Monday, 23 December 2013

:: PART 3: IMKK - HANYA ORANG MALAS MAMPU JADI JUTAWAN ::


Assalamualaikum semua.
Apa khabar anda semua? Semoga sihat selalu hendaknya.
Bagaimana dengan post sebelum ini? Semoga anda beroleh inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang sangat best ini.

Ramai juga yang memberikan feedback positif yang saya dapat melalui para pembaca yang lebih selesa PM saya secara personal untuk berkongsi pandangan dan passionnya untuk mula berniaga, alhamdulillah. Sempat juga saya kongsikan sikit sebanyak yang saya pelajari dari seminar yang telah berlalu bersama mereka.

Niat saya satu je, saya ingin berkongsi ilmu dengan orang ramai yang tak dapat hadir, sama ada secara sengaja atau pun tidak, mudah-mudahan kita boleh bergerak menjadi lebih baik dari semalam.

Trust me, dalam seminar Dr Azizan Osman (DAO), tidak ada yang sia-sia malahan perkongsian ilmu ditambah dengan pengalaman sendiri benar-benar menyentuh jiwa yang benar-benar ingin menadah ilmu. Tak cukup dengan menadah, kita juga perlu beramal. 

Itulah yang diucapkan oleh DAO,"Saya buat semua ni adalah supaya saya dapat melahirkan lebih ramai Dr Azizan yang kaya dan berjaya. Tapi semua itu hanya angan-angan jika anda balik nanti dengan segala ilmu yang hebat ini tapi tidak disusuli dengan TINDAKAN LUAR BIASA".

HANYA ORANG MALAS MAMPU BERJAYA DAN KAYA!

Mungkin ramai yang baca status saya di FB 3-4 hari lepas, bagaiman DAO tiba-tiba bertanya hadirin,"Siapa yang malas bekerja?!" Saya dengan yakinnya mengangkat tangan. Tinggi-tinggi lagi. Tak cukup tinggi, saya tanpa malunya berdiri atas kerusi. Tapi alangkah hairannya bila pandang sekeliling, tak ramai pun yang angkat dan bangun berdiri excited bukan main. Dalam kiraan kasar saya ada kot dalam puluhan orang je, dari 6000 ok. Memang kelassss kau. 

Bagus untuk dibaca oleh orang yang hendak pencen muda

DAO pun sambung ucapannya,"Tuan-tuan dan puan-puan, sila lihat orang-orang ini, mereka inilah yang bakal jadi Jutawan satu hari nanti".

Ramai yang baca statement saya tu dan ulas ikut fahaman sendiri. Ramai juga yang like dan memberi komen. So, taklah segan sangat nak berkongsi di sini. Jangan salah faham ye. Saya takkan sokong kalau anda memang seorang yang pemalas tahap gaban. Kerja malas, bisnes malas, belajar malas, usaha malas. Itu bukanlah malas yang dimaksudkan oleh DAO.

1. MALAS MENDENGAR CAKAP ORANG

Malas seperti ini adalah sangat baik kerana dengan malas itu kita mampu untuk menutup telinga dari mendengar bisikan halus orang lain. Lihat saja kita sehari-hari. Jika dah lama kita memakai baju yang sama, pasti akan ada suara yang berbisik-bisik di belakang kita. Esoknya, bila kita pakai baju baru, dibisik-bisiknya juga. Jadi, lebih baik abaikan.


Tanyalah sesiapa pun yang mula berniaga atau ada melakukan side income, pasti banyak mulut berbisa yang menjelir-jelirkan lidah dengan satu sahaja tujuan,mengecilkan usaha kita untuk berubah. Tapi, itukan asam garam kehidupan. Nak berubah luar biasa, so ujiannya juga luar biasa. Abaikan cakap-cakap orang, kita pasti BOLEH!!!

Jika kita tinggalkan seorang 'kawan' sebegitu, insyallah Allah gantikan dengan 10 orang yang lebih baik daripada itu. Jangan terlalu endah dengan apa kata orang jika benar anda hendak BERJAYA.

2. MALAS 'BEKERJA' DENGAN ORANG

Golongan ini sukakan kebebasan masa, kebebasan bersama keluarga dan yang paling disukai hatta oleh ramai orang adalah kebebasan kewangan. So, saya adalah di antaranya. Saya dah mula rasa malas 'bekerja' dengan orang walaupun saya sangat bersyukur dengan anugerah kerja yang mulia ini.

