Tuesday, 18 November 2014

:: SUNNAH KETIKA HUJAN YANG DILUPAKAN ::

doa, hujan, doa hujan, hujan kehidupan

Assalamualaikum semua.

Di tempat anda, hujan selalu turun tak?

Ingin tahu sunnah yang boleh anda lakukan untuk mendapat keberkatan daripada setiap titisan hujan tu?

Mahu amalkan sunnah kecil seperti ini tapi dengan janji Nabi, "Barangsiapa menghidupkan sunnahku ketika mana umatku telah meninggalkannya, maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid?"

# # # # #

Sudah beberapa hari sebenarnya hujan lebat di tempat saya dalam minggu ini sahaja. Mungkin sekarang sedang berlaku pertukaran monsun atau musim tengkujuh yang biasanya datang di akhir-akhir tahun ini. Apa pun, semuanya adalah kurnia dari Allah buat kita.


hidup sunnah, sunnah hidup

Jom kita lihat beberapa sunnah yang Nabi tunjukkan dan para ulama himpunkan buat panduan kita bersama.

1. Keadaan Nabi SAW Ketika Melihat Langit Mendung

Ketika langit mendung, Nabi SAW begitu risau kerana takut hujan dan angin kencang akan datang sebagai azab dan tanda kemurkaan Allah. 

Aisyah r.a berkata,

"Nabi SAW apabila melihat mendung di langit, beliau beranjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajah baginda. Apabila hujan turun, baginda SAW mulai tenang hatinya. 

Lalu Nabi SAW bersabda, 

"Tidaklah aku ketahui keadaan ini (mendung) melainkan apa yang terjadi (pada Kaum ’Aad) sebagaimana Allah berfirman (yang artinya), ”Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka.” [QS. Al Ahqaf : 24]

2. Bergembira Ketika Hujan Turun

Kata Aisyah, isteri baginda SAW, ".... dan ketika hujan telah turun, baginda pun bergembira dan hilanglah kekhawatirannya”. 

Lalu aku bertanya tentang hal itu pada beliau. Baginda bersabda,"(Ini adalah) hujan rahmat" 


sunnah hujan, doa hujan, hujan, doa

3. Banyakkan Berdoa.

i- Doa Khusus Ketika Hujan

Aisyah r.a berkata:

Rasulullah SAW apabila melihat hujan, baginda berdoa: “Ya Allah,  jadikanlah (hujan ini)  hujan yang bermanfaat”.

Ibnu Hajar menjelaskan bahawa doa tersebut dianjurkan untuk dibaca ketika hujan turun dan selepasnya demi mendapatkan kebaikan dan keberkatan yang lebih.

ii- Doa Umum Ketika Hujan

Ibnu Qudamah berkata dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

'Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan. Bertemunya dua pasukan dalam peperangan, ketika solat hendak didirikan dan ketika hujan turun.'

Begitu juga terdapat hadits dari Sahl bin Sa’d, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"2 doa yang tidak akan ditolak. Doa ketika azan dan doa ketika ketika turunnya hujan."


doa angin kencang, angin kencang

iii- Ketika Hujan Lebat Yang Boleh Memudharatkan

Nabi SAW suatu ketika pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebatnya, baginda memohon pada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. 

Nabi SAW berdo’a,

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, lembah dan tempat tumbuhnya pokok."

Doa ini dibaca jika hujan terlalu lebat diikuti dengan angin yang kuat dan ditakuti memudharatkan kehidupan manusia seperti banjir dan bencana alam lainnya.

iv- Ketika Mendengar Guruh

Apabila mendengar guruh, Abdullah bin Az-Zubair meninggalkan majlis ilmunya dan kemudian berdoa, 

'Maha Suci Allah, Dzat yang guruh itu bertasbih dengan memuji-Nya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya'. 

Lalu ia berkata,"Sesungguhnya ini benar-benar merupakan peringatan keras bagi penduduk bumi."

v- Setelah Turunnya Hujan

Diriwayatkan oleh Zaid bin Kholid Al Juhani bahawa Nabi SAW melakukan solat Subuh bersama para sahabat di Hudaibiyah setelah hujan turun pada malam harinya. 

Tatkala hendak bersurai dari solat, beginda menghadap para sahabat, lalu baginda bersabda, 'Apakah kalian mengetahui apa yang dikatakan Rabb kalian?' 

Kemudian mereka mengatakan,"Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". 

Kemudian Rasulullah SAW bersabda,

"Pada pagi hari, ada di antara hambaKu yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Siapa yang mengatakan 'Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih' (Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah), maka dialah yang beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. 

Sedangkan yang mengatakan ‘Muthirna binnaui kaza wa kaza’ (Kami diberi hujan karena sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman pada bintang-bintang."

Hadis ini terdapat dalil untuk mengucapkan ‘Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’ (Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah) setelah turun hujan sebagai tanda syukur atas nikmat hujan yang diberikan.


main hujan

4. Membiarkan Sebagian Anggota Badan Disirami Air Hujan

Anas bin Malik berkata: Kami pernah kehujanan ketika bersama Rasulullah SAW. Lalu baginda mengangkat bajunya hingga baginda dibasahi dengan air hujan. 

Maka kami bertanya: "Ya Rasulullah, mengapa engkau lakukan hal demikian?" 

Baginda menjawab: "Kerana hujan itu telah mengotakan janji kepada Allah taala."

Apabila hujan turun, Ibnu Abbaas berkata,"Wahai pelayan, keluarkanlah pelanaku dan pakaianku". 

Kemudian ia (Ibnu‘Abbas) membaca ayat: "Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkahi" (QS. Qaaf : 9)”

Imam Nawawi berkata, hadis tersebut mengandungi dalil bagi pendapat para sahabat kami, bahawasanya dianjurkan ketika hujan turun untuk membiarkan pakaian dan sebahagian anggota badan yang bukan aurat agar terkena air hujan dan mereka berdalil dengan hadis di atas.



5. Dianjurkan Berwudhu Dengan Air Hujan

Ibnu Qudamah berkata, dianjurkan untuk berwudhu dengan air hujan apabila airnya mengalir deras.

Dari Yazid bin Al Hadi, apabila air yang deras mengalir, Nabi SAW bersabda,

"Keluarlah kalian bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci." 

Kemudian kami bersuci dengan air tersebut dan memuji Allah atas nikmat ini.

Namun, hadis di atas adalah lemah. Namun ada hadis sahih yang mempunyai maksud yang sama.

"Apabila air mengalir di lembah, Nabi SAW berkata, 'Keluarlah kalian bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci'. Kemudian kami bersuci dengannya"

Semoga bermanfaat untuk semua untuk diamalkan bersama.

FEEL FREE TO SHARE THE SUNNAH.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment