Sunday, 1 June 2014

:: TIPS SERONOK BEKERJA ::


Assalamualaikum semua pembaca dan visitor jutawan.

Beberapa hari kebelakangan ni, ada 4-5 orang yang PM saya di FB meminta tips sebarang dua untuk diamalkan. Tekanan dan kebosanan yang menimpa mereka mungkin agak berat kerana biasalah, lain padang lain belalangnya.

Dulu saya bekerja di pejabat dengan mengamalkan tips mudah ni dan sekarang ia menjadi seakan 'tabiat' yang dibawa pulang bersama apabila bekerja dari rumah. 

Serius best dan menenangkan, kerja pun jadi mudahkan bila hati senang, kualiti kerja juga bertambah. Bos jangan cakaplah, sudah tentu sayangnya berlebihan untuk kita tanpa perlu dipinta atau dibodek.


1. Halwa Telinga 

Tidak kisah rentak jenis apa pun, asalkan sedap didengar, lembut untuk hati dan tidak mengganggu tumpuan kerja. Jika boleh, elakkan suara muzik terlalu kuat hingga mengganggu rakan yang lain. Guna headspeaker pun dah cukup bagus. Asal telinga dapat menagkap rentak bunyinya atau suaru lantunan penyanyinya.


Saya pernah terjumpa kajian saintifik membuktikan muzik dapat meningkatkan tahap fokus semasa bekerja dan untuk mengurangkan tekanan. Muzik klasik terbukti menunjukkan peningkatan yang paling tinggi untuk mereka yang gemar bekerja serta pelajar berbanding muzik rentak lain.


2. Gerakkan Mulut Anda

Tumpuan sepenuhnya pada komputer tanpa henti pasti akan menimbulkan rasa bosan. Saya lah tu. Jarang dapat berlama-lama memandang lappy. Rasa bosan pasti bertandang walau tanpa dipinta.

Satu caranya adalah gerakkan mulut dengan berkunyah. Dapatkan makanan ringan seperti cip kentang, kacang, chewing gum atau lain-lain. 

Tapi perlu diingat, jangan pula beli snek berlebihan kerana penyakit mengantuk dan malas akan mula berjangkit di tempat kerja seterusnya menghilangkan fokus kerja.

Berat badan naik, jangan salahkan saya ye. Saya dah pesan awal-awal.:) 


3. Cakap....cakap.

Sungguhpun anda sangat sibuk menyiapkan kerja, jangan habiskan masa sepenuhnya melakukan semua itu, sebaliknya cuba bercakap dengan rakan sekerja. 

Buka sedikit tajuk yang ringan seperti teka-teki atau filem terbaru di pawagam. Dengan cara ini, sedikit sebanyak rasa bermotivasi meningkat dan kurang tekanan ketika bekerja. Pasti hari bekerja anda menjadi lebih ceria setiap hari.

Cakap ye tapi elakkan dari terus mengumpat!


4. Cipta cabaran!

Melakukan perkara yang sama dalam kerjaya pasti bosan kan ?! Seolah-olah cabaran ketika baru bekerja sudah lama hilang dibawa arus rutin harian. 

Jika selama ini kita sering mendapat tugasan daripada orang lain, cuba cari idea untuk mencabar diri sendiri melakukan tugasan baru dan kemukakan idea itu kepada ketua atau bos anda. 

Tak perlu risau ditolak, apa-apa pun mencuba juga adalah satu cabaran. 


Selain itu, atur objektif yang realistik di tempat kerja. Contohnya, anda adalah seorang yang malas mengemas dan ingin berubah menjadi 'ringan tangan'. Lakukan tugasan secara berterusan dan jangan mengaku kalah kerana lambat-laun anda pasti dapat mengubahnya.


5. Tunaikan Hobi

Jika ada masa rehat atau terluang di tempat kerja, jangan takut-takut untuk melakukan hobi anda. Tapi sebelum tu, pastikan hobi anda bermanfaat ye. Misalnya, anda adalah seorang yang suka menyimpan resepi makanan atau membaca komik atau selainnya.


Apabila ada saja masa lapang atau kerja sudah siap, lakukan hobi anda dengan segera. Hobi dapat mengurangkan tekanan untuk seketika tapi awas, jangan lakukan ia secara keterlaluan kerana anda mungkin berisiko dibuang kerja.


6. Kuasai Kemahiran

Setiap orang pasti ada kemahiran tersendiri. Untuk menjadikan kerja lebih seronok, cuba perbaiki kemahiran anda yang belum sempurna. Contohnya, anda suka menggunakan aplikasi Photoshop atau Adobe Indesign, tetapi tidak terlalu mahir.

Cuba belajar untuk meningkatkan kemahiran anda dalam aplikasi itu kerana cara ini boleh memberi anda peluang untuk memilih kerjaya baru. Jika anda berminat dalam bidang itu, teruskan kerjaya anda di peringkat lebih jauh ataupun tubuhkan syarikat sendiri. :) :) :)


7. Ambil cuti dalam beberapa hari

Jika semua cara di atas tidak memberikan kegembiraan dan ketenangan kepada anda, maka jangan teragak-agak mengambil tindakan akhir ni.

Mungkin tekanan dan gangguan semasa kerja yang berterusan menjadikan hidup anda tidak ceria dan dalam dilema. Cuba ambil cuti selama beberapa ketika untuk menenangkan diri anda. Pergi bercuti di tempat menarik ataupun adakan aktiviti riadah bersama teman sekerja dan ahli keluarga.


Sekian dulu tips dari saya. Any comment?! Please drop it in comment box :)

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

1 comment:

  1. alf mabrook...ustaz..semoga berjaya dunia akhirat..happy work at home.

    ReplyDelete