Monday, 22 July 2013

::ASHRAF MUSLIM:ANTARA AGAMA & BUDAYA::


Assalamualaikum semua?

Bagaimana hari kesebelas puasa anda hari ini?
Semoga anda terus ISTIQAMAH dalam ber'pesta' ibadat dalam Ramadhan tahun ini.

Hari ini sengaja saya pilih tajuk di atas memandangkan kes pernikahan Ashraf Muslim bersama isteri 'selebriti'nya baru sahaja terdedah beberapa hari lepas. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menambah 'keruh' di air kotor tetapi sebagai pandangan peribadi secara NUETRAL dari sudut BUDAYA & AGAMA.

Seingat saya peristiwa ini mencetuskan satu FENOMENA baru di dalam masyarakat sehingga rakan-rakan office dan para pelajar juga, terutamanya perempuan tidak melepaskan peluang dalam 'gosip' sensasi tahun ini. Yang menghairankan, mereka lupa sebenarnya mereka sedang berpuasa dan sepatutnya tindakan terburu-buru mengulas berita ini adalah tidak WAJAR berlaku. Anda bukanlah orang pertama yang menerima berita ini atau bukan juga antara sanak saudara dalam masalah rumah tangga artis tersebut.

Sayangnya, inilah masyarakat kita, Melayu terutamanya. Cuba tanya perkara lain selain artis, mungkin hampir tiada sesiapa akan membacanya dan mengulas panjang mengenainya. Cerita tentang Syria, Palestin, Mesir, Iran, Syiah dan sebagainya, saya berani JAMIN tidak ramai yang mengetahuinya dan melapangkan masa untuk memahaminya. Jika anda yang sedang membaca tulisan saya ini termasuk dalam SPESIS ini, mohon diubah sikap buruk tersebut kerana dunia ini terlalu luas untuk berbicara tentang berita berkaitan artis sahaja.

POLIGAMY AT THE CROSSROADS



Berita mengenai Ashraf Muslim yang memadukan isteri pertamanya atau berpoligami membuatkan ramai wanita di luar sana histeria. Masing-masing dengan pendapat sendiri yang hendak menyalahkan satu-satu pihak tanpa bukti yang nyata.

Pertama: Ashraf Muslim adalah artis bukan ustaz atau orang alim atau ulama!

Dari sudut budaya, kebanyakan masyarakat kini sanggup menyamakan pelakon atau penyanyi yang baru hendak mengenali agama setaraf dengan seorang ustaz, orang alim bahkan ulama. Alangkah dangkalnya pemikiran anda dan betapa cetek pula ilmu agama anda apabila merendahkan seseorang yang tinggi dan meninggikan pula orang yang rendah.

Bukankah Allah berfirman,"Sesungguhnya Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan diberikan ilmu pengetahuan (agama) beberapa darjat...".

Janganlah apabila seorang pelakaon yang baru belajar agama disamakan dengan orang-orang alim yang telah berpuluh tahun mempelajari bahkan mengamalkan agama dalam kehidupan seharian mereka. Adakah anda berani bertanggungjawab di hadapan para ulama nanti dengan kenyataan anda yang biadap itu?

Dari sudut agama, seorang yang baru 'tersedar' dan kembali kepada agama disebut orang yang bertaubat, bukan ustaz, orang alim atau ulama dan saya rasa semua orang tahu bahawa tiada seorang pun dari kalangan alim ulama yang pernah berkahwin dengan melarikan pengantin perempuan dari walinya yang sebenar dan perkara ini sangatlah mustahil berlaku kepada mereka. Nauzubillah dan diminta kepada mereka ini untuk menarik balik tuduhan terhadap orang-orang alim yang mulia ini.

Jadi, jika dikatakan Ashraf Muslim yang bersalah, itu kesalahannya atas kapasiti manusia dan pelakon yang pandai berlakon watak orang alim sehingga masyarakat terkeliru. Jangan kerana 'nila' setitik, rosak susu sebelanga.

Kedua: Poligami adalah harus.


Saya menyeru kepada semua wanita terutamanya supaya janganlah anda mengikut kata hati dan nafsu yang sering ingkar terhadap Tuhannya sehingga mulut anda sanggup menghina poligami yang diharuskan olehNya dan diamalkan pula NabiNya hanya kerana perbuatan seseorang yang membusukkan istilah tersebut.

Dari sudut budaya, saya hairan dengan masyarakat Melayu yang sering memandang negatif sistem poligami yang dianjurkan oleh Islam sekiranya si suami benar-benar berkemampuan dan berhajat untuk memperoleh anak atau untuk membantu wanita lain yang memerlukan perlindungannya atau atas sebab yang lain.

Budaya kita menjadikan poligami ini sebagai mangsa kemarahan mereka yang tidak memahami tujuan utama poligami untuk menyeimbangkan tanggungjawab seorang suami dan keperluan seseorang wanita. Tetapi kita hari ini lebih suka memandang serong erti poligami dengan tuduhan menzalimi wanita dan meletakkan taraf mereka sama seperti binatang yang boleh diperjual belikan.

Dari sudut agama, sekiranya si suami mampu dan mengetahui keperluannya terhadap pertambahan suri rumahnya serta mempunyai sikap adil dalam hidupnya, Islam tidak langsung menghalang poligami ini. Malah inilah yang dituntut oleh Islam sebagai cara membentuk baiti jannati (rumahku syurgaku) dan memperoleh zuriat yang ramai. Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya aku berasa bangga dengan jumlah umatku yang ramai di hadapan Allah kelak".

Ketiga: Urusan rumahtangga perlu disembunyikan.

Tahukah anda bahawa bangsa Melayu adalah bangsa paling menyibuk hal ehwal urusan rumahtangga orang dan yang paling suka bergosip kerana mereka kekurangan kerja untuk diselesaikan? Kerja mereka satu jer, mencari salah orang lain dan menyebarkan kepada orang ramai.

Tahukah juga anda bahawa kerjaya yang paling dekat dengan neraka selain daripada hakim adalah wartawan kerana mereka ini disebut 'Tajassus' (pencari aib orang lain) dan disebarkan pula kepada public?

Dari sudut budaya, perkara-perkara sensasi seperti ini perlu diberi pendedahan dan pemerhatian tinggi berbanding urusan lain kerana kalau tidak dicegah nanti bertambah teruk, katanya. Kitakan masyarakat penyibuk terutamanya dalam perkara yang melibatkan urusan bawah selimut orang lain, sedangkan kita sendiri pincang dalam mengendalikan urusan rumah tangga sendiri.

Dari sudut agama, adalah berdosa bagi isteri untuk menyebarkan sesuatu mengenai suaminya yang tidak disukai suaminya melainkan hanya kepada keluarganya sendiri dan Qadi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perkahwinan. Selain daripada itu adalah HARAM hukumnya. Mengapa? Kerana ia akan menjadi seperti sekarang. Semakin banyak kenyataan dikeluarkan, semakin sulit lagi urusan perkahwinan artis tersebut hendak diselesaikan.

Keempat: Perkahwinan perlu disebarkan oleh pengantin atau keluarga

Dari sudut budaya, perkara ini sememangnya berlaku tetapi tidak bagi perkahwinan dengan isteri kedua, ketiga dan keempat kerana itu dipandang aib besar yang ditanggung oleh keluarga si isteri terutamanya. Suami dan pihak lelaki yang berani menyebarkan berita perkahwinannya yang berpoligami dianggap menzalimi isteri pertama dan dayus.

Sedangkan dari sudut agama, mengisytiharkan perkahwinan walaupun perkahwinan kedua, ketiga dan keempat adalah harus hukumnya dan sekiranya ia membawa kepada fitnah yang lebih besar maka hukumnya jatuh kepada wajib.

Tetapi berbeza dengan masyarakat kita yang lebih mendahulukan budaya daripada agama. Mereka menghina orang mengisytiharkan kahwin tapi mendiamkan diri dalam isu perzinaan dan kelahiran anak luar nikah yang semakin tinggi sekarang.

Persoalannya terakhir sekarang, adakah ini gambaran budaya hidup masyarakat Islam yang dikehendaki oleh agama? atau kita yang menjadi agen pembudayaan negatif ini? Jom ubah sikap ni. Kita mesti mengubahnya sekarang sebelum ia menjadi parah di masa hadapan.


*Masyaallah, hari ini dengar lagi berita artis pertikai hukum khilaf pula dalam tv Al-Hijrah. Oh Malaysia tanah airku. Adakah semua ulama telah mati atau kebenaran hadis Nabi dah mula jelas,"Di akhir zaman, orang jahil akan mula bercakap tentang hukum sedangkan dia sesat dan menyesatkan orang lain"?. BUatlah pilihan anda di pihak mana?!

2 comments:

  1. Bagus penulisan ni Ustaz :) tulah yang kadang-kadang bahayanya kaum hawa ni lakukan adalah apabila bercakap isu poligami ni sampai menghina hukum Allah.


    ReplyDelete
  2. tulah umat kita ni, suka bercakap benda yg dia sendiri tak tahu...keranan artis seorang yg buat perangai, semua orang dihukum sama...huhu...sayangkan bila umat kita mudah sangat terlanjur bicara

    ReplyDelete