Hari ni nak tulis tentang isu hot juga la sekarang. Tambah-tambah di tahun 2014 yang serba mencabar ini di samping nilai keperluan hidup yang mencanak tinggi akibat kerakusan sesetengah pihak yang tidak berhati perut di samping akal yang tidak panjang.
Bagi golongan remaja yang baru menjejak usia awal dewasa tentu terdetik hati mahu berumah tangga apatah lagi apabila tengok kawan sebaya mula dukung anak sendiri. Tapi apabila otak ligat memikirkan wang hantaran dan kos perbelanjaan kahwin yang mahal, hasrat mula terbantut ditambah pula dengan gaji bulanan ‘ciput’. Apa nak buat? Sudahnya pelan kahwin tertangguh lagi.
Selalu juga saya berborak dengan beberapa kenalan yang sudah berumah tangga dan yang masih belum berumahtangga, mereka menasihatkan jika belum cukup duit atau memang tidak pernah cukup wang untuk berkahwin, jalannya hanya satu. Perlu membuat perancangan rapi dan disiplin tinggi.
Jom saya perturunkan beberapa petua untuk mengatasi masalah ini.
AWALKAN USAHA YANG BAIK
Kepada pasangan muda, saya nasihatkan, semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda tidak akan berkahwin kelak, jadi jangan ambil mudah.
Rahsianya, awalkan dengan usaha yang baik. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu.
Kaedah menyimpan wang bermacam cara, yang utama adalah disiplin. Bab ni yang agak susah untuk diikuti ramai terutamanya anak muda kerana banyak keperluan hidup yang perlu dimiliki. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegunaannya. Jangan berhabis semasa kahwin, selepas kahwin banyak lagi tanggungjawab yang memerlukan wang. So, bersedia!
PEREMPUAN, JANGAN LEPAS TANGAN!
Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri. Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi.
Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak sikit sebanyak, jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’.
Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana. So, sendiri mau pikirla kalau nak kahwin.
KERJA 'PART-TIME'
Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin.
Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu. Tiada tekad, tiadalah segalanya!
MENABUNG BERSAMA
Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan.
Bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.
TAHAN 'NAFSU'
Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya beg tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin.
Pada zaman kecanggihan teknologi ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman. Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan.
Bermacam-macam lagi tip untuk pasangan muda bina mahligai impian tanpa perlu buat pinjaman. Sesiapa saja sebolehnya mahu elak untuk meminjam wang, tetapi keadaan ada kalanya memaksa. Mungkin dengan ubah cara hidup buat seketika, lebih berdisiplin dan menabung dengan aktif dapat merealisasikan hasrat anda. Apa salahnya tahan tekanan buat sementara, asalkan dapat senyum lebar di kemudian hari.
Semoga beroleh manfaat untuk semua terutamanya untuk pasangan muda yang ingin mengecapi bahagia di hari muka.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
FREE konsultasi
FREE tips
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership
FREE Postage
FREE jadual pengambilan supplement
FREE membership
FREE Postage
No comments:
Post a Comment