Friday 30 August 2013

Posted by Unknown On Friday, August 30, 2013

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya just nak berkongsi dengan anda apa yang ditemui di dalam berita akhbar pagi ini. Izinkan saya 'penuhi' masa para pembaca saya dengan perkongsian menarik ini.

Tidak dinafikan bahawa kita seringkali membaca berita-berita seperti ini sebelumnya yang menunjukkan kadar pemilikan rumah yang sangat rendah dalam kalangan orang Melayu dan golongan terbanyaknya adalah golongan muda. 

Keadaan ini memaksa kerajaan untuk mengadakan program 'Rumah Pertamaku' khas untuk mereka yang tidak memiliki rumah dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000.

Hari ini, kurang lebih 6 bulan selepas dilancarkan, kini harga rumah semakin melambung naik sehingga golongan yang dahulunya dianggap mewah kini sama taraf dengan golongan sederhana sahaja. 

Apa tidaknya, harga tanah dan rumah semakin melambung tinggi di seluruh negara tanpa sesiapa pun dapat mengawalnya.

Jadi, sekarang jangan cuba menuding jari menyalahkan sesiapa. Nak salahkan kerajaan, kerajaan itu yang kita pilih dan mereka telah berusaha apa yang patut. Nak salahkan bangsa Cina yang memegang tampuk ekonomi negara, nampak tak masuk akal sebab kita sendiri yang MALAS BERUSAHA dan PANDAI BERALASAN. 

Nak salahkan majikan, kita sendiri yang pillih untuk bekerja di bawahnya. Jadi, hentikan sikap menyalahkan orang lain dan fikirkan penyelesaiannya pada peringkat diri anda.

Kata pujangga,"Orang yang mengubah dirinya akan mengubah dunia sekelilingnya". Itu yang pasti.


JOM FIKIRKAN....

Saya percaya perkara ini akan terus berlaku dan berlaku. Peningkatan harga rumah, barangan keperluan, minyak petrol hatta harga ayam pun akan turut naik. 

Mahu atau tidak mahu, percaya atau ragu-ragu, fenomena ini tetap berlaku kerana dunia, sifatnya akan begitu. 

Kebanyakan yang dapat memiliki rumah sendiri, sebenarnya mereka ini sudah 10 hingga 15 tahun bekerja. Itupun lokasi rumah yang mampu dimiliki hanya sekadar di pinggir bandar sahaja. 

Walaubagaimanapun, jika dengan gaji RM6,000 sebulan masih lagi berhajat memiliki sebuah rumah yang paling murah di sekitar bandar, nasihat saya LUPAKANLAH. 

Bukan tak nak benarkan anda bermimpi, tapi jika mimpi di siang hari, kata orang-orang tua, mimpi itu payah untuk menjadi.

Jadi jikalau dengan gaji RM6,000 pun masih tidak boleh, adakah kita semua perlu memperolehi gaji yang mencecah RM10,000 sebulan seorang untuk memiliki rumah di sekitar bandar ini?

Jawapannya belum tentu….jika anda melihat jadual harga rumah seperti di bawah ini. Ia menunjukkan kadar harga rumah sekitar 2011, jadi apa yang dipelikkan harga rumah 2013 sekarang?

Berita-berita hartanah di dada akhbar akhir-akhir ini kononnya menyatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin meningkat dan sebagainya.Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kenyataan di atas membuktikannya.

Jikalau ditanya pemain industri hartanah di Malaysia seringkali mengatakan harga hartanah di Malaysia masih lagi murah, masih lagi rendah berbanding beberapa negara jiran kita. 

Hakikatnya kenyataan seperti itu adalah mengelirukan rakyat Malaysia yang berkobar-kobar untuk memiliki rumah sendiri.



ADAKAH KITA KEBAL EKONOMI?!

Sejujurnya saya berkongsi dengan anda. Jika anda 'berani' berdepan dengan kewangan anda, sila ambil kertas, pen dan kalkulator, jom kira bersama saya mengikut kiraan di bawah. 

Jawapannya tak perlu hantar pada saya, hanya diam dan renungkan sahaja. 

Jawapan yang sebenar akan datang dari hati anda,"Sampai bila aku hendak hidup begini, selesa di dalam ketidakselesaan"

Benarlah perkataan Nabi SAW,"Tanyalah hati kamu kerana di sana terdapat kebenaran"

Ask yourself.


Bayangkan ini hanya gaji pasangan suami isteri, sudah cukup menakutkan bukan? 

Bagaimana pula jika sudah beranak pinak. Hutang PTPTN, kereta, rumah, kad kredit dan lain-lain. Tak terjangkau dek akal saya untuk mengiranya.

PENYELESAIAN 

3 cara sahaja:

1- Potong perbelanjaan.
2- Tambah pendapatan.
3- Terus menyewa hingga akhir hayat.

Alah, gurau serius sikit pun tak boleh... Jom saya kongsikan solusinya di SINI.

Mohd Taufiq 
Motivator Kesihatan dan Kejayaan

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...