Friday, 11 April 2014

:: WARKAH BUAT SUAMI ::


Assalamualaikum buat insan bergelar suami.

Sebelum membaca larikan tinta ini, pastikan isteri anda bekerjaya sebagai usahawan. Sama ada secara online ataupun offline, mereka tetap usahawanita berjaya di mata saya.

Hari ini sengaja saya nukilkan warkah 'cinta' dan 'kesedaran' buat anda wahai suami.

Warkah cinta buat suami yang sporting dan memahami. Kehendak isteri yang hendak mengubah lanskap hidup keluarga melalui bisnes direstui dan didukung dari belakang. 

Bukankah itu tugas lelaki dalam firmanNya,"Kaum lelaki itu adalah pelindung kepada kaum wanita"!

Mereka tak berbisnes suka-suka, mereka serius berbisnes supaya anda dan keluarga dapat bersuka ria di hari mendatang.

Mereka berbisnes bukan menjual rupa atau diri, mereka hanya menjual ilmu dan peribadi.

Mereka berbisnes bukan untuk namanya diukir di langat dunia, cukuplah hasil bisnes ini mengukir senyuman di bibir anda dan anak-anak.

Saya jamin semua perkara ni sebab saya satu-satunya leader lelaki dalam Shaklee yang dikerumuni isteri-isteri anda yang sangat hebat ini. Anda sungguh bertuah. Saya cemburu sekali!

************************

Tapi warkah ini juga saya cecahkan tintanya untuk para suami yang belum 'sedar', punya sifat 'melindung' yang sangat tinggi dan maaf cakap, tak punya sifat perikemanusiaan dan memahami pada isteri dan keluarga sendiri.

Tulisan ini terukir dari kesedihan saya terhadap beberapa orang ahli saya yang dihalang niatnya oleh suami masing-masing. Maka, saya yakin ramai lagi usahawanita dalam bidang yang lain juga berlaku perkara yang sama.


Mungkin tanggapnya, maruahnya jatuh bila isteri bergelar mereka dengan kerjaya yang gah kini mula beralih angin menjadi usahawan dan peniaga!

Mungkin pada pandangannya, cukup sudah income sediakala tanpa perlu lagi berusaha mencari sampingan yang kini hampir menjadi kewajipan dalam dunia sekarang!

Mungkin juga yang terasa tercalar egonya kerana isteri yang lemah itu sudah lebih berani daripadanya menghadapi realiti hidup semasa!

******************************

Bacalah sehingga tamat tulisan ini. Moga anda faham selepas ini betapa beloknya niat anda itu dari segi agamawi dan manusiawi. Betapa perlu anda membantu meringankan bebanan si dia yang lemah itu.

1. Seorang suami yang Allah letakkan tanggungjawab padanya bukan hanya pandai berijab kabul tapi pandai pula mengabulkan tanggungjawabnya kepada si isteri. Tanggungjawab suami bermula apabila ijab kabul telah tamat.

Jangan senyum seronok sahaja tanpa sedar bahawa segalanya atas tanggungan anda sejak terlepasnya pegangan tangan imam itu. Nafkah, dosa pahala semuanya atasmu.

Bukankah Allah meletakkan tanggungan nafkah itu atas suami, bukan isteri?! Bahkan suami diperintahkan oleh Nabi SAW,"Sesungguhnya perempuan itu 'aurat'. Maka, kurunglah mereka di dalam rumah-rumah merkea"

Tapi malangnya ada segelintir suami yang memerli isterinya,"Tak cukupkah dengan gaji sekarang sampai perlu berniaga pula? Nak buat apa susah-susah sangat berniaga ni, esok mati tak bawa apa juga"

Sedangkan sang isteri itu yang patut membalas tanya,"Cukupkah abang saja yang bekerja menyara untuk keluarga kita? Kenapa wang gaji saya juga kena menanggung nafkah yang wajib atas abang tu."

Saya bukan nak ajar isteri melawan tapi saya nak tuan belajar bahawa nafkah isteri atas suami, tuan!


