Assalamualaikum semua. Saya doakan semua yang melawat blog kecil saya ni sentiasa sihat, kaya dan berjaya.
Perkongsian saya hari ni menyentuh tentang kalori yang ada dalam setiap makanan 'segera' yang sering menjadi isi mulut rakyat Malaysia.
Tapi ukuran ini bukan melalui jumlah kalori setiap makanan itu tapi jumlah KM yang perlu anda lari untuk habiskan penggunaan kalori itu.
Sebelum pergi jauh, elok saya terangkan sikit tentang kalori ni dan kaitannya dengan kegemukan dan obesiti.
Kalori pada makanan yang tidak digunakan atau dihabiskan oleh tubuh melalui ativiti harian akan tersimpan di dalam badan kita. Apa jadi kepada lebihan kalori ini?
Kalori inilah akan berhimpun dan menjadi timbunan lemak di dalam badan dan akhirnya tuan badan akan menjadi penyumbang obesiti di dunia ini.
Kesannya bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri. Jangan lupa bahawa obesiti adalah punca kepada segala penyakit kronik!
Ingatlah pesan Nabi SAW,"Perut itu ibu segala penyakit."
Kerana itu, maafkan saya kerana saya langsung tak menyokong obesiti atau kegemukan kerana sebab-sebab ini terutamanya.
Sementelahan lagi saya juga pernah gemuk dan alhamdulillah kini kurus dengan selamat dan semulajadi.
Dapat saya bezakan diri ketika gemuk dan kurus. Menjadi orang gemuk tak best langsung. Percayalah.
Nak bangun susah, nak duduk susah, nak bergerak susah. Paling bahaya, nak buat apa pun malas, apalagi nak ibadat. Bukankah ia suatu kerugian?
Jom lihat kalori dan jumlah KM yang perlu kita lari sekiranya kita mengambil makanan segera terkenal ni.
Cer bayangkan betapa tinggi kalori pada makanan ni. Nak lari atau jogging 1km ambil masa 15-20 minit bagi beginner.
Bagaimana jika ambil Coke dan kentang goreng sahaja, anda perlu berlari selama 3 jam!
Jadi, perhatikan betul-betul apa yang anda makan kerana penyebab utama obesiti adalah makanan. Gaya hidup pula akan menjadi ikutannya.
Malas bersenam, cepat stress, selalu depress akan menjadi kawan rapatnya.
Setakat ini dulu buat hari ni. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada post ini dan mulalah menjaga dan mengawal makanan yang diambil setiap hari.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment