Hai ni seronok-seronok nak berkongsi cerita tentang tajuk di atas. Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar dari mereka sementelahan lagi, mereka telah lama 'menakhluk' Malaysia dengan kebanjiran mereka di segala ceruk tempat.
Tidak dapat kita nafikan bahawa ramai dari orang kita tidak suka mamat Indonesia tapi lebih senang dengan mamak Pakistan. Anak-anak dara dan mak-mak janda juga tidak terlepas meminati mereka. Tak salah pun. Sebab jika baik budi pekertinya dan baik pula pembawaannya, tiada salahnya.
Jangan pandang serong pada seorang manusia pun!
Agak-agak sebab apa ye geng mamak Pakistan ini lebih disenangi?
Adakah kerana mereka berbadan tegap dan tinggi? Adakah kerana iras muka ala-ala Shah Rukh Khan? Atau adakah bahasa hindustan mereka yang memikat? Atau mungkinkah simpanan wang mereka juga mencairkan kita?
Beberapa kali terserempak dengan mereka, baik mamak Pakistan atau tukang Indonesia. Banyak kali juga bersembang dengan mereka menyebabkan saya belajar beberapa perkara, terutamanya dari sudut JATI DIRI dan KEUSAHAWANAN.
MAMAK PAKISTAN VS TUKANG INDONESIA
1. Mamak Pakistan dan tukang Indonesia datang ke Malaysia dengan satu tujuan iaitu utk KAYA di negara orang dan balik sebagai seorang yang BERJAYA tapi mereka punya 2 kemahiran yang berbeza.
Mamak Pakistan menggunakan cara perniagaan manakala buruh Indonesia menggunakan cara pertukangan. Apa pun yang berlaku, mamak Pakistan takkan bertukang dan buruh Indonesia tidak akan berniaga!
Sudah terang lagi bersuluh bahawa berniaga pasti lebih cepat mengkayakan daripada bertukang. Pasaran luas kerana ramai orang kita 'mampu' berhutang dan setiap rumah perlukan tak kurang dari 3-4 biji karpet.
Jika sebuah karpet dapat keuntungan RM 10, bagaimana jika dapat jual 10 buah karpet sehari? Sikit jerrrr.
Tapi darab pula dengan 30 hari. Darab juga dengan gandaan jualan pada cuti hujung minggu. Wah, lebih mewah daripada kita kan!
Itu baru yang mula menceburkan diri dalam perniagaan karpet ini. Yang dah senior mesti lebih lagi jualannya. Sedangkan tukang Indonesia hanya berada di kawasan-kawasan perumahan yang dibangunkan. Gaji sehari dalam RM 30- 40. Ada juga yang ikut kontrak gaji bulanan yang tentunya lebih kurang daripada gaji rakyat tempatan.
So, mana yang lebih menguntungkan?
PELAJARAN 1: BERNIAGALAH!!!
2. Mamak Pakistan apabila mula berniaga, mereka akan menggunakan motor terlebih dahulu yang dipinjam dari rakan-rakan mereka. Mereka masuk keluar kampung dan taman. Mereka 'ziarah' dari satu rumah ke satu rumah dengan senyuman sentiasa meniti di bibir.
Ditolak sekali, 2 minggu kemudian mereka datang lagi. Tak pernah ada wajah kelat atau putus asa pada wajah mereka. Cekal sungguh hati mereka mengadap pelanggan yang pelbagai ragam. Tapi 'sihir' senyuman mereka sentiasa tidak mengecewakan 'poket' baju mereka.
Itulah wajah mamak Pakistan, sentiasa tak lekang dek senyuman dan mulut ramahnya bersama pakaian 'tawadhuknya'. Tak sedikit meninggi diri dan takde secalit garis ego di wajah mereka. Kadang-kala mereka datang tak menjual pun. Minta segelas air dan kemudian bersembang-sembang. Teknik sangat!
Mereka build relationship bersama penduduk tempatan dan bertegur sapa dengan jayanya.
Di mana mereka singgah berehat? Kebiasaannya di masjid-masjid atau surau-surau dalam kampung atau taman tersebut. Jarang sekali mereka singgah di kedai-kedai makan. berbual kosong dengan masyarakat kita. Mereka tahu, orang yang selalu berbual kosong, poket pun kosong.
Apa mereka buat sebenarnya? Tawan hati pelanggan dan kuasai kawasan. Mereka nak setiap orang kampung atau taman kenal muka mereka.
Sebab itu, lihatlah dalam 4,5 buah kampung, hanya seorang je mamak Pakistan yang menjual karpet tersebut. Rakan-rakannya pegang 4, 5 buah kampung yang lain pula.
Berbeza dengan tukang Indonesia. Mereka hanya hidup dalam kelompok mereka dan jarang sekali bergaul mesra dengan masyarakat tempatan. Jarang juga utk ke surau dan masjid. Tapi suka bersiar-siar di bandar setiap hujung minggu.