Anda perlu kerja 16 jam sehari untuk penuhi semua nafkah tersebut. Makan pakai, tempat tinggal, alat solekan dan perhiasan, pendidikan serta kesihatan keluarga, semuanya tanpa kecuali! Bukan hanya isteri tetapi juga untuk anak-anak.

Tetapi kenapa isteri anda 'dibenarkan' bekerja hanya semata-semata nak cukupkan nafkah yang tak mampu anda tanggung itu?

Tapi apabila isteri hendak mencari jalan pintas dengan berniaga, anda pula menjadi kayu penghalang utamanya? Betulkah anda?!

Jika esok kita mati tanpa apa-apa, tidak mengapa. Tapi pernahkah kita terfikir, adakah esok jatuh tarikh mati kita. Jika esok benar-benar mati, tidaklah mengapa tapi kalau masih hidup 20 - 30 tahun lagi, takkan tiada pendapatan dan simpanan apa-apa?!

Saya respect abang Abil yang famous ni. Menjaga isterinya yang menghadap kanser hingga sanggup mendahulukan isteri dari kerjaya. Kita sebagai suami boleh begitu?!
2. Ada pula suami yang bising,"Ni yang saya malas isteri saya berniaga, asyik sibuk je pegang handset 24 jam. Tak terurus rumahtangga saya mcm ni".

Eh, hello cik abang. Rumahtangga tu urusan U ok. Maaf cakap. Sila buka kitab-kitab agama, urusan memasak, membasuh, jaga anak-anak tu adalah adalah urusan anda bukan isteri!

Jika rumahtangga tidak terurus, gunakan gaji U untuk hire pembantu rumah. Itulah yang tertulis di dalam kitab agama, bukan membebel menyalahkan orang rumah. Kesian mereka.

Sudahlah berpenat lelah membanting tulang bersama anda untuk menyara keluarga, dipinjam pula sebahagian wangnya untuk memenuhi nafkah yang bukan tanggungannya, dihadiahkan pula bebelan daripada anda. Adakah anda seorang lelaki sejati jika begitu sikapnya?!

Tiada 'bahagian' untuk suami jika 'hak' seorang isteri terabai yer.

Kenapa anda pass semua kerja rumah kepada isteri?
Sebab anda penat kerja. So, isteri anda tak penat bekerja?!

Tapi bila si isteri nak buat biz dan sibuk untuk sementara waktu TAPI setahun lepas tu dah boleh rancang pencennya dan duduk rumah, uruskan rumah 24 jam, anda pula ugut dengan 'keredhaan' anda. "Tak cium bau syurga kalau tak ikut cakap saya", kata anda.

Anda cium ke bau syurga kalau tanggungjawab anda sendiri pun tak terbela?!

3. "Saya sayang isteri, jadi saya nak dia tak sibuk macam saya. Saya masih lagi mampu tanggung kalau setakat bisnes macam ni. Kadang-kala saya pun risau apa yang dia buat kat internet tu. Takut tersalah ke lain nanti, mana tau", katanya si suami.

Abang, nasihat saya dari hati...kalau betul sayangkan isteri, berhentikan dia dari kerja. Anda berani tak?!

Sebab apa?
Sebab di tempat kerja pun pasti ada lelaki. Entah berapa ramai lelaki yang dia lagi mesra dari anda sendiri.

Malam ni bergaduh dengan anda, paginya bermasam dengan anda tapi bila sampai pejabat boleh pula dia bermanis muka dengan rakan pejabatnya. Boleh pula dia dia bergurau senda dengan rakan lelaki mereka.

Sebab apa?
Sebab dia perlukan ruang dan masa untuk dirinya sendiri. Dia dah terbiasa bertahun-tahun lamanya bersama teman luar rumahnya dan tentunya itu bukan anda.

Salahkah?! Anda jawab sendiri.


Sayang isteri bro, support dia, bantu dia dalam bisnes, tolong dia untuk pencen awal, manjakan dia supaya dia boleh anggap anda rakan terbaiknya, yang faham asal tuju niatnya....bukan menuduhnya tanpa bukti yang nyata.

4. Kata suami,"Saya nak anak-anak saya dapat perhatian ibunya. Anak ke penting, bisnes ke penting?"

Saya setuju jika kita katakan kedua-duanya penting. Punya anak tapi tak mampu didik anak sendiri, tak mampu berikan yang terbaik kepada anak-anak juga tidak baikkan.

Anda sebagai ayah tak malukah bila anak seperti yatim piatu? 
Sudahlah ayahnya sibuk bekerja, ibunya juga begitu. Anak dididik dengan corak didikan bibik atau penjaga nursery bukan dengan corak sendiri.

Anak lebih fasih bercakap Indon dari bercakap Melayu. 
Anak lebih sayang pengasuh dari sayang ibu sendiri. 
Anak lebih dengar cakap mereka dari keluarga sendiri.

Anak anda sendiri mungkin malu hendak menyebutkan nama mereka ber 'bin' atau 'binti'kan anda sebagai bapanya. Sebab anda berdua hanya tau pass tanggungjawab kepada orang lain.

Takkanlah kita hendak dicop orang,"Hanya tau buat anak tapi tak pandai didik anak".


Soalnya adalah sampai bila hendak jadi begini?! Jika semasa mereka kecil ni kita berusaha untuk cepat 'pencen', tentu isu anak liar, anak degil, anak lari tinggalkan rumah apabila meningkat remaja tidak lagi berlaku.

Tapi ramai suami yang memilih jalan bekerja dengan orang lain...eh silap, berkhidmat selama 48 tahun dengan rumahtangga lintang pukang dan tak punya pun kebebasan masa atau kewangan.

Jujur tulisan ini adalah hasil pengamatan sepasang mata yang Allah kurniakan ini, bukan hanya mencari khilaf semata pada suami.

**************************

Adakah salah saya cakap?!
Jika salah, ampun maaf saya pohon. 10 jari saya susun.

Jika bisnes yang isteri anda jalankan ini anda bantu dan insyaallah setelah setahun nanti KEJAYAAN pula menjelma, bukankah semua masalah ini selesai?!

Tak bolehkah isteri anda sibuk sebentar dari sibuk selama 48 tahun sibuk bekerja dengan orang?

Tak bolehkah isteri anda sibuk berbisnes dari dia sibuk mengumpat?

Tak bolehkah isteri anda sibuk dengan mesej order di ensetnya dari sibuk menerima mesej dari bosnya meminta kerja yang belum siap?

Tak bolehkah isteri anda ingin berjaya untuk anda dan keluarga yang dia sayang?!

Dan yang paling utama, tak bolehkah anda beri keizinan dan keredhaan kepada isteri anda untuk dia kejar cita-citanya. Itulah namanya sayang dan cinta. 


Bila orang yang kita sayang gembira dengan apa yang dia lakukan, bukankah itu kebahagiaan kita juga?!

Anda fikirkan dan anda buat keputusan sebagai SUAMI dan sebagai AYAH, jangan buat keputusan sebagai LELAKI yang penuh EGO dan tak miliki rasa BERSALAH.

#######################

Buat ahli saya yang bergelar isteri.....Saya tahu anda kuat berbisnes untuk siapa dan kenapa. Gunakan kesempatan dan peluang ini dengan sungguh-sungguh. Jangan sekali khianati kepercayaan yang  telah suami berikan.

Buat para usahawanita yang lain juga, saya harapkan begitu. Jangan sesekali melencongkan niat anda atas kebaikan suami. Anda sangat bertuah jika suami anda mendukung usaha anda kerana tidak ramai suami yang gentlemen begitu.

Jawapan ini saya tuliskan untuk menjawab BANYAk sangat inbox yang masuk dalam mesej FB saya yang bertanyakan hukum isteri yang berniaga tapi tanpa redha suami.

Anda kaya dan berjaya!!! Anda pasti mengubahanya!!!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee
Whatsapp/SMS: +6019-2486694

Siapa yang gila-gila setuju dengan saya, say " I love my hubby" dan sila LIKE dan Share post ini dengan rela hati buat teman-teman seperjuangan anda.

No comments:

Post a Comment