Haassen: Seorang pekerja bank yang mengantuk dengan tidak sengaja memasukkan wang berjumlah €222,222,222.22 (RM928,888,888) ke dalam akaun seorang pesara selepas tertidur dengan jarinya menekan pada butang ‘2’.
Bagaimanapun, pemilik akaun itu yang menyedarinya mengembalikan semula wang berkenaan.
Kes itu dikesan selepas seorang penyelia bank berkenaan di Hassen, Jerman dipecat kerana tidak mengesan kesilapan dalam pemindahan itu.
Penyelia wanita berusia 48 tahun itu bagaimanapun mendakwa ketuanya di mahkamah buruh dengan mendakwa pemecatannya dilakukan secara tidak adil.
Menurutnya, kesilapan itu berlaku selepas dia memeriksa lebih 800 dokumen.
Dalam keputusannya semalam, mahkamah berkata, wanita itu sepatutnya diberi amaran, bukan dipecat.
Mahkamah juga mengarahkan supaya dia diambil bekerja semula.
Bank tidak dinamakan itu menuduh pekerja berkenaan hanya menyelak dokumen, tanpa memeriksanya secara teratur.
* Mungkin berita ini sesuai dengan quote di bawah. Heee
No comments:
Post a Comment