Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Posted by Unknown On Thursday, December 11, 2014
tinggi gaji

Siapa tak mahu jawatan dengan gaji yang tinggikan?

Tambahan pula sekarang, gaji yang ditawarkan dikira masih setimpal dengan kerja dan kelayakan yang dimiliki graduan.

Namun, persaingan yang sengit dalam pasaran kerja sekali gus membuatkan ada antara kita tercicir dengan bekerja di luar daripada kelayakan akademik diperolehi. 

Tapi tak mengapa. Itukan pengalaman juga sebelum kita memasuki bidang yang kita sukai.

Ingat kata-kata yang baik ini,"First, love what you do. Then, do what you love".

Bagi individu lepasan sekolah yang masih mencari jurusan terbaik untuk membina kerjaya mungkin inilah masanya anda menimbangkan keputusan aliran pengajian anda supaya selari dengan kerjaya idaman. 

Bagi yang sudah bekerja pula, tidak mustahil untuk mengubah sesuatu bagi meraih pendapatan dan posisi lebih baik.

Kajian oleh portal Jobstreet.com, 10 pekerjaan menawarkan gaji tertinggi di Malaysia disenaraikan berdasarkan senarai majikan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos 2013.

FARMASI PALING TINGGI

Kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif khusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi. 

Purata gaji adalah sebanyak RM2,800 sebulan.

Purata gaji graduan baru di Malaysia sebanyak RM 2, 100 sebulan.

Senarai ini adalah gaji permulaan sahaja. Ia boleh meningkat dalam masa sebulan dan seterusnya:




PILIH ATAU BERUBAH

Tidak menghairankan, bukan?

Bukan mudah untuk berjaya dalam jurusan tersebut. Sesuailah dengan gaji yang ditawarkan kerana memerlukan usaha dan fokus yang tinggi untuk berada pada tahap yang diperlukan pasaran.

Bagi penuntut IPT dan golongan lepasan sekolah, ketahui minat anda dan buat pilihan yang betul. Buat sedikit kajian tentang pasaran semasa dan ketahui bidang yang mempunyai permintaan tinggi. 

Tapi perlu saya ingatkan, tidak guna mengejar gaji tinggi untuk memilih kursus kerana desakan, bukannya minat sendiri. Buat penilaian terbaik dengan merujuk kepada kaunselor atau pensyarah.

Usah terlalu bandingkan pencapaian diri dengan orang lain namun dalam masa sama, cuba untuk berusaha lebih.

Namun perlu diingat, kerjaya adalah sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat bukannya faktor gaji semata-mata. 

Jika hanya bergantung kepada bayaran, anda mungkin tidak akan kekal dengan satu kerja dan terus mengejar hingga tua.


PILIHAN LAIN

Ada 4 pilihan sebenarnya dalam pekerjaan:

1. Gaji tinggi tapi tiada kehidupan (life)
2. Gaji rendah tapi ada kehidupan
3. Gaji rendah dan tiada kehidupan
4. Gaji tinggi dan ada kehidupan

Majoriti rakyat Malaysia termasuk dalam 3 kategori pertama.

Anda ingin gaji yang tertinggi tetapi tiada permintaan tinggi dan sambutan tinggi dari pasaran tapi tetap ada kehidupan dengan orang ramai?

Ceburilah bidang perniagaan. It's awesome. :)



Mulakan secara part time sama ada anda sekarang masih bergelar mahasiswa atau pekerja. 

Jika side income anda telah menyamai gaji semasa anda dan mempunya pasaran luas dan barangan atau perkhidmatan anda sentiasa mendapat permintaan, pasti bidang perniagaan tidak mustahil menjadi pekerjaan utama anda pula.

Jika keinginan di hati tinggi untuk bebas kewangan, bebas masa dan bebas kehidupan sila baca motivasi bisnes ini untuk teguhkan hati anda. 

Jika berminat untuk mulakan side income anda, tanpa modal, pasaran luas, permintaan tinggi, rangkaian lebar, income tinggi dengan risiko rendah, boleh teruskan bacaan anda DI SINI.

Saya doakan anda memperoleh manfaat dari post ini. 

Anda kaya dan berjaya.

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Wednesday, 10 December 2014

Posted by Unknown On Wednesday, December 10, 2014

Baik lelaki mahupun wanita, pasti tidak suka jika ada yang tersalah teka umur mereka berdasarkan wajah dan kedutan pada kulit muka.

Perkara tidak benar yang paling membahagiakan setiap orang adalah mengenai umurnya. Jika umur 30-an, tapi diteka berumur 20-an, sangat seronokkan?!

Jangan salah teka...kurangkan angka apabila bercakap tentang umur, jangan banyakkan angka tersebut, pasti anda disayangi. :)

# # # # #

Ramai tidak ambil berat fakta ini. Ketika usia mulai 25 tahun, kolagen dalam badan mula berkurangan walaupun badan boleh menghasilkan kolagennya sendiri dari makan minum seharian kita.

Kolagen merupakan protein yang paling banyak dalam badan. Ianya sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit, sendi, rawan, tulang dan gigi. Secara semulajadi terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita.

Masalah timbul apabila usia semakin meningkat. Penghasilan kolagen akan berkurangan 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada!! 

Kerana itu, kolagen diambil sebagai makanan tambahan untuk mengatasi beberapa masalah kesihatan seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis (sakit tulang), arteriosclerosis, di samping sebagai penegang dan memberi kekenyalan pada kulit.

# # # # #

Antara yang disenaraikan oleh oleh pakar perubatan ini adalah pengambilan supplemen antioksida:
 photo 999_zpsvx4xjakf.gif
VITAMIN C

 photo 999_zpsvx4xjakf.gif
VITAMIN E

 photo 999_zpsvx4xjakf.gif
OMEGA 3

 photo 999_zpsvx4xjakf.gif
PROTEIN

Klik pada gambar semua vitamin yang disenaraikan ini untuk bacaan lanjut.

# # # # #

Mengapa pengambilan supplement termasuk cara semulajadi (natural) pada pandangan kesihatan?

Kerana vitamin ini diproses daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan atau sayuran yang biasanya boleh dimakan begitu sahaja. 

Atas sebab kealpaan kita mengambil makanan mengikut piramid makanan yang dianjurkan, maka pengambilan makanan tambahan adalah solusi dalam membekalkan vitamin dan zat galian terbaik untuk badan.

Sekian dahulu daripada saya.

Sekiranya ada sebarang persoalan dan ingin mendapatkan konsultasi, hubungi saya melalui:

SMS/WhatsApp/Telegram: 019-2486694

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Monday, 8 December 2014

Posted by Unknown On Monday, December 08, 2014


Stress tak tengok bintik-bintik merah kat muka anda yang gempul-gempul comel molek macam gambar di atas ni?

Apalagi jika turut diserati jeragat yang menghilangkan seri muka kan?

Sebab itu Rasulullah SAW dan Islam itu sendiri menyuruh untuk kita menghiasi wajah dengan baik kerana ia tempat pertama dan selalunya manusia memandang.

JERAWAT

1/5 orang daripada golongan umur 12-15 akan mengalami masalah jerawat. Ia menjadi satu-satunya masalah kulit yang amat sukar untuk di rawati.


jerawat, vitamin c, vitamin e

Jerawat, sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit.

Jerawat terbentuk dalam liang kulit seseorang. Liang adalah pembukaan di muka kulit, di mana rambut yang sangat halus selalu tumbuh. 

Kemudian kelenjar minyak disambungkan ke liang untuk menghasilkan bahan yang dipanggil sebum. Sebum pula benda yang melincirkan rambut dan kulit itu.


Jadi, kotoran degil anda ni sebenarnya berlaku dalam liang kulit tu kerana kelenjar sebum menghasilkan minyak terlalu banyak.

Kemudian, sebagai lapisan liang secara semula jadi memperbaharui, ia membentuk sel-sel mati.

Sel-sel ini bukan sel-sel pada permukaan kulit, ia bergabung dengan sebum untuk mewujudkan palam.

Jadi hasilnya adalah diperbesarkan, liang disekat dipanggil comedo. Maka terbentuklah 'bukit comel' di atas permukaan kulit anda.

Kenapa ia berlaku?

Salah satu sebab yang amat ketara mungkin terlalu banyak kulit anda terlalu banyak minyak. Maklumlah, di usia yang muda, mesti la kita pun aktif dalam kehidupan seharian. Betul tak?

Masalah jerawat juga sering dikaitkan dengan:

1) Masalah ketidakseimbangan hormon
2) Pemakanan dan persekitaran
3) Penyakit keturunan
4) Psikologi
5) Pra-haid atau pun jangkitan bakteria
6) Masalah resdung 

JERAGAT

Jeragat atau nama medikalnya Melasma, adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia khasnya. 



Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi.

Sebab-sebab terjadinya melasma:

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Contohnya pil perancang
3) Penggunaan kosmetik/rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

RAWATAN

Kalau tidak dirawat dari dalam, ianya akan menjadi teruk dari hari ke hari.

