Assalamualaikum semua. Saya doakan anda kaya dan berjaya.
Hari ni saya nak berkongsi kenapa ramai orang selalu 'terlajak makan' setiap hari. Kerana sebab itu, perut pun terlajak naik atau timbangan pun terlajak tinggi.
Bila perut dan timbangan 'mebukit', penyakit pun suka datang berjangkit. Lambat gerakan sakitnya tapi berbisa apabila ia mula tunjukkan simptomnya.
Semuanya seolah-olah tidak disengajakan tapi percayalah ia memang disengajakan!
Sebab utamanya adalah kerana tidak punyai ilmu diet yang sebenar.
Pengalaman saya dalam membantu ramai orang diet menyebabkan saya memahami punca masalah ini berlaku. Ramai orang tidak tahu bahawa untuk kurus dan sihat, mereka perlu lihat dalam pinggan mereka sendiri.
Tapi ramainya suka melihat pinggan orang lain. Kemudian mulalah mengidam nak telan itu, nak cicip ini. Kesannya....hanya diri kita sahaja yang tahu.
1. Elak makan nasi.
Ramai orang menyalahkan nasi sebagai sumber kegemukan dan kemontelan mereka sedangkan nasi tidak bersalah apa pun.
Lihat sahaja petani di bendang dan sawah yang kerja mereka setiap hari bermain padi dan beras, maintain sahaja kurus dan sihat sepanjang tahun. Betul...betul?
Segenggam nasi sudah cukup. Jika tidak kenyang, banyakkan pengambilan sayur. |
Untuk fahami masalah ini, kita kena fahami kalori makanan. Semakin tinggi kalori, semakin tidak elok untuk badan dan kesihatan kita, terutama untuk mereka yang berniat untuk kurus dan sihat.
Sepinggan nasi bersamaan 5 keping roti putih dan 3 keping biskut biasa yang selalu kita jadikan sebagai kudapan.
Soalan: Kenyangkah makan 5 keping roti atau 3 keping biskut tu? Jika kenyang, ia bertahan untuk berapa lama?
Kalorinya tinggi tapi kadar kenyangnya sangat sekejap. Lebih baik ambil nasi bersama lauk yang sederhana kuantitinya yang mampu kenyangkan perut untuk 5-6 jam.
Bila perut kenyang, mulut tidak akan terlajak makan.
2. Gelojoh
Tahukah anda, perut akan memberi isyarat kenyang kepada otak dalam tempoh 20 minit makanan berada di dalam perut.
Andaikata anda makan terlalu cepat sehingga mendahului isyarat ‘kenyang’ ini untuk sampai ke otak, maka berkemungkinan besar anda akan terlebih makan daripada yang sepatutnya.
Malah selepas beberapa ketika, anda akan berasa terlalu kenyang dan mula rasa mengantuk kerana penghadaman anda tidak normal untuk menguraikan makanan tidak sempurna tadi.
Ikutlah saranan para ulama untuk mengunyah 40 kali pada setiap kali suapan. Tidak perlu kira pun sebenarnya.
Kiraan 40 itu menunjukkan banyak. Maksudnya hingga makanan itu hancur sepenuhnya di mulut sebelum di telan ke dalam perut.
3. Banyak minum air bergula/manis
Penyakit rakyat Malaysia dan beberapa negara maju yang lain adalah banyak mengambil minuman bergula dan manis.
Tahukah anda, pengambilan minuman manis bergula adalah punca utama mengapa kita sering lapar. Tekak akan lebih cepat kering yang menyebabkan kita kehausan.
Malangnya, kita isi basah semula tekak tadi dengan air bergula lagi yang menyebabkan proses dahaga itu berulang dengan cepat.
Lebih ironi lagi apabila kita tidak faham bahawa itu adalah tanda haus, bukan tanda lapar!
Ramai orang yang tekaknya kering selepas minum air manis bergula memahami bahawa itu tanda lapar. Maka ramilah yang mencari kudapan seperti pisang goreng, biskut berkrim dan lainnya untuk dibuat alas perut.
Sedangkan sebenarnya ia telah menjadi 'beban' kepada perut!
Caranya mudah sekali. Ubah kepada air kosong. Minum air suam atau kosong sebelum makan dalam kadar 15 minit dan minum air suam atau kosong selepas makan dalam jarak 30 minit.
Sekadar ini dahulu perkongsian hari ini. Stay tuned untuk sambungan seterusnya.
Semoga bermanfaat.
*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
No comments:
Post a Comment