Thursday, 27 November 2014

FILEM 'ROCKET SINGH' SIMPLE TAPI BRILLIANT


Saya baru je selesaikan khatam filem ni. Saya dapat tau pun dari seorang rakan usahawan di FB. Bagusnya rakan-rakan usahawan adalah mereka berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk khalayak. Setuju..setuju?!

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak menonton TV atau filem-filem yang banyak di pasaran. Maklumlah, bagi usahawan, masa adalah segalanya. Berdosa besar bagi seorang yang terlibat dalam dunia bisnes membuang masanya tanpa tujuan.

Tapi review filem ini mengusik hati saya untuk menontonnya. IMDB dan Rotten Tomatoes juga memberikan rating yang baik untuk movie ini.



Saya berikan pengenalan sahaja tentang filem ini dan beberapa pengajaran untuk kita bersama. Lebih baik juga anda menontonnya.

1. Filem ini berkaitan Harpreet Singh Bedi sebagai pelajar yang tidak cemerlang berbanding rakan-rakannya yang lain. Dia juga tinggal bersama datuknya sahaja dalam rumah dan hidup yang biasa-biasa sahaja. 

Harpreet hanya memilih untuk menjadi seorang 'salesman'. Mengapa? Kerana dia percaya dia mempunyai bakat yang tiada pada kebanyakan orang iaitu kuasa pujukan (The Power of Persuasion).

2. Keyakinan diri adalah perkara pertama dalam bisnes. Jika anda tidak yakin dengan diri sendiri, siapa lagi mahu mempercayai anda dan apa yang anda jual atau kongsikan?

Lebih baik lagi jika digabungkan keyakinan itu dengan kekuasaan Sang Pencipta yang turut juga diperlihatkan melalui filem ini.

Dengan bersandar kepada Yang Maha Esa, kita pasti lebih kuat dan luar biasa.

3. Bisnes bukanlah proses 'touch n go'. Bisnes adalah urusan yang berterusan apabila dimulakan. 

Walaupun sekali sahaja seseorang itu menjadi pelanggan, selamanya ia adalah pelanggan yang perlu dilayan dengan baik. Walau hanya berlaku transaksi untuk barangan kecil atau servis biasa sahaja, selamanya perhubungan itu berjalan.

No touch and go in business. If it happen, your business will collapse.

4. Tiada shortcut dalam bisnes. Tidak patut ada salah laku seperti rasuah dan lainnya. Ia mungkin cepat mengkayakan anda tapi ingat, ia juga cepat sekali merebahkan.

Bisnes tanpa 'trust' yang bersandarkan kepada peribadi tapi bersandar kepada wang pasti memenatkan dan merendahkan maruah anda di hadapan orang lain.

5. Layan semua orang baik pelanggan mahupun rakan bisnes sebagai 'manusia'. Bukan robot atau alatan yang diperah atau dipergunakan untuk matlamat sempit bisnes kita.

'If people happy, the returns will be increase automatically.'

6. Untuk menjalankan bisnes yang hebat, cari rakan kongsi yang hebat dan berkebolehan untuk bekerja dengan sepenuh jiwa. 

Bukan hanya melihat kepada wang atau pulangan yang kembali kepada dirinya sahaja. Jika itu berlaku, bisnes pasti tidak lama bertahan.

7. Apa pun bisnes yang anda lakukan, ingat...ianya berkaitan dengan manusia atau lebih tepatnya emosi manusia dan elakkan mementing diri.

Bisnes adalah perhubungan sesama manusia dan proses kerja secara berkumpulan.



8. Ayat yang best dari filem ini adalah berkaitan keberanian mengambil risiko. Semua orang tahu bahawa bisnes adalah risiko tapi ramai yang buat-buat tak tahu bahawa semua perkara dalam hidup ini adalah risiko. Semuanya berisiko.

Bekerja, risikonya diberhentikan.
Beli rumah, risikonya dirompak.
Beli kereta, risikonya kemalangan.

"Even Spiderman has to take risks, at least you're salesman".

Cerita ini sangat dekat dengan bisnes yang saya jalankan. Yang penting dalam bisnes adalah,"Lakukan apa yang kamu sukai dan sukai apa yang kamu lakukan".

Semoga bermanfaat untuk anda.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment