Suatu ketika dahulu, ketika saya 'beranakkan' ramai anak buah bisnes,
hanya seorang pernah kata,"Ustaz, saya tak ada modal untuk berniaga la....".
Tapi...sekarang dia antara orang yang berjaya dalam organisasi saya!
Nabi beri petunjuk kepada kita,
bahawa modal niaga bukan modal sembarangan.
Sudah setahun saya dalam planet bisnes yang hebat ini.
Sudah ratusan orang-orang bisnes yang saya lahir dan melalui didikan saya.
Kerana itu, jelas sekali pada saya tentang modal sebenar kejayaan dan kekayaan.
Modal utamanya bukan modal harta, tapi modal jiwa!
Ya, kaya jiwa sebelum kaya harta.
Dengan kekayaan ini, kita bina lebih banyak kekayaan baru.
Tanpa kekayaan jiwa, modal berjuta pun boleh hilang meninggalkan tanda tanya sahaja.
Yang lebih best, modal ini, Allah yang beri. PERCUMA!
KAYAKAH KITA?
Ya, kita semua orang kaya, jika kita takrifkan kaya itu dari jiwa, bukan dari wang!
Hakikatnya, sesuatu bisnes perlukan manusia untuk menguruskannya.
Manusia pula memerlukan jiwa untuk menguruskannya.
Jiwa pula memerlukan agama untuk menguruskannya.
Dari kesedaran modal kaya jiwa ini, kita akan dapat jemput dan jana kaya wang.
Ingatlah selalu!
Kita orang kaya.
- Kaya penglihatan
- Kaya pendengaran
- Kaya pemikiran
- Kaya pernafasan
- Kaya perasaan
- Kaya tindakan
Kita benar-benar kaya bukan?!
Hanya kerana kita tidak faham hakikatnya,
maka modal untuk berniaga itu, kita nampak sempit sekali.
Sedangkan modal harta untuk permulaan bisnes hanya 'secondary' sahaja.
Kaya sebenar adalah kaya yang tak dapat dikira.
Selagi boleh dikira, itu bukan kaya, itu hanya angka.
Pernah siapa mengira berapa banyak penglihatan
yang ia lihat sejak lahir hingga kini?!
Pernah siapa mengira berapa banyak pendengaran
yang ia dengar sejak lahir hingga kini?!
Tau apa rahsia orang kaya?!
Mereka bina kekayaan dari modal KEKAYAAN!
Lebih banyak kita bersyukur dengan kekayaan sedia ada ini,
semakin banyak kekayaan lain akan datang.
Wang salah satu daripadanya! :)
Semoga bermanfaat untuk semua.
Anda kaya dan berjaya!
Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan
No comments:
Post a Comment