Monday, 16 June 2014

:: MENTOR MENTEE KEHIDUPAN ::


Assalamualaikum semua.

Semoga anda sihat-sihat hendaknya dan dianugerahkan kebahagiaan hidup untuk setiap hari yang anda lalui di dunia ini. Pasti berguna segala harta benda jika hati juga tenang dan bahagia.

Hari ni nak berkongsi satu pengisian yang saya share dalam FB 3 hari yang lalu dengan tajuk,"Siapa Mentor Anda?!". 

Saya kongsikan sekali lagi beserta jawapan lengkapnya. Mudah-mudahan, makin ramai yang faham apa pentingnya mentor dalam membina kejayaan dan kekayaan hidup, dunia dan akhirat. 

AL-KISAH

Pernah satu kali saya sesat ketika dalam perjalanan mahu ke bandaraya Johor Bahru. Kerana satu urusan penting ketika itu, maka konsep 'hentam sajalah' digunakan. Bergerak dan bertolak dahulu ke sana. Kalau jumpa, syukur. Kalau tak jumpa, tanyalah.

Jawapannya tentulah, takkan jumpa punya. Sebab namanya pun 'hentam sajalah' kan?! 

Maka dengan muka 'tak malunya' saya berhentikan motor yang bernombor plat JMC (Johor) dan bertanya di stesen Petronas berdekatan,"Di mana hotel sekian...sekian di JB kerana saya ada urusan penting di sana?"

Kata si pengepam minyak itu, "Ikut jalan sekian, belok kanan, jalan dalam 500 meter dan seterusnya sampai di sana. Hotelnya di tingkat 2. Bawahnya kedai gunting rambut!".

Erkkk....betulkah hotel ini serupa itu gambarannya?!

Dengan separuh yakin, saya 'menurut perintah'. Tapi akhirnya malang tidak berbau, panduan tidak bertanda, jalan tidak kena. Tiada hotel yang disebut, terjumpa rumah tumpangan sahaja di hujung jalan sana.

Fikir punya fikir, di mana tempat bertanya seterusnya, maka seakan terlintas di hujung mata, ada kawasan sewaan teksi di tepi sebelah kiri jalan. Jaraknya hanya 300 meter di bekanag saya. 

Saya berhenti pula di kawasan itu. Tuan-tuan teksi sedang bersidai. Rokok daun digulung dan diperasapkan. Mungkin menghilang penat, detik hati saya. Salam dihulur dan tujuan dinyatakan. Saya tanyakan mereka mengenai hotel yang saya cari, sebenar-benarnya di mana?!.

Ramai yang tahu dan menerangkan jalan dengan sangat rumitnya. Dengan sedikit malu saya memberitahu,"Sebenarnya saya tak pernah datang JB, saya tak tahu jalannya, bolehkah kiranya ada yang berkenan untuk menunjuk jalan".

Hening tiba-tiba seolah-olah ada malaikat yang lalu. Lalu seorang lelaki menapak ke depan dan katanya,"Jom saya tunjukkan jalan. Ikutlah di belakang teksi saya". Moga pencen kubur tuan pemilik teksi itu bertambah kerana kekayaan hatinya.

Akhirnya tak sampai pun 10 minit, saya tiba di hotel tersebut dengan selamat dan dengan kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Kepuasan dari usaha dan berani bertanya!

Soalan yang saya lontarkan kepada pembaca di FB saya adalah,
SAYA NAK ANDA JELASKAN KEPADA SAYA APA YANG ANDA FAHAM DARIPADA CERITA RINGKAS INI YG BERKAITAN DENGAN BISNES - MENTOR - KAYA - BERJAYA.

Antara jawapan bernas dan matang yang diberikan oleh rakan-rakan FB!

TELADANNYA

1. Jika kita baru sahaja berbisnes atau baru nak mengenali hidup, mulakan bertanya,"Macam mana?", elakkan bertanya,"Boleh ke?". 

Bila kita bertanya macam mana nak buat sesuatu atau macam mana nak berbisnes, sebenarnya kita telah buka satu peluang kepada diri kita untuk belajar. Apa-apa pun nak buat, biar ilmu di depan. 

Jika kita terus bertanya, "Boleh ke?", biasanya itu merujuk kepada tindakan terus tanpa ilmu. Tambahan lagi jika ada penambahan "Boleh ke tak?", memang itu tandanya anda hendak bertindak tanpa ilmu dan jawapannya, memang tak la!


2. Konsep 'hentam sajalah' dalam bisnes bukan tidak boleh malah digalakkan untuk usahawan terutamanya yang baru bermula untuk mengumpul seberapa banyak pengalaman jatuh bangun dunia bisnes.

Tapi pernah tak terfikir yang sebenar semua 'jalan' ada shortcutnya. Jalanraya yang terlalu panjang kan membosankan? Kenapa tak lalu short cut jer? Rugi ke kalau kena bayar tol sikit sedangkan masa untuk sampai ke destinasi dan tenaga yang terbuang dapat dijimatkan berkali-kali ganda?

Bisnes adalah perjalanan. Sama ada panjang atau pendek jalannya terpulang kepada ILMU usahawan itu. Kenapa nak buang masa melalui jalan panjang tu sedangkan ada orang yang telah melaluinya dan telah 'berjumpa' jalan shortcutnya?

Ceduk je ilmu daripadanya. Cari mentor yang telah jadi jutawan, belajar daripadanya. Minta jalan short cut, jangan tanyakan jalan panjangnya. Jika berbayar pun, itukan berbaloi. Jika mentor anda jadi jutawan selepas 3 tahun, dengan ilmu shortcutnya, anda mampu menjadi jutawan dalam setahun, bukankah itu berbaloi!

Ringkasnya, jika anda rasakan, "Takpelah, saya nak lalu juga jalan 'hentam sajalah' ni. Apa-apa pun saya tanggung". Fikirkan dahulu, adakah anda mahu mengulangi kesilapan dan kegagalan orang lain sedangkan mereka telah sedia jatuh ke dalamnya dan mereka pula sedia memberi jalan agar anda tak merasainya. kemudian fikirkan juga, adakah anda sekuat orang lain sekiranya anda jatuh dalam lubang kesilapan dan kegagalan itu. 

Hanya 10% orang yang pernah jatuh dapat bangun kembali sebagai JUARA. Ia tak semudah seperti dijangkakan.

3. Cari mentor yang bukan hanya sekadar anda boleh bertanya, tapi carilah yang boleh menunjukkan.

Jika hanya sekadar boleh memberitahu sahaja, itu belum cukup, tapi carilah yang bersedia memimpin tangan anda untuk melalui jalan itu bersamanya. 

Mentor yang baik dan bertanggungjawab pasti dengan rela hatinya membantu anda kerana mereka tahu RAHSIA JUTAWAN. What you give, you get more back! Simple right! :)

4. Usaha dan berani bertanya, pasti anda berjumpa dengan mentor terbaik untuk anda.

Percayalah bahawa setiap orang mempunyai mentor yang berbeza. pasti tidak sama kerana sifat mentor itu sendiri sebagai manusia pasti ada kekurangannya. Kekurangan paling mudah adalah semua mentor tak terlibat dengan semua bisnes.

Mentor hartanah hanya terlibat dengan hartanah. Mentor saham hanya terlibat dengan saham dan begitulah seterusnya. Mungkin ada juga yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan tapi yang pastinya adalah tak semua bidang bisnes dan keusahawanan mereka terlibat.

WHY? Sebab mereka ada FORMULA JUTAWAN. Fokus.

Begitu juga anda, fokus ke mana hendak anda tuju?! Satu tujuan dahulu. Jika telah berjaya sampai ke tujuan pertama, barulah merancang untuk tujuan seterusnya.

Jika anda mula berbisnes dengan 3 jenis hingga tidak terkira jenis bisnes yang anda hendak fokuskan, anda MASTER OF NOTHING! Tidak ada satu jenis pun nanti yang akan menjadikan anda master. Sebabnya anda hilang fokus.


So, jangan malu bertanya. Beranikan diri untuk minta tunjuk ajar dari orang-orang yang telah berjaya!

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.
Bertindak yang baik-baik.
Pasti hidup anda terbaik.

Itu sahaja tips mentor mentee kehidupan dan kejayaan hari ini. Semoga anda kaya dan berjaya, dunia dan akhirat!

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

No comments:

Post a Comment