Cara merawat jerawat dan jeragat:

1) Penglupasan Kimia
2) Laser
3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
4) Krim dan Sunblock

Tapi di atas adalah cara merawat yang kosnya mencecah RM 1000+++ untuk sekali rawatan.

Jika sesuai dengan kulit, alhamdulillah. TAPI jika tidak sesuai, bukan sahaja tidak berbaloi untuk wang malahan kulit juga boleh menjadi semakin teruk.

RAWATAN ALTERNATIF

Oleh itu apa yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan dari tumbuhnya jerawat pada kulit terutamanya di bahagian muka?


cuci muka, jerawat, jeragat

Izinkan saya berkongsi dengan anda cara berkesan yang boleh memudarkan jeragat dalam masa yang sama jerawat dan kulit kering pun tiada lagi.

1. Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.

3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.


doa jerawat
Baca doa ini juga. 

4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.

5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.

6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.

7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.


jeragat, set cantik shaklee

8. Anda juga boleh menggunakan supplemen seperti Vitamin C yang terkenal sebagai agen kolagen terbaik untuk kulit dan juga Vitamin E untuk menghilangkan kedut, parut, lubang-lubang besar di wajah anda.

Pilihan saya tentunya jenama Shaklee. Lebih menjimatkan, berkualiti tinggi dan dijamin berkesan.

Hanya:

i) RM 550 set premium (Vitamin C, Vitamin E & Collagen)
ii) RM 250 set medium (Vitamin C & Vitamin E)
iii) RM 92.50 set ekonomi (Vitamin C)

Semua produk diatas cukup untuk keperluan 3 hingga 4 bulan. :)

Inginkan lebih penjimatan? 

Slik klik sini: Year End Sale-Sustained Release Vitamin C.

Buat keputusan bijak dan mulakan langkah pertama anda. 
________________

Inginkan konsultasi?
Hubungi saya melalui:

SMS/WhatsApp/Telegram: 019-2486694

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Tuesday, 2 December 2014

Posted by Unknown On Tuesday, December 02, 2014

KULIT CANTIK, GEBU, HALUS & MULUS HANYA DENGAN SEBOTOL VITA C

Anda rasa rendah diri kerana kulit wajah kelihatan kusam, penuh jerawat dan jeragat serta mempunyai 1001 kedutan?

Anda mahu miliki kecantikan dalaman dan luaran yang menjadi kebanggaan dan kemuliaan seorang wanita?

Anda ingin kulit cantik, tona sekata dan rona lembut bak sutera?

Kepakaran kami adalah membantu para wanita bekerjaya dan suri rumahtangga untuk memiliki kulit yang cantik, gebu, halus dan mulus hanya dengan menggunakan sebotol supplemen Sustained Release Vita C Plus. 


Bagaimana jaminan keberhasilannya?

Mungkin anda pengguna pelbagai produk kecantikan lain sebelum ini.

Mungkin juga anda telah alami kesan kulit cantik namun sementara sahaja setelah anda meninggalkan produk tersebut.

Mungkin ada juga yang terpaksa mengalami alahan atau kesan buruk dari penggunaan produk yang tidak berlesen di pasaran.

Izinkan saya berkongsi bagaimana caranya.
Malah bagaimana ia sudah memberi kesan kepada ribuan orang.

Kami meyakini bahawa kecantikan luaran adalah hasil dari kecantikan dalaman iaitu pola pemakanan dan cara hidup seseorang.

Kebanyakan orang gagal untuk mendapat kecantikan kulit yang diidamkan kerana mereka cuba-cuba untuk cantik, bukan bertekad untuk cantik. Nampak sama tujuannya, tapi tak serupa.

Lebih teruk lagi, bila mereka pilih sesuatu supplemen, mereka tidak tahu kenapa supplemen tersebut dipilih.


Mungkin kerana mereka lihat kulit duta artisnya cantik, maka mereka rasa mereka pun boleh cantik bergaya juga.

Inilah kesilapan ramai orang. Mereka samakan diri mereka dengan orang lain. Ini adalah permainan psikologi kebanyakan wanita.

Sebab itu, dengan Sustained Release Vita C, anda diberi jaminan menguntungkan. Selamat, berkesan dan semulajadi.

Hanya sebotol, anda pasti kelihatan cantik, halus, gebu dan mulus!

               photo 999_zpsvx4xjakf.gif

YEAR END SALE : SUSTAINED RELEASE VITAMIN C 


Jenama terbaik dengan jaminan terbaik,"Always Safe, Always Works and Always Green".


Mempunyai kelulusan dari Badan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Mempunyai sijil halal dari badan halal antarabangsa yang diiktiraf iaitu Islamic Service of America (ISA).


Ribuan testimoni berkesan tanpa gagal oleh jutaan rakyat Malaysia yang sangat mudah didapati di enjin carian Google atau lainnya.

Saya faham, anda mungkin sedang fikir…

"Tak pernah aku dengar kulit boleh berubah dengan hanya gunakan sebotol Vita C saja. Macam indah khabar dari rupa saja?"

Sebab itu, saya sediakan sedikit kisah-kisah orang-orang biasa ini. Mohon bukakan hati anda untuk dengar kisah kejayaan mereka.









 photo 999_zpsvx4xjakf.gif

ADAKAH SAYA PERLUKAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C ?

i- PEROKOK 

  • 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg vitamin C.
  • Jika ada suami, abang atau adik dan ahli keluarga yang merokok, itu bertambah bahaya lagi.
  • 75% asap rokok TIDAK BERTAPIS menjadi sedutan tarik keluar nafas anda.
  • Bayangkan setiap hari kita dikelilingi oleh masyarakat Malaysia yang merokok tidak mengira tempat.

ii- Orang yang mudah STRESS/TERTEKAN.

  • Stress/tekanan dapat mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Mereka yang bekerja dengan tekanan yang tinggi seperti polis, guru, jururawat dan sebagainya menampakkan kulit dan wajah mereka lebih tua dari umur mereka yang sebenar.


iii- Orang yang mengambil PIL PERANCANG.
  • Pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Kajian yang didedahkan oleh para saintis mengatakan, lebih teruk daripada itu, mereka terdedah kepada kanser pangkal rahim dan kanser payudara yang sangat ditakuti oleh wanita.

iv- Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

v- Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

vi- Sebenarnya semua orang perlukan citamin c dalam kehidupan seharian..baik kanak-kanak mahupun dewasa .

BAGAIMANA VITAMIN C BERTINDAK?

Jika anda perlukan manfaat di bawah, pasti anda memerlukan Sustained Release Vita C.


1. Kulit anjal dan tegang, licin dan gebu mulus melalui penghasilan kolagen. 

Kolagen adalah protein terpenting dalam tubuh dan struktur penting dalam pembinaan kulit baru. Jika kurang, kulit akan hilang keanjalan, kedut-kedut mula muncul.

2. Tiada jerawat atau jeragat kerana vitamin C memperbaiki salur darah. 

Salur darah lebih kuat, tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol dalam proses pemecahan lemak dalam darah. Pengidap darah tinggi perlukan vitamin C untuk lebih sihat.

3. Detoksifikasi. 

Vitamin C menghimpunkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksid dan menjadikannya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan dari badan dengan lebih mudah. Perokok tegar sangat memerlukan vitamin C melebihi keperluan manusia normal yang lain.

4. The more you stress, the more you need vitamin C. 

Vitamin C membantu tubuh mengeluarkan hormon anti-stressdan interferon (hormon untuk imuniti). Tekanan fikiran atau perasaan mampu memusnahkan vitamin C dalam badan. Apabila kurang vitamin C, imuniti badan akan rendah dan mudah diserang penyakit.

5. Menjadi gam untuk penyembuhan luka pada kulit.

Orang yang mengalami penyakit skurvi akibat kekurangan vitamin C sering mengalami luka-luka, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan dalam otot dan sendi serta luka yang lambat sembuh.

Sekali lalu baca, mesti anda sedang fikirkan, 

Macam sama je dengan vitamin C jenama lain yang pernah saya guna. Apa istimewanya?



Lihat sahaja pada namanya 'Sustained Release Vita C Plus'. Rangkaian namanya telah menunjukkan kehebatan dan keistimewaannya.

1. Pertama di dunia dengan teknologi 'sustained release'. Pelepasan vitamin C dalam badan setiap jam sebanyak 100mg. Boleh bertahan di dalam badan selama 5 jam kerana kandungan setiap pil adalah 500mg vitamin C.

2. Vitamin C adalah vitamin larut air. Seperti namanya, vitamin C mudah larut di dalam air dan ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Sustaine Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.



3. Pertama di dunia dengan plus (tambahan) 'bioflavonoid' dalam jumlah yang seimbang sebanyak 120mg. Bioflavinoid meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C untuk membantu fungsi tubuh yang lain.

4. Lebih jimat, berkualiti dan tahan lama. Dengan RM 0.50/hari dengan tawaran kualiti tinggi serta tahan untuk 6 bulan (sebiji/hari) atau 3 bulan (2 biji/hari).

 photo 999_zpsvx4xjakf.gif

TAHUKAH ANDA KESAN SAMPINGAN POSITIF VITAMIN C SHAKLEE?

Ini kata mereka.




Anda sudah mula meyakini keberkesanan produk ini.

Jika masih ragu-ragu, saya tunjukkan kepada anda betapa meriahnya para wanita membeli Sustained Release Vita C Plus ini.





Sudah berpuas hati?!

Opsss, ada berita gembira untuk anda.


Sempena promosi Year End Sale, Shaklee menawarkan 2 promosi Sustained Release Vita C Plus iaitu:

i- Buy Twin Pack (2 botol) dengan 5% penjimatan.

ATAU

ii- Buy 6, Free 1 dengan penjimatan hampir RM 100.

Anda ingin mendapatkannya?! 
Siapa yang nak terlepas peluang menarik seperti ini kan?

Sila klik butang di bawah untuk proses tempahan. 
Dapatkan tawaran bernilai untuk wang dan kesihatan anda hari ini!!!

 photo 999_zpsvx4xjakf.gif
Posted by Unknown On Tuesday, December 02, 2014

Tahukah anda bahawa organisasi Shaklee dibina atas dasar cinta. Cinta itu membawa bahagia.

Bermula dengan menggunakan produknya, kemudian jatuh cinta dan akhirnya terus berkasih selamanya. Inilah kisah cinta pemilik Shaklee sekarang iaitu Roger Barnett.

April 2004, Roger Barnett telah membeli Shaklee Corporation dari Yamanouchi Pharmaceutical Company pada nilai USD 310 juta bersamaan RM 1 billion kerana jatuh cinta.

Roger Barnet adalah jutawan yang memiliki Burberry, Beauty.Com, Activated LLC dan lain-lain. Jadi jangan terkejut jika itu nilai cinta yang dibayarnya.


Perubahan Hidup Dengan Shaklee

Bermula dengan kisah anak pasangan Roger Barnett dan Sloan Barnett bernama Spencer. Mula mengalami masalah kesihatan yang serius hingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali ketika berumur 3 tahun. 

Spencer didiagnosis mengalami masalah athma dan gangguan pernafasan yang serius. Disebabkan ia bukan penyakit keturunan, maka disimpulkan oleh doktor bahawa penyakit Spencer disebabkan persekitaran yang tidak sihat dan bertoksik yang digunakan di rumah.

Sloan Barnett mula menyelidik tentang bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kepada paru-paru dan paling mengejutkan, kebanyakan bahan kimia tu ada di sekitar rumah mereka. 

Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa sesetengah produk yang digunakan di rumah seperti pencuci bilik mandi, pencuci lantai dan pencuci oven mengandungi bahan bertoksik yang boleh menjadi punca tercetusnya serangan asma.

Apa tindakan mereka? 

Roger dan Sloan Barnett mula membersih dan membuang semua bahan-bahan pencuci berbahaya dan mencuba beberapa produk lain, tapi malangnya tiada kesan yang memuaskan kepada kesihatan Spencer.



Akhirnya, mereka bertemu dan menggunakan Basic H2 dari rangkaian produk Shaklee Get Clean Set untuk semua kerja mencuci dan membersih di rumah mereka dan apa yang mereka sedari adalah kesihatan Spencer semakin membaik pulih dan sudah tidak perlu dikejarkan ke hospital lagi.

Inilah yang dikatakan oleh Sloan Barnet dengan 'Fake Clean':

"Bersih bukanlah bermaksud tiada kotoran, wangi dengan haruman lemon palsu. Real clean tak bermaksud tiada bauan yang tidak menyenangkan, tapi real clean adalah baik untuk kesihatan anak-anak dan kesihatan keluarga".

Shaklee Effect

Inilah yang berlaku kepada keluarga Roger Barnett dan kerana sebotol Basic H2, Roger sebagai seorang jutawan telah membeli syarikat ini.

Tujuannya bukan untuk keuntungan tapi untuk lebih cepat berkongsi dengan lebih ramai orang yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali kepada alam semulajadi.


Jadi, buat anda yang mementingkan kesihatan anak-anak dan keluarga terutamanya yang mengalami masalah alahan, pernafasan, athma atau ekzema, saya sangat syorkan anda menukar produk anda kepada Basic H2 dan rangkaian produk Shaklee Get Clean Set yang lebih bernilai untuk wang dan diri anda.

Ingin dapatkannya? Hubungi saya melalui:

SMS/WhatsApp/Telegram: 019-2486694

Mohd Taufiq
Motivator Kesihatan & Kejayaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...