Thursday, 13 February 2014

:: S.O.H.O : TEMPAT KERJA TERBAIK ::

Design SOHO idamanku suatu hari nanti! Yes, indeed!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bagaimana prestasi kerja anda hari ini? Semoga Allah mudahkan segala urusan kita hari ini dan selamanya selagimana kita sentiasa memupuk keikhlasan kepadaNya.

Sengaja tanya bab bekerja tu sebenarnya sebab saya pasti setiap orang punya impian unutk mewujudkan pejabat sendiri di rumah, tak suka kerja menimbun, tak suka diarah-arah, tak suka terikat dengan pelbagai peraturan yang menyesakkan dada, tak suka dengan gaji yang tak setara dengan kerja dan macam-macam yang kita tak sukakan? 

Kerana secara nalurinya sebagai seorang KHALIFAH, kita akan berasa selesa dan santai untuk bekerja di rumah sendiri dengan kebebasan yang pasti. Bab ni tak termasuk rasa malas, rasa mengantuk dan bosan serta tidur yang berpanjangan ataupun unsur negatif lain, apa yang penting kerja dari rumah dan bebas.


RUMAH PEJABAT

Ia bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bahkan sekarang menjadi budaya yang semakin diterima masyarakat. Kini, di negara-negara Asia pun semakin dilanda 'demam' SOHO ini.

Perasan tak bahawa konsep ini muncul seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT). Tak percaya, cer tengok trand sekarang, semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri serta ada yang lebih tinggi, menjadi bos sendiri.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian terutamanya para muda-mudi sekarang yang semakin bijak untuk bekerja sendiri atau dengan orang lain dengan bayaran yang lebih tinggi, asalkan di rumah.

Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

Objektifnya, program terbabit memberi peluang kepada warga kerja untuk turut serta dan terus bekerja bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

LELAKI CURI PELUANG

Biasanya, kerja dari rumah sering dikaitkan dengan wanita khususnya suri rumah kerana golongan ini dikatakan boleh mengisi slot kerjaya sambil melakukan kerja rumah. Tetapi fenomena ini semakin berkembang dan mula diceburi oleh kaum Adam.

Tidak dinafikan wanita memonopoli bidang ini. Tinjauan JobStreet.com menunjukkan hampir 64 peratus wanita berkata, kepentingan kerjaya dalam hidup berubah apabila mereka mempunyai cahaya mata.

Umur 32 tahun, saya dah tak nak kerja lagi. Start from zero to hero!
Meskipun wanita lebih menguasainya, namun konsep dan pegangannya sama, bekerja dari rumah banyak keuntungan kerana mereka boleh merancang secara fleksibel mengikut kesesuaian waktu, dapat membahagikan masa lebih berkualiti, mudah mengatur rutin seharian dan boleh menumpukan perhatian hidup sendiri.

Elemen ini sekali gus menarik golongan lelaki untuk turut serta malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih berusaha keras, kreatif dan cuba sedaya upaya untuk ‘naik’ dalam tempoh yang singkat.

WANITA KURANG KESEDARAN

Walaupun peluang ini terbuka luas kepada semua tetapi saya melihat ramai wanita berkeluarga dan berkelulusan masih kurang mengambil bahagian dalam peluang kerjaya ini. Sedar atau tidak, kerjaya ini adalah kerjaya terbaik bagi seorang wanita kerana itulah yang dianjurkan oleh Islam.

Rumahku Syurgaku: Sudahkah terlaksana dalam rumah kita?!
Ramai wanita menginginkan keluarga yang bahagia dan ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil berada di bawah pantauannya tapi malang seribu kali malang, kerjaya lebih menjadi priority bagi mereka daripada keluarga dan anak-anak.

Bukan hanya kesedaran agama yang diketepikan malahan aspek sosial juga ditinggalkan. Saya tumpang sedih kepada anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu bapa di rumah pengasuh dan bagi yang bersekolah pula, terpaksa membuat semuanya sendirian tanpa 'perhatian' dari ibu mereka.

Aspek inilah yang nantinya akan merosakkan anak-anak apabila mereka mula memeberontak ketika remaja akibat kekurangan kasih sayang dalam keluarga sendiri.

Lihat sahaja fenomena Cyber Cafe sekarang yang dipenuhi oleh anak-anak kecil dan juga remaja. Walaupun ada PS4 di rumah, tetapi mereka tetap mencari 'kasih sayang' di luar rumah bersama rakan-rakan yang kurang kasih sayang juga.

Inikah pengakhiran anak-anak yang kita tunggu?!
Jika anda sedar peranan seorang ibu dan isteri, sepatutnya anda sudah boleh merancang dari detik ini untuk mula membina kerjaya di rumah. Ingatlah pesanan orang-orang tua,"Jika tidak mahu ditinggalkan anak di hari tua, jangan sanggup tinggalkan mereka di hari muda mereka".

