Thursday, 11 June 2015

KEKAYAAN ? KEJAYAAN ? ATAU KASIH SAYANG ?


Assalamualaikum semua pelawat wafiqulya.

Saya doakan semuanya sihat walafiat dan kaya, berjaya, bertaqwa dan bahagia.

Amat tertarik saya dengan kisah ni. Banyak pula manfaatnya buat saya sendiri khususnya. 

Jadi apa salahnya jika saya berkongsi kisah ini buat manfaat kita bersama. :)

AL-KISAH

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. 

Lama ia perhatikan tapi dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, "Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti anda semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?" mereka bertanya.

"Tidak" wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk" mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. 

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:

"Namanya ialah Kekayaan," sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah." 

Wanita itu pun masuk semula dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah. 

Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat wanita itu. Lalu ia pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya."

Pendek katanya,"Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"



MENARIKNYA....

Kisah pendek ini selalu terjadi dalam hidup kita kan? 

Kerana manusia itu punyai kehendak yang begitu banyak dan tidak pernah surut. Akhirnya, manusia terpaksa berdepan dengan PILIHAN!

Saya, anda, kita dan mereka. Semuanya perlu memilih dan membuat keputusan yang betul dengan ilmu pengetahuan kita yang terbatas.

Kerana itu, jangan sesekali tinggalkan istikharah (minta pertolongan kepada Tuhan) dan bermesyuarat (untuk mencari jalan terbaik) apabila banyak pilihan berada dalam tangan kita sedangkan hati dalam dilema.



Dahulu, sebelum saya berhenti kerja dan mulakan bisnes supplemen ini, saya juga melakukan perkara yang sama.

Asas bisnes adalah kasih sayang, kejayaan dan kekayaan. :)

Sekian dulu ye. Jumpa lagi. :)

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

2 comments:

  1. Perkongsian yang sangat berguna dan banyak pengajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...semoga diberi kekuatan kepada kita untuk beramal.

      Delete