Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung wafiqulya.
Saya doakan semoga semua yang melawat, membaca, like dan share post dalam blog ini mendapat pahala sebagai balasannya dan beroleh kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA MERDEKA
Alhamdulillah semalam adalah hari rehat saya, tanggal 13/9 bersamaan hari Ahad.
Kebetulannya di Taman Tasik Bukit Layang-layang Pasir Gudang mengadakan pertandingan memancing di tasik besarnya.
Sebenarnya saya pun tidak tahu pada hari itu berlangsung pertandingan memancing ini cuma kebetulan pagi itu saya berjogging di sana.
Kelihatan banyak khemah dan ramai orang di sekeliling tasik menarik perhatian saya.
Rupa-rupanya pertandingan memancing tahunan sempena Merdeka diadakan pada hari itu.
POST DI FB
Seperti biasa, saya dengan senang hati mengambil 2, 3 keping gambar suasana di sana dan kongsikan bersama rakan-rakan Fb saya.
Tiba-tiba muncul satu pertanyaan (mudah-mudahan bukan tuduhan) dari rakan Fb saya mengenai judi pertandingan memancing ini.
Setelah 2-3 kali jawapan diberi secara ringkas, saya rasakan saya perlu kongsikan jawapan ini bersama rakan-rakan blog yang lain juga buat menambah pengetahuan kita bersama.
Isu judi ini berat di dalam Islam hingga ia termasuk di dalam kategori dosa besar dalam Islam.
Firman Allah: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Tujuan penulisan ini juga supaya tidak lagi berlaku tuduhan dan fitnah kepada sesama muslim kita dengan menggunakan hukum agama sebagai dalangnya.
Berhati-hatilah kerana sesungguhnya fitnah itu sedang tidur. Jangan kejutkannya!
Begitulah pedoman Nabi SAW buat seluruh alam.
JUDI MATA PANCING
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa segala permainan yang melibatkan hobi dan minat adalah harus pada agama dan termasuk dalam perkara riadah yang bertujuan ibadat.
Persoalan judi hanya timbul apabila sesuatu riadah itu melibatkan bayaran dan hadiah kepada pihak yang menang atau kalah.
Sama ada bayaran itu lebih cenderung kepada pertaruhan judi atau hanya sekadar limitasi pertandingan dan servis perkhidmatan.
Sebaiknya kita fahami dari awal isu ini.
Ulama menetapkan 3 unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan:-
1) Disebabkan oleh jenis permainan: Iaitu apabila permainan itu bersifat bergantung kepada NASIB untuk menang.
2) Disebabkan bayaran: Disyaratkan bayaran untuk menyertainya sama ada menang atau kalah dan dipersetujui oleh KEDUA BELAH PIHAK.
3) Disebabkan oleh hadiahnya: Apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan SEMUA peserta.
Hanya 3 ini yang menjadi syarat sesuatu pertandingan menjadi judi. Jika tiada syarat ini, maka hilanglah hukum perjudian pada pertandingan itu.
JAWAPAN SAYA
Pertandingan memancing TIDAK akan menjadi judi apabila:
1) Memancing bukan hanya bergantung kepada nasib. Apa jua pertandingan atau permainan begitu sifatnya. Ia begantung kepada skill dan teknik.
Nasib adalah akhir perbincangan bak kata pepatah,"Kita merancang, Allah menentukan."
Perancangan setiap orang yang memancing dengan teknik, umpan, lokasi, cara balingan, cara tarikan dan sebagainya.
Mereka bukan hanya baling mata kail dengan umpan kemudian tidur, menunggu ikan menyambar.
Semuanya ada teknik masing-masing berdasarkan pengalaman yang tidak boleh dipandang enteng bertahun-tahun lamanya menyukat air.
2) Bayaran yang dikenakan bukanlah taruhan menang kalah tetapi sebagai servis perkhidmatan dan sewaan tapak sahaja.
Hal ini dimaklumi oleh hampir semua kaki pancing mahupun bukan.
Tiada siapa yang kenakan bayaran jika memancing di sungai belakang rumah atau di tepian pantai seorang diri.
Tetapi apabila melibatkan ramai orang dalam satu pertandingan, ia pasti melibatkan pengurusan dan pentadbiran untuk melancarkannya.
Wang itu bukan untuk peserta yang menang atau kalah tapi untuk penganjur membayar staf dan perkhidmatan lainnya dan ia telah dipersetujui oleh kedua belah pihak serta pastinya dimaklumi oleh mereka.
3) Hadiah yang diambil dari sebahagian yuran penyertaan dan dijadikan hadiah tidak dinamakan judi.
Menepati takrif judi apabila pihak penganjur menggunakan SEMUA wang penyertaan sebagai hadiah sama ada:
+ Untuk nombor tertentu 1 (Johan), 2 (Naib Johan) dan 3.
+ Untuk semua penyertaan tetapi dengan nilai hadiah yang berbeza.
Pertandingan memancing yang saya hadiri itu adalah anjuran majlis perbandaran tempatan.
Mereka mempunyai dana khas untuk program-program seperti ini yang mereka mendapat peruntukan dari kerajaan negeri.
Saya rasa ia bukanlah satu kepelikan apabila terdapat sumbangan tajaan hadiah-hadiah daripada syarikat-syarikat korporat tempatan kerana penganjuran ini dari majlis perbandaran dan juga sempena meraikan hari kemerdekaan Malaysia.
Hadiah tajaan dari pihak ketiga dan dari dana majlis ini adalah sumbangan hadiah kepada peserta bukanlah dari yuran penyertaan peserta terlibat. Itu yang saya yakini dan saya rasa tuan puan juga bersetuju dengan saya.
ADAB SEBAGAI PENDAKWAH
Teguran ini saya tujukan buat semua pendakwah atau bercita-cita menjadi pendakwah.
Pendakwah yang baik tidak mencari di mana koyakan pada pakaian seseorang tapi ia tanpa perlu mencari, ia melihat pakaian yang cantik itu sendiri.
Maka timbullah perkataan yang baik-baik dari mulutnya dan sangkaan yang baik juga dari hatinya, sekalipun koyakan itu jelas terlihat.
Manusia itu sifatnya suka dipuji dan dihargai minat mereka. Hargai mereka. Puji mereka. Rai minat mereka.
Lebih mudah kita berdakwah mereka dengan menarik mereka lebih rapat bukan menolak mereka lebih jauh.
Mengajar pelajar di depan kelas lebih mudah dari mengajar pelajar yang duduk di luar kelas. Betul..betul?
Cari 1 kebaikan manusia sekalipun ia ada 1000 kejahatan. Jangan menghukum sekalipun benar kerana anda pendakwah bukan ahli hukum.
Jangan lupa sabda Nabi SAW,
"Agama itu adalah nasihat." Kami berkata,"Untuk siapa?" Rasul menjawab: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, untuk pemimpin Islam dan umatnya."(Muslim, Abu Dawud dan an-Nasai’i)
Ingat petunjuk hadis ini. Setiap manusia layak mendapat nasihat, bukan hukuman. Nasihat mulai di pangkalnya bukan di akhirnya.
Bersama kita membangun cara hidup bersama Islam. Islam itu rahmat bukan azab. Waallahua'lam.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Juaranya bakal membawa pulang wang tunai RM 40,000 |

No comments:
Post a Comment