Mereka lebih selesa dengan masyarakat mereka sendiri dan mengambil acuh pandangan masyarakat setempat terhadap mereka. Sikap kurang mesra dan kurang ramah ini menyebabkan mereka hanya tersepit dalam satu lagi 'neraka kerja'.
Di mana-mana mereka bekerja tapi tak kaya-kaya.
PELAJARAN KEDUA: RAMAHKAN DIRI, BUILD RELATIONSHIP & KUASAI WILAYAH!!!
3. Mamak Pakistan mula berniaga dengan motor cabuknya dan kemudian mereka upgrade kepada van dan akhirnya buka kedai sendiri. Ada yang menyewa, ada juga yang beli bangunan sendiri. Pernah saya jumpa, ada yang telah menjadi pemborong karpet di kawasan bandar tempat mereka menetap.
Nampak tak wawasan mereka? Mereka berniaga bukan suka-suka. Mereka bukan semata-mata hendakkan duit utk jangka masa pendek. Mereka memandang jauh ke hadapan kerana mereka bekerja menggunakan AKAL disertai perancangan dan motivasi utk survive yang lebih tinggi.
.
Beza sangat dengan tukang Indonesia. Mungkin kerana bahasa, adat budaya dan nilai wang yang hampir sama juga menyebabkan mereka terkena penyakit 'Me-layu' kita juga.
Mereka kerja dengan memerah keringat tulang 4 keratnya, berpanas terik dan lebih banyak menggunakan tenaga dan kurang menggunakan akal. Mereka lebih SELESA mengikut arahan mandor tanpa melawan sepatah pun.
Upah dan gaji hanya utk survive sebulan dua sahaja. Abis, cari lagi, abis cari lagi. Soalnya sampai bila?!
Pendek katanya, mamak Pakistan, mereka kerja BEROTAK manakala tukang Indonesia, mereka kerja BEROTOT.
PELAJARAN KETIGA: KERJALAH DENGAN AKAL, KREATIVITI & BERWAWASAN JAUH
4. Mamak Pakistan tak pernah tunjuk mereka KAYA. Kalau kita tengok enset dorang pun kita gelak jer. Enset mereka hanya utk call dan mesej dan satu lagi mungkin utk membaling anjing yang mengganggu. Mereka keluar masuk kampung, taman hatta bandar sekalipun dengan hanya pakaian kurta mereka. Nampak biasa-biasa je kan?
Berbeza dengan tukang Indonesia. Berjalanlah di hujung minggu di pasaraya-pasaraya. Anda mesti nampak mereka memenuhi kedai handset untuk trade in handset lama dan keluarkan handset baru.
Hidup tukang Indonesia di hujung minggu adalah di pasaraya sedangkan mamak Pakistan menghabiskan tripnya di kampung-kampung dan taman-taman kerana ketika cutilah, pelanggan mereka ramai yang berehat di rumah.
PELAJARAN KEEMPAT: JANGAN BERLAGAK KAYA WALAUPUN ANDA KAYA!!!
5. Mamak Pakistan tidak pernah bergaduh sesama mereka. Yang mereka tahu adalah berniaga, berniaga dan berniaga. Mereka tiada masa untuk buang masa. Mereka tiada masa melayan sifat hasad dan dengki.
Mereka tiada masa utk bermusuh kerana mereka tahu matlamat asal kedatangan mereka ke sini dan paling penting mereka tak suka bersaing dalam berniaga, mereka suka berkawan!
Bergaduh menghilangkan rakan dan rezeki, bersaing pula menjatuhkan maruah. Lebih baik berkawankan. Network lebih banyak, strategi boleh berkongsi.
.
Tukang Indonesia pula lain ceritanya. Mereka juga terhinggap satu lagi penyakit 'Me-layu", suka hasad dengki dan bermusuh dalam kerja buat mereka.
Mereka sentiasa bersaing untuk dinaikkan bayaran, berebut utk kerja lebih masa, bergaduh utk rampas projek rakan-rakan sekerja yang lain di samping banyak kes-kes jenayah dalam kalangan masyarakat. Banyakkan kita dengar tentang karenah mereka di akhbar-akhbar dan siaran berita?
PELAJARAN KELIMA: BERKAWAN BIAR BERIBU, BERMUSUH BIAR TIADA SATU!!!
Walaupun begitu, janganlah memandang negatif pada mereka, kerana sebenarnya tak semua begitu, baik mamak Pakistan atau tukang Indonesia. Biasalah, setiap gugusan pisang yang manis pasti ada juga yang buruk satu dua daripadanya.
Apa pun, tabik hormat dan sekalung tahniah tetap diberi kepada 2 kumpulan ini kerana mereka bekerja lebih KUAT daripada kita dan lebih RAJIN.
.
Malulah kalau ada diploma, ijazah, master tapi masih memohon BR1M dan subsidi bagai. Dorang yang datang, SPM pun tak lepas tapi tetap berjaya walaupun diberi gelar 'PENDATANG' di negara orang.
Adakah mungkin kita yang 'PELARIAN' di negara sendiri?!
Siapa rasa tercabar. Cer cerita sikit kalau ada pengalaman dengan dorang ni.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment