Thursday, 20 November 2014

NAK MELABUR?! SABAR...FAHAMKAN DULU


Awal tahun 2000 hinggalaha sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia khususnya orag Melayu sudah terbuka mata untuk membuat pelaburan untuk keuntungan dalam jangka masa panjang.

Dalam post ni saya cuba untuk fokus pada pelaburan yang selalu dilakukan oleh orang Melayu Islam kita.

ANTARA PELABURAN POPULAR ORANG KITA

1. BANK: 
  • Duit simpanan.
  • Dividen bergantung kepada bank. 
  • Dividen antara 1 hingga 3% sahaja.
  • Jaminan bank.

2. KOPERASI: 
  • Dividen antara 8 hingga 15%. 
  • Pinjaman dengan interest lebih rendah.
  • Jaminan koperasi sendiri atau jaminan kerajaan.

3. TABUNG HAJI: 
  • Dividen antara 6 -8% setahun. 
  • Dapat queue pergi haji.
  • Zakat telah dikeluarkan.
  • Jaminan kerajaan.



4. ASB ATAU PRODUK PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia):
  • Dividen ASB antara 7 hingga 8% setahun.
  • Jaminan kerajaan.

5. UNIT TRUST (PUBLIC MUTUAL, CIMB WEALTH ADVISOR):
  • Keuntungan bermula dari 5% hinggalah mencecah 30% setahun.
  • Semakin lama diperam, semakin tinggi keuntungan.
  • Jaminan unit trust atau bank yang terlibat.

6. EMAS:
  • Keuntungan tinggi selepas beberapa tahun. 
  • Kebiasaannya, keuntungan emas antara 10 - 20% setahun.
  • Semakin lama disimpan, semakin mahal.
  • Tiada jaminan tapi tetap menguntungkan.



7. HARTANAH:
  • Tinggi keuntungannya setelah beberapa tahun dan atas beberapa faktor. 
  • Keuntungan boleh mencecah 100% dalam 4-5 tahun.
  • Tanpa ilmu, ia akan mengurangkan kadar keuntungan.
  • Tiada jaminan.

8. SAHAM:
  • Keuntungannya juga lebih tinggi dari pelaburan biasa. 
  • Bermula dengan 1% hinggalah 300%.
  • High risk, high return.
  • Tanpa ilmu, ia perjudian.
  • Tiada jaminan.

9. BISNES:
  • Keuntungan dengan margin sangat tinggi. 
  • Terpulang kepada ilmu dan tindakan seseorang. 
  • Bermula dari 0% hinggalah 500% mengikut kadar permintaan dan bakat tindakan.
  • Jaminan Allah dan RasulNya. 9/10 rezeki dalam bisnes.

10. SEDEKAH:
  • Tanpa risiko dan tanpa perlukan modal yang tinggi. 
  • Tanpa perlukan bakat tertentu atau usaha tertentu atau ilmu tertentu.
  • Keuntungan bermula dari tidak kurang 10% hinggalah 700%. 
  • Jaminan kerajaan Allah SWT.

DILEMA SEDEKAH

  • Pernah lihat orang kita meminta-minta sedekah di pasar malam atau pasaraya milik orang bukan Islam?
  • Pernah terdengar rayuan ibu tunggal atau anak yatim di corong radio yang meminta bantuan kewangan
  • Pernah terlihat sekolah-sekolah agama dan masjid meminta-minta di khalayak ramai untuk tujuan kewangan?

Majoriti masyarakat kita akan melabur dalam pelaburan nombor 1 hinggalah nombor 9, tapi minoriti masih kurang melakukan pelaburan ke 10, pelengkap bahkan permulaan kepada pelaburan yang lain.



Jaminannya terdapat dalam beberapa hadis. 

Nabi SAW bersabda,"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan"

Di suatu tempat lain, Nabi bersabda,"Tiada harta yang akan diagantikan oleh Allah melainkan harta yang diberikan pada jalan Allah (sedekah)".

Kerana minoriti kita yang bersedekah, akhirnya Islam dan umat Islam jadi lemah. Ditambah pula dengan sikap sebahagian masyarakat yang 'memalaskan diri' untuk berusaha demi kaya dan berjaya untuk tujuan agama.

Umat Islam selesa dengan ekonomi diri dan keluarganya sendiri sehingga tidak ambil cakna pada masalah ekonomi umat.

Lihat sahaja sekeliling anda. Sudah berapa banyak syarikat pinjaman wang berlesen seperti bank dan tidak berlesen seperti Ah Long yang tumbuh bak cendawan sekarang.

Rata-rata setuju dengan saya bahawa majoriti peminjamnya adalah orang Islam Melayu yang tidak berkemampuan.

Belum disentuh lagi insitusi zakat dan baitulmal yang tidak pernah kita tahu kerja mereka yang popular ketika mengutip zakat tapi tidak kedengaran pula aktivitinya ketika mengeluarkan zakat buat umat Islam.

Jalannya tiada lain melainkan kena terus berusaha kuat untuk kaya dan berjaya dan keluarkan sedekah kepada yang memerlukan.

Mengapa kita tidak kisah untuk asingkan RM 2 - 300 dari pendapatan kita untuk tujuan pelaburan? Ada juga yang keluarkan hingga puluhan ribu ringgit untuk tujuan itu sedangkan tak ramai yang sanggup keluarkan sebanyak itu untuk tujuan sedekah yang jaminannya dari Allah taala sendiri.

Asingkan sedikit wang kita untuk agama. Pasti harta kita semakin subur bahkan berkat pada masa hadapan.



Jom kita jadi masyarakat yang membudayakan sedekah untuk kebaikan umat.

Semoga bermanfaat untuk semua untuk diamalkan bersama.

FEEL FREE TO SHARE THE SUNNAH.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment