Friday, 14 November 2014

TIPS JIMAT CARA PEKERJA ASING (PATI)

tips, jimat, cermat, makanan,

Pagi tadi saya tertarik dengan post tentang penjimatan penuntut kita di IPT terutamanya pada kos makanan yang kini tak kurang cepat peningkatan harganya.

Tapi ada lagi tips penjimatan ekstrim dari pekerja asing di negara kita yang selalu saya perhatikan. Jika diamalkan, pasti kita dapat berjimat lebih banyak dari kebiasaan.

Tips ini sesuai untuk pelajar IPT dan pekerja yang masih bujang. Untuk yang berkeluarga, tapis-tapislah. Jangan menyempitkan nafkah jika kita mampu meluaskan. 

Sebaik-baik suami adalah yang meluaskan nafkah ahli keluarganya dahulu.

TIPs JIMAT EKSTRIM

1. Agihan perbelanjaan.

Matlamat pekerja asing di Malaysia adalah tentulah bukan untuk melancong tapi untuk bekerja mengumpulkan kekayaan.

Setiap bulan atau setiap kali mendapat bayaran upah untuk pekerjaan mereka, antara 60 hingga 80% adalah untuk dipindahkan kepada keluarga di negara asal mereka.

Hanya 20 hingga 40% sahaja yang digunakan untuk kos makanan, pakaian dan top up.

Kiraan agihan perbelanjaan anda:

Gaji RM 1500.
Akaun sendiri - RM 900 - 1200.
Baki - RM 300 - 600

Anda mampu lakukannya?

Ini tak termasuk beli rumah ye. RM 6K sebulan bulan tentu mampu untuk memiliki runah ye. SINI ceritanya.

2. Kenderaan.

Tiada sama sekali atau ada kenderaan seperti motorsikal dan kereta untuk pekerja asing yang telah lama berada di Malaysia.

Anda mungkin perlu menumpang kenderaan orang lain untuk pergi ke U atau tempat kerja. Atau alternatifnya dengan kenderaan awam kecuali teksi.

Bayaran bulanan kereta atau motorsikal tidak perlu, kos penyelenggaraan tidak perlu dan pastinya tak perlu tambah pening kepala tentang harga minyak, naik mahupun turun.

3. Tempat tinggal.

Pekerja asing tinggal beramai-ramai untuk jimatkan kos belanja pada bahagian ini.

Selesa? Bagi mereka itu tidak penting. Matlamat mereka untuk bekerja dan kumpul kekayaan bukan datang dari jauh untuk tidur atau cari keselesaan.

Nanti dah cukup kaya, mereka pulang dan hidup selesa di tanahair mereka sendiri. 

Anda juga boleh lakukannya. Sewa rumah untuk tinggal beramai-ramai sekiranya untuk tujuan tidur, makan dan minum sahaja.

Sekiranya untuk belajar atau membawa pulang kerja ke rumah, sewakan bilik yang sesuai dengan harga paling 'stabil' dengan kocek anda.

shopping complex, aeon, jauhi, tips, jimat, diet
Sila jauhi Shopping Complex untuk keselamatan kocek anda.

4. Makanan

Bahagian ini yang kebiasaannya 'bocor' dek kerana nafsu yang menggunung pada makan minum.

Jika diubah, pasti banyak potongan anda boleh lakukan untuk tingkatkan simpanan.

i- Masak sendiri di rumah.

Cara paling berkesan. Beli barang mentah secara beramai-ramai dan secara pukal.

Kos yang perlu dikeluarkan oleh setiap orang hanya RM 50 sebulan. Mereka kumpulkan 10 orang dalam rumah tumpangan mereka sudha dapat RM 500.

Anda juga boleh 'menirunya'. Kumpulkan rakan serumah dan beli barangan mentah secara berkala baik seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

Pasti jimat....tapi ini takkan berguna jika semua 'rajin' memasak! Alah, buat tak faham pula....

ii- Pola makan

Mungkin mereka berpegang pada kata-kata 'Take your breakfast like a king, your lunch like a queen and dinner like a beggar'. 

Maklumlah, mereka bekerja kuat sejak pagi hari lagi. Jadi, sarapan pagi menjadi berat, tengah hari, makan secara sederhana dan malam hari, makanannya sangat mudah.

Sekiranya anda ingin praktikkan:

  • Makan pagi: Nasi berlauk, 
  • Makan tengah hari: Makanan bergoreng atau nasi tidak berlauk atau roti + planta.
  • Makan malam: Makan angin atau air kosong bersama buah.

iii- Makan di kedai

Apa yang saya perhatikan. Mereka akan ambil nasi putih, seketul ayam gorang atau seeekor ikan dan sup sahaja. Tanpa sayur dan tanpa air.

Percayalah, ia sangat jimat dan mengenyangkan anda. Ingat prinsip pekerja asing adalah,"Makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan".

Minta air kosong atau air percuma yang disediakan. Lebih jimat, bawa minuman sendiri.

KFC Malaysia, jauhi, kfc, diet
Elakkan makan di tempat seperti ini. 'Melintas' di depannya pun tidak dibenarkan.

Sekiranya mereka hanya beli lauk. Mereka akan ambil seketul lauk juga dan kuah yang agak banyak. Tentu harga untuk kuah lebih murah tanpa laukkan?

Tujuannya? Boleh dipanaskan atau dimasak bersama lauk di rumah. Bukan sehari. Bahkan berhari-hari. Kegemaran mereka adalah kuah kari!

Tapi ada sesuatu yang menakjubkan adalah mereka sentiasa menjaga pemakanan mereka sekalipun hidangannya sekadar sup atau kari. 

Kerana itu, jarang kita melihat mereka berada di katil hospital kerana makanan!

TIPs JIMAT INI BUKAN UNTUK ANDA

Sekiranya:

1. Anda telah berkeluarga seperti yang telah saya sebutkan tadi, tapi ada juga cara khas penjimatan untuk anda. Nanti saya bawakan.

2. Anda seorang menteri atau orang berkepentingan politik yag tidak memahami selok-belok dan kisah masam manis kehidupan rakyat.

3. Anda golongan kaya atau sederhana yang tidak pernah susah. Ditakuti jika anda melakukannya, anda akan mula jatuhkan ego dan suka membantu orang miskin dan tidak berkemampuan yang lain.

4. Anda seorang perokok! Tak guna jimat semua ini tapi masih merokok Dunhill sehari RM 13.50.

Alah....gurau pun tak boleh. Semoga bermanfaat. Selamat berjimat cermat.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment