Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Hari ni nak membebel tentang hutang dan kaitannya dengan perhambaan manusiawi. Sebab saya selalu sangat melihat orang kita yang suka berhutang untuk membeli sesuatu barangan terutamanya ketika musim-musim perayaan dan jualan awal, pertengahan ataupun akhir tahun.
Jika yang dibeli itu adalah keperluan hidup, tidak mengapalah. Tetapi jika yang dibeli hanya untuk kehendak dan bermewah-mewah, dengan cara hutang pula tu, ke mana pengakhirannya?!
Paling ditakuti adalah kita hilang nilai kewarasan seorang manusia yang sepatutnya mulia menjadi hamba kepada nafsu kehaiwanan yang hina. Akhirnya kita menjadi hamba kepada hutang atau hamba kepada manusia lain yang memegang hutang tersebut. Adakah kita mulia dengan menjadi hamba hutang atau hamba orang sedangkan Allah menjadikan kita sebagai hambaNya di muka bumi ini?!
HAMBA MANUSIA
Jika kita faham bahawa kita dilahirkan dengan tugas yang hebat. 1 tugas diberikan kepada semua makhluk dan 1 sifat lagi dikhususkan istimewa kepada manusia. Pertama, kita dipertanggungjawabkan untuk menjadi hamba kepada Allah dan yang kedua, kita diamanahkan untuk menjadi khalifah (baca: tuan) di muka bumi ini.
Kerana itulah timbul perkataan ahli-ahli fikir Islam,"Kepada Allah kita meminta, kepada manusia kita memberi". Bukankah ia memberi bayangan kepada kita bahawa Allah sahaja menjadi semata-mata perhambaan kita dan manusia tempat kita memberi. Bukan sebaliknya.
Tak percaya ke? Cuba tengok hidup kita. Bila kita start berhutang, kita terikat kepada pemiutang dan juga terikat dengan hutang tersebut. Kita berhempas pulas bekerja 24 jam sehari, tak kira siang atau malam hanya semata-mata untuk membayar hutang. Lama mana tu? Mungkin kita terpaksa bekerja selama 20-25 tahun semata-mata untuk bayar hutang zaman muda kita dan ketika zaman berkeluarga.
Yang sadisnya apabila hutang terlalu banyak atau tanggungan pula yang semakin banyak, kita akhirnya mula terlupa 'meminta' kepada Nya. Kita semakin jauh dari surau dan masjid. Kita semakin jauh dari masyarakat dan jiran-jiran yang baik. Kita semakin menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kerana kita terpaksa 'mencuri' masa-masa tersebut untuk terus bekerja.
Maka hiduplah kita dengan serba banyak kerja. Kita jadi hamba kepada syarikat A dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Kemudian pulang ke rumah hanya menukar baju, mandi pun jarang-jarang sekali sempat. Mula pula lakukan pekerjaan yang lain. Jika tidak OT di pejabat sendiri, mungkin kerja di syarikat B pula dari jam 7- 12 malam. Semuanya kerana satu sebab, iaitu untuk BAYAR HUTANG di samping mencukupkan keperluan harian yang lain.
Kadang-kala, hingga ada perkara yang kita tidak berpuas hati dengan majikan atau tempat kerja kita, tapi kita masih bertahan walaupun setelah beberapa puluh tahun. Kita hanya memendam rasa dan sekali-sekala mengumpat di belakang mereka. Jika bukan kerana title hamba, tentu dah lama anda angkat kaki kan dari sana? Itu baru gentleman caranya.
Bukan pandangan yang sinis pada mereka yang kuat bekerja tetapi penuh rasa kasih. Terutama kepada mereka yang kuat bekerja dan dibebani hutang. Ada juga yang terperangkap dalam hutang sehingga tidak mampu untuk menanggungnya.
Ke mana arah dan masa depan golongan ini dalam sistem liberal tajaan ‘Barat’ ini? Siapakah yang akan membebaskan mereka dari beban ini? Jawapannya mungkin tidak dapat ditemui di dalam dunia yang penuh dengan kehendak material ini. Dalamilah peradaban Islam, terutamanya bab perhambaan, insyaAllah di situ ada jawabannya.
Jika ia berterusan 20-25 tahun kemudian, kita pasti tua sebelum waktunya di samping harta yang ada pun tidak seberapa. Adakah itu hidup yang menggembirakan anda? Jika itu pilihan anda, apa lagi yang saya mampu katakan? Good luck for your choice.
TIADA ILMU PUNCA SEGALANYA
Jika anda lihat semua punca masalah beban hutang rakyat Malaysia di atas, tentu anda akan mula faham bahawa semua faktor tersebut adalah berpunca dari kekurangan ILMU dalam kehidupan seharian.
Tiada ilmu pengurusan kewangan yang tersusun, tiada ilmu tentang pencegahan perubatan atau perlindungan perubatan, tiada ilmu tentang perniagaan dan lain-lain kerana kita tidak pernah diajar pun di sekolah atau IPT untuk memahami ilmu dunia 'realiti' ini yang berkaitan dengan bagaimana menjana income, bukan menghabiskan income.
Jika anda ingin berhutang sekalipun, anda tetap perlukan ilmu tersebut kerana para jutawan pun biasanya berhutang. Sama sahaja mereka dengan kita. Yang bezanya, mereka ada ilmu pengurusan hutang hingga mereka tetap menjadi jutawan dan bos sementara kita pula berhutang hingga menjadi miskin dan menjadi hamba kepada dunia!
Sebab tu, ramai orang bertanya kepada saya, "Kenapa suka sangat pergi seminar-seminar semua tu hingga ada seminar yang terpaksa bayar bukan sedikit jumlahnya? Berbaloikah?"
Suka sangat saya berkongsi bahawa semua seminar itu jika dilihat hanya dari aspek duit semata, tentulah banyak sedikit atau untung rugi yang menjadi perdebatan. Tetapi jika dilihat dari sudut ilmu dan kegunaannya dalam masa panjang, ia sangat berbaloi bahkan terlalu berbaloi sebenarnya. Kita akan lebih matang dalam 'universiti' kehidupan ini kerana semua perkara ini tidak kita dapati ilmunya di mana-mana.
Tambahan pula, jika yang memberi ilmu itu benar-benar ingin membantu kita dan sebenarnya ilmu yang ia beri terlebih mahal daripada bayaran yang saya bayar. Tak percaya? Pergilah sekali ke seminar Dr Azizan Osman, mesti anda akan percaya dengan apa yang saya tuliskan.
Jika tidak kerana orang sepertinya yang membuka mata saya dalam ilmu kewangan dan universiti kehidupan ini, tentu saya juga menjadi hamba hutang untuk 10-20 tahun lagi. Alhamdulillah, sekarang saya sangat bahagia dengan ilmu dan kehidupan yang saya ada.
Jom kita cari ilmu dan bebas hutang. Bebas dari perhambaan dan bebas dari kehidupan yang mencengkam. Saya doakan agar anda dapat mengambil sedikit sebanyak panduan daripada tulisan saya ini dan semoga anda kaya dan berjaya.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Jom dapatkan Shaklee daripada saya dengan tawaran ISTIMEWA
No comments:
Post a Comment