Tetapi semakin hari semakin jelas kepada saya bahawa perniagaan dan kebebasan adalah passion saya. Saya bukan golongan yang 'rajin' kerja untuk orang lain untuk satu tempoh masa yang lama. First in, last out. Datang tepat masa, balik tak tepat masa, siap buat OT semua cukup. keluar 7 pagi balik 8 malam. Kerja macam lipas kudung. File semua lengkap dan cuti tahunan berbaki berbelas-belas hari. Ini type golongan rajin dan 'bermasalah' sebenarnya. No life! 

Saya pasti ramai yang begini di pejabat-pejabatkan! Mohon jangan salah faham untuk kali kedua. Saya tulis berdasarkan pengalaman saya. Saya dulu pun bukan type 'pemalas' malahan hampir semua yang saya tulis tu, saya alami sendiri. Pernah baki cuti tahunan saya 12 hari daripada 14 hari yang diberi. Gila sekali rajin saya. Hatta pernah dianugerahkan pensyarah terbaik di tempat kerja saya sekarang. Confirm saya rajinkan?!


Tapi kenapa tiba-tiba saya 'malas'? Kepoh je nak tau kan?! Sebenarnya saya rasa bukan saya seorang ada alasan yang sama untuk malas, orang lain pun mesti ada alasannya. Jom saya ceritakan:

i. Saya mula malas ketika saya mula duduk sejenak, tolak segala kerja ke tepi dan berehat dari sebarang aktiviti, saya tertanya-tanya sendiri,"Sampai bila saya hendak kerja seperti ni? Macam mana kalau dah berkeluarga nanti? Dah mula ada isteri dan anak-anak? Adakah saya akan sentiasa sesibuk ini atau lebih sibuk lagi daripada ni?".

Bagi saya, keluarga adalah segalanya. Kerja adalah untuk membahagiakan keluarga. Jika keluarga tak bahagia, buat apa kerja sebegitu rupa.

ii. Saya mula berfikir, dah beberapa tahun saya bekerja dan sejak itu saya mula berhutang. By the way, saya tak pernah berhutang hatta PTPTN pun sebab saya belajar di luar negara. Semua pakai zakat dan biasiswa. Maklumlah, pelajar terbaik STAM dan SPM pula tu.

Tapi bila kerja, keadaan berubah 180 darjah. Hutang mula bertimbun. Bukan saja-saja berhutang ye. Berhutang untuk keperluan. Tapi semakin hari semakin banyak hutang dan saya pula jenis tak suka jadi 'hamba hutang'. Gali lubang dengan berhutang dan tutup pula lubang dengan berhutang juga.

iii. Dari mula bekerja hingga sekarang, duit yang dihulur buat keluarga di kampung masih sama diberi. Jika tahun pertama bekerja ratusan ringgit diberi. Tetapi selepas berlalu tahun demi tahun, jumlah yang diberi semakin berkurangan dan setelah bekeluarga dan beranak pinak, semakin sedikit lagi yang kita beri.

Anak mana yang tak hendak memberi lebih banyak? Tapi nak buat macam mana, kita pun hidup dalam kesempitan, cuma kita jarang memberitahu mereka. Ada pula anak bertuah yang bukan sahaja sara diri tidak cukup kerana sifat borosnya, dengan tidak malu pula ia meminta dari ibu bapa yang telah tua.

Saya adalah type yang pertama. Masih memberi tapi semakin kurang kerana kos sara diri yang semakin tinggi. Jadi saya sentiasa fikir, macam mana nak memberi lebih lagi kepada keluarga. Sudahlah jarang pulang, takkan tak berikan sesuatu untuk sejukkan hati mereka dan sampai bila biarkan mereka hidup sekadar ada-ada sahaja?!


iv. Saya sering memikirkan bagaimana untuk 'memberi' lebih banyak kepada orang lain. Dah terhafal di dalam kepala saya sabdaan Nabi SAW,"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah". Kerana itu, saya ingin sekali menjadi tangan yang di atas itu, ingin sekali saya keluarkan zakat sepertimana orang lain.

Saya rasa seperti tiada sumbangan yang paling bermanfaat kepada ekonomi dan umat Islam melainkan dengan zakat, wakaf dan sedekah. Semuanya memerlukan satu je, wang. Jadi, mahu atau tidak, demi cita-cita itu saya perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan lebih banyak wang.

v. Saya nak pergi mengerjakan haji dan umrah setiap tahun bersama keluarga. Ya, saya ada cita-cita tu. Saya percaya, para pembaca juga punya niat yang sama. Tapi harus diingat, kita tetap boleh pergi dengan bekerja untuk orang lain tapi bila dah cukup simpananlah. Mungkin ketika itu dah berumur 60-70 tahun.

Sedangkan kita punya kuasa untuk pergi lebih awal daripada itu. Kita hanya perlu berusaha. Dengan niat yang terbit dari hati disertai pula dengan usaha luar biasa, tiada yang mustahil dalam hidup ini.

vi. Jujurnya buat masa sekarang ni, setiap keluarga pasti terasa bebannya dengan peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi. Ye la, increment berapa peratus sangat dan perlu tunggu bertahun-tahun untuk peningkatan tangga gaji seterusnya sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin tinggi berpuluh kali ganda tingginya, setiap tahun.


Jadi tiada pilihan lain melainkan anda perlukan side income dan setelah anda semakin fahami aliran bisnes, barulah anda mula bekerja sendiri untuk membuka perniagaan dan akhirnya menjadi pelabur. Matlamat terakhir adalah pendapatan pasif. Takkan la sehingga tua kita hendak bekerja kan?!

Biar berpenat luar biasa sekarang, 2-3 tahun je, bukan 20-30 tahun. Janji bila dah melepasi umur 30-an dah boleh berehat luar biasa juga.

RAJIN YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN DIRI SENDIRI

Saya lihat ramai sekali yang sangat rajin bekerja terutamanya orang Melayu, tapi sayangnya mereka rajin untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Mereka rajin untuk kayakan orang lain walaupun mereka telah bekerja 20 tahun lamanya dalam bidang tersebut.

Betapa ramai yang rajin datang kerja di awal pagi. Berada di atas jalanraya seawal jam 5 pagi sewaktu bertolak ke tempat kerja dan pulang pada jam 8 malam. Dari 10 minit di atas jalan hinggalah 2 jam di atas jalan sahaja sebelum tiba di tempat kerja. Dari umur 21 tahun kerja hingga 41 masih juga di atas jalan yang biasa, tahap pendapatan yang biasa, perbelanjaan yang biasa dan kehidupan yang biasa.


Kenapa tak bawa kemahiran yang ada dan create bisnes dengan kemahiran tersebut? Kenapa tak gunakan
kemahiran tersebut untuk buat side income? Kenapa tak buat consultant untuk bantu pihak lain yang memerlukan kemahiran tersebut?

Banyak lagi kenapa yang belum keluar tetapi yang asasnya adalah kita tidak akan ada jawapannya melainkan kita belajar perkara tersebut dari mentor yang betul. Inilah yang saya belajar dari seminar Dr Azizan ni. Belajar untuk tahu potensi diri dan mula keluar dari zon selesa!!!

Jom berubah. Saya yakin kita boleh berubah menjadi satu bangsa yang sangat hebat dalam ekonomi negara ini. Jangan hanya nama negara menjadi milik kita tetapi ekonomi dikuasai oleh orang lain dengan sebab salah kita sendiri. Saya doakan kita berjaya melaluinya dan mula bergerak, melangkah perlahan-lahan meninggalkan zon selesa itu.

Mohd Taufiq
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee

*Bagi yang tidak keberatan untuk share bersama orang lain dan ingin memberi semangat kepada saya untuk terus menulis, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

6 comments:

  1. Salam.
    Syukur diberi peluang Allah mmbaca tulisan ini.Semoga Allah terus menggerakkan hati kita bersama-sama berani berubah mencipta legasi sendiri dalam bidang ekonomi.Bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi lebih mulia untuk ummah dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan.....niat yg betul akan menghasilkan keputusan yg betul

      Delete
  2. say suka penulisan ni. alhamdulillah diveri peluang utk dikongsi bersama anak cucu saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan. Semoga terus kaya dan berjaya

      Delete
  3. Terima kasih ...macam nak berhenti kerja dan buat bisnes

    ReplyDelete