Semalam meniarap. Sudah puas meniarap, ia mula tidak selesa. Ia usaha bangun untuk merangkak.
Jatuh.....ia bangun sekali lagi.
Jatuh lagi, bangun lagi sambil melihat sekelilingnya dengan senyuman manisnya.
Jatuh lagi....menangislah dia. Sangka kita, ia putus asa. Rupanya ia sedang kumpul keberanian.
Buktinya?!
Lihat sahaja esok. Celik sahaja mata di pagi hari, ia pusingkan badannya dan mulakan sekali lagi usahanya.
Biar mencuba dari hanya menunggu. Menunggu itu selesa, tak perlu berbuat apa-apa tapi menyeksakan. Ia tak selesa. Ia punya prinsip sendiri tanpa perlu diajar.
Itulah yang dilakukan. Setelah boleh merangkak. Sekejap sahaja ia suka dan selesa.
Kemudian, ia mula berdiri dan akhirnya berlari pantas. Habis rumah ditawafnya.
Maklumlah, sudah dapat kaki.
Kerana berani, ia dapat 'kuasai' kelemahan kakinya.
# # # # #
Setelah meningkat usia 5 - 12 tahun, semakin lasak!
Lihat abangnya memanjat pokok. Ia pun memanjat tanpa ragu. Tiba-tiba sahaja terdengar suara dari atas pokok,"Abang, abah, adik nak turun.....".
Si abang dan si ayah menurunkannya sambil membebel,
"Itulah, berani sangat. Naik tahu, turun tak tahu!".
Si kecil hanya tersengih. Sangka kita, ia takkan buat lagi.
Rupanya ia sedang merancang untuk memanjat lagi.
Berani punya budak!
Dengan tentera dan senjata pun ia tidak takut! |
Apa sahaja yang ia lihat di TV dan sekelilingnya, ia akan cuba lakukan.
Lihat cerita Spiderman hari ni. Esoknya meminta untuk dibelikan baju Spiderman.
Petangnya ia pakai, buat bermain dengan rakannya di taman.
Dia menjadi Spiderman yang punya super power melawan si jahat yang dilakonkan bersama rakan-rakan. Ia tidak takut dengan yang namanya 'musuh' atau 'gagal' misinya. Ia sanggup berdepan risiko demi sebuah 'perjuangan'.
Apa yang ia tahu, "Aku mesti mencuba".
Kerana berani, ia dapat 'kuasai' kelemahan dirinya dengan menjadi orang lain.
# # # # #
Tapi alangkah malangnya....setelah si kecil itu menjadi dewasa, keberaniannya pudar, ketakutannya semakin menular dan keselesaannya mula menjalar dalam hidup sehariannya.
Ia takut untuk mencuba lagi.
Ia takut untuk meniru kejayaan orang lain.
Ia takut untuk memanjat lagi ke atas puncak gunung.
Apabila dewasa sudah tidak berani lagi melompat lebih tinggi. Sudah takut nak mencuba itu ini. Takut nanti apa orang kata. Kalau saya buat ini, orang akan kata begini. Kalau saya buat begitu, orang akan kata begitu.
Takut nanti kena kritik idea dan tindakannya. Hidupnya bukan lagi dari 'kehendak' dan keterujaan hatinya. Tapi hidupnya telah menjadi milik orang lain. Semua nak dengar apa orang lain kata.
Jika hidup telah dikuasai pandangan orang lain,
itu bukan lagi kehidupanmu tapi kehidupan orang lain bro!
Pelik tapi benar!
Bagaimana si dewasa yang kini takut pada segalanya.
Takut mencuba, takut dikritik, takut pada risiko dan takut pada sesuatu yang belum dicubanya,
takut itu ini adalah......
Si kecil dulu yang sangat berani. Berani mencuba, berani tanpa sempat berfikir tentang risiko jatuh, patah tangan kaki dan berani menentukan gaya hidupnya sendiri beberapa tahun dahulu.
Soalannya......
Apa yang menghalang kejayaan si dewasa yang mungkin sedang membaca tulisan ini dari menjadi berani semula sekarang?!
Mohd Taufiq
019-2486694
Wafiq Empire
No comments:
Post a Comment