Saturday, 16 January 2016

MAHU EBOOK PERCUMA?

Assalamualaikum semua. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua ebook terbaru saya mengenai emas fizikal sebagai simpanan.



Saya tahu, pertama kali baca, mestia ada yang terbeliak mata. "Cikgu Mat ni buat skim apa pula ni?" mungkin itu bisik hati kecilnya.

Mungkin ada juga yang berkata,"Bestnya simpan emas fizikal di musim gawat 2016-2018 ni. Untung siapa yang bersedia awal."

SEBENAR SAYA TAK SUKA EMAS

Sejujurnya, saya paling takut kepada emas. Bukan kerana logam itu tapi kerana pengalaman saya sebagai peniaga dan pengkaji pelaburan.

Berapa ramai dah kita dengar cerita kerugian berpuluh ribu hingga berpuluh juta semata-mata melabur emas. Ramai orang kita nak cepat kaya. Itu masalahnya.



Melabur dalam akaun emas tapi tak dapat emas fizikal yang boleh dipegang oleh tangan atau dilihat oleh mata atau digigit oleh gigi. Itu masalahnya.

Jangan terkejut tau. Ada lebih 100 jenis skim pelaburan emas seperti ini di Malaysia. Ini kajian saya selama sebulan di penghujung tahun 2015 yang lalu.

Semakin dikaji, semakin saya benci sungguh dengan emas ni.

SEHINGGALAH

Sehinggalah akhirnya saya temui satu perniagaan emas fizikal. Bukan akaun emas atau sijil emas untuk pelaburan ye.

Tapi ini adalah emas fizikal untuk kita beli, simpan sendiri menjadi hak milik. Yang bestnya, boleh pula jual beli sendiri emas tu dengan kawan-kawan dan bina rangkaian bisnes kita sendiri.

Emasnya pun harga kilang yang tentunya lebih jimat dari harga kedai emas dan yang lagi best sistem jual beli dan pembinaan rangkaian bisnesnya juga patuh syariah. Itu yang utama.



SAYA BUKAN JENIS SUKA 'BERJUDI'

Mungkin anda yang mengikuti saya di blog ini tahu bahawa saya adalah bekas pensyarah dan juga pemegang Ijazah Usuluddin dan Dakwah.

Di samping itu, saya seorang peniaga dan juga pelabur. Dalam dunia bisnes dan pelaburan, kami sentiasa memegang kaedah mudah tapi sangat teliti ini.

"Sebarang bisnes dan pelaburan yang kita tiada ilmu berkaitannya, maka ia satu perjudian."

Tambahan lagi sifat saya yang memang susah nak percayai siapa saja. Kerana itu, saya mengambil masa sebulan penuh untuk mengkaji tentang fenomena emas di Malaysia.

Kajian inilah yang saya bukukan. Bermula dari 300 muka surat, saya ringkaskan kepada 70 muka surat. Itu paling ringkas saya boleh buat.

Bermula dari bahasa kajian yang agak tinggi, saya kurangkan laras bahasa kepada yang lebih rendah dan mudah difahami.

KEMPEN 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA

Kempen yang dijalankan oleh syariat emas fizikal ini saya lihat sangat bagus.

Mereka keluarkan syiling 0.5 gram dan 1 gram untuk membantu mereka yang kurang berduit juga turut menyimpan emas fizikal walaupun sedikit di kala zaman suram ini untuk melindungi wang masing-masing.

Kempen ni juga menyedarkan masyarakat Melayu khasnya yang selama ini suka berhutang untuk membeli aset besar seperti tanah dan rumah untuk tidak berhutang.

Dengan modal antara RM100-200 sahaja sudah cukup untuk masyarakat kita menyimpan aset dalam bentuk emas fizikal.



Kenaikan nilai tahunannya antara 20-25% setahun pada tahun-tahun ekonomi normal sangat mudah. Apatah lagi ketika gawat seperti ini. Kenaikan hingga 50% untuk simpanan setahun terlebih mudah lagi.

Yang pastinya mereka yang menukar nilai ringgit kepada emas fizikal pasti untung besar setelah keluar dari tahun-tahun ekonomi suram antara 2016 hingga 2018 nanti.

ANTARA TAJUK YANG DISERTAKAN

Pemilihan tajuk ini adalah berdasarkan penyusunannya. Jika bacaannya dilangkau, mesti akan lost bila tiba di bab baru.

Sebab sasaran ebook ini adalah untuk beri kefahaman sebenar-benarnya bahawa emas adalah simpanan, bukan pelaburan!

  • Malaysia Hari Ini
  • Krisis Ekonomi dan Solusi Emas
  • Emas Mata Wang Fitrah
  • Emas Sebagai Mata Wang Menurut Pandangan Fuqaha
  • Kesedaran Masyarakat Untuk Kembali Kepada Emas
  • Kenapa Perlu Simpan Emas Sekarang?
  • Peluang Simpanan dan Peniagaan Emas Fizikal
  • Mengapa Pilih Emas Fizikal Power Gold
  • Sistem Bisnes Power Gold
  • Penerangan Sistem Bisnes Power Gold
  • Multi Level Marketing VS Skim Cepat Kaya
  • Adakah Sistem Bisnes Power Gold Patuh Syariah?
  • Bisnes Online Sangat Mudah
  • Cadangan Untuk Anda

Insyallah ebook ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat baik yang telah lama menyimpan emas, apatah lagi yang baru saja hendak menyimpan emas.

Semoga bermanfaat ye. Sila view ebook ini di SINI.

Jika tidak keberatan, silakan LIKE dan SHARE artikel ini untuk mereka yang ingin mendapatkan ebook bernilai RM150 ini secara PERCUMA!

Anda boleh juga lawati http://powergold-i.blogspot.my/ untuk bacaan lebih lamjut mengenai emas.

No comments:

Post a Comment