Nak berkongsi something dengan rakan-rakan visitor semua hari ini tentang persoalan yang sering ditanya ramai,"Bolehkah berubah dengan bisnes?", "Apa yang berubahnya?".
Ramai dari kalangan rakan-rakan kongsi saya sering berkongsi dengan saya tentang bagaimana mereka kini berubah sepanjang menjalankan bisnes ini.
Ada yang 'mengadu' kat saya,"Ustaz, alhamdulillah saya terbuka hati untuk bertudung sekarang. Banyak saya belajar dalam bisnes ni."
Ada pula,"Ustaz, akak menangis bukan main tadi masa solat Dhuha, tak pernah-pernah lagi macam ni. Kali pertama seumur hidup."
Sebahagian besarnya kata,"Ustaz, hebatnya zikir dan selawat ni ustaz. Baru habis baca tiba-tiba je customer inbox tanya dan beli macam-macam produk."
Inilah keseronokan bila kita terapkan unsur 'keTuhanan' di dalam apa jua bidang kehidupan yang kita lalui. Cumanya di dalam bisnes, unsur ketuhanan menjadi unsur yang sering dikesampingkan oleh ramai orang sedangkan Islam mengajar sebaliknya.
********************
Ini semua kisah benar. Jika ingin dicoretkan di sini tentulah semakin panjang post ini. Saya hanya ingin tekankan beberapa perkara.
1. ANDA ADALAH EJEN PERUBAHAN!
Sebenarnya apa jua bidang mampu mengubah anda melalui cara PAKSAAN. Malangnya ia akan memberi kesan buruk kepada peribadi seperti memberontak dan susah menerima arahan.
Tapi berbeza jika anda sendiri ingin berubah. Saya tidak kata ia mudah, tetapi ia akan lebih menenangkan anda dan perubahan anda bukan hanya dibuat-buat semata. Kesannya juga pasti berpanjangan.
Jadi mulakan dan didik diri anda untuk berubah kerana perubahan yang sebenar dan menguntungkan berasal dari kehendak diri anda sendiri, bukan orang lain!
2. BISNES ADALAH PERGANTUNGAN!
Sebelum saya mula terjun dalam dunia bisnes dan bergaul dengan minda-minda jutawan di dalam bisnes, saya sendiri terasa bahawa bisnes adalah satu bidang yang sangat susah untuk diceburi malahan sangat berisiko.
Tiada harapan langsung untuk mencari rezeki melalui bisnes. Apatah lagi bila mengingatkan kisah-kisah dongeng masyarakat sekeliling.
Siapa yang tak pernah dengar cerita orang ni buat bisnes gagal, orang tu buat bisnes bankrap tapi alangkah malangnya kerana saya sendiri juga terikut-ikut dengan pandangan negatif seperti ini. Masyarakat kita begitu bukan?!
Tapi apabila saya cuba-cuba hendak berbisnes dan kebetulan ketika itu saya terjebak dengan Shaklee dan group Jutawan Shaklee, baru saya lihat,"Wow, ramainya orang kita, Melayu Muslim yang berjaya dalam bisnes ni. Apa yang mereka buat?"
Setelah dikaji dan dikaji akhirnya saya dapat jawapan yang hampir pasti. Dalam dunia pekerjaan yang melibatkan majikan dan pekerja, biasanya pergantungan kita dan ketaatan kepada majikan sangat total dan kadang-kala hingga melanggar hak Allah SWT sendiri.
Berbeza sekali dengan bisnes. Bisnes merupakan pergantungan langsung kepada Allah SWT tanpa perantaraan sesiapa. Ketika bersama majikan, kita menganggap majikan tersebut yang memberi rezeki gaji kepada kita sedangkan dalam bisnes, Allah SWT yang menjadiMaha Pemberi Rezeki kepada kita.
3. MANISNYA IBADAT!
You know what? Bila pergantungan kita semata-mata kepada Allah, lain rasanya ibadat yang kita lakukan. Saya sendiri terasa begitu. Rakan-rakan kongsi saya juga tidak terkecuali. Bukannya ibadat bertambah hingga 24 jam di atas sejadah, tak!
Bukan itu maksudnya. Tapi rasa 'manisnya' ibadat itu sangat lain. Manis sangat. Dipaksa pada permulaan, tapi akhirnya keterpaksaan itu menjadi kerelaan apabila Dia membuktikan bahawa siapa yang bertakwa kepadaNya pasti dibukakan kepadanya jalan yang pelbagai untuk kaya dan berjaya.
Benarlah sabda Nabi SAW: “Ada tiga perkara, jika ia ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
Inilah yang berlaku kepada kami. Cinta kepada Allah dan Rasul semakin membara, ukhuwwah di antara rakan-rakan kongsi pun tidak kurang hebatnya, semuanya atas niat yang satu untuk menuju Allah melalui jalan bisnes ini dan kekufuran juga tentulah bukan jalan dan pilihan kami.
Perubahan kemanisan ini bukan sekelip mata. Ia mengambil masa kerana ia adalah didikan buat hati yang jarang kita jumpai dalam dunia kerjaya biasa. Tetapi bila dah dapat mengadaptasi perasaan manis itu, insyaallah bukan hanya bisnes sahaja yang mudah bahkan hidup juga semakin mudah dan semakin terasa rahmat kasihnya.
4. BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN!
Yang paling best dalam bisnes ini adalah sikap saling membantu memperingatkan. Apabila ada rakan kongsi yang down, tidak bermotivasi, acuh tak acuh dengan bisnes, kurang amalan kerohanian, maka ramai yang akan support mereka dari hadapan dan belakang.
Punya group yang kuat tidak menjamin kita mampu untuk menjadikan semua orang berjaya tetapi sekurang-kurangnya kita mampu untuk membina persekitaran orang yang ingin berjaya. Tentunya orang yang benar-benar ingin berjaya sahaja yang mampu melakukannya sehingga selesai.
Keinginan ingin berjaya ditambah dengan motivasi dari rakan-rakan kongsi dan mendapat tunjuk ajar dari mentor pasti tidak akan mengecewakan hasilnya di hadapan nanti.

5. SEMAKIN RAMAI BERJAYA, ANDA AKAN 'TERPAKSA' BERJAYA!
Jika dalam kerjaya kita sekarang agak sukar untuk kita mengatasi orang atasan kita atau mendapat kejayaan atau pangkat atau gaji yang sama dengannya walaupun kita mungkin lebih rajin daripadanya tetapi dalam dunia bisnes Shaklee, ini tidak terjadi.
Dalam bisnes, mesti matlamatnya adalah untuk melahirkan usahawan yang kaya dan berjaya. Jika kita hanya menjadi pekerja, maka lebih baik kita bekerja di dalam mana-mana syarikat yang sesuai dengan kita.
Kebanyakan bisnes hari ni tiada matlamat tersebut. Mereka hanya melahirkan pekerja bukan usahawan yang mampu menduduki tempat mereka.
Dalam Shaklee, kita jadi seorang leader yang bertanggungjawab untuk memimpin dan membawa rakan-rakan kongsi kita ke arah matlamat kaya dan berjaya dengan cara yang disusun oleh syarak. Kerana itu, tiada istilah 'birokrasi pejabat' dibawa ke dalam dunia bisnes Shaklee.
Birokrasi hanya ada dalam dunia pejabat, bukan dalam dunia bisnes yang berTuhan. Sikap yang ada pada semua rakan kongsi dalam jutawan Shaklee adalah sentiasa membantu untuk menjayakan orang lain agar mereka dapat hidup senang lenang juga seperti kita kerana itulah kejayaan yang sebenar.
Matlamat untuk 'memberi' sebanyak mungkin kepada orang lain itulah yang akhirnya mengetuk pintu 'pemberian' Allah kepada kita juga.
Semoga bermanfaat untuk semua. Saya doakan para pembaca juga kaya dan berjaya. Carilah perniagaan yang baik lagi halal untuk masa depan anda, keluarga, bangsa dan negara.
Jika dalam kerjaya kita sekarang agak sukar untuk kita mengatasi orang atasan kita atau mendapat kejayaan atau pangkat atau gaji yang sama dengannya walaupun kita mungkin lebih rajin daripadanya tetapi dalam dunia bisnes Shaklee, ini tidak terjadi.
Dalam bisnes, mesti matlamatnya adalah untuk melahirkan usahawan yang kaya dan berjaya. Jika kita hanya menjadi pekerja, maka lebih baik kita bekerja di dalam mana-mana syarikat yang sesuai dengan kita.
Kebanyakan bisnes hari ni tiada matlamat tersebut. Mereka hanya melahirkan pekerja bukan usahawan yang mampu menduduki tempat mereka.
As a leader, we move the chess from zero to hero! |
Birokrasi hanya ada dalam dunia pejabat, bukan dalam dunia bisnes yang berTuhan. Sikap yang ada pada semua rakan kongsi dalam jutawan Shaklee adalah sentiasa membantu untuk menjayakan orang lain agar mereka dapat hidup senang lenang juga seperti kita kerana itulah kejayaan yang sebenar.
Matlamat untuk 'memberi' sebanyak mungkin kepada orang lain itulah yang akhirnya mengetuk pintu 'pemberian' Allah kepada kita juga.
Semoga bermanfaat untuk semua. Saya doakan para pembaca juga kaya dan berjaya. Carilah perniagaan yang baik lagi halal untuk masa depan anda, keluarga, bangsa dan negara.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment