Tuesday, 11 November 2014

:: TANDA MINDA 'KONG' SEBELUM MASANYA ::

Assalamualaikum semua.

Semoga hari ini menjadi hari indah anda sekeluarga.

Hari ini saya ingin berkongsi satu rasa yang kebanyakan orang biasa-biasa ada iaitu 'selesa'. 

Saya ingat saya cukup faham perkataan ini tapi rupanya selepas saya meneliti hidup biasa-biasa saya yang dulu baru saya perasan dan fahama sangat, bahawa 'selesa' ini sangat mengayikkan hingga ia boleh membunuh kita tanpa sedar.

Ini kisah saya....

Oktober 2009, saya graduate sebagai pemegang ijazah 1st class dan pelajar terbaik dalam bidang agama dari sebuah universiti ternama luar negara.

Februari 2010, saya mula diterima bekerja sebagai pensyarah. 

Wah...ketika ini, dengan gelaran dan pangkat itu menjadikan saya rasa sangat selamat dan rasa....inilah yang saya impikan.

Tetapi...saya silap rupanya.

Kesibukan menjadikan saya 'selesa' dengan kerja saya hingga saya tersedar beberapa tahun kemudian yang sudah lama tidak upgrade ilmu dan kemahiran saya yang lain.

Datangkan task apa pun, pasti terlaksana. Saya dah mula mahir melakukan task A atau B atau C yang dahulunya terasa kekok untuk melakukannya.

Fail demi fail bukan hanya menjadi mainan saya bahkan dah menjadi hafalan saya. 

Kertas ini mahu diletak di bahagian mana, surat ini mau dikepil di bahagian mana hatta kertas jawapan pelajar pun saya tau berapa markahnya sekalipun belum habis bertanda.

Semua aktiviti kerja ini sudah mula menjadi automatic disebabkan rutin harian. Setelah 2 tahun bekerja, cabaran sudah tiada kerana jika pejam mata pun, saya boleh tau apa kerja saya semester depan nanti.

Ketika inilah terdetik di fikiran saya. 

"Adakah aku manusia atau robot? Jika aku manusia, ini sudah cukup BAHAYA jika masih berterusan begini."

Terlalu selesa hingga ke tahap tertahan diri untuk menerima ilmu baru dari sekeliling. Dalam separuh sedar, saya akui, saya dah terhanyut dengan arus 'keselesaan' yang perlahan hingga terdampar di sebuah 'pulau alasan' yang menunggu hari tenggelamnya.

Perkara selesa yang bersifat automatik ini menyebabkan minda saya 'kong' sebelum tiba ajalnya!


minda, kong, lemah, dr azizan, luar biasa

Ketika ini saya mula berubah.....

Saya mula tak suka duduk di pejabat. Saya suka keluar dari pejabat dan menghirup dunia luar yang pastinya lebih banyak cabaran.

Tapi........hanya jasad mahu begitu, minda tidak. Mungkin telah teruk rosak agaknya. 

Jadi, saya tanamkan azam untuk upgrade minda dan improve diri. Sudah separuh otak saya mati, takkan hendak biarkan separuh lagi untuk terus mati.

Jika semuanya dah kena 'strok', matilah jasad nanti hingga terus sakit dalam 'keselesaan' yang dicipta sendiri.

Minda rasa bosan dengan keadaan 'selesa' walaupun masih takut-takut untuk masuk zon baru tapi jasad akan menunjukkan tanda-tanda 'ketidakselesaannya' dan kesediaannya untuk keluar dari zon sedia ada.

Saya mulai membeli software yang punyai ribuan kitab. Sehari diwajibkan menghabiskan 3 tajuk berkaitan makna sebuah kehidupan dalam Islam. 

Ini kerana, saya merasakan erti sebenar hidup beragama yang difahami dan diamalkan masyarakat Islam Malaysia selama ini adalah salah konsepnya.

Saya mulai rajin membaca blog motivasi diri dan akhirnya tercebur diri bersama 'kelas-kelas' Dr Azizan Osman dan mulai suka berkawan dengan orang yang telah berjaya atau berada 5, 6 tingkat di atas saya taraf hidupnya.


imkk, mmm, markeitng power, dr azizan
Satu ketika dahulu. Hasil 'sabotaj' diri. Mula masuk kelas kembali.

Paling WOW....ketika ini saya telah ada bisnes sendiri. My own business with Shaklee. Keputusan diambil setelah 2 bulan perasaan sabotaj terhadap 'keselesaan' diri bertandang!

Kesannya...BEST giler. Saya dapati yang sebenarnya..'My Real Life Begin at 27th'

Ia berbeza dengan apa yang saya pelajari di bangku sekolah selama ini walaupun matlamatnya sama. Dahulunya belajar untuk menjadi pelajar straight A aka pelajar terbaik.

Sekarang pula, bekerja dan berkhidmat untuk menjadi usahawan cemerlang aka insan terbaik.

Matlamat hidup sangat mudah...iaitu menjadi hamba dan makhluk pilihan terbaik Allah di muka bumi ini.

Kita berhak untuk memilih jalan hidup kita sendiri setelah hidup ini (Allah) telah memilih kita sebagai seorang juara aka khalifah yang patut dilahirkan di dunia ini.

Betul ke sangat betul?!


Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda.

Jika anda.....


Merasakan tanda-tanda sabotaj diri terhadap 'keselesaan' sedia ada, lakukan:


1. Mulakan membaca. Upgrade knowledge.


2. Mula berprogram dan bercampur dengan ramai orang dalam kelompok berbeza. Tinggalkan sebentar rakan-rakan anda. Bukan buang mereka. Tinggalkan sekejap je. Cari diri sendiri dulu.


3. Buat keputusan yang best dan 'menakutkan' anda sendiri. Ia satu cabaran kepada tubuh dan minda anda bekerja di luar bidang automatiknya selama ini.


Saya cadangkan anda berniaga. Kerana 9/10 rezeki dalam perniagaan. Jadinya, 9/10 cabaran hidup ada dalam perniagaan. Maka, berikan cabaran paling best ini untuk diri anda laksanakannya.


Jika tidak tahu hendak bermula dari mana, silakan PM saya untuk bantuan secara PERCUMA.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

1 comment: