Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengunjung blog kerdil ini.
Semoga Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan dilimpahkan sepenuh keberkatan buat semua yang membaca, like dan share perkongsian dari entry ni.
PERISTIWA JUMAAT 11/9
Allah SWT berfirman:
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."(Surah AL-Hadid ayat 22)
Pada awal pagi Jumaat lalu, seluruh negara bahkan seluruh dunia digemparkan dengan kemalangan yang berlaku di sekitar Kaabah dan Masjidil Haram khususnya.
Hampir semua maklum, ketika musim haji seperti ini, lebih 2 juta manusia berada di sana untuk menyempurnakan rukun Islam yang terakhir ini.
Dengan kesesakan manusia seramai ini, satu kemalangan kecil pasti akan menyebabkan kehilangan besar, apatah lagi kemalangan besar.
Sebuah kren besar yang digunakan untuk tujuan pembinaan dan penambahbaikan Masjidil Haram jatuh akibat ribut yang sangat kencang.
Jabatan Pertahanan Saudi mengeluarkan kenyataan awal lebih 100 kematian berlaku dan ratusan yang lain cedera parah.
Sehingga entry ini ditulis, terdapat ramai lagi jemaah haji yang masih hilang, tidak ditemui semasa proses pencarian dijalankan. Proses pencarian ini masih diteruskan.
4 orang jemaah Malaysia disahkan meninggal dunia dan beberapa lagi individu masih dalam status 'hilang tanpa dapat dikesan' oleh pihak pengurusan haji Malaysia, Tabung Haji.
IMPAK NEGATIF
Saya melihat ada suatu sikap dalam diri masyarakat sekarang. Viral!
Terdapat beberapa video viral semasa kren jatuh menimpa mangsa hingga hancur tubuh badan lunyai ditimpa kren dan juga beberapa footage sejurus selepas kemalangan.
Beberapa bahagian badan mangsa jelas kelihatan melibatkan aurat dan luka-luka besar yang agak mengerikan.
Saya kurang senang melihat aktiviti viral seperti ini kerana ia melibatkan maruah mangsa dan ia mungkin menjadi aib buat keluarga dan sanak saudaranya.
Bukankah sebagai umat Islam, kita ditegah menyebarkan aib sesama muslim?
Tidak pernahkah saudara membaca atau mendengar hadis Nabi SAW ini?
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (Riwayar at-Tirmizi)
Hukum ini bukan hanya terpakai ketika mangsa hidup bahkan setelah ia mati, kewajiban menutup aibnya adalah lebih besar dan lebih utama.
Terdapat pula sebahagian masyarakat non-muslim yang begitu jauh dari dakwah Islam mengambil kesempatan ini untuk mempermainkan agama Tuhan yang mulia.
Mereka mengatakan ini sebagai petanda agama yang sesat dan kelalaian Allah menjaga umatnya.
Sekalipun sikap mereka ini nyata menunjukkan permusuhan tetapi ternyata ia hanyalah prejudis dari seorang yang tidak berpengetahuan.
IMPAK POSITIF
Setiap kemalangan yang menyebabkan kematian akan beroleh nilai syahid di sisi Allah sekalipun diuruskan sepertimana jenazah biasa. Apatah lagi kemalangan yang berkumpul beberapa kemuliaan.
Nilai syahid ini diambil dari sabda Nabi SAW:
"Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; Orang yang terkena wabak taun, 0rang yang terkena penyakit perut, orang yang tenggelam, orang yang ditimpa tembok/bangunan dan orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa kemuliaan telah berkumpul bersama mereka yang meninggal dunia dalam peristiwa ini.
1. Kemuliaan mati pada hari Jumaat.
2. Kemulian mati di Masjidil Haram.
3. Kemuliaan mati di bulan haram Zulhijjah.
4. Kemuliaan mati dikelilingi orang baik-baik.
5. Kemuliaan mati dalam keadaan ibadat.
6. Kemuliaan mati dalam keadaan kemalangan.
7. Kemuliaan mati dalam pakaian ihram.
Terkumpul 7 kemuliaan dan 1 tanda syahid sudah cukup menutup kesedihan para waris mereka yang terlibat.
Untuk apa air mata sedih dialirkan sedangkan ia suatu kemuliaan yang patut diceritakan dengan bangga kepada seluruh keturunan, turun temurun.
Seluruh negara tidak patut bersedih rasanya kerana kesdihan itu akan mengguris perasaan para waris. Sedangkan mereka sepatutnya bergembira dengan kemuliaan jemputan Rabbul Jalil ini.
Cukuplah kita sedekah pahala bacaan al-Fatihah buat mereka dan adalah lebih baik kita berniat untuk mengikuti jejak langkah mereka dan meminta kematian mulia seperti mereka.
Buat non-muslim yang tidak mengenali Islam, ramai umat Islam yang waras fikirannya tidak mengambil jalan melayan provokasi tersebut melalui pergaduhan lisan atau perdebatan yang sia-sia dengan mereka yang tidak berilmu.
Jawapan balas dengan lembut dan bertujuan menampakkan kasih sayang Islam lebih layak buat mereka.
Subhanaallah, semoga kita dapat mengambil banyak pengajaran baik dari peristiwa ini.
Ia kemalangan untuk menunjukkan kuasa Tuhan dan petanda kemuliaan.
Semoga Allah rahmati syuhada-syuhada di sana dan diterima segala ibadat dalam pekerjaan haji dan umrah mereka.
Semoga bermanfaat buat semua.
# Saya kurang setuju dengan pembinaan semula Masjidil Haram di tulisan ini yang pernah viral satu ketika dulu. Boleh baca di SINI.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
# Saya kurang setuju dengan pembinaan semula Masjidil Haram di tulisan ini yang pernah viral satu ketika dulu. Boleh baca di SINI.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment