Monday, 8 July 2013

::Rezeki: 92 kahwin 22::


Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.
Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.
Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.
“Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun,” katanya.
Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.
Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP
********************************************************************************
Alhamdulillah, rezeki dan jodoh benar-benar di dalam pengetahuan Allah. So, kepada sesiapa yg masih tercari-cari belahan hatinya, sila bersabar ye dan teruskan hidup anda seperti biasa.
Apabila anda telah berusaha, bertawakkallah kepadaNya, insyaallah itu tindakan yg terbaik. Jangan berusaha mencari jodoh semata-mata TETAPI jemputlah jodoh mencari anda!!! 
Bagaimana caranya? Ini bukan langkah rahsia tapi ramai yg tak buat, so tak dapatlah....Solat Dhuha!!! Kemudian tukar doanya dari " Ya Allah, sekiranya rezekiku berada di langit, turunkanlah", tukar rezekiku kepada jodohku....


dan tambah doa ini.....


Buat setiap hari dan anda akan rasa kehebatannya dalam tempoh beberapa hari kemudian mengikut kesungguhan anda. Yang penting YAKIN+ISTIQAMAH+TAWAKKAL kepadaNya.

No comments:

Post a Comment