpikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini.

Hari ni, saya sengaja ingin berkongsi soalan yang agak sinikal dalam masyarakat Melayu kita hari ni. Soal kejayaan dan kegagalan, baik dalam pelajaran, perniagaan, pekerjaan dan juga kehidupan keseluruhannya.

'MENGAPA USAHAWAN BERJAYA TIDAK BERALASAN?!"

Ini pengalaman saya sendiri baik dalam pelajaran mahupun dalam perniagaan, cuma saya tumpukan dalam bidang perniagaan kerana saya lihat ramai usahawan Melayu sekarang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan akhirnya 'mati' seperti pohon kelapa dilanda badai.

1. IMPIAN MEREKA LEBIH BESAR DARIPADA ALASAN YANG ADA!

Pernah dengar tak kisah Muhammad al-Fateh membuka kota Constantinople? Bagi yang pernah mendengarnya, tentu terlompat dari mulut andaucapan ini,"Hebatnya, masyaallah". Yang paling hebat dalam kisah itu adalah bagaimana beliau bersama tenteranya menolak 70 buah kapal merentasi sebuah gunung yang besar dalam tempoh satu malam sahaja dan esoknya kota Constantinople telah tertawan dan 'dibuka' oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang masih muda belia ketika itu bersama tentera terbaiknya.

Jika peperangan itu berlaku sekarang, adakah kita mampu mencontohi semangat juang jihad mereka?!

Kapal tu ibarat alat untuk mengecapi kejayaan di sebalik sebuah gunung alasan tersebut. Bagi golongan yang mencipta alasan terlalu banyak, tidak keterlaluan jika saya ibaratkan alasan itu seperti sebuah gunung. Jika kita berjaya menawannya maksudnya kita pasti berjaya selepas itu. Namun, tak ramai yang mampu menolak 'kapal' yang ada dalam diri masing-masing kerana impiannya yang tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.

Kapal tersebut adalah TINDAKAN. Bagaimana tindakan hendak berlaku sekiranya hati, akal, emosi masih belum dipenuhi dengan IMPIAN yang besar? 

Impian itu tercermin pada DIRI anda sendiri. Anda akan develop diri anda mengikut apa impian anda. Betul tak? Ingat tak waktu kecil dahulu, anda suka menonton cerita polis. Bila hendak lelapkan mata, anda terbayang wajah anda yang segak dengan pakaian polis. Di dalam kelas, bila ditanya, apa cita-cita anda? Anda dengan bangganya menjawab,"Saya hendak menjadi polis, cikgu!".

Bertahun-tahun setelah itu, anda develop diri anda untuk menjadi seorang polis walaupun penat dengan latihannya yang mencabar dan kemahiran yang diperlukan, anda tetap tidak kisah dan tidak memberi sebarang alasan. Why? Kerana diri anda, fikiran, hati dan emosi anda telah padat dengan impian tersebut hingga tiada lagi ruang untuk mengisi alasan di sela-sela itu. Anda dapat tempuh segalanya kerana impian tersebut telah sebati dengan diri anda. Impian anda telah membentuk diri anda. Well done!!

Sama juga dalam bisnes ini. Terapkan perkara yang sama. Hanya DIRI yang besar dengan IMPIANNYA mampu menolak KAPAL dengan kuasa TINDAKANNYA untuk merentasi sebuah GUNUNG yang dipenuhi ALASAN demi sebuah KEJAYAAN setelah itu.

YOU DECIDE WHAT YOU DREAM ABOUT YOURSELF!

2. RIGHT ATTITUDE

Ramai usahawan yang berjaya tidak membina produk yang hebat di awal perjalanan karier mereka tetapi mereka membina produk terdekat pada diri mereka, iaitu SIKAP atau attitude mereka sendiri.

Orang yang mempunyai sikap yang berani mencuba, berkeyakinan tinggi, peramah, rajin dan bersyukur biasanya tidak mempunyai ALASAN dalam hidup mereka. Bagaimana mungkin mereka beralasan jika perkaru baru yang ada di depan mata masih belum dicuba dan diteroka? Belum tahu lagi kesannya sama ada baik atau tidak untuk bisnes.


Mereka hanya try and adjust. Sekiranya terdapat kekurangan, mereka akan mencari jalan untuk menyempurnakannya. Tiada alasan untuk mereka menghentikan sesuatu tindakan hanya kerana sifat takut, malu, pemalas, dengki dan mengeluh 24 jam di samping usaha yang bertahan hanya 5 hingga 10 minit sahaja.

Usahawan seperti ini sebenarnya membina diri mereka sebagai 'modal insan' bukan dalam tempoh sehari dua, tapi realitinya, mereka membina right attitude ini bertahun lamanya. Ia tidak turun dari langit, tetapi ia dicipta dan dibina dari dalam diri dengan dilingkungi oleh persekitaran dan rakan-rakan yang positif.

"Nak belajar dari mana right attitude ini?", tanya jiwa yang meronta untuk berubah. Jawabnya, belajarlah dari kanak-kanak. Sifat-sifat baik ini ada dalam diri mereka dan terlihat dari tingkah laku mereka yang semulajadi. Sebab itulah kata bijak pandai Islam,"Jika hendak lihat diri kita yang sebenar-benarnya, lihatlah pada diri kanak-kanak yang kecil".


Jangan melihat kepada diri anda sekarang yang telah berumur 30an, 50an atau 90an sekalipun kerana diri sekarang adalah diri yang telah 'terbentuk' daripada persekitaran harian mengikut jangka masa umur tersebut. Tapi lihatlah diri anak-anak yang masih belum lagi terhakis sikap semulajadinya yang menjadi sikap asas seorang khalifah di muka bumi ini. Itulah sikap seorang manusia sejati. Mencuba dan mencuba tanpa ada istilah putus asa dan alasan dalam hidup.


JUTAWAN ITU BUKAN HANYA TAKDIR, TETAPI IA DICPTA

3. SENTIASA BERUSAHA

Sempena bulan hijrah ni, elok rasanya kita melihat contoh yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Lihat sahaja Abd Rahman bin Auf, bagaimana beliau tinggalkan semua hartanya di Mekah dan kemudian memulakan bisnes baru di pasar Madinah yang dikuasai oleh puak Yahudi ketika itu. Tidak kurang juga para sahabat yang lain seperti Saidina Usman dan Saidina Abu Bakar.

Kuat sungguh usaha mereka kerana itu yang diminta oleh agama. Mereka sentiasa berusaha sehingga tiada masa untuk memberi pelbagai alasan sedangkan jika diberi alasan sekalipun pasti Nabi SAW tidak menolaknya kerana kondisi ketika itu. Mengapa kita tidak mahu mengikut jejak langkah sahabat ini?!


Ironinya, lain pula sikap Muslim Melayu kini, mereka bukan hanya tidak mahu mengikut jejak langkah para sahabat mulia ini bahkan dilapik pula dengan alasan ingin meniru sifat zuhud para sahabat dalam mencari akhirat sehingga harta kekayaan dianggap 'najis' oleh kebanyakan dari kita. Saya sendiri tidak terelak dari sikap ini dahulu hinggalah saya bertemu dengan para ulama di Mesir yang menanam takrif zuhud yang sebenar di dalam diri ini.

Bukanlah zuhud itu dengan miskin atau menolak dunia dan hartanya, takde pun ulama pernah takrifkan seperti itu. Zuhud itu maksudnya hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Mengambil sekadar perlu sahaja dengan segala nikmatnya di samping mengagihkan lebihannya kepada yang lain serta sentiasa menganggap negeri akhirat sebagai tempat terbaik.

Saya suka melihat bagaimana orang-orang Cina berniaga. Mereka jarang sekali mempunyai masa untuk berehat, lihat sahaja makan minum mereka dan gerak langkah mereka, sentiasa cepat, seolah-olah berlari dari sesuatu yang sedang mengejar mereka dari belakang. Mereka sibuk berusaha hingga tidak tertinggal lagi masa untuk merungut dan memberi sebarang alasan atau menanam sifat dengki kepada peniaga lain. Walaupun ada juga sebenarnya tetapi sangat kurang jika hendak dibuat contoh sekalipun.

Cukuplah setakat 3 point utama ni untuk kita sentiasa meniru orang-orang berjaya yang tidak mempunyai ruang lagi dalam hidup mereka untuk merungut dan beralasan.


Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti penat lelah.
Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti putus asa.
Kerana tanpa alasanlah, kita akan terus berjuang tanpa kenal erti tiada masa.

Jom berusaha. Itu sahaja tiket kejayaan yang kita ada. Buang alasan, kerana itu sahaja penghalang utamanya.

*Saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata. Jika tidak keberatan, bolehlah share pandangan saya ini bersama rakan-rakan anda yang lain dengan hanya klik butang 'LIKE' di atas post ini. Bagi yang ingin bertukar pendapat, jangan malu dan segan untuk sharing pendapat anda pada ruangan komen di bawah. Jom saling berkongsi idea :)

2 comments:

  1. salam perkenalan dari ahli baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga dari ahli yg tak berapa baru dan tak berapa lama :)

      Delete