Wednesday, 11 November 2015

Posted by Unknown On Wednesday, November 11, 2015
Assalamualaikum kepada semua pengunjung wafiqulya. Semoga anda dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya, dunia dan akhirat hendaknya.

Saya ingin kongsikan beberapa point menarik mengenai penyakit umat akhir zaman dalam beragama. Tapi secara khusus, ia dikaitkan dengan agama secara ekstrim.

Beberapa hari lepas, saya melihat satu video menarik mengenai perbincangan bisnes dan kaitannya dengan agama.

Tapi malangnya terdapat banyak kekeliruan di dalam video itu yang dikelolakan oleh sepasang usahawan Islam dan konsultan dari sebuah organisasi bebas yang dakwanya berpandukan al-Quran.

BETAPA SAKIT UMAT AKHIR ZAMAN

1. Taksub dengan konspirasi 'New World Order'.

Antara ucapan menarik yang sempat saya ulang berkali-kali adalah:

"Anda jalankan bisnes, untung berpuluh ribu. Ke mana wang itu? Adakah untuk melangsaikan hutang atau menambah hutang melalui pemilikan aset-aset baru?

Hutang itu riba. Riba itu sistem dajjal. Dajjal itu lahir dari sistem thaghut".

Kemudian dibacakan beberapa patah ayat Quran mengenai thaghut.

Ini pemikiran orang taksub dengan ketakutannya sendiri akibat kejahilan. Kemudian menyandarkan pula kepada sistem bank dan matawang yang diasaskan oleh Barat untuk merealisasikan semangat 'New World Order'. 

Sedangkan sebenarnya fahaman ini bertentangan langsung dengan perintah al-Quran dan pemahaman riba di sisi Islam.

Islam tidak mempedulikan matawang itu jenis tembaga, kertas atau sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak atau sistem bank apa pun. Tapi Islam melihat kepada transaksi jualan itu sendiri untuk meletakkan hukum.

Untuk pengetahuan semua, hukum sebenar adalah hutang itu hutang. Riba itu adalah riba. 

Dalam hutang kemungkinan ada riba. Dalam riba, tidak semestinya pada hutang sahaja.

Cara transaksi hutang itu akan menentukan sama ada hutang itu mengandungi riba atau sebaliknya. 


Kerana itu setiap bank pada masa kini sudah mula mengambil jalan memisahkan antara sistem bank konvensional berasaskan riba dan sistem bank Islam yang berasaskan jual beli.

Ingat, Allah mengharamkan riba, menghalalkan jual beli dan mengharuskan hutang.

Jangan terlalu taksub dengan teori konspirasi. Lupakah kita pada janji Allah untuk memelihara agamaNya?

"Mereka merancang perancangan jahat dan Allah juga merancang perancangan buruk untuk mereka. Sesungguhnya Allah sangat teliti perancangannya (dari mereka)".

2. Menterjemah dan menafsirkan Quran dengan akal sendiri semata-mata.

Terkesima saya apabila dibacakan ayat,"Lakum dinukum waliyadin" yang bermaksud bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku.

Menariknya, agama dalam ayat ini diterjemahkan sebagai sistem hidup. Salahkah?

Sangat dalam salahnya apabila ayat ini dijadikan kata dua kepada organisasi bisnes yang ingin mengikut cara leadernya yang kelihatannya ingin kembali kepada sistem Islamik atau mengikut sistem tidak Islamik (dengan hutang, pemilikan harta dari keuntungan, melancong dan lainnya).


Sedar tak bahawa terjemahan ini adalah menurut perkataan 'Din' itu sendiri yang diterjemah sebagai sistem.

Adakah kita boleh mengikut terjemahan ini?

Ulama sudah lama menjawab bahawa kita tidak dibenarkan menterjemahkan Quran dengan bahasa kita sendiri tapi mesti diterjemahkan mengikut asbab nuzul dan  dari istilahnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menghuraikan al Quran dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

Kerana itu wajib terjemahan Quran merujuk kepada tafsiran Quran berdasarkan:

1- Tafsiran Quran kepada Quran sendiri
2- Tafsiran hadis kepada Quran
3- Tafsiran ulama kepada Quran 

Tafsiran diri sendiri dengan akal sendiri kepada Quran tidak pernah diajar dalam dunia Islam melainkan umat Islam kini.