APA NAK BUAT?

Soalan ni sangat bagus jika ia terlontar dari minda atau mulut anda. Teringat pesan mentor saya,"Jangan kata saya tak pandailah nak buat, tapi katalah, macam mana nak buat ye?". Perkataan pertama menunjukkan penolakan secara langsung terhadap potensi diri manakala jawapan yang kedua menunjukkan minat kita untuk terus belajar dan melakukan.

Persoalan di atas adalah biasa bagi mereka yang mahu kerja sendiri tetapi tidak tahu nak memulakannya. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan di rumah cuma perlu ada persiapan dan maklumat terperinci sebelum langkah bermula. Apa saja yang ingin diketahui ada di hujung jari, boleh dicari di Internet dan bersembang dengan rakan siber yang aktif, pasti usaha anda akan membuahkan hasil.


Yang terbaik adalah pilih kerja yang kita suka dan minat. Oleh itu kepala tidak terbeban dan urat saraf juga tak kejang. Ada beberapa kerja sambilan dan sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah. Jom lihat apa yang sesuai dengan anda.

1. Kerja tangan misalnya. Hasil seni dihasilkan dengan tangan atau dipanggil kraftangan sudah menjadi minat. Tak kiralah aksesori, perabot, pakaian, kasut bahkan makanan atau masakan boleh dijual cara biasa atau melalui tempahan online.

2. Menjahit juga antara kerja sambilan yang menjadi pilihan wanita tapi jangan terkejut ada juga lelaki pandai buat rekaan baju sendiri. Jika ingin bekerja di rumah, hasilkan baju fesyen terkini, hijab ataupun terbuka untuk tempahan luar. Percayalah, boleh kaut keuntungan dengan mudah apabila anda telah mula dipercayai dan sudah tentu lumayan apabila tiba hari perayaan.

3. Jika mempunyai kemahiran dalam fotografi, gunalah sebaiknya kelebihan itu. Mulakan dengan membuka syarikat atau kumpulan jurugambar secara kecil-kecilan untuk penuhi permintaan majlis kahwin, pesta hari jadi, majlis bercukur, praperkahwinan dan sebagainya.

Semakin berpengalaman seseorang itu, semakin tinggi bayarannya. Kerja lain yang berkaitan termasuk perkhidmatan solekan, dandanan dan katering.

4. Malah program kerja ‘online’ bersepah di Internet. Anda boleh jana pendapatan dengan mudah tanpa perlu banyak bergerak. Boleh dilakukan sambil baring atas katil, cuma perlukan Internet, contohnya bisnes jual beli, forex dan macam-macam lagi. Banyak yang boleh dilakukan, cuma perlu berjaga-jaga, elakkan tertipu.

5. Saya memilih Shaklee sebagai platform untuk saya terjun dalam bidang  SOHO ini. yang bestnya adalah platform Shaklee sekarang 100% online. Bermula dari marketing, order barang, daftar keahlian hinggalah penghantaran barang, semuanya 100% online. Sangat mudah bukan?! Opsss lupa, bonus pun dapat dilihat dan diberi melalui online.

SOLO ATAU GENG?

Kerja di rumah boleh dilaksanakan mengikut kemahuan sama ada secara sendiri ataupun berkumpulan. Seperti suasana dalam pejabat, anda boleh aplikasikan konsep sama di rumah.

Individu - Anda bertindak selaku pengarah dalam menguruskan kerjaya sendiri. Wujudkan pejabat di rumah dan jalankan perniagaan atau apa saja secara berseorangan, kurang masalah dan kurang campur tangan orang lain.

Berkumpulan - Banyak idea boleh dikongsi sekiranya kekurangan bahan. Kreativiti membabitkan seorang individu agak terhad dan jika mempunyai ramai rakan kongsi, boleh bahagikan kerja jadi lebih mudah.


Dalam Shaklee, memang praktikal sangat untuk buat secara berkumpulan kerana kami memang bergerak sebagai team dengan pelbagai kemahiran yang digabungkan dengan strategi masing-masing yang mampu meletupkan pasaran setempat. Kerjaama dan hubungan yang sangat erat sesama ahli dapat memudahkan segalanya. Alhamdulillah.

Walau apapun pilihan anda, bidang kerjaya di rumah perlukan usaha lebih berbanding kerja makan gaji. Penulis buku Work From Home, Judy Heminsley menyatakan, dia mencintai kebebasan dan fleksibiliti bekerja di rumah.

Boleh merencanakan hari sendiri, kurang tekanan, tanpa arahan sesiapa dan menggabungkan kerja pejabat dengan rutin biasa di rumah adalah perkara yang mengagumkan.


Jom ramai-ramai kita bina SOHO di rumah masing-masing. Jadikan rumah anda sebagai sumber pendapatan utama anda mulai tahun ini. Ayuh, sahut cabaran dunia moden kini!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

No comments:

Post a Comment