Thursday, 13 November 2014

:: MUSLIM ITU TINGGI WAJAHNYA DAN RENDAH HATINYA ::

agama, muslim, motivasi, ciri muslimm, islam

11 sifat orang Islam lagi beriman kepada Allah dan rasulNya.

1. Orang Islam itu tinggi duduk berdirinya, TAPI ...
Ia tidak sombong dengan kedudukan itu.

Kerana itu, apabila ia berjalan di atas muka bumi,
ia berjalan dengan rendah hati.

2. Orang Islam itu banyak ilmunya, TAPI ...
Ia tidak sombong dengan keilmuan itu.

Kerana itu, apabila ia berjumpa dengan orang jahil,
ia bercakap dengan tenang dan sejahtera.

"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Q.S. Al-Furqaan: 63)

#

3. Orang Islam itu juga banyak berehat, TAPI ...
Ia tidak sombong dengan kerehatan itu.

Kerana itu, apabila tidur di tengah yang hening,
ia bangun untuk sujud hina depan Tuhannya.

"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka". (Q.S. Al-Furqaan: 64)



taat, muslim, islam, motivasi, agama, ikhlas, amal, memberi, erti hidup

4. Orang Islam itu sangat taat, TAPI ...
Ia tidak sombong dengan ketaatan itu.

Kerana itu, apabila ia berdoa,
ia minta dijauhkan dari api neraka.

"Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. 

Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman". (Q.S. Al-Furqaan: 65-66)

#

5. Orang Islam itu kaya hartanya, TAPI ...
Ia tidak sombong dengan kekayaan itu.

Kerana itu, apabila ia berbelanja,
ia tidak lupa untuk bersedekah dan bersederhana.

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian". (Q.S. Al-Furqan: 67)

baik, wanita, wanita baik, hiasan dunia

6. Orang Islam itu gagah, TAPI ...
Ia tidak cintakan kegagahan itu tanpa hak.

Kerana itu, apabila diseru untuk berperang,
ia membunuh dengan hak yang dibenarkan.

7. Orang Islam itu cinta pasangan lawannya, TAPI ...
Ia tidak cintakan pasangan itu tanpa hak.

Kerana itu, apabila ia ingin bersama,
ia berkahwin dengan rela, suka sama suka.

"Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya)". (Q.S. Al-Furqan: 68)

#

8. Orang Islam itu kuat nilai penyaksiannya, TAPI ...
Ia tidak cintakan penyaksiannya itu tanpa hak.

Kerana itu, apabila ia bertemu dengan orang zalim,
ia tidak memberikan penyaksian palsu.

9. Orang Islam itu mahal maruahnya, TAPI ...
Ia tidak cintakan maruahnya itu tanpa hak.

Kerana itu, apabila ia berjumpa dengan orang lalai,
ia melaluinya sahaja tanpa melayani mereka.

"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya". (Q.S. Al-Furqaan: 72)


10. Orang Islam itu sukakan peringatan nasihat, TAPI ...
Ia tidak cintakan peringatan itu tanpa hak.

Kerana itu, apabila ia diberi perintah atau larangan,
ia lakukan atau tinggalkannya tanpa banyak soalan.

"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta". (Q.S. Al-Furqaan: 73)

#

11. Orang Islam itu mempunyai kuasa, TAPI ...
Ia tidak cintakan kekuasaan itu.

Kerana itu, apabila ia berkuasa,
ia membawa orang bawahannya kepada takwa.

"Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa". (Q.S. Al-Furqaan: 74)

Jom budayakan sifat ini dalam hidup kita hingga kita menjadi muslim dan mukmin sejati.

Allah meninggikan wajah orang beriman dalam kerendahan hati mereka.

Semoga bermanfaat.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment