Alhamdulillah, minggu ni huru-hara dengan aktiviti bermanfaat. Bermula pada hari Sabtu, Ahad dan hari ini, Isnin 8/7/2013. Rasa gembira dan bersyukur sangat dengan life hari ini. Semuanya tak seperti dulu, BERBEZA SANGAT.
Sejak joint Shaklee, saya benar-benar tak sempat berehat. Ada ja kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan. Being my own boss for my own business FOR MY OWN GOOD (Shaklee) ditambah pula dengan amanah pensyarah di kolej ini benar-benar pengalaman paling berharga bagi saya. Apa salahnya tak sempat berehat jika pulangannya pun tak sempat nak kira kan? Konsepnya mudah, bisnes sendiri kalau malas, bungkuslah semuanya.
Sabtu-6 Julai 2013
Hari ni dari jam 8 hingga 1.45 petang, saya bersama student Diploma Pengajian Islam Kontemporari INSTEDT di pantai Tanjung Balau. Ada induksi yg disusun oleh senior semester 2 dan 3 untuk adik-adik junior sem 1. Alhamdulillah berhasil jg anak didik saya dulu semasa sem 1 dan 2.
Khusyuk mendengar taklimat |
Dulu, saya TERPAKSA tegas untuk ubah mentaliti sekolah menengah yg mereka bawa ke kolej dan their attitude. Faham sendiri la, pelajar pengajian Islam kan?!. Tentulah sopan santunnya tak tertanding oleh program lain. Tapi saya cuma ubah some attitude je for their own good, yg lain, sila kekalkan.
Sekarang nah! Dah mampu berdiri sendiri, buat program sendiri, buat keputusan sendiri dan yg penting mereka semakin matang berbanding usia mereka. Terkejut juga saya...Perubahan mereka sangat-sangat jelas.
Pengarah program berucap. Jangan terkejut ye, baru sem 2 DPI |
Pengerusi majlis dan org kuat program, sem 3 DPI |
Sebagai penasihat persatuan yg paling tegas dalam mendidik mereka dahulu akhirnya dapat saya lihat sekarang hasilnya. Syukur sangat-sangat. I LUV U ALL MY DPI STUDENT. U ARE THE BEST :) Semoga anda terus berjaya kini dan selamanya. Doa restu saya sentiasa bersama anda.
Ahad-7 Julai 2013
Dr Azizan Osman ada sebut dalam Seminar Hidup Luar Biasa hari tu,"Orang berjaya biasanya buat perkara LUAR BIASA ketika ramai manusia melakukan perkara BIASA".
Alhamdulillah, saya dapat amalkan. Hari Ahad di Johor adalah hari cuti hujung minggu. BIASANYA ramai yg tidur pagi. Selagi belum pukul 10,11 pagi tak bangun lagi la jawabnya. Qada tidurkan! Tengah hari keluar cari makan, baik di rumah atau luar rumah bersama keluarga tersayang. Petang pula window shopping di mall yang banyak kat sini.
Mana saya tau? Sebab saya pun antara PENYUMBANG UTAMA kepada semua ni. Alhamdulillah sekarang sy dah mula ubah rentak hidup untuk buat perkara LUAR BIASA.
Bersama rakan-rakan niaga yg lain |
Dari jam 10 pagi hingga 6 petang, penuhkan ilmu di dada dengan konsep biz Shaklee ni. Konsep Shaklee yg ingin membantu seramai mungkin manusia dalam bidang penjagaan kesihatan benar-benar menyebabkan ramai berminat dalam biz ni. Tak kurang 100 orang yg hadir di Crystal Crown Hotel untuk menadah ilmu ini dari speaker Shaklee, En Athan Wang di samping berkongsi tips-tips yg baik untuk marketing strategy.
Athen Wang sedang beraksi di pentas |
Saya dapat tau, banyak tempat kerja sekarang hampir tidak pernah mengadakan marketing workshop untuk para staf marketingnya sendiri. Jadi, apabila marketing tak jalan, bisnes tak jalan tapi apabila bisnes tak jalan, yg akan jadi mangsa adalah orang bawahan sendiri. Maka status seperti,"Aku buat pun salah, tak buat pun salah" akan keluar dari mulut mereka atau wall FB yg akan menjadi saksi luahan hati mereka.
Dalam Shaklee, memang mudah. Semua diajar...Kemuadian, dah dapat ILMU, bergeraklah. Yang penting kita willingly to share with people and be honest for them about their health and their life. Semudah itu sahaja.
Lunch. Cuba cari di mana ikan mayong saya? |
Makan pun LUAR BIASA banyaknya...Tak pernah-pernah buat hal macam ni |
Tu susunan 2 ESP dan 1 ESP+Performance Drink, memang cerah mata dibuatnya. |
Rehat yg lama dengan rela hatinya DITIADAKAN dalam kamus hidup buat masa sekarang. Sebab nanti saya nak berehat lama di belakang hari. Tak lama pun, setahun paling lambat. Kalau dah stabil, waktu tu saya pula nak berehat. Sebab apa saya BERANI yakin seperti itu? Sebab dah ramai pun yang berjaya buat kurang dari setahun untuk pendapatan 4-5 angka.
Isnin-8 Julai 2013
Hari pertama kerja dalam seminggu, betul-betul mencabar. Monday sickness yg kuat tak mematahkan semangat untuk mendidik anak bangsa. With my own style ok!!!
Best giler dapat ajar semula pelajar-pelajar kejururawatan yg baik-baik dan senang menurut kata. Lepas kelas, terus menanda hasil kerja pelajar sambil update apa-apa yg patut.
Selepas Zohor, ada 2 org student DPI datang jumpa. Dengan senyum kambingnya hulurkan bungkusan hadiah kepada saya. Mati-mati tak nak beritahu siapa yg bagi dan saya pula mati-mati tak nak terima....Nanti kena menderem, sy juga yg terseksa kan! Ok, point tu perasan, sila abaikan. Tapi itu pun saya belajar dari pengalaman sebelum tu.
Bukan harga yg menjadi ukuran...tetapi keikhlasan adalah soalnya |
Ada yg beri hadiah, katanya dia yg beri rupa-rupanya bila sampai rumah, buka dan baca kad yg diberikan, rupanya kakak dia yg beri...Kan dah susah nak tolak balik!
Lastly, mengaku juga hadiah tu dari mereka untuk saya. Terima kasih ye Ati dan Aniyah. Hadiah anda DALAM maksudnya, tapi saya faham.
Selepas tu dapat phone call dari rakan kongsi terdekat, Ana Zahira. Bapa saudaranya kemalangan dan sampai sekarang (waktu sy tulis post ni) masih kritikal di Hospital Sultanah Aminah. Harap bersabar ye. Semoga akan kembali sihat semuanya.
Pulang sedikit lewat dan apabila sampai ke rumah abang Firdaus, pakar internet business marketing telefon saya untuk berkongsi ilmu yang beliau dapatkan di kursus Program intensif mentor Kekayaan dan Kejayaan anjuran Dr Azizan Osman bersama saya.
Panggilan yg tak disangka-sangka. Terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang yg menerima tips-tips utama ni tanpa bayaran apa pun...sedangkan mereka perlu bayar beribu untuk mendapat RAHSIA orang kaya ni. Saya sangat menghargainya. Terima kasih kerana percayakan kemampuan saya.
Alhamdulillah, betul-betul banyak yg perlu diimprovekan dan dapat bantu kawan-kawan yg lain dengan ilmu baru ni. Inilah bisnes kami. Kami sentiasa berganding bahu untuk SAMA-SAMA BERJAYA DAN KAYA. Insyaallah bi iznillah.
Cukup sampai sini dulu. Apa pun bersyukur dengan apa kita ada dan terus berusaha dengan ILMU, SISTEM, MENTOR dan MATLAMAT yg tepat. Semua berhak untuk KAYA & BERJAYA.
No comments:
Post a Comment