Sungguh menarik kisah ini. Ketika diberi pilihan antara cita-cita dunia dan akhirat, tentunya ramai yang cenderung memilih cita-cita dunia kerana ia kelihatan mempersona, mulia dan mengkagumkan.
Tetapi di celahan orang ramai itu akan tetap ada seorang dua manusia pilihan Allah yang memilih sebaliknya.
Jom baca kisah ini.
# # # # #
Di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, seorang guru membuka perbincangan dengan persoalan kepada murid-muridnya.
"Apakah cita-cita anda apabila dewasa kelak?"
Jadi bangunlah seorang demi seorang murid menyatakan cita-cita mereka.
"Pilot!..."
"Doktor!..."
"Polis!..."
"Guru!....."
Sehinggalah tiba pada salah seorang murid. Ia bangun dan memberi sebuah jawapan yang sangat tidak disangka-sangka. Amat mustahil untuk mendengar jawapan itu pada zaman yang serba 'maju' ini.
Apabila mendengar jawapannya, para murid yang lain mentertawakannya tetapi sang guru pula menitiskan air mata.
# # # # #
Murid itu menjawab: "Saya bercita-cita untuk menjadi Sohabi (sahabat Rasulullah SAW)."
Lalu guru itu bertanya: "Mengapa jawapan kamu sedemikian?"
Murid itu berkata: "Setiap hari sebelum saya tidur. Pasti saya akan mendengar kisah-kisah para sahabat dari ayah dan ibu saya. Sahabat Nabi adalah seorang yang dikasihi Allah... gagah... pahlawan... Ayah saya ingin saya menjadi seperti mereka dan saya juga bercita-cita serupa".
Fahamlah guru itu bahawa hebatnya ibu dan ayahnya meletakkan hadaf (matlamat hidup) yang hebat buat anaknya. Hadaf untuk Islam.
# # # # #
Maka benarlah hadis Nabi SAW:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi"
Jangan tidak tahu bahawa, apa sahaja yang berlaku ketika tempoh 20 minit sebelum anak melelapkan mata atau dinamakan 'Alpha Mode Time' akan meninggalkan kesan memori jangka panjang buat si anak bahkan turut mempengaruhi mimpi mereka di malam hari.
Ambillah peranan mulia itu untuk menceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat r.a. supaya anak-anak dapat meniru jejak langkah mereka dalam hidup seharian.
Ambillah peranan mulia itu untuk menceritakan kisah-kisah Nabi dan para sahabat r.a. supaya anak-anak dapat meniru jejak langkah mereka dalam hidup seharian.
Kejayaan itu boleh ditiru. Baik kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat.
Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan
No comments:
Post a Comment