Thursday, 5 December 2013

:: JOM REBUT AUDI, HANYA DENGAN MAIN BOLA JE TAU ::

Barisan pemain Real Madrid
Hari ni just nak kongsikan berita gembira buat pemain Malaysia Real Madrid menerima 'hadiah' kenderaan baru, ihsan dari penaja utama kelab bola sepak itu, Audi.

Anda boleh bayangkan faedah yang pemain bola sepak boleh perolehi dan pemain Real Madrid merupakan antara yang bertuah, terima kasih kepada penaja utama kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu, Audi.

Masanya sudah tiba, Audi bukan sahaja memberikan kereta baharu kepada semua pemain malah turut kepada jurulatih Carlo Ancelotti, yang mana sekarang memandu A8 4.2 TDI.


Lebih separuh daripada jumlah kereta-kereta tersebut ialah Q7 3.0 TDIs, akan tetapi Christiano Ronaldo memilih untuk menerima sebuah RS6 Avant manakala Sergio Ramos pulang ke tumah bersama RS5. Model paling murah adalah milik Jesús Fernández yang menerima sebuah A3 Sportback 2.0 TDI. Model-model lain termasukal SQ5, S3, S7, Q5 dan A7 Sportback 3.0 TDI.




Diharap berita ini dapat menaikkan semangat pemain bola Malaysia (yang masih muda lah, masih boleh dilentur) untuk terus berlatih dan gigih bermain!!


Bukan saja-saja tunjuk, tapi memang saya suka sangat kereta Audi ni. Kereta impian tau. Ia bukan sahaja sebuah kereta tetapi lebih kepada suatu seni dalam pembinaan sebuah kenderaan mewah yang berprestasi tinggi dan 'kebal' dari rupa parasnya. Ermmm, telan air liur 2,3 kali bila tengok kereta-kereta ni. Walaupun tak semua setuju dengan saya, tapi saya tak kisah, inikan kereta IMPIAN saya, bukan orang lain punya pun. 

Insyaallah, pasti jadi kenyataan tidak lama lagi. Mohon doa semua ye.

No comments:

Post a Comment