Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga hari ini terus menjadi hari-hari terbaik dalam kehidupan anda.
Perkongsian hari ini menjurus kepada persekitaran di sekeliling kita yang bermula dari dalam rumah sendiri. Isu kegemukan kanak-kanak kini menjadi ancaman. Bukan hanya pada tahap nasional bahkan ia menjadi isu dunia hari ini.
PERLUKAH ANAK-ANAK GEMUK?!
Selalu bila saya 'menyinggah' di mana-mana kedai makan, selalu je mata ni menangkap kebanyakan makanan anak-anak di bawah 12 tahun ni lebih banyak portionnya daripada ibu bapa mereka. Saiz badannya begitu juga.
Ibu bapa juga kelihatan tidak kisah dengan perkara ini kerana mungkin mereka suka melihat 'selera besar' anak-anak di ketika usia itu.
Ada ibu bapa yang menganggap anak mereka kelihatan lebih comel sekiranya berbadan besar, sekali gus mendorong mereka menghidangkan pelbagai menu berlemak dan manis termasuk juga junk food di rumah. Sikap ini kemudian dibawa pula ke kedai-kedai makan.
Malahan, lebih teruk lagi apabila ada sebahagian ibu bapa yang keletihan bekerja sepanjang hari turut menyediakan 'lauk tunjuk' sahaja apabila pulang ke rumah yang tidak diketahui kandungannya sesuai ataupun tidak kepada keluarga.
SALAH TANGGAP
Mungkin juga mereka menganggap anak yang masih kecil tidak mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti diabetes atau sakit jantung yang selalunya lebih cenderung dialami golongan lebih berusia.
Namun, sebenarnya tanggapan itu salah, malah sikap ibu bapa yang suka memanjakan anak dengan makanan terutama yang penuh gula dan berlemak, meletakkan anak mereka dalam kumpulan berisiko dan mengalami masalah kesihatan sepanjang hidup akibat obesiti.
Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) mendapati kadar kegemukan kanak-kanak meningkat daripada 6.6 peratus kepada 13.6 peratus.
Kajian juga menunjukkan 25 daripada 100 pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah kegemukan pada 2020.
Sebenarnya pengambilan makanan kaya lemak dan gula ketika anak mengalami tumbesaran di awal usia boleh meninggalkan kesan penyakit jangka panjang ke atas mereka. Lemak dan gula berlebihan meningkatkan berat badan seterusnya menyumbang kepada masalah kegemukan melampau.
Sekiranya tidak ditangani dari awal, ia boleh menyumbang kepada diabetes dan masalah jantung. Kanak-kanak yang memiliki berat melampau juga boleh mengalami masalah pernafasan akibat lemak yang banyak di bahagian leher menyempitkan saluran pernafasan mereka. Jangan risikokan nyawa si kecil ye.
MAKAN SECARA SIHAT
Ibu bapa perlu melatih anak-anak mereka mengamalkan pemakanan sihat sejak kecil supaya ia menjadi tabiat. Sebaiknya, elak terus pengambilan gula ringkas, garam dan makanan berlemak.
Bagaimana nak melatih anak-anak jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan yang baik?
Jadi, mulakan sekarang dengan makan makanan sihat bersama anak dan bukannya memaksa anak mengambil makanan sihat sedangkan ibu bapa makan makanan segera.
Sebaik usia mencecah enam bulan dan boleh mula mengambil makanan selain susu, latih anak untuk mengambil makanan sihat tanpa garam atau gula. Lebihkan sayuran dalam diet dan sediakan saiz hidangan bersesuaian. Apabila anak tidak mampu menghabiskan hidangan, jangan sesekali memaksa anak menghabiskannya.
Bagi ibu bapa yang mahu mengubah diet anak mereka kepada yang lebih sihat, pakar kesihatan menasihatkan ia dilakukan secara perlahan-lahan iaitu mengurangkan kandungan lemak, gula dan garam dalam makanan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak itu dapat menyesuaikan diri dengan diet baru yang lebih sihat.
Bagi kanak-kanak yang masih kecil, mereka tidak digalakkan menurunkan berat badan sebaliknya mengekalkan berat sedia ada dengan cara menjaga pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal sehingga berat itu sesuai untuk pertambahan usia.
Bagi memastikan sama ada berat sepadan dengan ketinggian, berat badan kanak-kanak diukur berdasarkan berat ketika lahir.
Ukuran berat badan yang sihat secara kasar bagi usia setahun sekitar 10 kilogram manakala untuk kanak-kanak berusia dua tahun pula sekitar 12 kilogram.
SUPPLEMENT UNTUK KANAK-KANAK
Saya sedar bahawa setiap ibu bapa tentu hendak berikan yang terbaik untuk anak-anak dalam proses tumbesaran yang sihat terutamanya ibu bapa yang bekerjaya yang kadang-kala tidak sempat untuk memberikan nutrisi terbaik untuk anak-anak.
Pasti terselit rasa bersalah pada diri ibu bapa yang sebegitu rupa. Sudahlah masa untuk anak-anak berkurangan, takkanlah untuk memberikan makanan terbaik kepada mereka juga tidak diambil berat juga.
Maklumlah zaman sekarang ni tak macam zaman mak ayah kita dulu, bukan sahaja sosio-budaya yang berlainan, malahan bermacam jenis pencemaran dan penyakit juga menimpa. Jadi sistem imun badan kita perlulah kuat untuk hidup dengan lebih sihat dan sejahtera khususnya untuk anak-anak kita yang sentiasa aktif sepanjang hari.
Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.
Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk buah hati anda:
1. MEAL SHAKE
- Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
- Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
- Sumber protein dan kalsium
- Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
- Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga untuk ibu menyusu yang mahu menguruskan badan.
- Sesuai untuk ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang.
- Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan warga tua
2. OMEGA GUARD
- Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.
- Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000 mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
- Mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.
- DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
3. CHEWABLE VITA-C 100mg
- Menguatkan fungsi imunisasi.
- Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
Semua supplement Shaklee ini boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak seperti berikut
- Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
- Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
- Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE, OMEGAGUARD dan CHEWABLE VITA-C.
Semoga beroleh manfaat daripada post ini dan jangan lupa untuk mula mengawasi tabiat pemakanan anak-anak anda. Say YES to Family Wellness!
Mohd Taufiq,
Pakar Kesihatan & Kejayaan Shaklee.
019-2486694.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment