Assalamualaikum semu pengunjung wafiqulya. Semoga anda kaya, berjaya dan bertakwa sentiasa.
Sengaja hari ni hendak berkongsi tentang isu bisnes. Semoga bermanfaat kepada mereka yang telah ada bisnes atau baru ada bisnes atau baru hendak memulakan bisnes.
PELIK TAPI BENAR
Pernah tak rasa pelik menerpa tertanya-tanya, mengapa satu kaum di Malaysia sangat berjaya dalam bisnes di Malaysia sekalipun mereka hanya minoriti?
Jawapannya saya jumpa melalui buku kecil bernilai besar,"Rahsia Bisnes Orang Cina" tulisan Ann Wan Seng yang merupakan seorang pakar muamalat Islam di Malaysia.
Pernah tak anda lihat kaum pendatang ke Malaysia yang hidup sederhana tapi mempunyai kedai dan gedung yang besar di setiap pelosok negara?
Saya juga jumpa jawapannya melalui pergaulan bersama mereka. Orang Pakistan yang tinggal di Malaysia selama 10 tahun dan punyai gedung pakaian, kain dan karpet di beberapa negeri di Malaysia.
Pernah tak kita rasa pelik lagi mengapa kaum majoriti di Malaysia dan tinggal selama berpuluh keturunan di sana tapi masih mundur dalam bisnes?
Saya pernah rasa pelik tu.
Tapi alhamdulillah, saya masuk dalam group bisnes yang betul dan saya dapat jawapannya di sana.
BISNES MESTI BERKONGSI
Ramai peniaga hari ni memulakan bisnes kerana suka-suka dan majoritinya kerana terpaksa. Sikit sekali yang memulakan bisnes kerana tujuan yang lebih besar dan positif.
Bisnes ni sebenarnya adalah perkongsian kekayaan.
Jika kita mahu bisnes seorang diri dan makan besar seorang diri, kita pasti takkan bertahan lama kerana ia bukan sifat bisnes itu sendiri.
Bisnes adalah perkongsian kekayaan sama rata kepada semua peniaga yang berusaha.
Kerana itu pada masa hampir gawat sekarang, sekiranya ramai peruncit tidak mahu lagi berniaga, pemborong dan pembekal juga akan terpaksa tutup kedai mereka.
Contoh lebih mudah adalah dalam sektor majalah. Sudah berapa syarikat majalah gah seperti Ujang (Moy) terpaksa tutup 'jendela' kerana pengedarnya sudah tidak mahu lagi berniaga.
Ia tsunami bisnes. Ia tarik air lautan secara perlahan-lahan, tapi kemudian dihempasnya dengan sangat kuat tanpa dapat ditahan.
TELEGRAM SEMALAM
Semalam, seorang anak didik bisnes PM saya melalui telegram untuk meminta tunjuk ajar mengenai bisnes setelah hampir 2-3 bulan senyap sepi.
Rupa-rupanya beliau menambah satu lagi bisnes lain untuk mencambahan pendapatan beliau.
Saya sebagai leader yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa tidak akan menghalang sesiapa pun dari anak didik bisnes saya untuk berbisnes apa sahaja.
Cuma saya sendiri secara peribadi lebih suka untuk FOKUS hanya pada satu bisnes pada satu masa.
Dapatkan RM1 juta pertama dari bisnes pertama, kemudian barulah mula kembangkan bisnes dalam lapangan lain.
Luahan hati mentee bisnes |
Kenapa?
Kerana dari bisnes pertamalah, seorang peniaga akan merasai badai taufan dunia bisnes, mula ketahui lorong sempit dan luas urusan bisnes dan mula membina karektor diri sebagai peniaga yang cekal dan tidak berputus asa.
Inilah rahsia bisnes 'orang luar'. Mereka mula dengan 1 bisnes dan berkongsi kekayaan dengan semua rakan-rakan yang berusaha berniaga.
IKHLAS YANG HILANG
Mereka membantu sesama mereka. Push hingga tahap tertinggi iaitu kejayaan. Mereka lebih ikhlas membantu tanpa sebarang kerahsiaan atau kedengkian atau tikam belakang.
Faktor keikhlasan (semoga kita diberi maksud ikhlas yang sebenarnya) itulah yang sangat kurang dalam diri orang kita.
Hinggakan bangsa kita dikenali sebagai kaum yang dengki, yang suka tikam belakang dan suka mengenakan kaum sendiri. Itu lebih teruk!
LONG TERM VS SHORT TERM
Ramai orang yang baru mula berniaga ingin cepat kaya. Dicarinya ejen yang ramai, dibantunya sehabis baik. Kemudian apabila kaya, terus senyap sepi tanpa berita.
Ejen yang masih mengharap akhirnya kecewa.
Ciri-ciri ini adalah ciri bisnes short term. Satu masa nanti pasti hilang namanya dari pasaran.
Ye, ia kaya. Tapi tidak mengkayakan orang lain bahkan mungkin juga hanya mengambil kesempatan pada ejen-ejen di bawahnya sahaja.
Lamakah kekayaan itu bertahan nantinya?
Ini 'penyakit' dalam dunia bisnes. Bisnes long term mestilah bisnes yang sentiasa berjalan, up-to-date dan boleh diwarisi dan dirasai kekayaannya dari atas hingga orang terakhir dalam organisasi. (Doakan saya begitu)
Buat yang masih mencari-cari bisnes, carilah jenama bisnes yang telah bertahan lebih 10 tahun. Pasti jenama dan syarikat tersebut sangat kukuh dan sangat suka agihkan kekayaan kepada ejen-ejen mereka.
Kita nak berniaga lama untuk mendapat untung besar jangka panjang dengan hati yang seronok dan ikhlas. Bukankah begitu?
Jadi pilih betul-betul dan alignkan niat kita betul-betul. Allah pasti bantu kita sekiranya kita benar-benar ingin membantu orang lain.
Anda setuju dengan pendapat saya?
Anda ingin agar mesej perubahan ini sampai kepada rakan-rakan kita?
Silakan share post ini untuk manfaat rakan-rakan dan kita bersama. :)
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment