Wednesday, 10 July 2013

::EDISI RAMADHAN:CABARAN DARI TUHAN::



Assalamualaikum semua.

Malam ni alhamdulillah dapat menunaikan solat Terawih berjemaah dengan ahli kariah di masjid. Masih lagi diberikan kesempatan dan dilorongkan kemudahan untuk tunduk kepadanya.

Untuk Ramadhan kali ini, sengaja saya nak try tulis setiap malam untuk meningkat motivasi umat Islam dalam meneruskan Ramadhan kali ini. Tak nak lagi dengar rungutan apabila tiba 15 hb Ramadhan nanti timbul pelbagai alasan yg tidak wujud di awalnya. Malas, penat, putus asa dan sebagainya yg berbaur negatif.

Ramadhan adalah satu CABARAN dan TENTANGAN Allah kepada manusia supaya menahan diri dari perkara-perkara yg BIASA manusia lakukan pada hari-hari biasa, makan, minum, ketawa berlebihan, membazir dan lain-lain. 

Tentu ramai yg tahu hikmahnya. Katanya, itu tanda Allah ingin kita rasa kelaparan yg dideritai oleh saudara-saudara kita yg tidak berkemampuan dan seterusnya mengetuk akal dan emosi kita untuk terus BERSYUKUR kepadaNya. Betul apa yg kita faham....cuma ada kurangnya dan ini yg hendak kita bincangkan.


Kenapa kita tak melihat hikmah yg jauh mendalam dari itu? 
Adakah Allah sangat kejam kepada manusia sehingga dipaksa untuk kita rasai kesusahan orang lain? Sedangkan kita berhartakan!
Kenapa kita yg rajin disamakan dengan golongan yg malas tu?
Kenapa kita yg ada segalanya perlu berlapar seperti mereka?

Mengapa ada hukum seperti ini sedangkan Allah sendiri berfirman dalam al-Quran,"Barangsiapa yg melakukan sebesar zarah kebaikan, nescaya kami membalasnya. Barangsiapa yg melakukan sebesar zarah kejahatan, Kami juga akan membalas yg setimpal dengannya". Tidak cukup dengan itu, Allah juga berfirman,"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan ia berusaha untuk mengubahnya".

Bukankah dalam 2 ayat ini dan ayat-ayat yg lain, hidup seseorang adalah berdasarkan apa yg mereka usahakan dalam hidup mereka. Habis tu, KENAPA kita dihukum juga?!


Tau tak? Kita dihukum kerana kita KEDEKUT. KEDEKUT ILMU dan HARTA!!

SHARING IS CARING

Selama ini orang melihat Islam sebagai agama yg menghukum. Pandangan itu salah. Terlalu salah. Islam bukan macam tu. Islam datang bertujuan mendidik. Kerana didikan inilah kita 'DIPAKSA' berpuasa. 

Bukan semata-mata untuk merasai NIKMAT LAPAR tetapi untuk kita usaha BERKONGSI untuk mengubah hidup golongan yg kurang berkemampuan sebenarnya. Dari kurang mampu bergerak menjadi mampu. Bagaimana caranya? Kongsilah harta anda melalui zakat dan sedekah terhadap mereka. Sanggup tak? Berikan setiap bulan sebahagian gaji anda kepada mereka. Tapi apalah sangatkan dengan 2.5% sedekah tu. Sampai bila kita mampu membantu seperti itu?

Maka penyelesaiannya adalah seperti kata pujangga,"Sekiranya aku ingin makan seekor ikan, jangan berikan aku ikan, tetapi berikan aku kail". Betulkan? Jangan diberi wang kepada mereka tetapi berikan CARA untuk mencari WANG. Sebab dengan berilmu sahaja, baru seseorang dapat BERUBAH dan MENGUBAH cara hidupnya.

Inilah yg saya sebutkan bahawa puasa sebenarnya CABARAN untuk kita. Cabaran kepada yg belum mampu untuk BERUBAH dan cabaran kepada yg telah mampu untuk BERKONGSI. 

"Sharing is Caring, Caring is Loving", kata anak muda sekarang. Apa salahnya kita sayangkan bangsa kita sendiri, yg sama pula agama dan Tuhan yg disembah. Mengapa dalam soal politik kita boleh bersatu dalam satu-satu parti tetapi dalam soal ekonomi kita abaikan? Itulah hakikat PUASA sebenarnya. Meningkatkan ekonomi umat Islam melalui PUASA. Mengikat persaudaraan yg tinggi melalui TERAWIH dan meninggikan sahsiah dengan MENAHAN DIRI. 

Moga-moga tahun ini kita boleh sama-sama BERKONGSI SEGALANYA.

FENOMENA KINI DALAM PROSES CARI WANG

Ramai sekali majikan dalam kalangan bangsa kita yg tidak menjaga kebajikan anak bangsa kita kini. Baru dua hari lepas tertampal status ni di wall FB.



Nampak tak? Kenapa bangsa kita tak maju-maju sejak dari walaupun setelah 55 tahun sedangkan bangsa lain tidak terkejar lajunya? Kerana kita TIDAK SUKA untuk berkongsi rahsia mencari harta dan kekayaan buat modal akhirat nanti. Kita juga SUKA lihat org Islam susah dan jahil dan dikelilingi tanggapan yg salah terhadap perniagaan. Kerana konsepnya mudah, "Lagi ramai yg tidak tahu, lagi banyak kita untung".

Pelbagai anggapan seperti pemikiran korporat yg sering memikirkan untung semaksimum mungkin walaupun dengan SUKARELANYA memerah tenga pekerjanya adalah perkara biasa di Malaysia sekarang. Siang malam bekerja untuk mengkayakan orang lain dan memiskinkan diri dan merendahkan maruah sendiri.

Betul rupanya perkataan orang-orang tua dahulu," Pokok tidak akan mampu ditumbangkan melainkan oleh kayu juga". Nak tumbangkan pokok? Gunakan saja kapak yg hulunya adalah daripada kayu juga asalnya.

Alangkah baiknya jika kerajaan sekarang semakin serius dengan akta gaji minima dan akta pekerja yg sangat jelas memberi kuasa besar kepada MAJIKAN dalam menindas PEKERJA. 


Alangkah dangakalnya seorang bos apabila mampu berkata kepada orang bawahannya,"Ikhlaslah buat kerja tu. Lebih masa kerja takpe, Tuhankan tau. Nanti dekat akhirat, banyak pahala kamu..Yang penting berkat". Tetapi apabila berdepan dengan orang atasan beliau, sekutik pun tidak berbunyi. Andakan orang tengah antara orang atasan dan pekerja bawahan. Berlaku adillah kepada keduanya. Sila beritahu,"Ikhlaslah tambahkan gaji dan kebajikan kepada pekerja. Tuhan tau. Nanti dekat akhirat, banyak pahala kamu..Yang penting berkat". Mengapa tidak begitu? Sebab anda hipokrit. Sedangkan Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang dari kamu bertekun apabila melakukan sesuatu kerja". Hadis ini khas kepada orang bawahan anda dan jangan buat-buat lupa hadis khas lain pula untuk majikan,"Bayarlah upah kepada pekerja kamu sebelum kering peluh dari badannya". Nah! Inilah keadilan yg Islam bawa.

Sebagai penutp kalam, jadikalah Ramadhan ini untuk sebgai peringatan buat kita supaya:

1. Sentiasa BERKONGSI dan BERUSAHA kerana itu sikap mukmin. Sabda Rasulullah SAW,"Barangsiapa yg melepaskan saudaranya daripada kesusahan dan kesempitan di dunia, necaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan kesempitan di akhirat". 

2. Berlaku ADILLAH terhadap semua makhluk Allah.

3. Terimalah Ramadhan sebagai bulan CABARAN Tuhan buat kita untuk sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Ramadhan adalah madrasah latihan...Laluilah step by step hingga tiba di penghujungnya yg manis.

Apa lagi yg kita tunggu. Jom berpuasa dan membantu orang lain serta berusahalah kerana "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib seseorang melainkan ia berusaha mengubahnya".

Sekian, wassalam.

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk rakan2 anda, sila klik butang LIKE di atas ye. Buat renungan bersama. Sabda Nabi,"Sampaikan dariKu walaupun sepotong ayat".





No comments:

Post a Comment