Kebanyakannya menggunakan akal sendiri untuk mentafsirkan Quran dengan logik dan kepentingan peribadi dan organisasinya.

Ayat 'Lakum dinukum waliyadin' adalah ayat yang diturunkan kepada orang Islam dan orang bukan Islam untuk memisahkan cara hidup antara Muslim dan non-muslim.

Bukan untuk sesama orang Islam!

Kerana itu wujudnya perselisihan pendapat dalam umat Islam. Bahkan ia diraikan dalam Islam selagimana ada dalil yang diambil dari ulama dan dijadikan sandarannya.

Contoh, jika anda ingin berbisnes tudung dan ada satu kumpulan ingin berbisnes pakaian dalam wanita.

Janganlah dibacakan ayat ini untuk menunjukkan bisnes kita lebih Islamik dari bisnes pakaian dalam itu.

Adakah anda lebih muslim dan mukmin apabila menjual tudung daripada orang lain?

Fikir dan fahami ayat ini. Ini juga penyakit umat terdahulu yang timbul dari sikap sombong mereka dengan akal mereka sendiri,

"Dan sesungguhnya, ada antara mereka yang memutar-mutarkan lidah (memutar-belitkan bacaan) mereka pada kitab supaya kamu menyangka ianya sebahagian daripada kitab, padahal ia bukan daripada kitab dan mereka katakan itu daripada sisi Allah, sedangkan ia bukan daripada sisi Allah dan mereka berdusta atas nama Allah, padahal mereka mengetahui."

3. Menolak ulama.

Gerakan terkini di Malaysia dan diserap serta digunapakai oleh semua ajaran sesat adalah menolak ulama.

Pernah mendengar ayat ini:

i. Kita perlu kembali kepada al-Quran sahaja kepada ia adalah kitab yang tiada keraguan padanya....kemudian dibacakan ayat Quran menyokongnya.

ii. Kita perlu kepada al-Quran dan hadis sahaja kerana sabda Nabi SAW....... kemudian dibacakan hadis menguatkannya.

iii. Kita tidak perlukan huraian dan pendapat ulama kerana mereka tidak hidup pada zaman kita. Kita lebih tahu mengenai zaman kita. Mereka menggunakan akal, kita juga menggunakan akal seperti mereka....kemudian dibacakan ayat Quran dan hadis untuk menambahkan keraguan kepada para ulama.

Mungkin mereka lupa bahawa Quran dan hadis itu turunnya kepada Rasul SAW yang bertindak sebagai penterjemah dan penafsirnya dalam kehidupan seharian baginda.

Wahyu tidak diturunkan kepada akal biasa seperti manusia biasa. Kerana itu Allah memilih setiap rasul bagi setiap umat dari kalangan orang yang paling cerdik, paling bagus fizikalnya dan paling baik akhlaknya.

Saya berbaik sangka bahawa mereka hanya membaca dan mengulang-ulang hadis ini tanpa kefahaman yang sebenar,

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya, al-Quran dan sunnahku".

Kemungkinan masih belum sampai kepada mereka berita mengenai pewaris Nabi SAW sehingga ia disebut sendiri dari lisan junjungan mulia,

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak."

Bahkan ia dikuatkan lagi dengan firman Allah sebagai lesen mereka yang paling amanah dengan kebenaran Quran dan hadis,

"Hanyasanya yang paling takut dari kalangan hambaku adalah ulama."

Maksudnya, apabila kita telah menolak ulama, kita telah menolak kebenaran yang dibawa oleh mereka. Kerana mereka tidak akan khianat dengan ilmu itu sendiri kerana sifat mereka yang takut kepada Allah.

Secara tidak langsung, kita telah menolak warisan ilmu wahyu dari Nabi SAW dan dari Allah SWT.

Penyakit memandai-mandai inilah yang akhirnya menjerumus umat terdahulu kepada kesesatan yang nyata.

Kerana ego dan sombong dengan kepandaian akal, maka ulama diperbodohkan, sedangkan ilmu itu diwariskan hanya kepada golongan yang layak disebut ulama, bukan ular dalam semak.

Nasihat saya, kemabalilah kepada ajaran Islam sebenar. Jangan mewujudkan kekeliruan dalam hati kita. Kemudiannya, kita berkongsi kekeliruan beragama itu kepada orang lain pula.

Takut nanti, kita menjadi golongan yang sesat lagi menyesatkan.

Nabi SAW telah lama mengingatkan kita,"Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu."

Maksudnya, mungkin bab dunia, kamu lebih pandai pada bidang kamu. Tapi bab agama, hanya satu golongan sahaja yang lebih tahu.

Mereka adalah alim ulama.


Semoga Allah tunjukkan jalan buat kita dan tetapkan hidayah di dalam hati kita. Sungguh dunia akhir zaman menakutkan. Hanya dengan pertolonganNya, kita akan selamat.

Bacalah doa ini selalu dan aminkanlah. "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetaplah hati kami di dalam agamamu."

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Friday, 6 November 2015

Posted by Unknown On Friday, November 06, 2015

Assalamualaikum buat semua pengunjung wafiqulya. Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya hendaknya.

Hari ni nak berkongsi lagi berkaitan vitamin C dan siapakah yang sangat-sangat perlukannya untuk menaiktaraf kesihatan diri.

Hidup ini perlukan peningkatan. Terutama dalam bidang kesihatan. Kerana bagi saya, kekayaan sebenar adalah kesihatan.

Mengapa?

Kerana untuk mencari kekayaan dunia dan akhirat, kesihatan adalah modalnya selain nyawa. Jika ada nyawa tapi terlantar sakit berpanjangan, hilang juga modal nyawa itu. Sihat itu pelengkapnya.

Bagi yang mengabaikan kesihatan ketika mencari kekayaan dunia dan akhirat, pasti kemudiaannya mereka terpaksa menggunakan kekayaan yang dikumpul itu untuk 'membeli' semula sihat setelah jatuh sakit.

Betul..betul?




SIAPA YANG SANGAT PERLUKAN VITAMIN C?


1. ‪Perokok

Kerana asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. Perokok perlukan vitamin C untuk membersihkan darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang akibat daripada 4000 bahan kimia di dalam setiap puntung rokok.

Yang paling penting, amalan mengemam vitamin C dapat menghilangkan ketagihan mulut terhadap rokok.

Tak percaya? Cubalah. Ramai pelanggan saya dapat mengurangkan kuantiti rokok yang dihisapnya setiap hari, bahkan ada yang terus berhenti dalam tempoh kurang 3 bulan.

2. Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis, vitamin C penting untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

Vitamin C juga membantu antibodi untuk melawan penyakit ini dari akarnya. 

Tapi harus ingat, wajib berpantang makanan yang dilarang pengambilannya oleh doktor.

Tanpa menjaga pantang, segala alternatif perubatan tidak membawa manfaat apa-apa.

3. ‪Demam‬ atau ‪selsema‬ 

Sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria.

4. Menjalani ‪‎pembedahan‬.

Untuk cepat baik pulih luka pembedahan dan melawan jangkitan kuman akibat pembedahan.

5. Orang yang sering ‪stress.

Vitamin C MUDAH termusnah akibat 'stress'. Ramai orang yang bekerja dalam bidang pengurusan atau di bawah tekanan tinggi mengalami masalah rupa mendahului umur.

Ini kerana mereka menanggung stress yang berpanjangan. Ini mengganggu gaya hidup dan diet mereka seharian.

Pengambilan vitamin C sangat membantu untuk mengurangkan stress dan menjadikan otak serta badan lebih relaks.

6. Ibu ‪Hamil‬

Amat penting bagi ibu hamil mengambil vitamin C kerana banyak kesan kekurangan vitamin C untuk ibu hamil. 

Antaranya gusi mudah berdarah, sering demam dan selsema. Akibat kepada bayi, kemungkinan lahir kurang matang dan bayi mengalami eczema.

6. Mengambil pil perancang atau ‎antibiotik‬

Kerana ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C yang tersimpan atau masuk dalam badan dalam kuantiti yang sedikit.

7. Untuk ‪cantik dan ‪awet muda
‬
Menurut pakar kecantikan, seseorang itu perlu mengambil 3000mg vitamin C sehari untuk tampil cantik dan awet muda.



BAGAIMANA HENDAK DAPATKANNYA?

Untuk makluman anda, bulan ini ada promosi Vitamin C Sustained Release tau.

Istimewanya Vitamin C SR ini mengandungi 180 tablet. Mengadungi 500mg vitamin C bagi setiap tablet. Boleh digunakan selama 3 hingga 6 bulan mengikut tujuan pengambilan.

Dapatkan 2 botol, anda jimat RM25. 

Jadi, cepat dapatkannya sekarang. Jangan terlepas peluang untuk penjimatan hebat ini. Hubungi saya segera. 019-248 6694.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Thursday, 5 November 2015

Posted by Unknown On Thursday, November 05, 2015
Assalamualaikum semua. Saya doakan semua yang melawat blog kecil saya ni sentiasa sihat, kaya dan berjaya.

Perkongsian saya hari ni menyentuh tentang kalori yang ada dalam setiap makanan 'segera' yang sering menjadi isi mulut rakyat Malaysia.

Tapi ukuran ini bukan melalui jumlah kalori setiap makanan itu tapi jumlah KM yang perlu anda lari untuk habiskan penggunaan kalori itu.

Sebelum pergi jauh, elok saya terangkan sikit tentang kalori ni dan kaitannya dengan kegemukan dan obesiti.

Kalori pada makanan yang tidak digunakan atau dihabiskan oleh tubuh melalui ativiti harian akan tersimpan di dalam badan kita. Apa jadi kepada lebihan kalori ini? 

Kalori inilah akan berhimpun dan menjadi timbunan lemak di dalam badan dan akhirnya tuan badan akan menjadi penyumbang obesiti di dunia ini.

Kesannya bukan pada orang lain tapi pada diri sendiri. Jangan lupa bahawa obesiti adalah punca kepada segala penyakit kronik!

Ingatlah pesan Nabi SAW,"Perut itu ibu segala penyakit."

Kerana itu, maafkan saya kerana saya langsung tak menyokong obesiti atau kegemukan kerana sebab-sebab ini terutamanya.

Sementelahan lagi saya juga pernah gemuk dan alhamdulillah kini kurus dengan selamat dan semulajadi.

Dapat saya bezakan diri ketika gemuk dan kurus. Menjadi orang gemuk tak best langsung. Percayalah.

Nak bangun susah, nak duduk susah, nak bergerak susah. Paling bahaya, nak buat apa pun malas, apalagi nak ibadat. Bukankah ia suatu kerugian?

Jom lihat kalori dan jumlah KM yang perlu kita lari sekiranya kita mengambil makanan segera terkenal ni.






Cer bayangkan betapa tinggi kalori pada makanan ni. Nak lari atau jogging 1km ambil masa 15-20 minit bagi beginner. 

Bagaimana jika ambil Coke dan kentang goreng sahaja, anda perlu berlari selama 3 jam!

Jadi, perhatikan betul-betul apa yang anda makan kerana penyebab utama obesiti adalah makanan. Gaya hidup pula akan menjadi ikutannya.

Malas bersenam, cepat stress, selalu depress akan menjadi kawan rapatnya.

Setakat ini dulu buat hari ni. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada post ini dan mulalah menjaga dan mengawal makanan yang diambil setiap hari.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Wednesday, 4 November 2015

Posted by Unknown On Wednesday, November 04, 2015

Assalamualaikum semua. Semoga anda sihat, kaya dan berjaya hendaknya.

Hari ni saya nak berkongsi cara pengambilan Vitamin C Sustained Release (SR) Shaklee yang terkenal ni.

Sebenarnya ramai yang tersilap atau tersalah info cara sebenar pengambilan Vitamin C SR ni. Mungkin kerana tidak hadir ke kelas nutrisi yang dianjurkan oleh syarikat atau kerana lainnya.

BETULKAN YANG BIASA

Ada 3 kebiasaan yang selalu saya dengar dan baca dari para pengedar dan juga pengguna.

1. Mengambil Vitamin C SR dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

Sebenarnya tubuh manusia dewasa normal hanya memerlukan 100mg vitamin C sahaja sehari.

Tetapi dengan keadaan makanan kita, gaya hidup, pekerjaan dan persekitaran kini, para saintis meletakkan pengambilan sehingga 1000mg sehari.

Tapi malangnya, ramai beranggapan untuk mencapai kuantiti tersebut, vitamin C perlu diambil banyak dalam satu masa. 

Sebagai contoh, mengambil 2 tablet Vitamin C SR yang mengandungi 500mg/tablet pada waktu pagi. Kuantiti yang diambil adalah sebanyak 1000mg sedangkan tubuh hanya memerlukan dos 100mg sahaja setiap jam.

Bayangkan hanya 100mg vitamin C sahaja yang diserap dan 100mg lagi dibuang setiap jam dari tubuh melalui urin. 

Ini sebenarnya merugikan wang anda sendiri sekalipun tidak memberi side effect negatif kepada tubuh anda.


*Untuk mereka yang menghidap selesema atau demam, boleh mengambil 2 biji Vitamin C SR dalam satu masa untuk tujuan penyembuhan dan menguatkan antibodi.

Tubuh akan menyerap lebih kerana keperluannya ketika tidak sihat adalah lebih tinggi.

2. Mengambil Vitamin C tanpa teknologi Sustained Release.

Apa itu teknologi Sustained Release?

Ia bermaksud pelepasan berpetingkat vitamin C dalam tubuh setelah pengambilannya untuk beberapa tempoh masa.

Kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Tubuh kita hanya boleh menyerap 100mg vitamin C dalam masa 1 jam dan selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing.

Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C yang diambil.

Jadi, pengambilan Vitamin C SR 500mg akan diserap dalam tubuh selama 5 jam. Setiap jam hanya 100mg akan dilepaskan.

Kebanyakan vitamin C di pasaran tiada teknologi ini. Bayangkan jika 1 tablet vitamin C biasa dengan kandungan sehingga 1000mg vitamin C tanpa teknologi SR diambil dalam satu masa.

Hanya 100mg sahaja akan diserap sepanjang hari sedangkan 900mg bakinya akan dikeluarkan dari tubuh. Kesan apa yang diharapkan jika hanya mengambil 100mg vitamin C sahaja dalam sehari?

Bahkan mungkin anda baru tahu, hanya Shaklee sahaja yang berjaya membuat kajian dan inovasi teknologi ini untuk diletakkan bersama Vitamin C SR.

3. Jangan patahkan Vitamin C SR

Kesilapan paling banyak dilakukan semata-mata ada info mengatakan dengan mematahkannya, penyerapan Vitamin C SR lebih optimum adalah tidak benar sama sekali.


Apabila Vitamin C SR dipatahkan atau dihancurkan, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. 

Akibatnya, pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat.

Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan dari tubuh. Pembaziran wang yang dilaburkan berlaku lagi.

Sungguh rugi!

Cara sebetulnya, telan sahaja satu tablet seperti biasa bersama air kosong. Pengambilan ini menepati saranan para saintis dan ahli nutrisi Shaklee.

Setakat ini dulu perkongsian saya. Jika ada sebarang persoalan, sila tanya di ruangan komen. Jangan malu dan segan ye.

Semoga tulisan pendek ini bermanfaat untuk anda.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.

Tuesday, 3 November 2015

Posted by Unknown On Tuesday, November 03, 2015

Assalamualaikum semua. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Hari ni saya nak berkongsi kenapa ramai orang selalu 'terlajak makan' setiap hari. Kerana sebab itu, perut pun terlajak naik atau timbangan pun terlajak tinggi. 

Bila perut dan timbangan 'mebukit', penyakit pun suka datang berjangkit. Lambat gerakan sakitnya tapi berbisa apabila ia mula tunjukkan simptomnya.

Semuanya seolah-olah tidak disengajakan tapi percayalah ia memang disengajakan! 

Sebab utamanya adalah kerana tidak punyai ilmu diet yang sebenar.

Pengalaman saya dalam membantu ramai orang diet menyebabkan saya memahami punca masalah ini berlaku. Ramai orang tidak tahu bahawa untuk kurus dan sihat, mereka perlu lihat dalam pinggan mereka sendiri.

Tapi ramainya suka melihat pinggan orang lain. Kemudian mulalah mengidam nak telan itu, nak cicip ini. Kesannya....hanya diri kita sahaja yang tahu.

1. Elak makan nasi.

Ramai orang menyalahkan nasi sebagai sumber kegemukan dan kemontelan mereka sedangkan nasi tidak bersalah apa pun.

Lihat sahaja petani di bendang dan sawah yang kerja mereka setiap hari bermain padi dan beras, maintain sahaja kurus dan sihat sepanjang tahun. Betul...betul?

Segenggam nasi sudah cukup. Jika tidak kenyang,
banyakkan pengambilan sayur.

Untuk fahami masalah ini, kita kena fahami kalori makanan. Semakin tinggi kalori, semakin tidak elok untuk badan dan kesihatan kita, terutama untuk mereka yang berniat untuk kurus dan sihat.

Sepinggan nasi bersamaan 5 keping roti putih dan 3 keping biskut biasa yang selalu kita jadikan sebagai kudapan.

Soalan: Kenyangkah makan 5 keping roti atau 3 keping biskut tu? Jika kenyang, ia bertahan untuk berapa lama?

Kalorinya tinggi tapi kadar kenyangnya sangat sekejap. Lebih baik ambil nasi bersama lauk yang sederhana kuantitinya yang mampu kenyangkan perut untuk 5-6 jam.

Bila perut kenyang, mulut tidak akan terlajak makan.

2. Gelojoh

Tahukah anda, perut akan memberi isyarat kenyang kepada otak dalam tempoh 20 minit makanan berada di dalam perut.

Andaikata anda makan terlalu cepat sehingga mendahului isyarat ‘kenyang’ ini untuk sampai ke otak, maka berkemungkinan besar anda akan terlebih makan daripada yang sepatutnya. 


Malah selepas beberapa ketika, anda akan berasa terlalu kenyang dan mula rasa mengantuk kerana penghadaman anda tidak normal untuk menguraikan makanan tidak sempurna tadi.

Ikutlah saranan para ulama untuk mengunyah 40 kali pada setiap kali suapan. Tidak perlu kira pun sebenarnya. 

Kiraan 40 itu menunjukkan banyak. Maksudnya hingga makanan itu hancur sepenuhnya di mulut sebelum di telan ke dalam perut.

3. Banyak minum air bergula/manis

Penyakit rakyat Malaysia dan beberapa negara maju yang lain adalah banyak mengambil minuman bergula dan manis.

Tahukah anda, pengambilan minuman manis bergula adalah punca utama mengapa kita sering lapar. Tekak akan lebih cepat kering yang menyebabkan kita kehausan.

Malangnya, kita isi basah semula tekak tadi dengan air bergula lagi yang menyebabkan proses dahaga itu berulang dengan cepat.

Lebih ironi lagi apabila kita tidak faham bahawa itu adalah tanda haus, bukan tanda lapar!

Ramai orang yang tekaknya kering selepas minum air manis bergula memahami bahawa itu tanda lapar. Maka ramilah yang mencari kudapan seperti pisang goreng, biskut berkrim dan lainnya untuk dibuat alas perut.

Sedangkan sebenarnya ia telah menjadi 'beban' kepada perut!


Caranya mudah sekali. Ubah kepada air kosong. Minum air suam atau kosong sebelum makan dalam kadar 15 minit dan minum air suam atau kosong selepas makan dalam jarak 30 minit.

Sekadar ini dahulu perkongsian hari ini. Stay tuned untuk sambungan seterusnya.

Semoga bermanfaat.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini untuk SHARE bersama rakan-rakan. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...