Wednesday, 9 October 2013

:: POTONG KAKI VS POTONG SELERA? ::


Assalamualaikum semua.
Apa khabar ye anda di luar sana? Semoga sihat sejahtera selalu.

Semasa dalam perjalanan ke KL pada pagi Isnin yang lepas, sempat berhenti launch di R&R Dengkil. Ya Allah ramainya manusia yang sedang makan di sana. Pelbagai juadah yang memecah selera disajikan dan pelbagai ragam manusia dapat juga saya lihat.

Maaf jika boleh disebutkan, ramai yang makan mengikut nafsu lebih dari makan untuk keperluan hidup. Makanannya tinggi seperti gunung semata-mata mahu melayan tekak dan nafsu perut semata. Kerana itu, tak hairan jika saya lihat ramai yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Sepertimana yang semua sedia maklum bahawa penyakit kronik banyak hinggap kepada golongan seperti ini terutamanya penyakit diabetes dan sakit jantung. Jom cerita bab diabetes hari ni. 

Sanggup tak kita sesekali berpantang daripada menikmati hidangan enak ­hanya kerana ingin menjaga kesihatan?


Realitinya tidak ramai mampu melakukannya lantaran teruja dengan makanan menyelerakan serta nafsu makan yang sukar dikekang. Apatah lagi apabila melihat ahli keluarga makan dengan berselera tanpa menghiraukan pesakit yang berpantang. Zalim sekiranya kita mengharapkan hanya seorang yang berpantang sedang­kan kita enak menjamah makanan di hadapan mereka. Pantang bagi pesakit diabetes paling sukar diamalkan berbanding pantang yang lain. 

Pengambilan makanan bagi pesakit diabetes adalah faktor penting dalam mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana kencing manis terjadi akibat daripada kelemahan tubuh mencerna karbohidrat. Dalam proses metabolisme, karbohidrat diproses menjadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga.

Bagaimanapun, tidak semua glukos menjadi tenaga. Bagi penyakit kencing manis, insulin berfungsi mengawal kadar lebihan gula dalam darah ini tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan berlakunya pengumpulan gula yang menghasilkan keadaan hyperglycaemia dan menyebabkan terdapatnya gula dalam air kencing.

Oleh sebab itu, pesakit diabetes dinasihatkan pakar pemakanan mengurangkan gula dan lemak atau berpantang manis, mengurangkan karbohidrat dan melebihkan lemak sehingga ada antara pesakit tidak mampu berpantang disebabkan semua makanan mereka makan tiada ‘rasa’ atau potong 'selera'. 

KEPENTINGAN DIET POTONG SELERA


Diet ini hendaklah seimbang sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari. Diet diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan dimakan sangat mempengaruhi paras gula dalam darah. 

Ramai tidak tahu dan mengambil mudah perkara ini sedangkan diet diabetes sangat penting untuk mengawal paras glukos serta mencegah kehilangan glukos di dalam air kencing. 

Selain itu, pengambilan makanan seimbang mampu mengekalkan berat badan bersesuaian dengan ketinggian dan umur, mengekalkan kalori mencukupi bagi melakukan aktiviti harian dan paling penting, melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetes seperti dipotong kaki. 

Dalam hal ini, kita perlu memahami tiga perkara penting iaitu apa yang hendak dimakan, waktu makan serta jumlah makanan bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan. 

ELAKKAN MAKANAN NI YE!

GULA!!! Ini bukan saja terhad kepada gula tebu, gula kastor, gula melaka dan madu tetapi termasuk sebarang gula tersembunyi yang terdapat dalam produk makanan dibungkus. 3 in 1 atau 4 in 1 hatta 10 in 1 pun perlu diawasi kandungannya. Pesakit harus membaca kandungan bahan disenaraikan pada label produk dan awasi sebarang bahan berasaskan gula seperti maltosa, sukrosa dan fruktosa selain gula yang terdapat dalam sos dan kicap. 

Ini kerana, makanan atau minuman mengandungi gula ­ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah ­dengan kadar cepat. Ini termasuk gula pasir, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-muih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, jem dan semua makanan bersalut gula. 

HADKAN MAKANAN INI!

Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana. Ini kerana makanan ini akan dicerna dan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak. 

Antaranya nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mi, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan dan jus serta sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat. 

MAKANLAH SEPUASNYA! 

Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap, sos dan garam. 

Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air - membantu penyerapan nutrien) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit). 

Serat tidak larut boleh diambil dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah. 

Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung dan pasta. 

Protein pula boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung dan soya) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlu diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda. 

Selain menjaga pemakanan, penghidap diabetes juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjoging, berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun yang membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, mereka perlu sentiasa mengawal kandungan gula sama ada memeriksa sendiri atau mendapatkan nasihat di hospital berhampiran. 

AMBIL SUPPLEMENT BAGI YANG BERKEMAMPUAN

Supplement atau makanan tambahan boleh diambil oleh sesiapa sahaja dalam usaha menjaga kesihatan diri dan keluarga. Tiada paksaan dalam perkara ini. Namun bagi saya yang telah melihat ramai orang yang menghidap pelbagai penyakit kronik dan kritikal, saya sangat-sangat mencadangkan kepada sesiapa yang mementingkan kebahagiaan, laburkanlah sedikit wang untuk kesihatan anda. Bukan sahaja anda sihat tetapi lebih daripada itu, anda membahagiakan orang di sekeliling anda secara tidak sedar. Tentu lebih baik dari anda leburkan wang anda di pusat-pusat membeli belah tanpa tujuan.


Betapa ramai orang hari ini yang terpaksa berdepan krisis keluarga hanya kerana pasangan hidup dan anak-anak tidak mahu menjaganya setelah tua dan berpenyakit. Tak kurang juga yang terpaksa berhabis duit dan terpaksa naik turun pejabat kebajikan untuk memohon bantuan bagi menampung kos hospital dan kesihatan yang semakin tinggi. Adakah anda mahu hari tua anda seperti itu juga nanti?

Begitu juga dengan ibu bapa kita yang kini semakin tenat dan dihinggapi pelbagai penyakit, adakah anda sebagai anak sanggup melihat mereka meninggalkan dunia ini dengan keadaan sebegitu? Anda boleh memilih yang mana satu anda inginkan. 

Izinkan saya kongsi di sini ye. Jika anda ada bajet lebih, memang sangat disarankan untuk ambil VIVIX.

Vivix - merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.


Selain vivix, boleh juga cuba Total Wellness programme shaklee iaitu dengan mengambil SET SUGAR CONTROL yang terdiri daripada GLA COMPLEX, B COMPLEX dan ZINC sahaja.


GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Semoga sedikit sebanyak daripada sharing ini dapat membantu anda menambahkan pengetahuan anda. 

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee

*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu mengubah kesihatan dan hidup rakan-rakan anda, sila klik butang LIKE di atas ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda. "What you give, you get more back".

No comments:

Post a Comment